:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, August 29, 2011

checklist hari raya

hello hello

melekat lekit punya post....kasi kau orang menyampah aku selalu buat checklist. LOL

--------------------

wahhhhh kehlas kau maria etty. asyik lah dengan checklist. hahahahahhaa....


suami

  • baju melayu - tiffany blue nikah [guna balik], purple [tema family in law] - DONE
  • t - shirt sedondon dengan baju aku - DONE
  • jeans - tak payah beli sebab hari tu aku kemas almari, banyak je jeans baru tak pakai lagi
  • kasut / sandal
  • stokin - tak payah beli
  • underwear - DONE
  • butang baju melayu - cari kt bazaar - DONE

isteri
  • baju kurung - tiffany blue nikah [guna balik], purple [hadiah dari inlaws] - mak tengah jahit, cotton hijau [beli dengan budak office] - mak tengah jahit, sari [hadiah dari busu singapore] - belum hantar lagi, maybe tak guna untuk raya - DONE
  • baju kurung / jubah ready made - nk beli jugak yg kt mydin ayer keroh tu. cantik...
  • high heels / wedges
  • blouse - DONE
  • jeans
  • mascara - last beli tahun 2009 noks!!
  • eyelash curler - beli kt mydin je
  • underwear - nk beli kt jusco je - DONE
  • tudung yg matching dengan baju - DONE
  • anak tudung

ler.....baju kurung & baju melayu je yg dah DONE. yg lain????

update 22/8/2011 - yeay...almost done...terima kasih suamiku sayang....

suami, bila nk shopping ni???? bila nk shopping kali ke2 ni? hehe



Friday, August 26, 2011

selamat hari raya!!

hello hello





harini last kerja. next week dah raya. yahoooooooooooooooo.....eh eh silap, alhamdulillah sebab segala urusan dipermudahkan olehNya.

dengan ini, saya etty dari blog yg ntah apa apa ni, nk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada semua pembaca yg setia, tak setia ke tak kisah lah sapa sapa pun. dari hati yg ikhlas, saya nak minta maaf zahir batin atas ketelanjuran menulis blog, tersilap bicara dan penulisan yg mungkin mengguriskan hati pembaca semua.

pada saudara mara yg baca blog ni, kalau ada salah silap, saya minta ampun. biasalah, tak semua boleh kita puaskan dalam kehidupan ni *tiba tiba.

para pengantin bulan syawal dan seterusnya, selamat pengantin baru. saya tau, ramai yg tak terkejar preparation nk raya sebab sibuk nk kahwin kan....dont worry girls, ikut je flow tu. stress ke tak, nanti korang akan merindui saat saat tu. enjoy the time okay....insyaAllah, mana yg boleh kami datang, adalah tu. adalah rezeki nk jumpa uols semua. yg penting, keep on smiling depan camera! yiiihaaaa.....

insyaAllah lepas raya ni baru update blog. blog ni pada awalnya bertujuan memang carca marba. bukan sebab kahwin semata mata. lagipun, kami plan nk mendirikan rumahtangga tak sempat pun setahun dua. dulu blog pasal kucing, pasal kehidupan hari hari. so lepas dah review macam macam vendor kahwin, balik lah pada asalnya. pasal kehidupan suami isteri, keluarga baru, beli apa, makan apa. hahaha...memang bukan saya sorang je ada suami, ramai lagi bersuami kan. tp pada sesiapa yg masih nk baca, silakan. mungkin kehidupan kami sehari hari sebagai suami isteri yg berjauhan turut memberikan uols info dan nasihat yg berguna. yg tak mau baca kisah kami suami isteri, saya tak pernah memaksa untuk meninggalkan atau setia pada blog ni. blog ni blog saya. uols pembaca. so terpulanglah pada hati masing masing.


sekali lagi.....................


selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. semoga syawal kalini memberi 1001 makna dalam kehidupan uols.

jangan main mercun, drive balik kampung hati hati, jangan makan banyak sangat nanti kembung perut, jangan shopping last minute banyak sangat nanti saya jeles! =)


lova yah!

etty
suami
mamell
madik
maboy



Thursday, August 25, 2011

plan beraya.

hello hello

raya tahun ni, first time berduaan. belum lagi bertiga.

tahun ni, first raya kt rumah mertua, tampin. tengahari atau petang raya tu, baru balik melaka. maybe sampai raya ke dua je. the rest, kt tampin. sound macam asyik sebelahkan keluarga mertua je kan. tp pada aku, seronok kot. sebab????

selama ni, kalau beraya kami anak beranak ke rumah waksal je. sehari suntuk kt tengkera, lepas tu balik rumah tengok tv, tengok movie, tido sampai lebam. makan kuih raya sampai buncit. habiskan rendang, ketupat sampai boroi. tu je lah.

yelah, sedara mara aku ramai lagi kt perak. nk balik perak, macam tak je.
so begitulah raya aku sebelum ni.

tu yg aku cakap, tahun ni seronok sebab dapat keluar beraya dengan suami.

pagi raya balik dari sembahyang raya, ke kubur arwah ibu suami, kemudian ke rumah wan [nenek] in law. bila balik dari rumah melaka, kami ke rumah sedara mara yg kat tampin, rembau etc etc. masa tu lah boleh kenal kenal dengan keluarga dan saudara mara belah suami.

sebenarnya dari kecik, kami jarang keluar beraya. sebabnya dulu kt kampung, tetamu datang tak putus putus. semua nk melawat arwah embahtok, embahlain aku. bila nk keluar je, orang bagi salam. jadinya memang ktorg dah terbiasa beraya je kt rumah. tunggu je duit raya dari rumah. hihi...............

so boleh katakan, aku adalah excited nk sambut raya tahun ni.

balik melaka, nk pergi rumah waksal. tp jaja, cheyah tak balik melaka tahun ni. entah dapat jumpa bila. maybe esok esok nya kot. lepas tu, nk bawak mak pergi jasin rumah pakngah. lepas tu, dah tak tau nk beraya mana lagi sebab tu je family yg ada kt sini.....shopping, tengok wayang kot. harharhar.....


tp sampai sekarang, still tak tau camne nk hadap suami bersalaman di pagi raya. dah lah banyak buat dosa dengan suami. asyik nk melayan je kan, ajak bertekak je. hahaha....mesti nangis kaw kaw. oleh itu, jangan mekap dulu. dah nangis baru mekap cun cun.....


okay...tu je untuk petang ni. mood raya je kt office ni, sentuh kerja pun tidak dari isnin hari tu.......dasar gaji buta!!!




b2b idea :: cincin murah untuk pengantin lelaki

hello hello

bak kata iklan sabun boom!!

yang murah tak semestinya tak berkualiti, yg mahal tak semestinya berkualiti. gituuuuu....

ex bride ni faham sangat kalau b2b nk belikan sesuatu untuk pengantin lelaki, tp dengan limited budget. sebab dulu ex bride ni pun melalui pengalaman yg sama jugak. kalau boleh, semua nk budget.

ni haaaaa adik adik manis semua, mari dekat, mari dekat. kakak nk bercerita pada sesiapa yg tengah mencari cincin untuk pengantin lelaki, boleh kot beli dari deal ni....best best best...senyum senyum senyum.....



best kan. buat sendiri pulak tu. mestilah ada sentimental value gitu....uuuuuuuuu berangan kakak tengah tekun mengerjagakan cincin untuk suami. haha....

terms and condition, boleh lah pergi ke ke sini....

rugi kalau tak tak grab!!!





Monday, August 22, 2011

baby besar demam.

hello hello

hati tengah gundah gulana....

suami tercinta, tersayang, terwangi, terbusuk, terindu, terbenci, termenyampah * semualah dia...
demam panas....

hari sabtu hari tu, 40 darjah celcius. dengan tak sahur, gigih jugak dia berpuasa. tp tidur je. tu pun aku marah dia suruh dia mandi, segarkan badan.
bila berbuka, jamah makanan sikit, lepas tu terus sambung rehat.

bila badan dah kebah sikit, sanggup pergi jusco cari baju raya.

ahad tu pun, demam lagi sekali...

lepas isyak, sanggup pulak layan kehendak aku nk shopping tudung kt bazar tesco.

harini, demam lagi. tak pergi kerja.

ahhhhh risau lah...dia tak pernah nk sakit seteruk tu. tak pernah nk demam melampau. tapi kalini, kesian sangat sangat kt dia....rasa dia tak mampu nk buat apa apa.

cool fever takde kt rumah. makanya gantikan dengan towel kecik je letas atas kepala. kasi sejuk sikit badan.

aaaaaaaaaaaaa sedihlah...faham tak sedih???


suamiku yang tercinta, tersayang, terwangi, terbusuk, terindu, terbenci, termenyampah.......cepatlah sembuh demam tu. i tak sanggup nk tengok u terbaring je macam tu. i sedih bila u merengek cakap badan u sejuk panas. cepat sembuh, makan ubat ye suami.......



Friday, August 19, 2011

terima kasih suami, untuk malam yang hangat.....

hello hello

haha tajuk..................................!

mentang mentang..........

saja nk kasi b2b yg bakal kahwin lepas raya ni, makin tak menyabor. kahkahkahkahkahkahkahkah..

malam tadi, ada majlis berbuka puasa company aku la. buat kt ayer keroh d'village. disebabkan dah kahwin, maka boleh ajak suami. yeay! tahun lepas tak pergi sebab baru masuk kerja, so macam malu malu kan. takde kawan lagi. so tahun ni, kroni dah berkembang. haha..

last week, branch aku ni je yg buat kt tomyam klasik. tp MDR pulak buat kt pd. so pergilah join MDR. * isteri kena patuh suami. wah dan dan....



terima kasih suami, temankan isterimu ini. suami ada kt sebelah, semangat datang tiba tiba lahapkan kambing panggang. padahal aku bukanlah pemakan kambing!


suami pun sporting bagi aku beramas mesra dengan kawan kawan lain. yelah, boleh pergi kt geng melaka raya, boleh pergi geng branch sini. gitu....siap cuit cuit anak orang, amik aura...













tengok, semangat kuis kuih kambing. sedap pulak kambing tu kan.

paling best, datin suruh bawak balik. apa lagi, suami suruh tapau banyak banyak.

sahur kan lauk kambing lah kiteeee....











meet my loveliness girls and errrrr boy. bolehlah.












terima kasih pihak pengurusan company aku belanja makan buka puasa ni....kalau ada bonus, terima kasih lagi sekali. hahahhaah. larikssssssssssssssssssss!!!



aku cakap: macam nk ajak suami pergi buffet lagi sekali. pergi yg betul betul puas hati.





last part pasal magnet photo tu

hello hello


part 1 : mula mula beli senyap senyap tak kasi tau suami. [link]

part 2 : bila dah dapat depan mata, still tak bagitau lagi....[link]

part 3 : baru lah malam td berkesempatan bagitau dia. hikssss...

dah agak dah, mesti dia macam marah tanya itu ini. eh tak marah, tp macam. lain tu maksud dia. =P

suami ''berapa RM ni?''
isteri ''urmmmm RM4+ satu''
suami ''umak aih, mahalnya....bla bla bla''
isteri ''ala i beli kt groupun, eh silap milk a deal''
* tersebut groupun sebab sekarang groupun pun tengah promotion magnet tu.


suami terus senyum ''eh u dah beli ek''. motif senyum aku pun tak tau.

tengah aku terangkan kt dia, ni nk bagi yaya, ni nk bagi yana, dia pun belek belek magnet tu. sambil cakap ''i pun nk lah beli gak, letak kt fridge rumah i''

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! kan aku dah cakap, kang dia yg terlebih suda.....


hai lah suami kecintaan ni........


aku cakap: macam nk beli lagi untuk rumah mertua, untuk hadiah sepupu sepupu yg menolong hari tu, makcik & pakcik yg bertungkus lumus menolong....sebab cara tu je kenangan seumur hidup dan dorang akan pandang hari hari kan......




Wednesday, August 17, 2011

barang yg ditunggu, dah dapat!

hello hello

eh hari tu kan kes terbeli tanpa pengetahuan suami. ehem, belum bgtau dia lagi lah. camne eh nk kasitau. pernah konon konon nk bagitau, tp terbantut. sebab kang mesti suami banyak tanya itu ini. mesti dia pertikaikan hasil cantik ke tak. so tak bagitau.

tapi.....

benda tu dah dapat dah pagi ni.

guling seronok seronok seronok!!!

hasilnya sangat wallah. cantik dan kemas. kawan kawan office pun puji cantik. * eh mestilah cantik, tengok lah siapa pengantin nya. kakakakakkakakakakakaka

so rasanya, malam esok baru bagitau kt suami kot. esok malam jumaat keliwon kan. eh nakal ye bayang yg bukan bukan di malam jumaat. saya yg malu uols...

tak lah, esok turn company saya buat buka puasa buffet. so suami turun melaka. last week MDR kt the legend PD. so gilir gilir berbuffet sampai kembong!

so itulah peluang terbaik nk terus terang yg isterinya pantang tengok benda murah. suka membazir! hihi....
* tp doa doa lah dia suka, lepas tu dia suruh saya order lagi. haaaa, tu memang i loike...

saya tak sabar nk bungkus molek molek, kasi kt pompuan kesayangan saya yana & yaya!!



saya cakap: saya???????? hihi...



Tuesday, August 9, 2011

review :: red socks & red wedding shoes

hello hello

what i like most during my wedding day???

semestinya apa yg kami rancang menjadi walaupun sedetik lebih je moment tu.



suami dalam salinan serba putih dan berstokin merah hitam.


isteri berbusana serba putih dan berkasut tinggi merah bak Cinderella.
* bukan aku yg cinderella, tp kasut tu. LOL tp apa salahnya kalau nk anggap aku camtu. hoho...


penat owh pujuk suami pakai stokin kaler tu...alhamdulillah, dia nk jugak....sayang dia skeeet!!! (^*^) - macam tak jadi je icon cium aku...takpe, kita kasi big kiss kt suami....ops, bulan puasa. kena control sikit.....hehe...



untukmu suami,



nah....big kiss for you. terima kasih nk melayan karenah i pakai stokin merah hitam tu. ngeh ngeh ngeh....love u more more more....chipsmore!


ah mungilnya bibirku.....



aku cakap: nk review apa lagi ye????



suami yg dengki kt isteri dia.

hello hello

sebolehnya, bila kami berjumpa tu, mesti sembahyang berjemaah.

bila puasa ni, sempat solat subuh & maghrib je. isyak suami pergi masjid. * aku tak pergi terawih pun. kadang kadang je.

suami pesan, kalau solat berjemaah waktu isyak umpama mengerjakan solat sunat 1/3 malam.

kalau solat berjemaah waktu isyak & subuh umpama mengerjakan solat sunat sepanjang malam.

so, baik grab!

oooo baru ku tahu.

tapi, lepas sahur je aku dah start mengantuk balik. nk cepat solat, nk sambung tido! tp suami pesan lagi ''sembahyang jemaah tau''....aku - ''ala nk cepat, nk tido''
haha, mestilah jawapan tu buat suami menjegilkan mata dia yg sepet tu kt aku.
wekkkk....tak takut pun, tak takut....* pang...!

maka redha bangun ambil wudu' dan siapkan diri nk solat. suami saja ngade ngade melambatkan proses nk solat tu. ambil sejadah pun terkedek kedek. saja je tau....
aku - ''cepatlah yang oi. u tu tengah mc boleh sambung tido. i nk keje. kang ngantuk kt office. bla bla bla bla bla bla bla''
memang terus dapat cop isteri kuat bebel. tak pasal pasal je kan.
suami - senyum mengejek. cisss....


selalu macam tu.

tapi satu hari....


dia masih lagi buat macam tu. saja nk usik aku. padahal mata aku dah stim habis tunggu disorongkan bantal je.

tengah dia betulkan ntah berapa kali kedudukan sejadah aku bersuara macam bagi arahan.

aku - ''cepat yang betulkan sejadah tu, i nk qamat ni!!'' - saja usik.

suami terus pandang aku, riak muka macam nk terkam aku...aku buat muka serius je. tp bila aku senyum, ktorg dua dua gelak. hahahahhaahahahahhahahahahahha...

suami - ''u qamat, bangunan rumah ni runtuh!'' wkakakakakakakakakaka


hahaha. ntah apa apa perangai isteri suami aku ni....



10 things i hate about my husband! grrrrr

hello hello



1. 6.00 am
2. 6.10 am
3. 6.15 am
4. 6.25 am
5. 6.30 am
6. 6.40 am
7. 6.45 am
8. 6.50 am
9. 6.55 am
10. I HATE YOUR ALARM CLOCK HUSBAND. NOT 1 ALARM, BUT 2!!


kalau tuan punya handphone bangun takpe, ni TAK BANGUN!!!! sikit punya bingit telinga aku. sampai aku yg kena tekan OFF. tp 5 minit lepas tu, bunyi lagi...adoyai....

suami dah macam statue kt sebelah. tak dengar.

bila aku membebel, dia nk senyum senyum kucing je. geram tau...! picit hidung kang...

hadoilah...sebelum kahwin tak sangka pulak dia boleh set alarm tu every 5 minutes. MOTIF????



Thursday, August 4, 2011

review :: pengapit of the day, the BFF

hello hello

tips pemilihan pengapit:

1. orang yg rapat dengan kita selain dari adik beradik, sepupu adalah kawan baik kita sendiri.
2. kalau boleh elakkan adik beradik. sebab mungkin adik beradik kita boleh tolong mak ayah kita sambut tetamu kan....
3. make sure baju adalah contra dengan pengantin. janganlah pengantin pakai biru, pengapit pun biru. itu adalah SEMALAM punya trend nk sama sama warna ni. tak takut overshadow ke kakak kakak??


okay untuk itu, aku memilih kawan baik aku sebagai pengapit. shes my love yana. yana dia aku kenal dari form 1. sama kelas masa kt convent dulu, kt aspuri. aaaaa tak tau lah nk cakap camne, yg penting aku sayang dia....even aku pindah sekolah, tp tak pernah nk lost contact dengan dia.

memang dari dulu, aku dah plan ''shes gonna be my maid of honor''

dan dari dulu aku plan tema wedding aku adalah hitam putih merah, lepas tu gaduh dengan yana berebut warna tu jugak. hahaha...


dress for MOH, aku yg belikan. same goes to best-man. najib sponsor.

yana pernah tanya kat aku ''tak takut aku overshadow ko ke bila aku pakai baju merah''

dengan yakin ''tak pun. aku lagi cantik dari ko!'' kakakakakkakakakakka, hangin je pompuan tu


aku pun tak tau apa yg yana arahkan tu. hahahah. mesti dia marah aku letak gambar ni...




dia tetap setia dengan aku ketika itu...


yana, again???????? kakakakakka


tengah tunggu VIP datang, kita touch up dulu.


rasanya ni je gambar kami berdua. tak sempat nk tangkap gambar berdua lagi...aaaaa sentap!!!


dan kami berempat.

pengapit lelaki pun, bestfriend najib aka officemate dia. at first aku suruh dia cari yg sama tinggi. tp ketahuilah, dia lah lelaki yg paling tinggi kt office dia tu. haha....jangan tak tau, najib sayang sangat dengan best man dia ni. hahahaha....

beli baju dorang tak sama timing, maka gamble je lah. nasib baik tengok aish cantik pulak warna tu. serasi...




yana aku suruh dia pegang handbag kecik. remember my post about SOS list????
aaaaa, itulah dia aku....serba serbi nk lengkap...
akhirnya, checklist itu aku apply untuk wedding sendiri.
banyak kebaikannya...korang try lah....
supaya tak kalut pada hari kejadian. trust me.




owh really miss that moment. moment kompang dipalu. jantung masa ni toksah cakap, sama macam kena palu...





eiii thanks yana. bila tengok gambar, baru tau yana buat camtu...


mereka pegang kipas bulu bulu.


pengapit kami ni, ikut mengiring half way je. masa nk makan, stop kt pintu gerbang. so dorang tak join kitaorang makan since kt meja makan tetamu VIP kan...

tapi bila kami nk ke pelamin, dorang sangat alert tau. proud of both of you!!


yana dah standby nk pergi dekat aku...


dan masa ni, aku cakap ''i love u yana''. sebab dia cepat pass HB pada aku. =)


HB pun, yana yg tolong buatkan.....


lepas majlis, kami berdua sedih sebab takde gambar dua. yana sedih takde gambar dia set up guestbook corner, gambar buat HB.

hadiah kahwin dari yana juga adalah yg terbaik dari yg terbaik. rasa macam mampu ke aku buat macamana yana buat utk majlis kami ni....??

najib pun dah pesan, ''nanti bila yana kawin, sebolehnya kita kena attend wedding dia. dia datang dari jauh, bagi hadiah kawin best pulak tu''

yana adalah kawan dunia akhirat aku. paling seronok sebab dia kenal najib dari dulu. so serba sedikit, perangai najib dia dah tau. yelah apa apa mengadu dengan dia kan...dengan mulut puaka laki aku, dia relax je. haha. best lah yana.

yana, terima kasih sebab menjadi sebahagian dari hari bersejarah aku. terima kasih sudi datang dari jauh untuk jadi pengapit aku. terima kasih sudi jadi kawan aku sampai hari ni. terima kasih sudi terima baik buruk perangai aku. terima kasih sudi nk melayan karenah aku selama kita berkawan. terima kasih ko banyak tolong aku. walaupun aku tak pernah cakap serius ng ko, aku tetap sayangkan ko!!

nanti aku post hadiah ye.....


sayang ko.....!!!


itulah dia, pengapit aku....si merah mak ngah.................haha.

hoi, apakah? mengapakah?

hello hello

boleh pulak kan aku bertukar kerjaya sekarang ni...tsk tsk tsk....

semalam, chairman aku panggil masuk dalam bilik dia. ish kalau dah masuk dalam bilik tu, kita geletar lah kan. sebab aku ni muka kena marah je. ada je lah benda yg dia tak puas hati.

sekali dah masuk dengan fail nk renew lesen petronas, dia suruh aku catit nama kawan kawan dia. tujuan - nk bagi wedding invitation anak dia this coming november. 11-11-11.

aaaaaaarrrgggggghhhhh...aku paling tak suka part ni...serious aku tertanya tanya ''kenapa aku???'' bukankah dia mempunya PA????

fyi, last year in ramadhan jugak, aku adalah PA dia! dan ketika itu, aku incharge penghantaran kad raya. dan disebabkan itu, aku balik kerja dengan lemau, pergi of kos jugaklah lemau kan. kerana, aku terpaksa cari semua contact kawan dia, nk anta kad raya. setakat menteri, timbalan menteri tu aku okay lagi lah. ni segala PA, su sulit, su kanan bla bla bla....aaa stress aku masa tu. *pastu langsung tak hargai aku. choiiii....

dan tahun ni, ingatkan terlepas. rupanya tak!!!!

dalam pada tengah catit nama-nama tu, terbuka cerita pasal dia nk kasi door gift apa untuk tetamu dia kan. dia pung pang cakap itu ini, aku dengar je. sekali dengar dia cakap nk kasi tuala. aku terus ''eh datuk, tu so yesterday okay. kita bagi lain'' cecey...pandai kau kan.....

lepas tu dia suruh pergi tengok tengok barang kt kedai borong sebelah office melaka raya tu. aku cakap ''situ mana ada wedding gift datuk. my suggestion is, kt romantika mitc. untuk vips sesuai tu'' cecey sekali lagi kau tunjuk pandai.

datuk ''okay, esok pergi dengan datin. saya tak pandai hal hal ni. awak incharge''

what??????????????????????????????????????

and start from that, im being part of his son's wedding!!!

coi coi coi....!! kenapa aku?????????????????

yeay, memanglah best kan jadi wedding planner tp kenapa dengan family bos aku tu??????

okay tu je.


babai.

Wednesday, August 3, 2011

dah TERbeli.

hello hello

agak agak berdosa tak kalau aku tak mintak izin suami dulu nk beli deal ni?

erk, janganlah cakap berdosa. aku dah beli dah pun. TAPIIIIIIIIIII....

aku niat nk suprise kan suami lah bila dan siap nanti....haaa sweet tak dapat isteri macam ni?
* hempuk kang!

ni haaaaaaaaaaaaa.....

cepat cepat. deal nya masih ON lagi....

masa aku beli kelmarin, aku orang ke-9.

plannya kan, kan dapat 6 pcs. dua tu nk bagi pada yana si pengapit & yaya si kawan baik. yelah, kenang kenang, dorang ni tak dpt apa pun dari aku since dorang ni banyak tolong jugak masa majlis hari tu. even souvenir dari tempat honeymoon pun tak sebab kami pergi semata mata honeymoon bukan shopping..so ingatkan lah, nk bagi personal touch kt dorang. magnet ni okay kan......dalam cd dari OP berlambak kot gambar dorang dengan aku......


yang balance lagi, simpan untuk rumah akan datang, rumah mak, rumah mertua. =P


beli jangan tak beli......................


terima kasih milk a deal. lepas ni tolong buat deal yg photobook tu banyak banyak ye. hihihihi...... = P

Tuesday, August 2, 2011

review :: honeymoon checklist

hello hello

haha, siapa lah etty kalau tak terkenal dengan checklist nya kan. well, yes aku memang suka sediakan checklist.

even, suami aku pun dah mula membiasakan diri dengan checklist aku.....

ehem, pergi honeymoon hari tu pun ada checklist okay...gigih tak???

bukan apa, nk pergi jauh. kalau boleh segala kelengkapan tu sempurna. senang, tak payah nk beli lagi barang barang keperluan kita kan. lagi satu, kita kena selalu fikir tak semua tempat kita nk pergi tu ada kedai yg jual barang yg kita perlukan atau kt tempat lain jual mahal atau pun bila kita perlukan barang tu yg tersangat urgent, tp kita terlupa bawak pulak...

haaa camtu......

maka, checklist jangan dipandang enteng okay.....

sila tengok contoh checklist aku. ni barang basic je * basic sangaaaaaaaaatttt.....

actually, yg ni dalam softcopy excel. yg printed punya, makin bertambah tambah kami suami isteri letak. haha.


so far, semua checklist tu bertanda dengan jayanya. gigih lah kami cari barang barang tu sebelum bertolak ke pangkor kan.....dan memudahkan kami juga untuk trip ke singapore lepas balik pangkor...yeeba yeebaaaa angreee angreeee.....!!

dan alhamdulillah, takde barang yg tertinggal pun. segala keperluan, lengkap. even kami bawak 1 beg roda berkongsi suami isteri, 1 bag laptop. best kan....


okay tu je untuk hari ke 2 ramadhan...................................


update: aku senang hati nk bagi kt korang korang checklist ni.....
do email me at - atiecutest@yahoo.com / ettykamal@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails