:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, September 20, 2013

rumah kami : esok pindah masuk

assalamualaikum

hihi...sebenarnya otak aku mcm blank gila harini.  penat kot. dengan sakit kepala.  office sejuk tahap gaban, sampai aku kencing banyak kali.  pastu dah buat spekulasi memacam.  bahahahah..

so aku confused, moving ke moved???

bahahahahahhahahahah

mana mana lah senah.


hari hari terakhir kt rumah mak, aku sedikit emosi.  tp relax relax jelah kan.  tp.....takpelah, mak aku pun suka datang umah aku.  makngah mesti suka gak sebab dah boleh tengok astolo.  hehe.

cuma kesian kt umar raihan, pasni dia sorang sorang takde kawan kan.  kalau dia menangis, takde sapa nk pujuk dia.  selalu mak ngah dia pujuk.  sobssssss......

Monday, September 9, 2013

rumah kami : last update

assalamualaikum

nk cite progress rumah pulak.  dah lama tak cite pun.  takde yg gah pun. biasa biasa je rumah aku ni.

aku kan, kalau boleh hari hari nk tengok rumah.  suami aku lak memang tiap tiap hari singgah rumah balik dari kerja.  so kalau dia pegi tengok rumah,aku jeles.  sebab dia tak mau bawak aku.  tak nak dengar bini dia dok bising, dia layankan jugak lah napsu bini dia ni, bawak ke rumah hujung minggu.  haha.  

rasanya ni entry last progress rumah.  lepas ni nk bercerita pulak bila rumah dah siap.  kalau ada masa, aku share jugak berapa budget keseluruhan nk masuk rumah aku ni.  takde niat nk riak pun, sebab rumah aku ni under budget.  hahahahahahah..

dari segi perabot pulak, pun sama.  kitaorang beli yg basic je.  selalu aku cakap kt suami aku, kita ni masuk umah pelan pelan.  tak payah beli sekali hadap.  kita bukan tokey balak. 

beli jelah yg basic, asalkan ada tv, mesin basuh, peti ais.  yg tu melabur banyak pun takpe.  penggunaan jangka masa panjang kan.  takat sofa, dining table tu, nanti pun boleh.  duduk jelah atas toto nk tengok tv kang, makan je atas lantai lapik surat kabar.  romantik gak makan suap suap.  kakakakakakak...kalau ada rezeki, insyaAllah baru menambah.

rezeki kitaorang kot dapat contractor masjoko tu.  masjoko tu sebenarnya contractor developer.  kenal masa dia repair defect rumah.  suruh dia cat itu ini.  mulanya upah cat hall dengan bilik je.  lepas tu upah cuci tangki pulak.  lepas tu melarat terus upah untuk naik tembok depan belakang rumah, naikkan table top dapur.  last sekali, dia cucikan tingkap dan cuci rumah terus.  setel. 

pada mulanya, suami aku nk amik kawan dia uruskan tembok, table top tu semua.  tp lambat sangat.  dia janji lepas raya.  bila call, extend lagi sebab banyak kerja.  dah gitu kesnya, terus deal dengan masjoko tu.  senang je kerja dengan masjoko ni.  kang dia call, ''bang nk duit, nk beli barang''.  laki aku bagi duit, esok dah mula kerja.  lusa dah siap. kerja pun kemas.  apa apa tak best, laki aku complaint, esoknya dia betulkan.  lepas tu boleh siap bargain lagi.  hahaha.

insyaAllah, kita baik dengan orang, orang baik dengan kita.  dengan syarat, layan elok elok. cakap jangan kasau.  kasau cara melaka boleh.  sebab masjoko ni pun dah macam orang melaka!


 at first, nk buat counter/bar top.  tapi tak jadi mengenangkan kalau ada kenduri macam semak je.  mungkin aku gunakan alternatif lain.  portable counter top mungkin.  atau meja makan 4 kerusi.  tapi aku tak letakkan harapan tinggi masuk rumah terus ada benda tu.  tunggulah kalau ada duit lebih nanti.  nk cerita pasal berapa kaki table top aku ni, tunggulah next next entry ye.  kalau ada masa terluang, details aku ceritakan.


 dah siap.  memang kemas!  mula mula ktorg tak mau buat cabinet dulu.  aku pulak dah kenan dengan idea ikea pasang langsir nk tutup dalam tu kan.  tup tup suami cakap, dia dah order cabinet.  cettttt....tp kan kan kan, warna cabinet tu, langsung takde dalam plan aku tau...sume lari kelaut.  benci aku.  tapi takpelah.  asalkan duit aku tak keluar.  wakakakakakakkaka


 atas, tembok kt car porch.  kena naik tembok sebab rumah sebelah ni tinggi.  kang dia basuh kereta, air masuk kt rumah aku.  naik gak 5 kaki.

bawah (i) - lampu dining hall. murah je.  below rm100
bawah (ii) - tembok kt belakang pulak.  pun naik 5 kaki je.  situ dijadikan laundry area.  atas tu letak pagar gak untuk keselamatan

kanan - living hall.  tu cat warna kuning nama dia butterscotch.  san cora silk kot dia punya brand.  tak mau pakai nippon paint. 



 ni tembok depan.  tanah sekangkang kucing tu, dah selamat kena simen pun.  sentap hati aku.  aku baru cakap kt suami aku, tinggalkan sikit tanah tu.  boleh bercucuk tanam.  takde nya dia nk dengor cakap aku.  sobsss....
 
ni gambor semalam.  masjoko dah siap cuci rumah.  tiles tu dia basuh dengan asid.  asid tu memang untuk kilatkan tiles.  aku tkde gambor asid tu.  tp korang boleh cari kt kedai hardware kot.  cakap je nk asid tiles.  hahahahaha.

insyaAllah, raya haji dah boleh beraya kt rumah sendiri kot.  

pelan pelan.


Friday, September 6, 2013

meet the blogger : safura rara

assalamualaikum

last week, rara cakap dia nk datang melaka.  aku gegas, ''jumpa jom weyyy''.

sebenarnya, aku baru je kenal rara ni.  tak selama aku kenal nana. sejak dia join group gojes kan.  dari situ lah permulaan perkenalan kami.

sebenarnya aku kan, aku suka beraku kau dengan kawan kawan blog aku.  sebabnya dengan panggilan tu aku rasa rapat.  bukannya panggilan lain tak berapa rapat, tp tengoklah, baru berapa bulan aku kenal rara, aku dah mcm kenal lama.  puncanya, sebab aku main terjah je aku kau dengan dia.  haha.  tapi dia ni pangkat adik je dengan aku.  aku tak kisah pun dia panggil aku camtu.  tak perlu kakak kakak bagai.

rara cakap dia nk datang dari selasa sampai khamis.

since selasa aku cuti, tak boleh lah jumpa.

rabu.  suami aku mc pulak.  dia volunter nk hantar aku dan anak g office.  alamak camne nk jumpa rara ni, takde kete.  tapi nk jumpa gak.  last last aku buat plan sendiri jugak. aku plan dengan rara nk amik dia petang.   nk bawak g makan roti nan kt taman kota laksamana.  roti nan ni kira wajib makan lah kalau datang melaka.  so kenalah bawak rara makan.  sebab tak reti nk makan yg lain lain tu.

dah plan dengan rara, aku cakap tunggu jap eh, aku tanya laki aku dulu.  aku pun sms lah suami tercentttttaaaaaaaaa...

''yang petang ni nk jumpa kawan boleh tak?  dia kursus kt melaka ni.  ingatkan nk bawak dia g makan roti nan, pastu kang kita hantar dia balik hotel.  malam kang dia ada kelas''

''kawan yg mana''

aisehhh ni yg malas nk jawab ni.....

aku balas 'hahahahahahha...macam tak biasa.  i mana ada kawan lain''

dia senyap.

tapi petang tu tup tup dia sms balik aku, jadi ke jumpa kawan...?

yahooooooooooooo.....!!!  dia dah boleh terima kenyataan kawan yg datang nk jumpa aku ni, kawan blog aku.  so dia layankan je karenah bini dia ni.  har har har..yang penting, kang dia cakap ''bak sini camera, u nk tangkap gambar kan''...bahahaha i lap u lah yangggggg....memahami sangat!

so petang tu dalam pukul 5.15pm aku amik rara kt dvillage resort.  dalam kereta senang sembang sebb aku dok belakang.  tuan besar tido kt depan sorang sorang.  ekon pun hala kt dia je..fuhhhhh....

rara ni cantik oiiii...petang busuk busuk pun dia cantik gak.  wakakakakakakkaka.  berkat makan aurawhite gitu.  mampus kena lenyek dengan rara ni kanggggg....

banyak lah kt kitaorang borakkan.  macam macam.  dengan laki aku mencelah lagi. nasib lah dia tak menkaku laki aku tu.

dah hujung hujung tu baru umar raihan nk pergi kt anty rara.  sebab rara kata dia rindu kt pwincess, so dia nk peluk cium masam masam tanje mama umar raihan. 






hihi, rara sorry ye kalau terkurang kenyang ritu.  tak tau nk bawak ko g makan mana.  hehe. 

btw, nice to know u rara.  semoga kita kekal jadi sahabat okay. 

muah to pwincess.

Thursday, September 5, 2013

meet the blogger : nana farhana

assalamualaikum

ahad-isnin awal bulan september pergi terengganu hantar adik aku nadiah ke UMT.  alhamdulillah sorang lagi anak abah berjaya masuk universiti.  lengkap lah kami bertiga berjaya walaupun tanpa abah, hanya mak sorang yg sara kami bertiga.  





di kesempatan ke terengganu, amik peluang jumpa nana.  well, kenal nana dah 2 tahun.  seiring dengan tempoh perkahwinan kitaorang.  kawin bulan yg sama.  june 2011.  kenal dari zaman BBF group wujud.  terkuburnya group tu, muncul pulak group lain.  tutup group tu, alhamdulillah masih berkawan sampai sekarang.  zaman bujang, zaman berkahwin, zaman mengandung, sekarang anak pun dah setahun lebih.  semoga kita terus berkawan ye nana.

nana ni cantik lah hoiiii....kulit licin je.  jauh panggang dari aku ni haaaa.....sempat gak aku tanya dia, camne dia boleh pakai shawl molek je.  ada letak lilin ke. wakakkakaka...budak sekolah sangat kan letak lilin.  tp takde pun katanya.  cuma kena banyak pakai pin aka jarum.  sempat dia kata, nk cun punya pasal.  bahahahahahaha.

masa jumpa nana, banyak betul drama.  seminggu sebelum g ganu, aku dah cakap ng laki aku nk jumpa nana kt kemaman.  boleh kan since kita lalu kemaman.  dia tanya nana tu kawan mana.  ahhh confirm lah kawan blog kan. dah dia buat muka.  bahahahah. jeles lettew.  pastu makin dekat nk g ganu, aku ingatkan dia. boleh ke nk jumpa nana.  dia diam je.  sampailah hari pergi ganu tu.  kebetulan pulak, sampai dah ganu, boleh pulak suami aku tu kena cirit birit siap pakej demam panas malam kt hotel tu.  pelik dah.  pastu mood tarak baik punyeee...aku pun ketaq lutut nk tanya boleh ke tidak jumpa nana.

tp aku dah cakap ng nana, tak janji nk jumpa tauuuu...so jangan susah susah.  tp keep on wassap dia la.

kebetulan mak aku asyik lah menyebut nk cari satar.  dalam kereta, laki aku cakap, haa jom snggah kemaman cari satar.  tp kalau jumpa la kedai tu.  aku apa lagi, desup wey sms nana.  buat plan sendiri.  dah dekat sampai kemaman,  baru bagitau suami nk jumpa nana.  apa lagiiii, pot pet pot pet cakap aku buat plan sendiri.  atenya dah bpe kali aku tanya dia diam seribu bahasa kan. aku pun on laaaaaa....ahhahahahahah....

terima kasih lagi sekali nana & fahmy belanja makan satar kt kedai satar aziz satar.  sedap satar situ.  tau aku tapau bawak balik melaka sebab sekarang tengah terliur.  mana nk cari kt melaka ni haaaa....

nasib fahmy ada bolehlah geng borak dengan suami.  tp umar tak mau geng dengan farish.  farish beria sengih sengih ajak umar main tolak kerusi. tp booo layan.  umar lagi suka jalan nk ke jalan raya.  motip laaa anak aku tu.

since kita dah kenal nana cmne, fahmy camne, dan terutamanya farish camne, aku gayat kacau farish suruh dia bercakap.  dia kn dah petah mengajuk.  suka aku dengar dia cakap lowry.  comel...!!!

nana ni lah tempat aku share pasal rumah baru ni.  sibuk compare harga kt kemaman dengan melaka.  hahahahah kalau tak wasap pasal umah memang tak sah!

nana, terima kasih sudi jadi kawan i selama 2 tahun ni.  sudi jadi pendengar kalau i ada masalah.  sudi terima segala keburukan tatabahasa di wasap.  hahahahahhaha....kalau ada apa apa yg tak puas hati, jangan simpan belakang ek....wasap je i...kui kui kui....love u nana.....

ala malas letak link blog nana.  korang pun kenal dia kot.  haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails