:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, December 31, 2010

365 mell dengan kami.

hello hello

aku sebenarnya nk sangat cerita kan pasal mell, mula mula adopt mell. tp aku malas kot nk menulis....

apa kata korang baca sendiri kt sini.

aku khaskan untuk open balik blog lama ni untuk korang....

blog kt sana lagi happening sebab banyak masa aku menaip kt sana compared dengan kt sini...

apa apa pun, bacalah sebelum anda dibacakan.



to mell,

selamat setahun dengan mummy. mummy love u.....

semoga abadi.

hello hello

aku suka lagu ni....first time dengar, terus suka.

dan kalaulah dia ingat lagi, aku pernah nyanyi kan lagu ni untuk dia. dalam bas metrobas dari kl ke jengka suatu masa dulu..kalau lah dia ingat lagi kan...tp kalau tak ingat pun, aku faham.

terjebak ke sini, aku jadi hangen.


walaupun aku takde share dengan lagu ni, tp tetap hangen sebab ia lagu kesayangan aku. tiba tiba lagu kesayangan jadi issue. lagi lagi issue dengan org indon. oh ye, aku anti kot kalau org indon cari pasal dengan org malaysia. kalau org indon yg baik, polite, hormat org malaysia, tau yg dia menumpang, cari rezeki kt negara orang....aku suka je.

ni kalau poser, suka cari pasal, kerek nak mam, memang aku sumpah seranah dalam hati je lah. aku memang suka dapat dosa kering @ free.

aku tak suka pun misha omar. aku suka lagu dia je. macam siti nurhaliza lah. dulu aku suka, tp sejak dia main mainkan pemakaian tudung, sorrylah aku nk minat dia macam dulu. siap aku kutuk kot kalau dia ada kt dalam tv pakai tudung. memalukan.


* lepas aku pakai tudung ni, aku jadi sensitif pada siapa yg memainkan pasal aurat ni.


ala, takde kesan pun kt dia kalau aku tak minat dia. ramai lagi peminat dia kan.

berbalik pada misha omar, aku suka lagu lagu dia. suara dia memang best. orangnya...no comment.

dan untuk orang orang indon yg tak habis habis cari pasal dengan malaysia, ingat ni....

1. sedar sket siapa yg banyak tolong engkorang masa negara korang ditimba musibah dulu.
* bukan nk mengungkit, tp kalau sesekali membangkit takpe gak kan...

2. rumah rumah yg besar kt sana tu, hasil dari mana? fikir lah kejap tu pun kalau ada anak anak kerja kontrak buat klcc ke, buat jalan raya plus seremban-nilai ke. fikirlah kejap sebelum nk tuduh malaysia macam macam.

3. fikir siapa yg bagi makan kt anak beranak korang kt sana. ye aku tau usaha orang orang korang yg kerja kt malaysia, tp fikir siapa yg bagi peluang tu???? fikir fikir...

dan lain lain, fikirlah sendiri. tu pun kalau masing masing nk fikir dan nk asah otak tu berfikir. tak nak, sukati engkau lah.


pasal video ni....composer dia pun tak cakap apa apa, korang jangan banyak bunyik. mulut macam bontot ayam....!





aku cakap1: tak tau kenapa aku emo!! hahahahahaha. tak pasal pasal kan....

Thursday, December 30, 2010

azam 2011 si etty.

hello hello

azam tahun baru. nk puasa @ diet. tu je.

tu yg bulan 12 gila gila aku makan. semua aku telan. sejam satu kot makanan masuk dalam perut.
no wonder timbang berat hari tu...56kg!!!!
omg omg omg.

tp hadapi semua itu dengan tenang, sebab benda tu memang aku tau akibatnya.

lain lah kalau aku diet tp berat naik, tu baru aku meroyan kot.

azam....apa lagi eh....

oh yea, start bulan 1 nk jaga muka kaw kaw...

haiyooo, hari tu beli skin product eucerin. tak berapa memberangsangkanlah.....takde apa perubahan pun. tension kot.

aku jeles betul org yg jarang ada jerawat ni. tak pakai apa apa pun, tak jaga kot. tp segan betul jerawat nk tumbuh kt muka dia.

aku ni, jaga siang malam. dok gosok krim itu ini, makin berani dia singgah ada. mahu tak tension.

so, ikut suggestion mak aku. g klinik pakar. insyaAllah, mintak mintak tu usaha yg terakhir. banyak lagi duit aku nk pakai wey.

ooo nk potong rambut jugak. by 1 jan 11, dah kena potong sebab senang nk ingat.

dulu masa free hair ada niat lah nk bela rambut panjang sebab nk buat sanggul lah bagai.
tp sekarang, jangan harap lah.

bila aku proposed kt najib nk buat tema modern, dia cakap tudung jangan lupa. haaaai, takdenya aku lupa lah pasal satu tu. kn aku dah cakap haritu, once aku pakai, sampai bila bila aku akan pakai....

dan aku pun takde niat nk buat malam berinai apa ntah yg kena tukar tukar baju tu. aku geli. yesss, aku geli dan terus tak minat. rasa tak rugi pun sebab ada sesetengah orang cakap, sekali seumur hidup je pakai baju itu, baju ini.

oh plisssss...aku tak minat.

cukuplah album kahwin aku nanti ada baju nikah, reception je. lain lain tu....takpelahhhh.

lagi geli bila tengok album kawan kawan aku...sorry lah...
pakai tudung, tp malam tu tak pakai tudung.
lepas tu letak kt fb.

euwwww....

aish etty, jangan kutuk. lain padang, lain belalang.
taste masing masing.

okay....

azam kerjaya???

biarlah aku buat kerja dengan ikhlas. dan semoga dengan hasil kerja aku tuh, rezeki yang halal. dan semoga rezeki aku semakin murah.

lagi lagi nk target bulan 6 ni.

sakit otak aku tau tak. sana sini pakai duit.


nasib lah kalau jadi aku kan.

okay...bye.


selamat tahun baru.......



aku cakap1: kalau aku lupa nk buat entry baru. mell - 365 hari bersama kami....ya Allah, sayangnya aku pada mell ni....janganlah kau pisahkan dia dengan aku...aku masih nk menjaganya....

Wednesday, December 29, 2010

bila segala pengorbanan tak dihargai

hello hello


eh eh, ni bukan statement utk boipren. ni untuk bos bos.
haha mati lah bos kalau baca blog ni. haha.

rezeki aku di sini. alhamdulillah, panjang pulak jodoh kt sini. walaupun hati sentiasa terdetik, aku nk berhenti kerja. dok lah ulang ulang ayat tu dalam hati.

bukan tak bersyukur. aku bersyukur. tapi.......................

* sila baca tajuk.

selama aku kerja sini, dari PA, ke HR, kemudian bahagian lesen. aku nampak syarikat ni langsung tak hargai staff.

selama aku kerja di HR, ramai yg resign. kalau ikut surat, ayat standard lah. tp being me, mahu kepoci kepoci. korek sana sini, baru tahu lah apa alasan dorang berhenti kerja.

kawan baik aku kt office, dapat offer lagi best. tp bila resigned, macam macam janji manis bos HR tawarkan. menanam tebu di tepi bibir je pandai.
nk offer naik jawatan lah, gaji riban riban lah.
lepas tu nak saiko kerja baru kawan aku ni tak secure.
what the hell betul.

tu resigned. yg kena transfer atas alasan tak munasabah pun ada, ramai.

disuruhnya buat rayuan. bila dah bagi surat rayuan, pandang sebelah mata pun tak.

tanpa fikir kos ulang alik yg mahal, keadaan anak anak, family, kawan aku kena transfer jugak ke tempat jauh.

ayer molek ke pengkalan balak, kira jauh lah kan.

lagi lagi, gaji ciput, berapa pulak kos dia kan. mesti berganda.

kesian sangat sangat kt kakak ni. dia dah lama kot kerja kat company ni, tp sikit pun rayuan dia tak diterima. malah ditolak mentah mentah.

''ala, tu sebenarnya nk suruh akak berhenti lah tu. tp cara halus''

ye, aku faham sangat.

kawan aku sorang ni, ''aku kerja sebab fikir nk kahwin je''

betul jugak tu. aku pun sama. ikutkah hati......

aku geram jugak bila ditukarkan ke unit lesen.
masa bos HR panggil aku, aku dah agak dah.

direct je aku sound dorang, ''saya ni dah macam bola kan, disepak sana sini''

alasan dorang, kalau amik orang baru, kena ajar.

habis tu, aku ni tak payah diajar lah ye?

yg aku geram, kerja kerja aku kt HR langsung tak dihargai. berapa hari aku retype balik segala policy, form form yg confirm bukan kerja aku! tu kerja DCC tp dia tengah maternity leave.

* ikutkan hati, aku nk delete segala mak nenek dalam pc tu. tp dorang tu kawan baik aku. tak sampai hati...

apa je si pendek (bos HR) tu suruh, aku buat kot walaupun bukan kerja aku.

tapi dia langsung tak tak hargai aku sebagai staff dia.

tu yg lepas je aku tukar department, aku tak tegur dia. tegur keperluan je. nk hai, bye kirim salam lah!

* si pendek tu suka menyampuk cakap org tau. kalau aku tengah sembang ng en. ABC, dia pun sibuk je menyelit. dah terus aku buat muka tak suka. terus aku sambung kerja!!!

aku jeles bila kawan kawan aku yg lain, disayangi bos, dihargai oleh bos bos dorang.
aku tak dapat benda tu.

aku sakit telinga bila ada org kutuk company aku kerja sekarang. sebb owner company ni, adalah seorang Datuk. tp nk buat macam mana, dia punya rules, company dia.


dan aku fikir sekarang, tak mustahil kalau khidmat aku tak diperlukan lagi, lambat laun cara halus tu akan digunapakai terhadap aku. sekali kena hantar kt terengganu kan.

bila aku tolak, dia dengan senang hati suruh aku letak jawatan.

see senang je percaturan hidup ni.....

bila tak nak, dibuang macam kain buruk.

mc 2 hari. jeles???

hello hello



ada kt rumah sekarang. dapat mc 2 hari. terbaik lah. tau td mintak cuti sampai jumaat. tapi tak boleh, jumaat ni ada makan makan.

ye uols, sekarang gua asyik nk makan je.....

hari hari makan nasi lemak. tengahari perut dah santak makan nasi lemak, tak keluar lunch. malam lapar, makan nasi lagi.

sebab azam tahun baru, gua nk puasa. ada masa 5 bulan kan??? gua nk diet.

hahaha


tadi dpat sms dari najib, dia kata kemungkinan jari dia patah. sebab terseliuh main valley ball semalam. gua tengah sentap dengan dia ni, g induksi tak bagitau. sampai sana baru bagitau. alasan dia, dia dah bagitau. ahhh tipu. gua mana pernah lupa beb. lagi lagi hal penting. gua ingat, dia tak pernah bagitau gua pun pasal induksi.

mau gua tak sentap beb.

ntah ntah bagitau kt pompuan mana lah kan...

ye, kegemaran gua suka touching touching ni....

gua tunggu dia pujuk baru tak nak touching......


hahahhahahha.....

Friday, December 24, 2010

utk kak lin pinkie winkie..

hello hello

walaupun kita kenal secara maya, tak pernah bersua muka, bertentang mata apatah lagi mendengar suara, tp hakikatnya kita dekat....

kak lin, harap akak tabah menghadapi dugaan ni....

kami semua doakan mat pagon menang cat show nanti untuk gembirakan hati akak...

jangan sedih sedih tau....

Wednesday, December 22, 2010

cat nip lah konon.

hello hello

hari tu balik kerja, konon konon betullah yg aku kutip tu rumput galak kucing. ala konon konon cat nip lah. confident ni bawak balik rumah.

kucing kucing kt rumah ni biasalah, dah jarang nampak rumput, jakun semacam.

adik lagilah, siap tertidur sambil tengah main main tu. yg lain, mula mula je excited. dah lama tu, biasa je. buat tak tahu.

nanti aku letak gambar adik tidur dengan rumput tu.



(sekali salah lah....bukan rumput tu....hahahahahhahahaha...gelak gelak gelak)



semalam mak tanya, apa nama rumput yg ko kata galak galak kucing tu?

aku jawab, rumput galak tu lah.

lepas tu mak kata tak payah rumput galak, bagi pucuk ubi pun boleh jadi galak.

(sebab malam td, mak rebus pucuk ubi)


iye korang, menggeletis kemain budak budak ni main dengan pucuk ubi.

ate, dah namanya jarang jumpa rumput, jakun lah kejap.

seperti biasa, adik paling excited.

sampai lunyai dikerjakan.


balik kerja td, aku fikir...bagus...jimat duit tak payah beli cat nip bagai. bagi jelah segala jenis rumput, rumput tu lah cat nip bagi mell, adik, ahboy. kan...

bagus lah uols ni...suka jimatkan duit mummy tau...i love u lah anak anak...!!

Monday, December 20, 2010

oksigen please!!!!!!!!!!!

hello hello

omg omg omg.....(aku hidup lagi ni....)

lamanya tak update..sebab tak tahu nk update apa.

takkan nk bercerita pasal stress kahwin ni...meluat pulak org baca. sendiri pun meluat, apatah lagi org lain kan. hahahha.

but 1 je kalau tengah stress tu, sentiasa tanamkan dalam hati dan fikir positif.

''takpe, once in a lifetime nk rasa macam ni. lepas bulan june, takde lagi dah. kang rindu pulak nk tension tension buat preparation kahwin''

kan kan kan.....

dan sesiapa yg asyik bergaduh nk kahwin ni...(aku lah tu)...banyakkan bersabar, banyakkan mengalah. gaduh gaduh pun, esok esok laki / bini kau jugak, bakal teman serumah, sebilik, sekatil, sekereta, semotor kau jugak!

so peringatan untuk diri sendiri juga....sabar jelah etty.......dah kau yg pilih dia!!


hahahahaha....

okay tu je lah. nanti nanti gua update lagi...


* sila baca tajuk....!!

Sunday, December 5, 2010

ada yang rindu ke?

hello hello



menyampah betul. mentang mentang nk kahwin, takde pun gambar kita lagi kan terpampang kt blog mummy.....sentap ni.


hah...dah tak heran dah...


kaboy pun. tido lagi syok.....



hahaha. mummy sayang jugak lah.

* kaboy adalah adik tiri otromen taro ye. ada power kt dada dia.... =)

hunting sampai lebam bam bam.

hello hello


satu hantaran sudah siap dibeli. disebabkan nk krismas ni, banyak sale perfume drop drop harga bagai nk gila, terus lah beli. nk survey kt kl, aish, ntah bila nk pergi kan.

tapi beli perfume ni terjebak sebenarnya. sa tu terlalu banyak mulut. pot pet. terhibur rasanya. ceh terhibur katanya.

macam najib kata, masa lalu kt tempat perfume tu, takde sa yg greet ktorg. sa satu tu je welcome kitaorang even dia ada customer. cakap macam macam.

pujuk punya pujuk, janji nk kasi macam macam sap sap soi...maka terbeli sudah....



oh najib sangat addict pada bau kopi tu eh. sikit sikit cium bau kopi. gedik pun ada tengok dia. hahaha.

kalau ralph lauren, aku suka yg ralph tu. ohhh sungguh harum!!! dari dulu, memang pakai ni. ingatkan nk ambil yg ni gak, tp fikir fikir nanti nantilah. next time boleh beli. tp yg hantaran ni, beli lah yg lain kan.


fikir punya fikir, aku ambil emporio armani diamonds. ada yg baru ni, acqua di gioia. tp mahal sket. cukuplah dapat miniature je. hehe.

najib punya pulak, aku yg pilih polo black. sebab aku suka bau jantan dia. hahahahah. gila kental bau tu sungguh sedap di hidungku. dia tak suka belakang kira, yg penting kang aku jadi bini dia, aku yg cium dia. hahahahahaha. * lain kali jangan ajak gf beli sama sama. hehe.

setel satu hal. banyak lagi nk kena cari dan kumpul duit pelan pelan.

since najib tak mau cincin, aku maybe bagi dia jam tangan. tp macam nk mintak gak lah jam tangan. hahahahhaha. mana aci kan aku takde jam baru.

turun kl, cari telekung. cehhhh macam kt melaka takde jual telekung kan.

ingat nk bagi dia kain pelekat. lepas tu nk hantar sulam. kitaorang sembanglah pasal kain pelekat ni.

''nk beli kt mana eh kain pelekat u?''
''ntah...'' * jawapan dia memang selalu ntah.
''haaaa, beli kt mydin lah!!''
''eh, apa barang beli kt mydin''
hhahahahahhahahah. ha, bila aku tanya jawab ntah, tp bila aku cakap mydin, terus je jawab apa barang kan. adoilah. tergelak aku masa tu.

nampaknya kena lah g kl. wisma yakin tu banyak kain pelekat kan.

adoilahhhh. cam gedik kot beli barang barang tu sampai ke kl nun.....

paper beg yg cantik gilak!

hello hello


bila google wedding stuff berhari hari, tiba tiba rasa diri ni passion pada polka dot. gila ah. kenapa tah. rasa cantik pulak.

asal pergi daiso ke, kedai stationary ke, mesti nk cari barang yg berpolka polka.

kebetulan, sebelah office tu macam gudang simpan barang barang gift tau. dan baik pulak dengan staff kt situ. belah kanan office, kedai yg tak macam kedai. belah kiri, tempat simpan barang barang dia. kedai tu adalah vendor pada zoo negara. dorang banyak buat sovenir utk zoo negara.

being me, suka kepoh. belek punya belek, terjumpa lah beg ni. sangat comel nak mam!!! gigit jari sebab terlalu suka!!!!





well saiznya bukan besar sangat. sedang sedang je. nk masuk 5 barang dalam tu no big deal lah.

mms kt najib, dia kata cantik.

hahahahaha. aku dah beralih arah dah sebab plan mula mula nk diy brown paper je.

tp bila dah nampak si kenit ni, haaaaa melting...nk gak nak gak nak gak!!!!!

tanya kt orang kedai tu, cissss dia cuma bagi aku rm1/piece. haiyaaaaaa aunty....kasi murahlah. dia bagi rm1 sebab harga kt luar rm1.30. * dia tunjuk buku senarai harga.

survey lain lain. ada yg aku berkenan, tp nanti lah aku cerita lain hari eh.

balik office, kakak kt office tu volunter diri nk tanyakan pada aunty tu sebab dia baik ng dorang. okay aku menunggu penuh debaran. sebab aku kata, kalau boleh dapatkan harga 60sen atau 50 sen sebab nk 1000 keping.


and the result is...got it at 60sen!!!

yebba yebbaaaa yebbaaaa....

kira okaylah. sebab memang cantik, keras, siap ribbon tu ada pelekat cam pelekat yg kt kasut sekolah tu tau.

kedai lain, confirm tak dapat.

so kalau najib setuju, terus ambil...

Thursday, December 2, 2010

sentap kejap.

hello hello

terharu sangat bila najib cakap:

alhamdulillah, panjang juga umur kita sampai nk nikah ni kan.......


terus sentap nk menangis.

kejadian berlaku di depan court mammoth, ketika nk cari tilam dan katil.

well, apa lah ertinya pengantin jika tiada tilam dan katil yg baru kan. haha.


insyaAllah, panjang umur, jodoh ada, kami bernikah. ameen....

Saturday, November 27, 2010

roller bulu - terima kasih peej burhan!

hello hello


weeee, i malulah...kak peej ni, siap masukkan email aku tu. aku pun lupa nk suruh dia sorok identiti aku. haha.

tp ini sangat berguna ye uols.

aku email pun sebab aku faced with this problem. baju gelap gelap penuh dengan bulu. dengan tumpang officemate lagi. segan kot kalau kereta dia penuh bulu.

najib pulak, dia alergic benda benda ni dalam kereta dia. so kalau ada, dia bising.

jadinya, aku email kak peej, request kalau dia boleh buat satu entry untuk roller ni....

and there...dia buat. wah......terima kasih banyak banyak kak peej.....

aku dah beli pun roller tu. dah pakai roller tu, baru aku baca entry ni sebab dah beberapa hari offline. nanti aku buat entry pulak pasal tu ye. tu pun kalau ingatlah dek non...

ni aku copy paste dari blog kak peej...

________________________________________


ok hari tu baity ni email aku.
dia tanya n suruh buat entry khas untuk roller buang bulu kucing ni.
ni email dia.

:: click for larger view ::

kesian. faham sangat. noy selalu bising2 gak kereta dia banyak bulu2 kucing.
kalau x bulu kucing. rambut blonde aku. wah blonde ke.
sebab seat dia hitam. lagi la clear kan.
so dia kata nanti nak beli roller untuk kereta dia. simpan situ senang.

so khas untuk baity or sesiapa yang nak tau la yea.
maka aku buat la entry ni.
kalau dah tau diam2 sudah. jangan nak cakap, " tah apa2 roller buang bulu pun nak cerita"
apa2 aje la yea.
ok mari mula kan.

aku ni bila nak keluar lupa sebenarnya nak pakai roller.
n selalu rushing. to tak sempat la nak snap2 pic ke apa.
elok aku tukar cadar. pasang sarung bantal. tengok ada bulu kucing.
noy x suka sarung ni sebab jenis melekat bulu. dia beli kat kuwait dulu.
so berkurun bulu hannan kat situ. cuci pun tak hilang.
so mari kita experiment. :)


bantal adalah penuh bulu.
picture dont do justice. nampak sikit. sebenarnya banyak.
kalau tido confirm esok bersin2. haha.
kena beli dslr ni. baru nampak bebulu itu. haha over sampai nak dslr kan. ;p

:: process roll2 ke semua kawasan ::

:: hasil bulu2 n abuk2. so ngeri ::


roller ni macam sticker. cuba amik sticker lekat kat mana2. kan melekat2.
haa. macam tu la dia bertindak.
bila rasa dah penuh bulu. kau roll2 ala2 tak berfungsi je.
kenapa masih banyak bulu kat bantal?
maknanya dah kena kopek lapisan tu.
so koyakkan helaian itu. dpt la sticker yang fresh.
rolllll lagi.
n ulang2 la kopek helaian tu bila perlu.

:: hasil untuk 1 bantal. aku guna 2 setengah macam tu la. motip kepit kat jari kaki? ;p sebab taknak bertebangan la. ::

hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

:: so fresh n so klean ..klean. eh sapa ingat lagu ni? outcast. heheh ::

so to baity or sesiapa yang tak biasa pakai.
beli la. sebab ternyata berkesan :)
berbaloi2 ok.
n jangan kedekut nak koyakkan helaian tu. tebal. lambat nak abiskan satu roll ni.
lagi pun berapa ringgit je kan.
ni aku beli kat ikea rm4.90 x silap.

pasal yang baity tanya warna hitam tu. tak sure la bagus ke tak.
rasanya ok kot. semua sama aje fungsinya.
cuma jangan beli kat pet shop. dorang suka over price. pffftt.
baik beli kat ikea. borong terus pun takpa. haha.

ok itu aje.
sekian tutorial daripada cik pija.
ye cik ok. tahun depan maybe dah takleh pakai cik lagi. oppss.

________________________________________

insyaAllah, kalau sempat kang, aku buat entry pasal roller ni, dan span hitam tu.

kt daiso pun ada jual. seperti biasa rm5 je....

Friday, November 19, 2010

my boys.

hello hello

yeay. anak bujang ni dah makin okay. setakat hissing tu, okay lagilah. baru lagi kan diragut keterunaannya. esok esok, dah boleh back to normal.

tp adik & ahboy dah boleh cium satu sama lain, dah jilat menjilat telinga. tp satu syarat, salah sekor kena tidur. haha. bila tengah berjaya, tak berani gak....apa raaaaaa!!!

tapi takpelah. at least takde lagi adegan macam dulu kan. muka masing masing dah macam samseng gombak. start dari tu lah, mummy dia kena adakan session potong kuku setiap minggu. hahaha.


tingkap panel tengah, memang port ahboy. adik yg tepi tu. tp sebab malas nk buka banyak banyak tingkap, maka terpaksa lah mereka berebut. * rumah aku berangin, so kalau buka banyak tingkap, semua terbang.

kes tingkap ni. ahboy naik lemah lembut. tp ko tau, dia boleh berpusing 360 darjah tahu tak. seriau nya aku. meremang bulu kalau nampak dia berpusing tu.

tp si adik, naik kelam kabut sket. bunyi cam jatuh. aku selalu je bising. tp dia pandai imbangkan badan dan duduk diam diam. sebelah kaki tangan luar tingkap, sebelah lagi dalam tingkap. so takdelah nk jatuh kan. si ahboy, tenggek cam tu lah. so mungkin boleh jatuh.

jangan tak tahu, aku banyak kali mimpi ahboy jatuh tingkap. tu yg aku takut gile!


ni masa mula mula sunat dulu. sessi beramah mesra....tak ramah pun, lepas tu nk start gaduh. apa lagi, kenalah babap montot kan sebab tak behave adik beradik. haha * aku memang macam mak nenek kt umah. bebelkan budak dua ni...hehe.


tp, dah boleh lah duduk sekatil. dulu tak boleh. tp aku perasan, lepas neuter ni, bonding masing masing kuat. atas katil, sekali bertiga keliling aku.. best rasanya moment tu...tidur pun, dengan aku jugak. tp ahboy memang tidur dengan aku. celah ketiak kot. manja ahboy tu...

siapa nk ahboy angkat tangan?????


ni pun sama. masing masing ada usaha nk berbaik. tp tu lah, jantan ni egonya tinggi. sama macam lelaki. hahahahhahaha.

harap harap, lepas ni makin okay. semua ni buat hati aku gembira. takdelah risau kt office, terfikirkan bergaduh ke tak eh dorang kt rumah.

dah lah kt office makin serabut.

haishlah...fikirkan nk kahwin je aku tabahkan diri kerja kt situ....

hai lah hati....bersabarlah selalu......

hai lah jiwa....tenanglah selalu....

hai lah bos...janganlah semakkan aku selalu.....

hai lah kawan...janganlah talam dua muka macam uncle muthu.....

Thursday, November 18, 2010

anak omak!

hello hello

korang rindu kt aku ke, kt budak budak bertiga tu?? haha. confirm takde sapa jawab rindu kt aku kan. sentap!!

okay takpe takpe. disebabkan merajuk takde sapa rindu aku, update sikit sikit je.


mell & ahboy memang suka tidur atas bantal. ah boy suka amik bucu bucu bantal. landing macam kita tidur atas bantal tu lah. tp mell, suka tidur atas bantal.


tengok si debab ni....


adik yg sangat playful. si hensem ni kan, main sorang sorang pun jadik. haha.

tanggapan orang pasal lepas sunat, neuter kucing akan jadi bodoh, sangatlah tak logik. pada orang lain aku tak taulah, tp pada aku. anak anak aku makin hyper active ko tau.

pagi main, tengahari dah start lemau sampai ke petang. maghrib bangun, makan. lepas tu sambung tidur.

bila masa dia active??? masa semua orang dah tidur. masa tu...ya ampunnnnnnnn....nk runtuh kot rumah ni. adik aku tidur kt hall, habis kena lenyek. dah lah masing masing berat cam guni beras.

oh ye. adik dan ahboy dah boleh gurau gurau. tp malu malu lagi. tp bila malam tu, elok je main aci kejar bertiga.


ni gambar petang td. elok je apa nama ntah laptop warna hitam tu atas meja. sekali selamba je kot dia sepak. berdentum jatuh. nasib baik tak rosak. ahboy ni dah lah perosak barang. mouse digigit sampai putus lah. macam macam....rosak barang mummy, mummy jual awak kt benggali karpet. nak????

sayang si kamell kt ahboy ye. peluk adiknya tu.


ni pun gambar tadi. tiga tiga tidur kt bilik aku. bantal tu memang tempat adik. memang tempat tidur dia kt situ.


okay tu je....

apa lah nasib?

hello hello

sedih aku bila baca blog kak tedi. pasal orang yang menzalimi kucing kucing ni. beria nk tubuhkan pusat jagaan kucing, tp habuk pun tarak. agak agak lah kot. buatlah kajian terperinci dulu kalau nk bina pusat macam tu. fikir baik buruk, dari sudut negatif, positif. kalau agak agak susah, tak payah buat. menyusahkan banyak pihak, banyak hati yang terluka.

* termasuk hati aku dan kawan kawan bloggers aku yg lain.

sampai hati dorang kan.

tak ke dorang pernah fikir, doa doa kucing yg tak bersalah tu terus sampai ke Allah??? haiwan adalah makhluk teristimewa. lagi lagi yg jadi mangsa tu, mahkluk teraniaya....
urm, spesis camni, baik humban ke laut je. kasi jos makan. buat kerja acuh tak acuh.

sedih.

pergilah tengok blog tedi. aku malas nk link sebab internet lambat gila nk mampus.

aku boleh berbangga sebab harta aku yg bertiga tu, dua darinya adalah kucing jalanan yg terbiar. bila tengok dorang sihat, gemuk dan gembira di sisi keluarga kami, aku terfikir...macam manalah agaknya kalau jodoh mereka bukan bersama kami??

macam manalah kalau perut mereka terasa lapar dan dahaga?

macam manalah perasaan mereka bila dicaci, dipukul, disepak oleh orang orang yg zalim??

uhhh, sedih bila aku bayangkan macam tu.

sedangkan bila kami ada kt rumah, dorang lapar tu aku dah cemas. air kt bowl habis pun cepat cepat aku top up....inikan pulak, dorang menggigil tahan lapar.

dan aku sangat rasa bersalah, bila balik kerja, masing masing tunggu depan pintu, dan makanan dah kering kontang. terfikir kenapa aku tak letak banyak banyak td.....????

aku seboleh bolehnya nk sempurnakan keperluan kucing kucing aku. aku anggap ini adalah amanah Allah pada aku. so aku nk jaga amanah ni sebaik baiknya. macam jaga anak. anak pun amanah dari Allah kan.

takpe lah. hanya Allah je boleh memberi balasan yg setimpal pada manusia yg menzalimi haiwan haiwan yg tak mempunyai akal dan fikiran. tp ingat, mereka ada perasaan. mereka ingin disayangi, dibelai, dilindungi. siapa lagi nk bagi semua tu kalau bukan kita sebagai makhluk yg mempunyai akal dan fikiran, yg selalu berbangga dengan semua nikmat Allah swt....

bersyukur lah, sebab aku bukan jenis suka kucing yg mahal mahal. nafsu aku tetap pada kucing kampung. kalau aku mampu, semua kucing yg aku jumpa, aku bawak balik. tp aku tak mampu. rumah yg sempit, menghadkan keinginan aku.

ada hikmah juga aku tak de banyak duit. kalau aku bergaji besar, mesti aku habiskn duit beli kucing yg mahal mahal. dan langsung tak pandang kucing kampung. kan...masyaAllah, walau halus hikmah mu, besar maknanya...

dari jauh, aku mendoakan, kucing kucing yg berada di pusat jagaan jasin tu, berkeadaan baik, dan mendapat hak mereka yg selayaknya. jugak pada semua kucing jalanan yg tidak mendapat apa yg kucing lain dapat. biasalah, masing masing ada rezeki dan nasib yg berbeza.

kucing kucing yg kita bela, mungkin rezeki lebih sikit. rezeki mereka mendapat keluarga yg menyayangi mereka sepenuh hati....

Sunday, November 14, 2010

baby in the house....lagi.

hello hello


wawawawa...ramainya babies dalam minggu ni...seronok je. even tak dapat nk pegang, dapat pandang muka babies, rasa seronok je...

* terus berangan nk baby cepat....hahaha.

tp aku memang tak boleh tengok baby tu. rasa nk baby tu membuak buak. doa doa lah nanti bila dah bernikah, Allah kurniakan aku anak cepat....!



Syamsul Mohd Safwan b Syamsul Mohd Adzmir.

welcome to the world baby....

comelnya....ni anak abang syamsul & kak sara. dorang yg tumpangkan uteh masa cat show kt melaka julai hari tu....

eh, macam best pulak. baby yg berlainan, dari parents yg berlainan, tp nama bapak sama. abg syam tu pun syamsul gak. masyaAllah....

safwan, nanti dah besar, jadi anak yg soleh ye. jangan nakal nakal. kalau boleh sayangkan haiwan especially kucing macam bapak kamu juga....

tahniah abg syamsul & kak sara....

cerita hachiko ni memang sedih wok.

hello hello


malam kelmarin, layan youtube. terima kasih youtube sebab berkelakuan baik malam tu.

agak kelambatan, tp tetap nk tengok juga. walaupun dah tau cerita ni sedih dan bakal mengundang airmata yg maha lebat, gatal nk tengok juga. tu lah...padah akibatnya. sian bantal aku....

hachiko - the dog story....


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
dah tak boleh nk berkata apa dah. sedih je memanjang. air mata tak henti henti. macam frust bercinta pulak. hahahahah.

memang sedih ah cite ni....menyesal tengok. sebab teringat ingat kt hachiko tu.....sian dia.

bila tengah sedih, anak anak aku pulak dok kerumun keliling aku. sekor kanan, sekor kiri, sekor kt kaki. paduan tiga penjuru..

lagilah sedih pandang muka naif masing masing...

bila tambah sedih, aku terfikir, kalau aku takde nanti, siapa nk jaga dorang? siapa nk jaga makan minum, berak kencing dorang?
bila aku dah kahwin nanti, boleh ke bakal suami dan bakal keluarga mertua menerima mereka sebagai sebahagian dari keluarga mereka?
benda tu yang aku fikir. bila fikir yg tak best, mula lah aku menangis lagi.

* bersyukur lah korang dapat partner yg sukakan, gilakan kucing macam korang!


bestnya gambar ni. aku teringin. tp boleh ke? anak anak aku tu, bukannya berkaki empat, tp kaki cam berpuluh puluh. menggelupur je kang.

okay. siapa yg tak tengok lagi, nasihat aku jangan tengok!!!

nanti bantal korang menyumpah korang.

''oiii apa ni, habis lenjun badan aku!!!!!!!''


hahahhahahhahaha....


aku cakap1: tapi overall, cerita ni memang best. jalan cerita yg senang nk faham. takde subtitle, sound slow pun, aku faham jalan ceritanya. kalau tak faham, takkan aku menangis kan.....enjoice....

my new nephew in the house.....!

hello hello

dob - 13nov 2010 [sat]
time - 755 pm
pob - hospital kuala lumpur
gender - boy
baby to - cheyah & abg syam
grandson to - waksal & wakbok


mak etty nk perkenalkan...anak menakan mak etty yg baru je lahir. mak etty so happy!!!!!! kalau kawan kawan mak etty tau, mak etty hanya menumpang kasih sayang kakak dan abang dari sepupu sepupu mak etty. mak etty takde kakak atau abang. tu pasal mak etty claimed anak dorang, anak menakan mak etty.

seronok rasanya dikurniakan sepupu sepupu yg best gilak!!!!


welcome to the world baby..........

baby tau tak, dah lama kami tunggu baby...akhirnya, baby selamat ke pangkuan kami semua. alhamdulillah....terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan anak ini kepada cheyah & abg syam, juga pada waksal & wakbok. hanya kau sahaja yg tau betapa aku menyayangi mereka.
bahagia mereka, bahagia juga aku.......

mak etty doakan, baby jadi anak yg soleh pada mama & abah baby ye. jangan nakal nakal. nanti dah besar, boleh jadi ustaz. hehe.

baby besar sket, nanti mak etty datang tengok baby ye. sebab mama baby kerek tak mau balik berpantang kt melaka. nk ikut style arwah onyang lain [embah lain] konon. wek...

okay baby. mak etty will love u just like mak etty love thaqif, nysa, fawwaz, husna, aqil qayyum, caca, ayong, adik n the rest........


muah!!!!!!!!!!! * eeee tak sabar nk kiss baby....



aku cakap: tunggu baby jaja pulak. bulan 3 tahun depan insyaAllah.....

Thursday, November 11, 2010

sikit sikit, lama lama jadi bukit.

hello hello

mak etty's wishlist....since the boys sudah dineuter, lega sket dari segi perbelanjaan khas. so boleh beli lain sket sket. nk beli sekali banyak, gaji aku tak banyak. nasib...kedekut punya boss. haha..tetttt...

nov's salary - skin product. kena repair dari sekarang....any suggestion. hari tu kt blog sharz, dia try product vichy. tp kan aku dah bagitau korang, apa yg org lain pakai, aku tak boleh pakai. haha. gedik sket muka aku ni. tu yg tumbuh byk sgt jerawat tu. insyaAllah, nk repair dari sekarang!

dec's salary - nk cari vakum. rumah ni, segala sudut, setiap penjuru ada je bulu anak anak aku. pelik betul. bagilah makanan yg mahal mana [kecuali rc. tak mampu dek non!], bulu tetap tak jalan. tetap gugur tahap dewa. tension je. jgn tanya aku diaorang makan apa sekarang. aku bagi yg termampu je. so, beli vakum, hari hari vakum. dalam almari pun kena vakum sebab baju aku pun terjebak.

jan's salary - urm....rasanya nk beli kipas baru. kipas kaki tinggi ke. takpun, canggih sket kipas yg ada heater tu kan. apa ntah nama dia. tengok kt econsave, brand panasonic rm199. warna maroon limited edition. cam menarik tertarik. rumah aku sememangnya dah sejuk mejuk. rumah tinggi kan. so tak payah gedik nk pasang ekon.

feb's salary - nk cari cermin kerawang kerawang. warna putih. sebab tak mau pakai dressing table kt rumah ni. semak. nk buat konsep miniatur je. eh, dah bagitau ke kt korang. kalau lepas kawin aku berjodoh lama dengan company ni, ktorg bakal duduk jauh jauh tau. tak lah jauh sgt. macam sekarang je pun. sian aku kan....

atau...

nk cari almari besar.

march's salary - nk beli berbotol botol cat spray warna putih. disebabkan aku kn dok umah ni, so tak payah beli bedroom set baru. katil aku yg sekarang ni, okay lagi. tilam pun baru beli. so aku ingat, nk cat baru je. warna putih. so mission bulan march nanti, nk cat katil.

april's salary - nk beli cadar kawin. apa yg aku nk simple je. asal boleh pakai untuk hari tu, dah hari selepas tu. tiba tiba teringin english style punya comforter set. walaahhhhhh...vantage kah??

may --------------- > takde idea nk beli apa. hahahaha.


oh, kena simpan lebih lagi. nk beli cincin kahwin untuk najib, hantaran semua. argh, ni semua bikin stress....

haha pening peminat blog mak etty. sikit sikit stress. sejak nk kahwin, asyik lah stress. baik tak payah kawin kalau stress kan. haha.

eh, korang takde nk sponsor aku apa apa ke? kahkahkah...

sponsor lah op yg cantik cantik ke...hehe...* buat muka comel....comel sangat!

Monday, November 8, 2010

arghhh dah start tak boleh tidur...

hello hello

betul wey. tak perasan ke sekarang hari hari ada entry baru...wuuu, tu tandanya, aku takde tempat nk mengadu....haaaa, nk menangis.....!!!

tension sangat.....

nk bercerita dengan kawan office, macam tak best. nk bercerita dengan mak pun, macam segan segan alam. nk bercerita dengan kakak, takde kakak. nk bercerita dengan adik adik, jangan harap dorang nk layan kau. nk cerita dengan najib...hmmm faham faham sendiri sudaaaaa....faham tak perasaan tension tu camne...???

maka, blog ni je yg sudi menadah telinga.......


takde motif pun letak baju ni. cuma cantik.

banyak lagi tak setel. even benda benda penting pun, belum ambil pusing. patut sekarang, dah berbincang betul betul pasal date, budget. tp takde pun.

pastu, dah start tak boleh tidur, penat nk fikir macam macam tau....


tension.

faham tak?

tension tu kueh apa???

faham tak??

Sunday, November 7, 2010

cari mua, op...pening.

hello hello

peningnya nk cari photographer, make up, butik andaman.

nk cari yg harga okay, tak mahal sangat, tak murah sangat.

yg penting cantik.....................!!!

tapi semua tak kenan. camne???

adesssss...bila dah jumpa yg best, tarikh aku tu dah sold out....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

kenapa melaka takde op yg bagus bagus?? harus ke aku import luar dari melaka semua tu??

eena, suggest kan kt aku salima utk mua. tak semua dia make up cantik. tp hari tu tengok blogger nawal kot, cantik gak. then cekidaut blog salima, omg 11june dah sold out gak. tak ke tekanan namanya tu....

rasanya, kena cepat cepat jumpa sanee bridal. kena buat appointment dan tengok apa yg dia boleh offer kt kami. then, once okay, terus book date. arghhh date tu ramai suka. camno??
sanee bridal, one the bridal boutique yg best kt melaka. yg boleh kasi harga menarik, dan boleh buat baju baru dengan harga menarik juga. eh, tu dengar dengar je, tak tau betul ke tak.
yelah kot, si sharina amik package dengan sanee bridal tu, siap dengan baju baru, tak silap aku, harganya rm1.5k je kot.

sanee bridal ni, kalau lah masuk aku hire dorang, dah 3 orang dah pakai service dorang. cheyah, jaja and insyaAllah, aku. tu yg aku nk tengok dulu tu. ehem, hari tu dah kenen kenen kt wife abg sanee tu. ada can tak rasanya?

yes. aku nk baju baru. tu pun kalau takde baju yg cantik. kalau ada, rembat je lah kan. tak payah buat baju baru kan. tp kalau boleh buat baju dengan harga yg menarik, tertarik, apa salahnya.

takde specific design pun utk baju pengantin. warna putih, cantik, tak seksi tp menarik..suda.

okay okay, kena suruh najib dtg melaka terjah sanee bridal ni. takut fully booked pulak nanti. kang aku nangessss....

op pulak. adoyai...lagi lah. aku rasa, email aku dah penuh quotation utk op je. daripada semahal mahal hinggalah ke semurah murah. semua aku hantar. bila ada blog, aku tengok. kalau outcome tak seperti yg aku nak, hmmmmm...fahamfaham sendiri.

hari tu, hantar quotation kt candidsyndrome. sekali pr dorang call aku pulak. bagitau yg dorang tengah buat promotion 30%. harga boleh lah tahan. tp bila bagitau najib, awal awal dah reject. haha.

then, lepas tu pr dari faizghazali pulak called. pun sama. bolehlah tahan....

tapi, pilihan utama aku tetap abg rudy. pun sama, aku customer ke3 kalau aku hire dia. asyik ketiga je kan. lepas tengok gambar kak zaimah, eton lah yg buat aku jatuh cinta dengan product rudy azwan ni. dia ni pun hot gak...silap silap slot date tu dah booking. menangis..

eh rumah kebaya punya promotion untuk staf gomen, ada lagi ke tak eh? cam menarik gak...aku suka baju glamsss glamssss ni...


aku senang je, sewa je baju pengantin. tak payah susah susah nk buat sendiri. sebab aku mengaku, badan aku cepat naik. aku ada firasat ke 10 menyatakan aku bakal gemuk lepas kahwin. hahahahahhahaha. so baik tak payah.
baju nikah boleh. tu pun buat baju kurung je kot. takpun kurung moden. tak pun jubah. ahhh banyak sangat pilihan.

okay...marilah tido. tinggalkan sekejap tekanan mencari yg terbaik....

goodnite....

Friday, November 5, 2010

mell....1 years old...

hello hello


mell is 1 years old girl now babeh.......

from the little girl, she turns to gemok girl now....haha.

i adopted her on 31 december 2009 and on that time, shes only 2 month years old super little kitten. so i assumed, she was born on october or november.

cepatnya masa berlalu. tak sedar, hampir setahun aku menjaga mellinda....

mell hadir tanpa aku jangka jangka...bila terdetik di hati nk ada kucing, kucingnya tak kunjung tiba. bila hampir tidak terdetik, datang pulak mell. masa tu menggagau nk cari barang barang. ive spend almost rm300 for her. haha. masa tu, mell lah segala-galanya. thats why, sampai la ni, aku manjakan mell. sebab dia yg pertama. tp, semua aku sayang.

mell ingatkan aku pada kucing yg aku bela kt kampung dulu. nama dia citom. saiz badan [sekarang], ekor, jenis bulu, suara, perangai...sebijik!! selalu aku ckp,mell adalah klon citom. Allah gantikan aku dengan mell untuk ubat rindu aku pada citom. pindah melaka, aku terpaksa tinggalkan citom kt kampung. balik sesekali, adalah jumpa. citom banyak babies, tp semua babies jenis takutkan manusia. tp bila balik lagi sekali, citom dah takde....sedihnya kerana tinggalkan dia dulu...

alfatihah untuk citom, cimot, kecik, nicky, boboy, sammuel, ella dan semua kucing yg pernah mummy bela....


31 disember 2009.

balik melaka, seperti biasa naik bas delima. turun bas, singgah petshop depan rumah beli segala kelengkapan untuk mell. nama pun dah diset masa tu. mellinda! sebab aku suka gila cerita ghost whisperer. mellinda gordon.

barang barang yg dibeli...cage, carrier, pasir, susu, iams for kitten, bla bla bla....

sampai rumah, nadiah tunjukkan aku mana satu mell. masa tu mell kt rumah mak long lagi, dlm cage. [cage yg aku pinjam dari maklong masa adik & ahboy balik dari vet.]
masa tu tak nampak jelas rupa mell camne. nebes!!! =)

bila turun rumah maklong, tengok mell utk kali pertama, jatuh centa....dengan bulu dia yg lembut, fuhhhh....petang tu jugak bawak naik atas. haha. exited gila.

jam, minit yg pertama mell jejakkan kaki dalam rumah kami. welcome mell!! u re now part of our family....


malam pertama mell sebagai anak mummy. baik je tidur dlm cage eh.





lebih kurang je saiz. sekarang ni dah berkali ganda dengan remote tu. haha. rantai pun sama. bukan main besar lagi, sekarang nampak halus je kt leher dia... =)


cuba kalau sekarang try duduk camni lagi, mau terkepit tak bley bernafas. hahaha.


dari kecil, sampai dah besar....memang port tidur. atas meja.



mell kt kampung baru..

agaknya, orang orang kampung baru rindu kt mell tak? hehe


demi mell, aku laburkan duit lagi beli jaring ni. kalau tak, sure dia bosan asyik main dalam rumah je.


mell's new playground. suka dia dapat main kt balkoni. rumah aku dulu, tingkat 7. kalau jatuh, meroyan tak rasanya??


mell oh mell...


rantai ni, aku beli sebelum aku ditakdirkan menjaga mell. beberapa bulan awal lah kiranya. aku simpan. sampai sekarang mell pakai lagi. sayang nk ganti yg lain sebab dah terbiasa dengan bunyi locengnya. dah buruk dah pun. sian mell.


segala toys dia, aku belikan. murah ke mahal ke, semua untuk mell. tp yg untung adik adik dia. dapat juga rasa mainan mell. hehe.


mell's first vaccination. dari kecil sampai sekarang, memang suka tidur atas jeans masam aku. hahahahaha. bau mak ye?


alo lo looo...melted.


super cute kan...


mell sudah aku spay kan march lepas. tindakan yg aku rasa bijak, bernas dan betul bagi aku. mell terus membesar bagai johan, sihat, manja. [entry spaying mell kt sini]

mell dulu ganas kot masa kecik kecik. asyik nk menggigit je....lepas spay tu yg jadi manja. tp tak manja sangat lah. emo jugak pompuan tu...


lepas dapat adik, slow down sket perangai ganas dia tu. terus okay. agaknya dulu rasa tak best takde kawan. stress. so once dah ada teman, seronok lah dia kan. memang mell happy masa tu.


omg. nampak dah besar masa ni....favourite spot, atas tingkap.



fav pose.


lagi???


dan gaya tidur yang konon konon comellah tu??


suka sangat kt cicak. handal tangkap cicak, but at last, serahkan cicak tu pada adik @ ahboy. tukang tangkap je dia ni.

lepas tu bijak. bila mak cakap ''cicak cicak'' terus pandang atas syiling. kalau takde [faham dia dah kena wakenabeb], buat muka emo. haha.


kalau suh buat muka, memang terbaik dia ni...


hai lah anak dara ni....tak boleh nk kata apa dah. memang camni lah kekdahnya...


look at my tummy...sexy isnt???


dia selalu pandai nk buat muka depan camera. menyampah tau....!


huh....


mell, biarpun ramai yg menyusul selepas awak kt family ni, awak tetap mummy sayang. mummy gembira ada anak macam awak. rasanya, benda yg paling berharga pernah mummy dapat, is you!


happy birthday mell. semoga mell panjang umur, sihat selalu dan tak banyak ragam.

i will alwayssssss love u, mellinda....


-mummy-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails