:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, April 30, 2010

zaman kanak kanak.

hello hello


aku rasa macam nk ajak mak balik kampung kt perak tu, tinggal lama lama. yelah, dulu masa aku kerja, nk balik pun jarang. dah lah jarang balik, kalau dapat balik pun sekejap je.
rasa tak puas nk main tanah kampung, panjat pokok kelapa.
nk pergi kubur abah, embahtok ng embahlain.

dan teringin sangat nk pergi kubur opah ng atuk kt parit 11. haish.

aku batak bila balik kampung. masa tu, aku tak kisah nk berjemur, nk ikut wak aku pergi kebun belakang rumah. tak kisah bergelumang dengan lumpur [okay tu tipu sebab parit dah rata], tak kisah jatuh buntut dulu sebab nk tarik ubi kayu. nyum nyum.
semua tu tak kisah sebab aku suka.

well, aku memang dibesarkan kt kampung pun. habis spm baru aku pindah ikut mak ke melaka. kiranya, adik adik aku dah jadi orang bandar dulu dari aku.

hidup kt bandar dengan kampung, takde pun beza mana. kt kampung, macam bandar jugak. tak lah ulu sangat kan. tiap tiap minggu aku dating kt pekan teluk intan tu.

masa kecik, aku lebih suka kalau balik parit 9 which means tu kampung belah mak aku. gila damai parit 9 tu compared dengan parit 5. ooo aku tinggal kt parit 5 ye.
parit 9 ni kira pendalaman tak pendalaman sangatlah. rumah arwah opah & atuk aku, rumah paling hujung dan sunyi. depan rumah mak lang aku, ada ban yg bermaksud tanah tinggi nk halang air sungai masuk parit. haaa acilah maksud tu eh.
seberang ban tu, ada sungai yg ada buaya. scary tak???

dulu pernah, aku dengan sepupu yg lain [masa kecik kecik lah], naik satu bot enjin. kitaorg cari siput. best gilaaaaa kot pengalaman tu. siap nampak buaya ternganya. tp sebenarnya aku tak sure tu buaya ke biawak!!!!! kakakaa

pastu kt ban tu, ada tali air. macam empangan lah. ada satu perlakuan tradisional nk tangkap udang.
nama dia, mengancor.
ada tangguk besar, rendam dalam air, pastu angkat. banyak udang ditangkap. udang saiz s je kot masa tu. tp heaven lah..
mana nk dapat lagi pengalaman macam tu kan.

sepanjang ban tu, ada banyak pokok. haaaa, situ pulak ala ala safari. ada monyet ke lotong ke aku pun tak sure. banyak gila.
pastu kt situ jugak kandang lembu @ kambing pakcik aku.

kt hujung kampung, nunnnnnn di sana ada lagi satu tali air mini. ceh siap mini. ingat mini fountain ke? kt situ, air jernih. air parit je pun, tp best gila feeling air terjun yg mengalir sepoi sepoi bahasa. eh????

petang petang je, berkubang atau istilah bandar, berkuak lentang, dalam parit sebelah ban tu. dulu air parit bersih. dasar nya pasir bukan lumpur. wahhhhh....bestnyaaaa!!!!!!!!!!!!!!!

dah penat mandi mandi, panjat pokok pelam @ mangga. buah yg kecik kecik tu. makan kt bawah pokok tu jugak, tak payah basuh terus makan pun selamat. hoh, soooorga!

pastu, pernah dengar buah rokam tak??? pergi google eh cari camne bentuk dia. tapi syg, sekarang dah takde kot buah tu. kalau nasib baik, aku masih boleh jumpa kt parit 9. panjat dan terus makan. terbaik dari ladang mak lang.
kalau kaum ibu ibu rajin, dorang tolong buatkan sambal kicap. jadi kami yg budak budak ni jadi tukang panjat dan tangkap buah rokam tu. aishhh tiba tiba terliurrrrr.

masa tu, keadaan luar rumah lagi seronok berbanding hiburan tv dan radio. masuk rumah untuk minum je. pastu keluar balik...main.

dulu, masa kecik kecik, aku ng wanie lah macam sepupu yg kaya sikit dari dorang. memandangkan abah bisnessman, pastu ada kereta, dah kira kayalah tu walaupun tak lagi kaya sekali. kira macam senang lah.
ada antara dorang yg tumpang rumah aku. kak wati tak silap. pastu abang ulai. haih nama timang timang sangat comel.
bila birthday aku, abah jemput dorang datang parit 5. dari kecil sudah dimanjai dengan party. nasib baik dah besar bukan kaki party.

aku rapat dengan sepupu belah abah. cheyah, jaja, nurul, kak ijan dan [semua yg takkan aku nk letak nama sorang sorang kot], tu semua belah abah lah.
belah mak, eton, kak zaimah, along elly, emi, kak zura, abg ulai, abg endoi dan lain lain lagi. [skema]
tp bila sekali sekali jumpa cousin belah mak, kt atas tu lah aktiviti kami.

urmmmm, mana nk dapat lagi pengalaman macam ni kan. kami semua pun dah besar panjang, dah beranak pinak. alangkah seronoknya kalau kita punya kuasa nk putar balik masa. masa hanya untuk seronok dengan sepupu sepupu.

aku rasa, bila aku dah anak nanti pun, dia takkan dapat rasa nikmatnya masa zaman aku dulu.


aku cakap1: aku rasa nk taip pasal lain, tapi tercerita pasal ni pulak.







bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, April 29, 2010

air panas gadek, melaka

hello hello


sejak yaya tinggal sekejap kt sini, pernah jugak nk mengajak dia pergi sini. tp asyiklah dia takde masa balik lambat je.

tapi satu petang tu, dia call bagitau yg dia balik awal. agak awal jugaklah sebab selalu dia balik dalam pukul 7. hehe. dia ajak pergi air panas gadek ni sebab gian malam tadi dah pergi sana.
since mak pun pernah menyebut nk pergi sana, lagi lagi sebab nadia kena chicken pox tu, terus aku ajak mak. okay so semua on.


sebenarnya gambar ni, ayat kuning tu tak nampak tau in reality view. tp camera aku canggih sangat. haha.
okay dah sampai. dari bandar melaka, which means, aku dari malim dalam 20 minit lah.
kalau dari tol simpang empat, dalam 10 minit rasanya sebab masuk simpang nk ke tampin.


masuk adalah berbayar.

dewasa = rm4
kanak kanak = rm2

oleh kerana kami pergi malam minggu, tempat penuh. tengah rendam tu, dapatlah jugak kawan kawan baru. aku kan kepoooooohhhh nok.
kawan kawan baru yg datangnya dari golongan makcik makcik [huh, nampak sgt memang kepoh], mostly datang luar dari melaka.
ada dari kl, seremban. dtg semata mata nk rendam badan.

sampai je, lepas dari kaunter ada lah beberapa kolah macam kolah mandi kt bilik air kt kampung aku tu. kolam pertama, keluarga cina yang conquer. selamba gila berendam. aku rasa...perggggghhhh, ini membunuh namanya. panas gila okay! tak tipu.

beralih ke kolah kolah seterusnya....panas!!!

sebelum tu, aku bagitau by. dia kata pergi kolam belakang sekali. okay, kolam tu besar. ktorg pun pergilah. mak kata tak panas sangat, tp bagi aku...tetap panas. okay fine badan ni lemak sikit sangat. hahahaha.

mula mula aku tak sanggup kot nk letak kaki waima hujung kaki. rasa kebas je. selamba kot orang lain siap buat kuak lentang segala. hoh, tebal betul lemak korang eh. hihi.

si suraya dah siap rendam badan. sedap katanya. damn! aku tetap tak boleh.

ini emak dan adik aku yg kena chicken pox tu. cett rugi betul bawak dia. ingatkan bawak dia nk baikkan demam dia, tp 2x5 cam aku. baik tak payah berubat. hahahahahahhaha.
mak aku pun sama.

ntah ntah ktorg sekeluarga ni stok takde lemak kot. hahahaha. lariiiiiiiiii!!!!!!

suraya kata sedap badan dia rendam. kebetulan dia ada period pain masa tu, hilang katanya. oh patut aku pergi jugak masa tengah dilanda demam kus kus tu kan. biar hilang sakit perut sebulan sekali yg maha teruk tu.
* melancarkan darah juga ye [kaum wanita harap faham]


alamak, gambar tak banyak sebab sibuk rendam kaki separuh pastu ramai sudah kerumun gadek ketika itu.
memang penuh korang. pastu terasa geli. hahahahahah.

selalu kalau mandi kt air terjun ke air laut ke atau swimming pool, kalau nk terkencing, kita lepas je kan [hampeh malu aku nk mengaku], tp bila panas ni, rasa tak sedap hati oh. hahahahaha. tak best kot sebab panas.
tapi tetap juga rasa geli kerana daki orang tertanggal instead of orang kencing. haha.

dah geli, kitaorg pun balik.

rupanya salah information dari by. maksud dia kolam yg dekat ng kaunter.

oiii sayang, lain cakap terang terang lah.


siap dia kata, kolam belakang tu air dari kolam kolam semua. choiiiiiii.

tapi siapa yg suruh pergi kolam hujung????????????? dah balik baru nk betulkan statement.
patutlah, buntut ku gatal sepanjang malam. terkena daki orang rupanya. hehe.


okay, moral of story, pergi kolam yg dekat ng kaunter tu ye. hehe. kalau tak, gatal buntut cam aku.

toilet semua jangan risau. bersih gila.
makanan pun ada dijual. siap boleh bawak bekal lagi dari rumah.

kesimpulannya, kalau ke melaka, jangan lupa ke air panas gadek.

dan juga...selamat bersauna!


aku cakap1: sebenarnya gatal malam tu sebab aku bilas je, malam dah penat aku lupa nk mandi. kalau bilas baik baik, tak lah gatal. salah satu kebaikan mandi air panas ni adalah menghilangkan gatal gatal. itu pun kalau bilas dengan sabun. jangan jadi macam aku. =)

aku cakap2: tiba tiba rasa macam nk pergi lagi.


bubye pengantin~to~be - take care!

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/ettybahrin

jahanam kau syaitan!!!!!

hello hello

*entry sedikit emo dengan permulaan title yg agak keterlaluan. sorry

adoiiii petang ni betullah. petang yg penuh dengan air mata......syahdu betul layan adamaya sambil sedu sedan tak henti henti. stok bahu henjut henjut tahan sebak.

lawatan balas aku kt sini, menjadi sangat.......entah aku pun tak tau apa nk cakap. sebab bila aku ingat ingat, kenapa manusia ni kejam sangat???
yg penting, kenapa bodoh, bangang, biol, celaka, haram, lahanat sangat?????
babi lah kau syaitan yg sanggup buat macam ni pada makhluk yg takde akal fikiran!!!

aku ambil quote dari tuan punya blog yg sangat baik hati, semoga hidup dia sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu...ya Allah, masih ada juga hamba yg baik rupanya disebalik kekejaman manusia lain....[buat baik dibalas baik. Allah kurniakannya dengan anak kembar yg sangat comel...masyaAllah]

*Korang klik kat link pastu tengok la kucing aku...kalau korang tak nangis, hati korang memang kering... *
nah tengok -> http://www.youtube.com/watch?v=xt5wRG6CQTQ

lagi lagi -> http://kakimotong.blogspot.com/2010/04/kku-yang-bernama-hero-kucing-kurang.html


ya Allah....sedihnyaaaaa...korang semua tau kan, aku sayang sangat sangat kt anak aku. dan bila aku tengok ni, mesti aku bayangkan kalau terjadi kt anak anak aku, atau pun anak anak kawan aku yg pencinta kucing macam aku. takpun, jadi pada kucing jalanan yg langsung kita dan dorang tak tau macam mana nasib dorang menjadi kucing jalanan.
*Ya Allah, tolong selamatkan makhluk makhluk yg lemah ni yaAllah....


erk...aku minta maaf kalau korang terkantoi dengan officemate / bos sebab korang nangeh kt office. aku simpan entry ni dlm blog bukan untuk buat korang menangis, tp untuk renungan sesama kita ye. buat baik sesama makhluk walaupun korang tak suka kucing!


bubye pengantin~to~be - take care!

benci ular...benci ular [tiru iklan raya benci ombak..benci ombak] kenapa kau tak makan katak haaa ular???? kenapa mangsa kau kucing itu???

hello hello

satu malam, entah apa topik tiba tiba yaya kata dia baca metro. pasal ular sawa telan kucing. kt kl, ampang rasanya.

tp petang ni, aku rasa cerita dari blog papa meow, sama cerita dalam metro tu. tu pun kalau aku tak silap lah.

dan cerita tu, buat aku menangis sedu sedan. tengah kacau sambal nasi lemak pun, boleh aku menangis kt dapur sebab bayangkan kalau anak anak aku yg jadi mangsa.

korang nk baca cerita penuh, pergi kt blog papa meow ye...aku sedih niiiiii...



Memang besar. Sebesar peha orang , lebih kurang 13 kaki panjang. Jangankan kucing, kalau orang kena belit pun tak lepas. Bila sampai ular sedang mengheret kucing naik keatas bukit. Aku lupa apa namanya. Tapi kucing ni memang manja. Dia suka kalau geli-geli perut dia. - papa meow


Sudah terlambat. Kucing luka teruk dan mungkin tulangnya patah riuk. Kaku... - papa meow

Dengan kayu kecil ditangan aku tak mampu buat apa-apa. Pukul badannya sampai kayu patah, ular tak lari. Pantas jiran menujah serampang tajam tepat kekepala ular. Tembus... - papa meow

Ular sawa mengelupur dan kucing pun terlepas. Dia melibas badannya. Agak kuat sampai kayu serampang hampit tercabut. Tak lama, datang pula dua orang jiran bawah membantu. Dibawa kapak kecik. Boleh ke lawan ular yang kuat dengan kapak kecik. Kurang yakin. - papa meow

Aku berlari kerumah ingin mengambil parang panjang. Bila datang balik dah selesai. Ular sudah lemah, badannya luka-luka ditakik dengan kapak. Jiran-jiran menarik ular lalu diletakkan tepi jalan. Aku mengangkat kucing tuan kurus. Tak bernyawa lagi. Koyak-koyak badan dia. Kesian sangat. - papa meow

Tak tau sama ada patut ular itu dibunuh atau tidak. Yang pasti masing-masing tidak ada kepakaran untuk menangkap ular sebesar ini. Kalau tak dibunuh entah siapa pula mangsa seterusnya. Aku sendiri ngeri melihatnya. Ganas.
" Salam, kucing ko kena belit ular sawa, aku letak atas kereta, ular ada kat tepi tu kalau nak tengok", begitu msg yang aku kirim buat tuan kurus. Mungkin waktu itu dia sedang bawa teksi.
Lebih kurang dua jam kemudian tergerak hati untuk turun dan melihat keadaan ular tadi. Risau macam-macam difikirkan dalam kepala. Ada orang sedang terduduk atas tanah ditepi longkang sambil memeluk sesuatu. - papa meow


etty - aku sedih betul......kucing ni gemuk. aduh, tak dapat nk bayangkan azab nya kucing ni masa tengah dibelit tu. even kalau kita peluk kucing manja manja pun, dia punya bising. haaaaaaa...sedih sedih sedih...

Ada suara menangis teresak-esak. Itu tuan kurus sedang memeluk kucing kuning.
Dia tak peduli aku datang. Dibelai dan dicium sikuning. Nampak air matanya menitis satu-satu. Sayu...
Tak sanggup nak tengok. Sebak...
Sayang sangat dengan kucingnya. " Nanti kebumikan dalam kawasan rumah aku saja", kataku sebelum pergi meninggalkan dia melayan perasaan. Tak mahu ganggu.
"Esok aku tanam ular tepi kolam", kataku lagi. - papa meow

Jam 1.30 pagi Tuan kurus datang. "Nak kebumikan kucing", katanya. Aku ambil cangkul dan tunjuk tempat untuk tanam. - papa meow


etty - haaaaa, sedih sedih sedih. lagi lagi time tuan kurus peluk kucing tu.


aku teringat, masa sammuel mati atas pangkuan aku dulu. dia sakit, tp dah lambat aku nk bawak pergi vet. masa aku nk bawak pergi vet, dia okay lagi. lepas je aku turun motor, sammuel mengeliat. rupanya dah sampai ajal dia atas pangkuan aku. bayangkan, pangkuan aku sendiri. aku dapat rasa masa dia mengeliat tu....

sekali lagi aku nk cerita, aku tak serasi bela kucing warna penuh oren. dari dulu sekejap je dengan aku. samada hilang atau mati. sammuel warna oren, bulu kembang sangat. padahal mana ada long hair punya baka kt rumah aku. yg cantik dan hensem tu lah bukan milik aku sebenarnya....



dah...gi kesat air mata tu....


aku cakap1: selalu aku fikir dan bayangkan, macam mana agaknya cara anak anak tinggalkan aku??? macam mana keadaan aku masa tu????


bubye pengantin~to~be - take care!

Tuesday, April 27, 2010

ada blogger gaduh?

hello hello

tau tak sekarang ni, ada berita hot dalam dunia blog??? huiii hangat betul.
blogger ni...lawan dengan blogger yang tu.
dua dua blog aku baca. kadang kadang drop comment, kadang kadang baca sepintas lalu.

blog yg satu ni, memang dah glams habis.

blog yg satu tu pun, ramai followers sebab entry dia betul betul, selamba dan tak kisah pun kalau org downkan dia sebab fizikal dia. [ah kalau org cakap aku gemuk, touching wey]

tapi, aku...aku tak sokong mana mana sebab aku tak tahu hujung pangkal dan aku tak pernah pun nk kenal dorang.
cuma, orang orang yang hantar comment tu lah aku nk katakan.

uhai, masing masing menyalak tak hengat. masing masing baru nk cakap blogger tu macam tu, macam ni. haih, kalau rasa tak suka kt blogger tu, kenapa tak buat entry nk kutuk blogger tu kan. tak payah nk tumpang kt comment orang tu.
macam batu api kot.

aku tak salahkan penulis blog tu, sebab agaknya dia memang dah geram dengan blogger yg glams tu.

haih, macam macam tau.

lantaklah dorang. cuma nk pesan, hati hati dalam kawan blog ni. tak semua orang baik hati, hargai kawan kawan blog. mesti ada yg tikam belakang walaupun tak semua.

hai, apa lah yg aku tulis ni....???









bubye pengantin~to~be - take care!

Monday, April 26, 2010

kids update.

hello hello

uhhh uhhkh lamanya tak taip apa apa.

okay okay. so far takde cerita yg menaik pun nk diceritakan. pasal anak anak je okay? aci tak?
hehe

boboy.
si nakal ni kan, manja gila kot. pantang panggil nama, meh sini boy - dia datang dengan lenggang lenggok. siap buat bunyi manja. kat rumah ni, dia je kot yg manja macam tu. nk tidur pun cari celah celah bedah badan orang, datang menyelit. pastu kalau aku tidur, dia pun boleh tidur 12 jam atas dada aku. sweet tak macam tu? dah lama kot tak rasa bermanja dengan anak anak yg lain. hah, bias namanya ni!!! hahaha.
pastu kuat makan. tp badan tetap kurus. tiga tiga, dia yg paling banyak dan kuat makan. sampai macam pelik, 10 minit lepas santapan, dia dah bising nk makan. aihhh, mana pergi makanan kau boy? kenapa kurus lagi ni???
pastu pantang kot mak kopek ikan bilis. tajam betul deria bau dia. mell dengan adik tak pandang pun walau sebelah mata ikan bilis tu. dorang siap main aci lambung lagi dengan ikan bilis tu. tp si boboy, hoh, boleh habis kot ikan bilis nasi lemak mak aku.
tapi...boboy memang kucing yg comel....suka kacau dia tidur. pastu kang dia buat bunyi tak puas hati.


next...

mell.
lepas adik demam, dia pulak demam dan makin emo, makin ngade ngade. pun sama siap pakej kaki tempang. teori aku, tidur lama sangat, siap tidur alas lengan, haaa terus terseliuh. macam aku dulu. pastu marah gila bila aku nk urut kaki dia. cet. sombong lah dia sekarang.
mell, dia ni kan dah terbiasa tau makan iams dari kecik. pastu tukar pada RC pulak. sekarang turun takhta ke pro diet. badan dah susut sebab macam takde selera. macam kesian jugak kt dia. aku yg manjakan dia dari dulu. oh sabar ye sayang, nanti mummy belikan juga iams untuk kome kome.
aku betul betul takde masa nk pergi vet. risau jugak masing masing sekarang dah macam pasif gila. asyik tidurrrrrrrrrrrr je siang malam pagi petang.


adik.
lama gak dia demam. 2 hari kot. panas gila badan. in fact aku baring sebelah dia, rasa bahang. bila dia bangun dari tilam, rasa panas kt tilam tu.
pastu dah okay. kaki pun okay.
tak tahan tu, zaireena risau gila tau adik demam. okay eena, ambik adik sebagai anak pembaptisan ko eh. haha.
sejak dia demam, aku layan dia tiptop. bawakkan makanan dalam bilik, suapkan dia makan, susu semua. so dia dah biasa dengan aku, so sekarang dia macam dah boleh nk bermanja.
dan paling tak tahan, muka macam dah matured gila. alahai anak aku....dah teruna ye????
* fyi, bila ada anak anak yg sakit, aku memang akan suapkan dorang makan


okay tu je kot. next entry mungkin hasil rombongan cek kiah ke kota tinggi johor yg banyak betul dugaan dan cabaran.


bubye pengantin~to~be - take care!

Friday, April 23, 2010

bila anak sakit.

hello hello

tengah risau dan susah hati. si adik demam dan kaki nya tempang. tiba tiba demam, risau jugak.
kaki tempang pulak, takde idea kenapa jadi macam tu. padahal bukan keluar rumah pun.

dah 2 hari ni, makan kena bersuap kena belai perlahan lahan.
asyik nk tidur je sampai si boboy rasa bosan. ada kakak, tak mau bermain dengan dia. ada abang, demam sakit pulak. dia pun terus mengiau, tak henti henti. adeh pening aku.

nk makan ke sayang? tu byk makanan dlm bekas tu, kenapa tak habiskan??
nk ikan mentah ke? no no no, makanan itu diharamkan di rumah ini.
kamu kena makan yg mahal ni. penat keluar duit tau.
hahahahahahhaha. bila anak anak degil tak mau makan, harus diungkit.

anak anak macam tak suka betul pada smartheart dan pro diet tu. aish...emak mu ini tidak mampu lagi nk beli royal canin dan iams sayang sayangku....sedih betul!
tp....kena jugak beli sebungkus iams. mana tau tiba tiba selera datang balik.

erm, rasa macam nk beli ikan kembung, rebus. hancurkan.

tapi, rasa macam tak sanggup nk biarkan bau poooo pooo semerbak kt rumah ni.

itu jelah nk taip. takde idea lah. anak sakit ni.


bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, April 22, 2010

tapak kaki kering macam pijak gurun sahara!

hello hello

sapa ada petua nk lembutkan / haluskan / licinkan / cantikkan / gebukan tapak kaki yg kertu???

ni kalau nk keluar dating ni, kena pakai full shoe ni, kalau bakal suami nampak, aduuuuh. tebal patblas inci kot muka. kau ni tak reti nk jaga kaki ke??? kaki pun seksi tau. hahahahahahha. upssssss....

betul wey. aku mempunyai masalah tapak kaki kering sekering keringnya. bila dah kering sangat, dia jadi merekah. bila dah merekah, kulit cam terkupil. bila dah terkupil, aku pun senang hati nk kopek kopek macam tak de perasaan bersalah memburukkan tapak kaki sendiri.
auwwww tengok tapak kaki sendiri pun rasa malu yg amat sangat.

nk sapu lotion??? mak tak rajin nokkkkkkks.
nk google petua petua??? internet dah makin slow. dpt message kata dah exceed 5gb sebulan. wth betul.

hoh, nk cantik tp banyak songeh pulak.


aku cakap1: serius. sapa ada petua, ada barang baeeeek punya nk dipakai, sila tinggal comment. terima kasih kawan kawan!

bubye pengantin~to~be - take care!

Wednesday, April 21, 2010

entry dari mellinda

hello hello

apa khabar semua reader[s] mummy?? kami di sini baik baik je. ada yg makin sihat, ada yg makin gemuk, makin kurus...semualah ada.

yg makin emo pun ada tau uols...

ishhh adik. diamlah!
semua dah tau kan, kami berdua dah ada adik baru. nama dia boboy. dia ni macam pemalas je. kalau dia poo pooo, dia tak mau kambus pun pooo dia tau. mummy yg kena kambus. pastu pagi tadi, dia kencing tau kt atas tilam nenek. mummy jugak yg kena basuh tilam tu.

alaaaa kak mell, dia kn kecik lagi. dia belum serasi lagi lah dengan litter box tu.

yelah tu.

nanti nanti dia okaylah tu. mummy tak marah pun kt dia tau. tau lah kakak tu emo, touching.

sadap uuuuuu....
okay semua. mummy kata dia penat harini sebab angkat tilam toto kena kencing dak boboy tadi. so sebagai anak sulung, mummy minta saya buat entry on behalf kan mummy. adik, ko duduk diam diam kt situ. pergi keringkan bulu. td menggelupur masa mandi.

eleh, cakap org. tunggulah bila turn kakak mandi pulak. dah sebulan kakak tak mandi tau. ikut ikut, esok awk punya turn lah. kami berdua dah mandi dah....wek wek...larikkkkksssss.


si kecik ni dah pandai nk cakar kt sini. harapnya janganlah dia ikut perangai kami yg suka cakar kt sofa nenek.
oh ye, yg pencakar tu, saya yg punya. tp sejak ada adik, jarang pulak saya nk cakar kt situ. cakar kt sofa lagi syok kotttt. hahaha.


semalam nenek ada beli litter box baru. mummy suruh beli yg sederhana je. sebab kalau besar sangat, banyak pulak nk letak pasir * pss mummy kedekut pasir.
tp saya tengok, macam tak muat je 3 ekor buang kt situ.
tengok tu, budak kecik tu berak kt litter box saya!!!!!!


masih lagi di parti buih! tp saya tak layan permainan budak budak bawah umur ni. saya jadi pemerhati bebas je.


eh eh budak kecik ni. siap kembang kembang ekor apahal?? nk cari gaduh ke??? saya relax je kt tepi tu tau...entah bila saya nk kamcing dengan dia tak tau lah.


ni rumah baru kami!!!! td mummy buatkan. hoh, buatan tangan tu. mummy kata, dari buang, baik buat sesuatu dengan kerusi tu. jadi, terhasil lah ini.
itu si adik, jangan confused! dia baru lepas mandi. baru lepas menggelupur katanya. hahaha.
mummy kata, dia curahkan je air. takde nk bilas pegang pegang, sebab mummy fobia. dulu, adik gigit ibu jari mummy. sampai ke tulang luka tu sebab lambat sangat baiknya.
kalau tak dipegang, si adik ni diam je.


haaa, nenek curious. dia ni sakit ke? asal diam je. ke macam kami jugak. siang tidur, malam baru nk aktif. hehe.


ehh, dah tidur dah si adik ni??? td memekak je. ooo, memang habit dia eh. lepas mandi, terus tidur. masa dia kecik kecik lagilah teruk, bulu belum kering, dia dah terawang awangan!
sejak adik dapat adik baru ni, nampak dia dah besar. haha. tengok tu panjang nya badan dia kan? hehe.


okaylah. babai. mummy dah bangun.


love - mellinda binti etty


bubye pengantin~to~be - take care!

Tuesday, April 20, 2010

meet my new son.

hello hello


okay, nk cerita pasal anak baru ni. so entry adalah panjang berjela sebab nk cerita semua dalam satu entry sahaja. harap bersabar ye. mungkin ada sedikit tips.


mak aku keluar malam td. aku dah start lalok nk tidur. even petang sampai maghrib aku dah tidur. dalam pukul 10, mak balik ketuk pintu. nadiah dah telan ubat demam, langsung tak sedar mak ketuk pintu. jadi aku lah lemah longlai pergi bukak pintu.
sekali tu.....eh adik, kenapa mak dukung adik??????

eh adik. dia keluar ke? *teringat kot kot masa yaya balik, dia terlepas keluar. so assumed mak jumpa dia kt tangga ke.
mak dah senyum senyum.
otak aku betul betul berfikir camne adik boleh terlepas. pastu aku ingat, td masa aku nk tidur dlm bilik, sapa yg dok kacau aku tidur. bukan mell dengan adik ke????

eh....kucing baru ke???? mak bawak balik nk bela ke?????

mak: mak jumpa kt gerai td. cantik macam adik, mak bawaklah balik. kesian dia.
etty: eh macam adik, ingat adik keluar td masa yaya balik. jantan ni...

bagi dia makan. habisss. lapar sungguh. sian betul. badan kurus je...

adik dengan mell dah mula dekat dekat. mell macam biasa. malas nk layan. bawak diri macam mula mula jumpa adik dulu. gila garang dia. si kecik ni, relax je. orang tu ngerang tu, dia boleh buat dek.

sejam lepas tu, dah main main dengan adik. cepat betul kamceng. tempat main?
kat pasu mak. mak kata jap lagi kena turunkan pasu tu, kalau tak habis jatuh dikerjakan cucu cucu nya.
mell.....masuk tidur. betul betul malas nk layan. hahahaha.


oh ya, tips....lepas bagi makan, aku terus letak dia dalam litter box. since takde cage ni, macam susah. tp aku tunggu dia biasakan diri dengan toilet dia. kejap kejap aku angkat letak dlm toilet. alhamdulillah, sampai la ni, dah 2 kali berak dlm tu. bagus!

dan tip lagi. since hes still kitten and maybe tak biasa lagi buang kt tempat selesa, tunggu kejap. lepas dia buang tu, tunggu dan tengok samada dia kambus ke tak pooo dia tu. kalau tak kambus, ajar supaya kambus dengan betul. korbankan sikit dengan bau busuk. nanti bila dia dah biasa, mesti lepas buang, dia kambus betul betul poo dia.

ni rupa dia pagi tadi. ada iras adik kan? no wonder dia cepat ngam hooo dengan adik. rupa macam charlie chaplin. ingat nk bagi nama charlie jeeee.


okay close up sikit. muka bulat cam mell.


terkena flash, terus terkatup muka. haha. tengok taik telinga...uhaiiii geramnya aku.


close up taik telinga ke??? hahahaha.


meh sini, kasi cuci sikit. aku ambil dettol, ambil cotton bud. tenyeh tenyeh.


oh ya. another good tip. kalau kt rumah dah ada ubat kutu, sebelum dia dekat dekat dengan kucing yg sedia ada kt rumah tu, sembur dulu ubat kutu tu. aku fikir nasib baik juga semua tu aku bawak balik. ubat kutu telinga pun aku letak sekali.


masa cat show hari tu, aku singgah ke booth frontline. aku ada bertanya tentang berapa hari kena mandi bila dah apply frontline. SA tu cakap senang 2 hari sebelum letak, mandi. 2 hari selepas letak, mandi.
tapiiii, aku tak sempat kot nk tunggu lagi 2 hari nak mandikan dia. haha. zazzzzzzz...


pilihanku, sabun fido.


gila aku fobia kot nak mandikan kucing kutip ni. teringat masa mandikan si adik dulu, kutu keluar berduyun duyun. dari segenap segi dia keluar aku pun tak tau.
tp yg ini, okay. takde kutu yg kritikal macam kucing chow kit tu. haha.


alooorrr loorrrrr...tejuk ye cayang. sian dia. hair dryer tak bawak balik. masih tak pandai nk jilat keringkan badan.



hohhh, mell pandang dari jauh jeeee. bila nk start main dengan adik baru mell kalau nk merajuk dok jauh jauh je?


adoi, dah bersih barulah sedap nk peluk cium si kecil..


adik kan, bijak tau. bila dia dengar adik dia ngiau masa dimandikan, aku keluar toilet je, terus dia lari menyorok belakang almari. haha. takut lah tu. aku memang selalu cakap pun ''adik busuklah, mandi jom esok''. haha. adik adik....


okay budak baru tu tengah lalok, jom kita makan dik. kakak dah lapau dah ni.

tu lah kakak mell, sombong sangat. budak baru tu bukan kacau kakak pun. huh.

ini bukan sombong...ini namanya terancam tau tak??? kang maunya mummy bias camne?? kang dia tak sayang kita lagi camne???? ko nk tanggung?? jawab jawab.

dah makan makan, tercekik kang...

baik mummy.

kakak...psst psttt. orang rasa kan, kasih sayang mummy takkan beralih arah lah. dia lagi sayang kt kakak tau.

erm...*think think

yeay. saya dah wangi.

oh ye, nama saya boboy! tp ada idea tak nk bagi nama saya apa. mungkin ada nama yg glamer macam si kakak mell tu. mellinda gordon lagi. gila lah mummy saya ni gilakan ghost whisperer sampai bagi nama kakak sesedap itu.

bagilah saya nama jim stanley pulak mummy. [laki si melinda gordon]

jimmy trek selebriti nak??????


aku cakap1: ada idea nk bagi nama apa tak instead of boboy??


bubye pengantin~to~be - take care!

happy news....!!!

hello hello


korang korang.....kita tak sabar nk bercerita ni.....

yipppiiiiii...

kita dapat lagi 1 anak lah!!! kita tengah seronok campur penat ni. penat sebab nk handle yg lagi berdua tu. lagi lagi si kakak sulung, masih tak boleh nk terima lagi adik barunya.
si adik pulak, biasalah. anak tengah selalu nya pandai memainkan peranan. dah kamceng.

jap eh...tengah pilih mana gambar gambar yg okay nk bagi korang tengok.

erm, so far, kita bagi nama dia boboy sebab tiba tiba teringat kucing lama yg amat manja. sesuai kot dengan perwatakan si kecil ni. agak manja. bila dipanggil, mahu mendekati kita.

sabar ye sayang kecil, jap g kakak dah boleh terima kamu sebagai adik barunya.

okay, excited!!!!!!!!!!!!!!

aku cakap1: nasib baik segala keperluan asas [frontline+ubat kutu] dah siap siap ada. kalau tak.......

aku cakap2: kita rasa, si boboy ni pun breed mixed siammese. heh. memang berjodoh dengan kucing siam jelah aku ni....




bubye pengantin~to~be - take care!

Monday, April 19, 2010

parti buih....uik cekci.

hello hello


halluuuu cik pinggang ramping, boleh berkenalan???

huhhh, tanya mummy dulu boleh tak. sila tegur saya melalui manager saya ye. [mummy lah tu]

huh, cik pinggang ramping pun ada manager??

mestilah, saya kn hot.

erk....

haiiii encik badan panjang, telinga tirus, hidung pesek warna hitam....

hai hotties....auw

nk kenal boleh. minat lah dengan encik.

oh really...auw auw...miauuuuu.

camne, bak sini number telefon. nanti malam, kita calling calling eh. ada facebook tak, boleh i add u.

ooo ada. tp mummy punya. eh manager.

kenapa manager pulak???

ooo nk kenal dengan i, kena melalui manager, pastu assistant manager pulak. dah dapat lampu hijau, baru boleh calling calling.

hoh, complicated betul. macam hensem sangat! bye

eh, babeh...nk pergi mana tu??? tunggulah....

tak mo, dasar anak mak!


aku cakap1: anak kesayangan mak, mestilah demand tinggi. hehe

aku cakap2: terkejar kejar dorang main buih tu. hik hik



bubye pengantin~to~be - take care!

Cat show di Melaka Mall

hello hello

yeay, dapat jugak jejak melaka mall tengok cat show. tp agak kesedihan lah sebab tak dapat nk masukkan anak anak. sob sob sreeeeet. sedih melampau ni. =(

siapa kata kucing cantik je boleh masuk?? haaah, meh cakap siapa yg cakap semua tu??? tak betul lah. kucing yg tak cantik pun boleh masuk tau. haaa, ni bukti depan mata kepala sendiri lah. tak tipu korang punya.

tp yg menang tu, memang berhak lah. orang yg first time masuk pun boleh menang. yg penting confident, dan ikut peraturan sebelum masuk pertandingan ni. kalau semua flow dah ikut, insyAllah boleh menang.

pergi cat show ni best. selain dari tengok kucing kucing yg comel belaka, dapat jugak kawan baru. tanya pasal tips semua. tak rugi kot. *sekarang trend aku cakap mesti nk ada kot kt belakang ayat. cettt.

jom tengok kucing kucing yok!


wey, sapa boleh bagitau aku ni kucing breed apa??? maine coon ke??? gila bapak besar okay. cam anjing pun ada. mak aih, mesti puas hati peluk ni kan. tak sure kucing ni menang atau tak sebab result long hair, aku tak tunggu. ish ish ish, kalau aku ada kucing camni gayaknya, dah lunyai aku kerjakan. asyik nk gomol gomol je. gaya macam manja.


ni semua kategori long hair. atas belah kanan tu macam adik kan. badan putih, telinga je hitam.
bawah kanan tu comel gila kot dia tidur atas bantal. oh ye, owner dia kawan baru aku. terlupa nk tanya ada blog ke tak. nasib baik si tedi buat entry pasal show ni dan letak link blog kucing tidur atas bantal. haaai owner kucing tidur atas bantal, nice to meet you. dia pn berangan nk bukak pet shop macam aku. jom joint venture ramai ramai jom!!! hahaha.

ahhhh geram gila kot tengok dorang ni....

kakak dan abang ni bolot banyak dlm kategori short hair. kakak tu punya kucing nama kencana dewi tak silap. yg kucing abang tu, exactly nama aku tak tau. tp sebutan dia cam, tan ting tong. haha. camtulah sikit sikit bunyi dia.
sesiapa yg tau exactly nama kucing abang tu, tinggalkan comment eh.
emcee tu kata, nama tan ting tong tu betul betul bawak onggg. betulah. sapu bersih.

tahniah.

ni semua pemenang. tahniah banyak banyak eh.

semua penaja. aku sempat jugak beli pro diet 2 kotak. memang murah lah kalau beli time ni.



budak ni chicken pox ni. tp sebab nk tengok jugak, bawak jelah. kang kempunan.

ni kucing kakak tu tadi. kencana dewi. bolot habessss.


ini pakcu. pun menang gak. tp naik pentas amik hadiah, bukan dia, so aku tak tau kucing dia menang. dah nak balik tu, baru tau kucing dia menang. banyak jugaklah.

okay tu je. aku mengantuk.


bubye pengantin~to~be - take care!

ke Jonker Walk.

hello hello

perempuan weng weng ni ada kt rumah aku untuk sementara waktu. aku tak kisah pun dia lama lama kt rumah, since aku tak kerja lagi ni kan. lagi best ada kawan sembang gosip malam malam.

alkisahnya, ahad semalam dia cuti. aku sarankan malam minggu ni kita pergi berjimba jimba sampai jadi jibam jibam! sekali dia balik lambat daaaa.
planned nk pergi jonker walk. dia pun tak pernah pergi situ, okay set jom pergi. aku dah pergi dah last week. hehe. saja cuci mata pitih yilek pocik!

sekali hujan daaaaa. gerai semua dah tutup. oh sadis.....tinggal kedai je tu pun agaknya customer takde, dorang pn nk tutup.

muka gembira dalam kecewa. takde gambar sebab hujan, amiklah gambar dlm kereta.



for your kind information, jonker walk ni ala ala uptown lah. tp aku rasa, malam minggu je tempat ni meriah siap ada gerai banyak banyak.

for those yg melawat melaka, melawat lah tempat tempat best dulu, kemudian kalau nk beli souvenir, hold dulu. datang jonker walk, baru borong kt sini.

*pasal gerai macam uptown tu, aku tak pasti bukak hari hari atau malam minggu sahaja.

tp ada juga 1, 2 kedai yg jual macam macam. haaa tu confirmlah bukak kan.

sesiapa yg minat kumpul fridge magnet, haaa di sini lah syurganya. macam macam bentuk ada. harga standardlah. 3 pieces rm10. pandai cari dan survey, boleh dapat 4 pieces rm10.
* aku memang hantu FM. hoh, sabarkan hati je nk beli tu tau.

memang barang cantik cantik.

sesiapa yg gila kan barang antik juga ada dijual. kalau tak silap aku, masa tengok destinasi budget, ada juga mention yg pagi ahad ada macam flea market jual barang barang antik.

so apa lagi, kitaorg berdua tak dapat terjah, anda pulak lah yg pergi terjah ke Jonker Walk!!!!
pasti tak rugi. hehe.


aku cakap1: menetap kt melaka bertahun, tp baru sekali jengah ke sana. ampun....

bubye pengantin~to~be - take care!

Saturday, April 17, 2010

achik spin...al fatihah. [pernah minat dia dulu]

hello hello


aku pernah kot minat kt dia. zaman dolu dolu. dalam usia belum matang 13 -15 tahun. gila dengar lagu mengusung rindu. in fact, sampai sekarang lagu tu masih jadi lagu kegemaran. kalau bukak youtube, siap boleh hafal.

berduet dengan sorang pompuan ni. lagu first dorang, aku gila. tp aku tetap gilakan dia sorang. bukan partner dia. gosip gosip yg dorang bercinta, aku tak sokong kot. hahaha.
okay tu cerita lain.

tapi....sekarang dia dah takde...sob sob sob.

al-fatihah.

aku cakap1: jap g tetap jugak nk nyanyi lagu mengusung rindu.


bubye pengantin~to~be - take care!

Gatsby Deodorant Street Fair di Berjaya Times Square = hoh, kecewa betul!

hello hello



bila letak 6 gambar sedih yg diambil dari google, faham tak perasaan sedih diriku ini???
kalau letak 1 mungkin sedih je, tapi ni 6 gambar wey!!! boleh cuba faham tak macamana sedih tu???

sedih sebab sibuk war war kan nk pergi times square, alih alih tak dapat pergi pulak.

sedih lahhh.

tak dapat jumpa orang orang yg aku nk jumpa, kawan kawan baru. heeeeeisssssh, sedih lagi ni sampai tak boleh nk ingat apa apa.

anyway, terima kasih banyak banyak kepada nuffnang, atas jemputan ini. erm, kalau aku tau aku tak dapat pergi, mungkin aku tak masuk pertandingan yg menawarkan tiket free tu kan. kalau aku tau, mungkin blogger lain yg dapat peluang. kesian uols yg nk pergi, tapi tak dapat.

apa apa pun, enjoy diri sendiri kt times square tu eh.

esok....aku blogwalking kt blog korang yg pergi tu. aku tatap wajah kau orang puas puas. sehingga masuk dalam mimpi yg aku kempunan nk pergi.


sretttttt sreettttt sreeeet....sedih betul lah!


bubye pengantin~to~be - take care!

Friday, April 16, 2010

esok harinya!!! Gatsby Deodorant Street Fair di Berjaya Times Square

hello hello


sapa sapa boleh temankan aku pergi event esok kt times square??? ahhh, takde teman.

eh, dah lupa ke, esoklah harinya!! Gatsby Deodorant Street Fair!!! yeah baby yeah. esok juga akan cipta sejarah okay. jangan main main.
Malaysia Book of Records for the 'Largest Gathering of Bloggers' ye kawan kawan. syok tak syok tu lah.

Date: 17 April 2010
Time: 10 am - 5 pm
Venue: Front foyer, Ground floor, Berjaya Times Square


dan 1 hal...semua compulsary pakai stokin ng kasut tau, kalau tak susah sikit nk join permainan yg ada esok.
takpe, its not a big deal kan.

mari mari. meriahkan times square. jumpa di sana, sana sana esok!!!!!



bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, April 15, 2010

nasib baik ada mereka buat modal entry baru.

hello hello

saja je aku kan. takde modal nk update blog, letak je gambar anak anak. okaylah dari takde kan. korang pun suka kot nk tengok gambar kucing dari tengok muka aku. haha.

toy baru adik. mana dia dapat, ive no idea. pandai betul cari ceruk ceruk. sibuk lah dia gomol spongebob tu.

erm, aku perasan adik ni lambat lah membesar. mell dulu, ehhh dah besar kau mell. tp adik ni. pastu kan, dia ni sangatlah kuat makan. tp badan keding jugak. takde nk gemuk.
tapiiiiiiiiiiiiiii, kurus kurus dia, berat kottttttt. dia pulak jenis tak suka nk didukung, once aku dukung, kuat betul cara dia nk lepaskan diri. padahal kecik je kot badan dia.
tersenyum aku tengok si adik minum dari akuarium lepas je bangun dari tidur. haiiiiiii lah!

walau bukan sedarah sedaging, tapi akrab ya Rabbi. mana ada mell, kt situ ada adik. in fact, aku sendiri takut nk lebihkan kasih sayang pada sorang / sekor je. kang touching!
kalau aku nk tidur, aku ajak dua dua sekali. aku dukung dua dua sekali.

kalau sorang/ sekor buat nakal, aku jentik dua dua sekali, aku babap montot dua dua. tp kalau sorang/sekor nakal, automatik yg sorang/sekor tu jadi nakal jugak. tak sah owh kalau nakal sorang sorang.

iya, ini si gemuk mell. by pun terkejut kot tengok badan dia dah bambam. tp masih slim lagi. =)

tak dapat kot nk pisahkan kucing dengan tikus even tetikus. hahaha. sibuk lah dia nk dok celah bedah tetikus tu. adik memang agak manja dengan aku. mell susah sikit nk gedik gedik ni. kalau aku online, kang dia datanglah dok depan laptop, dok celah bedah sampai aku hangin camne aku nk taip ni????? tak pun kang, tertaiplah ayat ayat bahasa kucing dia. macam label label pasal anak anak aku, tu semua kerja si adik.

korang nk cari cerita pasal anak anak aku, tekanlah label hj440-wwww3ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo tu.

one of favvy space dia nk lepak. sebab bila lepak kat situ, dia tertidur. pastu bila bangun tidur, terus cari air minum buat hilangkan bau mulut. hahaha.
nk minum, jilat je air dari situ. apa susah.

serius wey, air akuarium tu makin sikit kot dikerjakan budak ni.

bagus betul dia ni. berdikari tau.


oh ye. pasir fido berjaya aku dapatkan malam tadi. dari tesco aku melencong ke carrefour semata mata nk dapatkan jugak pasir fido. nampak tak yg brand tu bagus???

apa lagi, tukar pasir anda ke pasir cap fido! bau apple lagi sedap kot dari strawberry. sila silaaa.
tapi kt carrefour mahal = RM16. kt mydin RM13 je.

please please please cik mydin, letak stock baru kt mydin please......



aku cakap1: ada aku bagitau tak, mell dapat adik?? 4 ekor. mahu tak? 2 warna hitam pekat mekat ekor panjang, sekor putih suci murni ekor panjang, sekor lagi warna macam mell ekor panjang juga. adeh, nasib mell berekor pendek. kakakaka.


bubye pengantin~to~be - take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails