:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, October 31, 2010

hip hip horay.

hello hello

my oh my.....dari mana nk start ye cerita. ada cerita best, ada cerita tak best...urm....tak best dulu lah.

1. cerita tak best ada satu je. memory card hp corrupted. apa jadahnya ntah. td masa kt asrama nadiah, elok je aku tangkap gambar dgn najib. sekali, kt rumah, semua gone!!! tension kot. dah lah tadi pakai tudung baru beli kt fara, cantik cantik, sekali tak boleh nk tengok. nasib baik beli hp yg original, so boleh check kt mana mana kedai nokia. thanks yang!!!

cerita best!

1. ada yg lagi best dari yg nombor 1 ni, tp since dia berlaku hari sabtu, so aku letakkan kt list nombor 1. hehe.
semalam vet call, bagitau my turn will be on monday. esok..yippiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! seronok nok. tp tak seronok gak bila fikir, mana aku nk letak anak bujang aku yg 2 ekor tu. carrier ada satu je kot. hai lah masalah. ada je kt mana mana kn. tp takpelah. at least satu masalah besar dah hampir selesai. urm....lepas sunat, dorang akan back to normal ke cm dulu? yg tak gaduh, yg sentiasa berbaik baik???



2. ni kan...malu sebenarnya nk cakap, nk bagitau. aci tak kalau aku skip cerita ni? hahahahahahha. ahhh tension pulak. tp tangkap gambar bukti, sekali tak boleh transfer kt laptop, tak boleh bluetooth. tension tension tension.

eh kata nk cerita yg best, kenapa tension ni? haha biol dah etty ni....

urm....sebenarnya...wedding ring dah beli.....!!!! tu je. haha. gambar bukti takde. kan aku dah cakap tadi.

say thanks to habib jewels yg buat jualan gudang kt mydin, mitc melaka td. ahhhh...tension gak bila yg berkenan, takde saiz. nasib baik seumur hidup aku, tak pernah ada dream wedding ring. kalau tak, tambah 2 jam nk memilih. td pun kesian kt abang tu layan aku sorang je sejam lebih. urm, tunggulah bulan 6 kang ye. semua boleh tengok.

beli cincin kahwin, cincin risik belum beli lagi. the actual date pun belum confirm lagi. hehe.

skrg cincin kt najib. tp sebelum najib balik tadi, gatal ckp nk pinjam seminggu, nk pakai. amboi amboi...gatal suda...

at first cam fikir, wedding ring biarlah najib yg belikan. up to him nk design camne. tp since ada jualan kt habib, pilihlah sama sama. so skrg, cincin risik, up to him. tp mcm susah je. jari aku saiz 14 kooooooo....

ko tau, td ada yg cantik gila. aku suka!!! sekali saiz 13 je ada. mmg lah muat, tp terasa ketat. tak best. kata nk pakai lama kan. reject reject reject.

bila dah penat, pilih 2nd choice...saiz 13. boleh pulak aku muat....sabar tak sabar lah kan.....!!! yg first choice tu, memang cantik lah. pilihan najib jugak.

tp taste aku tak sama dengan taste dia. dia suka yg batu satu. aku suka batu banyak banyak. batu satu yg aku pilih besar. rm11k. sila telan air liur. satu lagi, rm24k. haaa telan banyak banyak sket air liur tu.

aku senang je. asalkan cantik. sebab nk pakai lama kan. dan aku consider jugak harga dia. even cantik, aku suka, tp kalau aku rasa mahal...aku takkn pilih. aku beli ikut budget bf aku, walaupun dia kata dia tak kisah. lantaklah. aku memang suka beli yg cantik, tp murah.

yg tadi tu, aku rasa okaylah. lagi lagi dapat diskaun kan. perghhhh....okay okay.

ingat tak sebelum ni aku ada post pasal tips cari cincin & ini? haha, beria letak tips, alih alih tak pakai. ke habib jugak aku...hahah. lempang lah, tak kisah.


takpe. yg penting. satu hal penting dah selesai. tp banyak lagi yg berdereeeetttttttttttttttttttttttttttttttttt kt belakang ni. haish...


bye...nite.

Saturday, October 30, 2010

aku nk jugak....!

hello hello


orang nk kahwin, tp bagi short notice, kelam kelibut lah jawab nya. nk tunggu final decision dari wali wali, moh kita buat persedian lain. kalau tunggu jugak, alamat tak jalan lah yg lain.


tengok tengok majalah...sebab nk cari contact number vendor. tp rasanya, once vendor tu dah masuk majalah, lagi lagi pesona pengantin, service charge dorang lagi mahal kan. takpelah, tak hire dorang, kita ambil idea sikit sikit kan.

lagi lagi aku plan, nk tempah baju nikah. baju bersanding tu, sewa je lah. tak kuasa nk tempah, simpan sendiri kan. tu pun, ingat nk sewa baju baru. kt melaka ni ada butik yg buat baju baru, tp dia tak charge lebih. tu yg ingat nk terjah butik tu nanti nanti.

then aku nk baju nikah tu, boleh pakai next time. tu pun kalau badan tak mengembang lah. haha. * takut bila dah kahwin makin kembang semangkuk!

belek belek, ni je majalah yg aku ada??? punyalah berpuluh puluh investment aku buat dulu, ni je tinggal??

rasanya dulu, sebulan mesti habis beratus $$ beli majalah. urm, masa dok umah kak ijan dulu kot. lepas pindah flat, rasa mcm malas sebab menyemak rumah. oooo agaknya byk tinggal kt rumah kak ijan lah..


hari tu propose kt najib nk buat tema pink purple. nk exactly magenta, mcm tak dapat je. jom kita tukar pada pink purple.
dia memekak ckp tak cantik. geram je aku. sampai bergaduh kot cerita pasal warna ni. dugaan betul.

bab dugaan, hoh, tak payah cakap. tp yg bestnya, kalau merajuk ke apa, takde nk lama lama. sebab terfikir kot, gaduh pasal benda kecik, esok esok dengan dia jugak aku nk kawin. haha. gaduh malam, pagi dah okay.


okay, warna tema please etty....!!


buka balik majalah. cari baju, tema, hantaran yg combine pink purple. sebelum tu najib pernah cakap, instead of pink purple, baik pink biru.

okay fine. aku jumpa!


aku mms kt dia. dia kata okay, cantik. aku pun juihkan bibir bila dia sms ckp cantik. bluwek...


finally jumpa pink purple. mmg camni yg aku nak. tak silap aku, ni hantaran serina chef wan.


mms kt dia. then, dia cakap cantik jugak....arhhhh....kan i dah cakap, mesti cantik punya....


ni sceme color yg aku jumpa kt web mana ntah.

korang bayangkan, aku ng najib kt tengah tengah. family lelaki pakai purple, family aku pakai pink. kan harmoni je kan....

najib kata family dia tak nak pakai pink, so fine. family aku gedik kot kalau bab pink ni. tak kisah pun.

aku rasa, najib ingat warna terang yg aku proposed kt dia. tu yg dia tak setuju. so bila aku mms gambar light pink purple tu, baru dia kata okay.


ni pun satu contoh aku nk bagi kt dia. anggap badan kek tu, ktorg. sebab ktorg nk pakai baju putih je. yg warna warni tu, biarlah family yg pakai. erm, tp hari tu najib proposed, suruh pakai baju cream. alaaaa, aku tak minat kot cream...


ooooooooooooooooooooooooooooooooohhhh. aku betul betul nk tema pink purple tu.....


pehlis lah sayang......

Tuesday, October 19, 2010

dulu lain, sekarang lain.

hello hello

long entry...kot. tak baca pun takpe. but mummy sedih....and mummy wrote this because mummy want to forget just a while a hectic preparation for mummy's wedding. arghhhhh.....
and sorry for english mummy yg ntah apa apa. harap aunties & uncles faham sendiri je lah apa yg mummy trying to say ye.


dulu mereka bertiga baik sangat, kamceng. macam adik beradik. mummy pun happy tengok sama sama main lari lari. kadang kadang, kongsi toys yg sama, main gilir gilir.
sometime, kalau nk berak atau kencing, sekor kt box sana, sekor kt box sini. hati mummy mana yg tak suka kan bila tengok suasana macam tu..


pic taken on august 2010.

mana ada ah mell, di situ ada adik, ada juga si ahboy selaku adik bongsu. kalau kt tingkap, sekor satu tingkat.


tapi, sekarang mummy dah lama tak tengok kamu bertiga bersama.


cuma mummy tengok ah mell dan ahboy...


atau...


ah mell dan adik..


baru mummy perasan, dalam koleksi mummy dah takde gambar kamu bertiga sekatil, setilam, sebantal, sesofa.

mana semua tu sayang sayang mummy????

aunties dan uncles kt sana...ah boy & adik dah tak sebulu. mungkin pada siapa yg expert akan hal ni, sedia maklum. but for mummy, mummy risau dan sedih. anak anak dah tak mesra macam dulu.

mungkin since both my boys not neuter yet, masing masing nk tunjuk kawasan.

alahaiii, rumah sekangkang kera ni yg kamu rebutkan.

atau mell gebus tu yg jadi taruhan???

please lah anak bujang mummy. please be good. jangan gaduh gaduh. sampai tercabut bulu, selerak rumah.

ooo nk hide from mummy yg uols gaduh ye. kalau gaduh kt hall, ada bahan bukti yakni bulu yg berguguran ke medan perang. so bila mummy tau, mummy naik hantu nk marah kt boys.

so, what u guys did was gaduh bawah katil. so mummy tak boleh trace bulu bulu tu semua kan.

mummy fikir anak anak semua dah berbaik baik, tak bergaduh. but mummy was wrong!!!

yesterday mummy found out ada something black dust kt dahi adik. bila mummy check, ada darah kt telinga. banyak sangat darah kering!!! oh man.....kantoi sudaaaa....

bila checked kt ahboy, nothing injured. wah...ahboy dah lawan tokey. mentang mentang dia lagi besar dari badan adik, dia naik lemak.

ahboy, ahboy tak ingat ke siapa yg welcomed ahboy masa mula mula ahboy when u came into this family??
abang adik isnt??
ahboy, ahboy tak ingat ke siapa yg ajak ahboy main bola masa ahboy malu malu dulu?
abang adik isnt??

ahboy....mummy so sad. can u remember all memories with abang adik?

dia banyak jasa kt ahboy kan. kalau ahboy lapar lagi, abang adik sanggup mengalah bagi portion dia kt ahboy.

ohhhh boy........

mell being a GIRL. hide behind closet, sofa...dia tak berani nk intefere. padah jadinya. cuma bila dua dua nk redakan angin pasang, mell came to each of them, jilat jilat muka kasi calm down. good girl mell. mummy proud of u my girl.

petang tadi, when mummy saw a misscall from vet, mummy so excited!!! mummy thought vet call suruh hantar both boys esok. but rupanya tipah tertipu tipu tertipah. boleh pulak vet kata dia tersalah tekan number. haish, mummy angry like crazy kt office. mummy takut mummy terpakai duit adik & ahboy. kalau katakan duit tu dah habis dijolikan, camne? terpaksa mummy buat another appointment and have to wait like hell!

so now, nothing mummy can do. cuma mummy kena pantau panjangnya kuku ahboy & adik. then kalau nampak yg mencurigakan, mummy kerat kuku boys.

then, mummy standby penyapu lidi kt hall. mummy letak atas cabinet. so that bila mummy dengar sesuatu yg mummy tak suka dengar, mummy pok penyapu tu atas sofa.

then bila bulan purnama, bulan sabit menjelma, mummy will dukung adik enter to mummy's room. adik slept with lovely mummy. mell & ahboy kt luar.

hari tu mummy ajak ahboy sleep together. but ahboy always being ahboy yg mulut becok. sakit telinga. bila marah sikit, tarik muncung. so mummy tukar nk tidur dengan adik.

adik such a nice, behave boy. bila masuk bilik gelap, terus adik jadi kekasih gelap mummy. eh tak.....terus adik duduk kt tingkap. sebab bila ahboy around, adik tak dapat duduk kt hot spot tu. so malam malam adik baru dapat menikmati keindahan dari tingkat 3.

but adik, tolong lah behave jugak atas tingkap tu. selalu buat mummy terkejut. sebab hari tu mummy mimpi ahboy jatuh sebab kejar burung burung yg berkicauan. coiiiiii...so mummy fobia.

adik pun baik. bila nk kencing pagi pagi, adik gigit selulit mummy. aouchhhh....then mummy pun open the door, then adik terus ke litter box adik yg busuk tu. oh boy, u are so sweet. tolong pecahkan selulit mummy please......

oh ya, mummy tak boleh let mell enter mummy's room together with adik. mummy takut, adik geram kt gayah gebu, eh mell gebu then nanti adik try to rape mell. adik ni nakal jugak. tu yg selalu mummy bebel. jangan buat camtu kt mell!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oh, mummy bukan berat sebelah. but kadang kadang, kena tegas. in different situation, mummy menangkan jugak yg lain.

kalau adik try to rape mell, mummy menangkan mell sebab yelah, kesian kt mell kena gigit. she donno anything about sex. she just forgot it a months ago.

kalau adik gaduh dengan ahboy, mummy menangkan adik sebab adik...yeah, anak tengah selalu mengalah ke??? sebab nampak adik macam nk berdamai, tp no way to ahboy. ahboy lorat lebih.

but, kalau semua kenyang, tp ahboy je yg still memekak, mummy kasi jugak makan kt ahboy kan.

tengok tu, mummy love all of you. ada je situation yg mummy akan menangkan kamu satu satu. depends pada keadaan.

kalau buat salah, mummy tetap hukum.

contoh ahboy hari tu simply je kencing atas bantal, mummy punished him. mummy letak ahboy dalam toilet for hours!!!! but, mummy letak sekali makanan & fresh water. tak ke mummy marah marah sayang namanya tu????

but ahboy....masyaAllah, macam mana kamu pecahkan pintu tu sampai kamu boleh keluar dari bilik air???? mummy sangat pelik.

urm, btw the kayus of bilik air tu koyak kt luar toilet. which is masa tu adik je setia tunggu kt luar. takkan adik kot buat semua tu?????????????????? oh my god.....kalau lah betul, mesti adik tak sanggup nk biarkan ahboy kt dalam sekor sekor kan. dah lah gelap, mummy tak letak alas pun.

then see, takkan tak nampak yg adik sayangkan ahboy?? ahboy ahboy. appreciate lah abang adik kamu. kalau dia sakit macam dulu, and this time, dia dah merajuk...siapa yg sedih?? kita semua tau tak???


then my boys and girl. please pray that the vet will call mummy ASAP!!!!

mummy nk kita semua macam dulu. like before yg makan pun sama sama. mummy rindu nk tengok anak anak mummy berkumpul, bergurau senda, berlari lari tak cukup tanah sama sama.

please okay....

okay tu je. mummy penat babling. mummy nk continue hantar quotation kawin ni. mummy stress....

Sunday, October 17, 2010

video: cintaku sampai ke ethiopia.

hello hello





Kalau kau benar sayang padaku
Dan kalau kau benar cinta
Ucapkanlah janji setiamu
Kalau kau benar sungguh mau
semua milikku untukmu
jiwa dan ragaku semuanya milikmu

Bukanlah emas permata
(intan berlian?) Juga bukan gemerlap dunia
(bintang-bintang?) Bulan madu aku pun tak minta
Asalkan kita dapat berdua aku pun bahagia
Kemana pun kau pergi, ku kan ikut kamu walau ke hujung dunia

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Eutophia kuikut kamu
Kalau memang kamu cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. janganlah bimbang dan ragu sayang
Sungguh mati aku cinta kepadamu


dulu kecik kecik, mak aku ada satu kaset lagu indon ni tau. pergi mana mana mesti bawak. kalau balik rumah opah, pasang lah lagu tu kan. sampai mak andak aku cakap ''suka etty lagu ni eh?''
what???????????
tak suka pun, tp kalau dah dengar hari hari, aku hafal lah. mak aku yg suka, aku pun terjebak.

satu hari dalam bas, aku terdengar lagu ni. terus macam teringat sesuatu.

my childhood!!

oooh rindu betul. berbelas tahun kot tak dengar lagu ni. baru tahun ni, aku dengar balik.

jom suka lagu ni sama sama. aku dok ulang sampai muak....hehe.



aku cakap: jangan nk kutuk aku jiwang karat eh lately ni. hahahahah. darah manis katakan. dush dush dush. gelimat mat mat mat gelimat....

colors for your perfect wedding!

hello hello

saja je buat ni. kot kot tema magenta tidak diterima masyarakat setempat, boleh pilih lain. aku rasa, warna tu warna warna yg common. tp, biasalah. ada nama nama dia sendiri. dapat nama nama warna tu dari sini.


semua gambar adalah ehsan dari google. terima kasih kerana banyak membantu. sayang dan cinta google. * ingat tak dulu lagu SAYANG IT??? =)


BLUE VIOLET

lebih kurang purple kan?? okay lah violet pun violet lah. tiba tiba teringat lagu ungu violet. hehe.



CRIMSON

merah. tp macam merah bata pun ada gak. cantik.
dulu nak buat merah. sebab dulu macam rare. tp sekarang, orang dah berani nk pakai merah. orang dah tak kisah tentang warna kulit sesuai ke tak. asal kan berani dan yakin, semua nampak cantik.




DEEP PINK

pink dia nk kearah merah. pekat sikit.




FUCHSIA

ni pun ala ala magenta gak. ada lagi satu. nama yg lebih kurang, warna pun lebih kurang. aku ingat salah eja. rupanya memang ada warna tu. scroll bawah pehlis.





FUSCHIA

kan?? lebih kurang je.




HOT PINK

yang ni, shocked pink yg tak terlalu terkejut. hehe.



nampak elegan hitam + hot pink ni kan. urm.....


LEMON

aku taip lemon, dia keluar gambar ni. yelah dah lemon kan. senang cerita warna kuning lah. kuning dia yg jenis terkejut tu.



macam lain kn dengan kuning diraja. ntah. ke sama je??


LIGHT BLUE

biru laut sudaaaaa...aku tak minat biru. in fact kalau aku pakai baju biru g office, rasa macam lemau je....tp aku minat turqoise. lain kan?




MAROON

aku taip maroon, dia keluar maroon 5. hahaha.



pun nampak elegan. oh gown tu sangat cantik okay.


MID NIGHT BLUE

apa jadahnya ntah letak mid night. sebab warna kelam kot.
letak biru sudah...dark blue lebih tepat.


tp gambar ni macam warna violet kan.


OLIVE

first time dengar color olive. macam tak percaya warna ni wujud. bila google, oh hijau rupanya.




PEACH

sweet and soft.


SALMON

pun sama. aku taip, dia keluar gambar ikan salmon. bila belek betul betul, warna dia seakan ikan salmon atas sushi tu. warna dia pun seakan akan peach, pink gitu.

tp kalau ko nk glemer lebih, bila orang tanya tema kawin ko apa, ko jawablah ''salmon color''
glamer habesss....




TEAL

ini bukan turqoise. ni kaler teal. masuk dalam warna kebiruan juga.





TURQOISE

ni baru turqoise ye kawan kawan. warna ni agak terang berbanding dengan teal tadi.


aku sangat suka tema turqoise ni. kalau kaler magenta tidak diterima, aku pilih turqoise kot. dan aku akan pastikan, betul betul turqoise. bukan biru laut.



sebenarnya, warna adalah lebih kurang. cuma mungkin ton dia terkurang, terlebih.

kalau korang nk tengok lagi menyerlah warna dia, google google lah ye. ni dapat pun, yg mana dan je sebab broadband celcom buat taik dgn aku. haha.

nanti kalau aku jumpa warna lain, aku share ng korang eh.

so guys, whats your color????

Saturday, October 16, 2010

homaigod...

hello hello


rupanya, lain perasaan nk kawin olok olok dengan kawin betul betul.
siyes....lain!!!

dulu kan, macam rilex je kan ajak najib kawin. ''by, kawin jom''
cerita dengan mak pun, boleh gelak gelak.

tp sejak balik dating masa tengok wayang hari tu, aduhai...jantung ni jangan cakap lah speed dia berapa kuasa kuda. lain sangat.

''eh, i dah cakap dengan ayah. kita kawin next year. dalam bulan 6 ke......''
haaaa...homaigod!

''apa kita nk buat ni?''

''balik kampung i, tanya kt wak i''

sebenarnya, balik kampung tu bukan penting sangat pun. tapi yelah kan, sejak abah aku meninggal, yang jaga aku wak wak lanang aku. * lanang = lelaki.

so, macam.....urm tunjuk penghargaan lah. balik kampung, bagitau tujuan kn. setakat nk call, boleh je. tp lebih molek balik kampung. tunjuk yg kita masih perlukan mereka, dan hormat mereka seadanya.

macam kes aku, confirmlah wak wak aku yg akan jadi wali. yg mana, biarlah mereka tentukan. tp aku rasa wak usin aku kot. harap harap lah semua wali wali aku nanti dapat datang kawin aku nanti kan.....amin....

''okay, nanti kita decide bila kena jumpa parent. nanti u datang rumah i, kita bincang dengan mak ayah i pulak. lepas tu, i datang rumah u, kita bincang dengan mak u pulak. nanti bila bila, kita balik kampung jumpa wak u''

homaigod......gigil okay!!!

siyes aku jadi tak keruan. lagi lagi fikir bulan 6. mana nk cekau duit, mana nk buat preparation semua....bertambah sengal aku jadinya.

yang pelik, mana ntah keberanian nk bgtau mak ni. its gone. tergagap gagap aku nk bagitau mak. hahaha. ni belum lagi tang nk bagitau wak. lagilah harus aku fengsan.

lepas tu, sangap nk buat apa dulu. masa tu lah pentingnya broadband. google sana sini, ym dengan yana, gtalk dengan eena & asmida. tanya mana op best, murah, mua yg cantik tp murah. oh yea, kalau boleh semua nk murah, tp kualiti elok. pang!!!!

buku dah ada. buku untuk catit apa apa kalau terserempak dengan blog yg best. make up (mua) paling penting. juga mak andam. eh sama je kan mua dengan mak andam???? hahah. lempang lah aku yg tidak keruan ni pehlis.

quotation tu dah selambak aku tanya. tengah tunggu dorang reply email aku je. yg mana rasa okay, aku simpan nombor.

MACAM MACAM.....................!!


ni, untuk kesenangan aku. to do list.

buat dalam excel, nampak senang. kalau tulis letak mana mana, macam leceh. contoh macam baju nikah tu kan, bila aku google jumpa baju yg best, aku copy paste je masuk dalam sheet tu.

borang nikah tu kan macam leceh. so warna merah. tanda benda tu penting. lagi lagi kes aku, bernikah kt mukim lain. lagilah berganda leceh dia.
* insyaAllah, bernikah + bersanding kt tampin. jimat kos najib kata. apa apa je lah. janji kawin, dan ikut tema aku.

kt excel tu, banyak lagi nk kena tambah. baju untuk family pun belum decide lagi sebab najib suruh bincang. kan aku nk buat tema magenta * pink + purple.
so aku plan, family aku pakai pink, family sana pakai purple. atau sebaliknya.
tp najib kata bincang dulu. kalau tak approve, cancel pakai tema lain.

guest list aku, pun aku dah siap siap list kan. najib kata belah aku jemput dalam 400 je. tapi aku kira kira, tak sampai pun. orang orang kampung, jangan risau, semua ada. insyaAllah, tak tercicir.

ucapkan terima kasih pada teknologi zaman sekarang. yg tak perlu kita hantar kad pada semua. kawan kawan sekolah, uitm, blogger yg mana ada facebook, aku tag je.
cuma yg mana yg dah kawin, pernah hantar kad kat aku even aku tak pergi, aku balas balik.
bukan apa, tu semua cut cost. tahukah kamu, post charge adalah rm0.60!!!!!!! bukan lagi 30sen okay...so aku nk cut cost.

peduli lah kata aku kedekut ke apa. janji aku ikhlas nk jemput. dari tak jemput langsung kan.

oh yea, blogger yg rajin comment je akan dijemput. yg lain, kirim salam. oleh itu, marilah beramah mesra dengan aku. haha * bajet artis.


oh yea. ticker kat atas tu, plan semata mata. belum confirm lagi. saja je letak. kalau confirm okay, kalau tak confirm pun okay gak.

sebab aku je gedik letak tarikh 11611.

tapi tak salah pun kalau uols block date tu untuk aku kan....kan kan???

Friday, October 15, 2010

wow...seronoknya.!

hello hello

nampak...nampak yg kt bawah header atas sekali tu???
yang tulis ehem ehem tu???????????

nampak tak??????????????

homaigodddddddddddd...gigil pulak rasanya....

insyaAllah, jika diizinkan. kalau tak jadi, apa boleh buat..taik kambeng bulat, masuk dalam botol, cap orang kuat....!! hahahaha..

Tuesday, October 12, 2010

when thaqif & nysa came to visit mak etty!!!!!!

hello hello

gua seronok lebih kot!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

siapa yg tak seronok kan. lagi lagi thaqif yg punya pasal.

thaqif dgn mak etty tak boleh dipisahkan. hahaha. even bila mak etty dah ada anak anak, thaqif pun dah besar, ada keluarga sendiri, thaqif tetap jadi anak menakan mak etty yg paling favourite, paling mak etty sayang!!

sebab dia je yg rajin call mak etty, rajin request kt ibu dia soh call mak etty. bila mak etty call ibu dia, tau je mak etty yg call, dan sibuk nk cakap dan bila nampak rumah tinggi tinggi aka rumah flat, dia sebut rumah mak etty.
anak menakan lain tak de pun camtu. sob sob sob.

takpe, yg lain pun, kalau korang dah besar, pandai cari blog mak etty ni, korang tetap mak etty sayang.


urmmm, minggu minggu lepas memang kak ijan ada bagitau, 9hb okt ada nk dtg melaka. pergi kenduri rumah sedara belah abg badh. so pantas lah aku suruh dorang anak beranak tido umah kan. tak payah tido hotel bagai.

then sehari dua ni, benda tu macam confirm tak confirm sangat. so macam tak heran sangatlah kan. jangan harap sangat, kang kalau thaqif tak jadi datang, mak etty nanges!! =P

text text text....
pun tak confirm confirm

sekali tu, kak ijan text ''choc cake layer cheese satu. thaqif nk makan''
hahaha. aku balas, ''thaqif ke, ibu dia yg nk makan???''

kalau dorang jadi datang, aku buatlah. takke aku rajin nk buat kalau dorang tak jadi dtg kan. penat kot nk buat tu. *trauma tak habis lagi masa buat untuk jaja nikah hari tu. haha

sebenarnya, plan tu floating selagi kita tak jejak tempat pertemuan kan? betul tak?

so, pagi sabtu, kemas kemas je lah rumah. kot kot dorang jadi datang, bilik dah standby.

aku pun ready lah untuk buat kek. kalau dorang tak jadi pun, aku boleh habiskan. kalau dorang jadi datang, aku happy hidangkan untuk kak ijan & family.

kak ijan pun tak sms aku.



2nd stage. baru letak selambak cheese. betul wey, cheese membuak buak.
aku mms gambar ni kt kak ijan. dengan harapan, dia confirm datang. haha

sekali tu, dalam pukul 3 kot. dia sms. ckp on the way. gembira bukan kepalang. * wah ayat bm terbaik...

kejap je rasanya tunggu dia sebab dorang dah kt cheng. masa tengah call tu, lagi 10 minit akan sampai ke rumah aku. so siap siap mandi. kek belum masak lagi.


dan akhirnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

they arrived safely.

yihaaaaaaaa......seronok i dapat jumpa dorang sekeluarga. lagi lagi thaqif & nysa. rindu...
* sekarang pun dah start rindu kot.


baby nysa botak.....!!
nysa botak dari jaja kawin hari tu ye. sampai sekarang, camtu je rambut dia. hehe. comel what.
* letak link, tp takde gambar nysa rupanya. peace...jangan marah mak etty...!


dah dibentangkan tilam, nk kt lantai jugak. nasib baik mak etty dah mop, siap bilas dengan dettol.

budak kecik yg cantik ni dah nk merangkak okay. badan je kecik, semangat budak ni..

caiyok nysa!!!


alorrr comel. rindu lah kt nysa....mak etty dah tukar wallpaper hp letak gambar ni...


takde gambar berdua dengan thaqif. dia tak macam dulu yg suka tangkap gambar. orang suruh pose hensem hensem, dia buat camni. apa lah....

thaqif kata, kek mak etty sedap! yeay! well, budak kecik tak menipu kan??? hahahahaha
* lempang


aloooo mak etty. malu lah nysa....


well...thaqif dah masuk frasa kenapa itu, kenapa ini ye....bersiap sedia lah kalau dia tanya tu.
pasal kereta kuning tu je, berpuluh kali dia tanya.
''apa ni?''
''lori sampah'' * sebab tak reti nk cakap tow truck dlm bm apa. haha
''bukanlah'' * ko jgn tipu thaqif kalau bab lori sampah. dia lagi terel. haha
''apa ni?'' * tanya lagi. yg keberapa, aku pun lupa.
''kren'' * gila sengal apa aku ni...
''bukanlah''
''apa ni?''
''trektar''
''apa ni?''
''kubota'' * macam lah dia kenal kan.
''apa ni?''
''ferrari thaqif''
senyap!!!

hahahahahahah

dia agak bosan takde toys yg banyak utk dia main. yg ada, patung mainan mcd je. tu pun untung aku simpan jugak. sebab mnggu lepas, mak buang semua sampah yg ada.

nasib baik ada adik melayan dia main. dia main bola sepak dengan adik. haaa ko jangan main main. sampai ke dapur thaqif main bola dengan adik tau. adik kan jenis peramah bila ada tetamu. makin orang melayan, makin dia mengada.


adik cium tilam macam apa je. sebelum tu nysa tukar pampers kt situ. nysa yak. ada bau yak nysa kot. hahahahahaha.


nysa pelik tengok kucing!!!


terteleng teleng muka dia tengok adik.


thaqif macam tau tau je tau kucing aku ada 3. adik depan mata, dia boleh tanya lagi, ''nyiau ane?''.

kak ijan pun sampai tertonggeng tonggeng nk belek bawah katil sebab nk jumpa mell & ahboy. tp apa lah nasib. selama dorang kt rumah tu, kucing berdua tu mana keluar dari tempat persembunyian. bila dorang dah balik, baru lah keluar. adoyai...

family kak ijan balik dalam pukul 6+. ingatkan tido sini. sedih i...

aku hantar thaqif sampai kat bawah. banyak kali kak ijan pesan kt thaqif ''mak etty hantar je tau, dia tak ikut kita''
thaqif tersengih sengih. sebab dia ingatkan aku ikut diorang.

ooo...nasib baik mak etty tak nangis mcm hari tu...ngeh ngeh...

thaqif dah banyak peel. dah makin nakal & bijak. ada je benda yg dia buat aku jadi geram. bila aku cakap ''thaqif, asal buat camtu?''
kak ijan cakap ''biarlah. dia saja nk buat mak etty rindu nanti''
cissss....

dapat jugak aku mandikan thaqif, tukarkan pampers. tu memang kerja aku kalau jumpa thaqif.
masa time mandi tak boleh blah. dapat mandi shower, suka sangat.
''nak mandi air ujan'' hahahahhahaha. bila tanya dah ke belum mandi, semedangnya jawab belum. kalau dibiarkan, mau berjam dalam tu.

adoilah...

walaupun tak lama, tp aku bersyukur kerana dapat jumpa kak ijan sekeluarga. lagi lagi thaqif dan nysa. Allah je tau betapa aku gembira hari tu....

next time, datang lagi ye. tidur sini tau....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails