:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, April 30, 2012

online purchased

assalamualaikum

entering 7 months baru terhegeh hegeh nk beli barang baby. eh actually ada, tp baru baru ni je makin excited.  tp macam penat je skrg baru nk start shopping kan.  patutnya dari dulu dah beli sikit sikit.  ni jalan sikit dah sakit kaki lah, mengah lah, hot lah.  aku ni dah lah pantang kalau jalan time lapar.  amukan puaka secara tiba tiba.  haha.

lepas tu sekarang, tak cukup dengan tengok fb sendiri, tengok pulak fb org lain.  sebok nk tengok page yg jual barang baby.  hahaha.  kepoh je kan.

lepas tu, ya Allah mentang mentang lah mama nya gila kan kucing, semua barang anak mesti ada gambar kucing.  ok takpe.  kalau pakai duit mama, mama tak kisah.  tp kalau pakai duit papa, takde nya papa nk layan mama.

barang yg aku beli last week dah sampai td.  haha suka suka walaupun macam merepek repek je beli.  lepas tu fikir macam tak cukup je. kena beli lagi ni.  hahaha.


barang barang ni beli secara online kt

Babywish Jen


haaaa tengok tengok.....kan mama dah cakap.  mama gilakan kucing. so yg jadi mangsa keadaan adalah anak dia.  tp bila dah dapat, warna pink pulak seluar tu.  takpelah mama redha.  tak kira....!!


tengok tengok....mama sayang papa tau.  sanggup ketepikan perasaan nk conquer sorang sorang anak.  mama belikan i love papa....laki aku mau tak suka...

tapi dia cakap, ''ala...kenapa i love papa?  kenapa tak i love ayah???''

oi oi ingat ni orang jawa yg buat ke?  hahahahah

*******  sedang dalam perbincangan nk bahasakan diri apa bila dah beranak kang ***************


maternity pad

assalamualaikum


nk guna ni ke???



atau ni??????????????????????
macam pelik je laki aku beria suh pakai yg khusus untuk org beranak tu.  pandai pandai je dia kan.  mana tah dia baca pasal ni.  kahkahkahkah...

siap tau kena bawak beg untuk aku untuk ke hospital. 

mana dia tau ye????

Saturday, April 28, 2012

3 of them [my cats]

assalamualaikum

updated

tiba tiba tengok fb sendiri, banyak rupanya gambar dorang dalam fb aku.  marilah kita share sama sama.  aku tau, ramai yg terindu rindu budak 3 ekor ni.  haha


tengok lah betapa stressnya muka dia.  raut muka memang semulajadi ada kerut kerut kt dahi tu.  kalau buat muka marah, tertimbul lah urat urat tegang tu.  keh keh keh...kadik kadik....


hahahahaha.  am i talented in photography???  jilat hidung sendiri macam kenyang dapat makan apa je kan.  padahal ntah aku pun lupa kenapa kejadian tu berlaku.   adik mcm apa je muka macam tu.


the kerek one in the house.  kalau dia takde mood, jangan haraplah kalau kau panggil dia nk pandang kau even dengan sisi mata.  tp kalau dia lapar atau datang mood ngade ngade, pantang panggil, buat suara manja.  lagilah kalau abang dia balik.  amboi kemain....


anak dara ni.......i love her so much!!!  nothing to say....


actually, hari tu mak & nadiah buat spring cleaning.  segala buku masa kt U mak buang.  haha dulu macam sayang gila nk buang kan, tp last last, buanglah mak.  buat semak.  then mak kata nk jual.  duit jual buku buku aka sampah sarap tu nk makan pizza!!!  heh, tp rasanya dah berbulan plastik hitam tu ada kt situ.  wakakakakakakaka.  berat kot sapa nk angkat?  asal nk menjual je, laki aku takde kt melaka.  nk harapkan aku, memang dah out of list lah.  harapkan mak aku, separuh tenaga je lah dia boleh buat pun, sakit lutut.  harapkan nadiah sorang jelah.  total semua plastic bag tu, adalah dalam 6 bags.  semua berat berkilogs.

eh actually nk tunjuk gambar adik.  nampak tak dia yg macam musang tu?  tempat dia bermain, tempat lepak, tempat tido.  kenapalah dalam plastik jugak dia suka ek?


-----------------------------------------------------

malam ni rasa nk menaip sesuatu, tp otak ni sangat blur nk buat post tentang apa.  aku bukan jenis buat entry yg melalut lalut takde point yeke????.  tu lah tido lagi lepas asar, kn dah blur.

tiba tiba teringat, dah lama tak tunjuk gambar kucing kucing kesayangan, kecintaan aku kan.  bukan apa, gambar tu ada je dalam hp.  tapi nk transfer ke laptop, ya Allah malasnya.  padahal senang je kan kerja tu.  so amik inisiatif lain iaitu google it from nadiah's fb.  situ dia rajin nk letak gambar budak budak nakal tp comel ni sebab nk bagi adik aku wanie tu tengok.  hiks.

enjoice je lah gambar ni.  malas nk nk buat caption.  sebab bukan aku yg berada di tempat kejadian.  kata gambar dari orang kan.


tengok lah en gendut si kaboy tu.  perut dia.................................................dorang ni kalau dapat masuk master bedroom [our room time abang takde], ya Allah kemain suka tido tau.  dari pagi kalau tak dikejut, malam baru nampak muka.  best sangat ke bilik kakak & abang tu miau???


bear besar ni memang letak kt hall.  it helps me when i had backache.  oh i miss the moment bila surfing sambil meniarap.....

kenapa nampak dalam gambar ni, mell macam kudud sangat?  padahal mell ada minah gebu.  anak dara perawan sweet 17.  hahaha.


oh madik pun nampak sangat runcing kenapa?  padahal muka dia bulat dan hensem.


oooo amell sayang kendut mendut........


eh kata td tak tau nk letak caption apa.  hahaha.




Thursday, April 26, 2012

3rd trimester

assalamualaikum

dulu tengok orang mengandung macam pelik kenapa dorang jalan lambat lambat.  even bila aku dah mengandung pun, aku pelik tengok orang orang ni jalan lambat.

haaa sekarang amik kau!!  baru tau kenapa....

bottom part tu dah mula sakit.  kadang kadang terfikir, eh anak ni dah kebawah ke.  baru bape minggu.  tapi kalau rasa perut kiri kanan keras.  so aku assumed sendiri, konon kiri kepala, kanan bontot.  gituuu...kikiiki.

kalau pagi aku aktif lah jugak.  yelah being PA kan, tak sah lah kalau tak kehulu hilir menyibuk kacau orang.  tapi kang belah petang, azab....!  sampai rumah pun dah lembik.   lagi lagi kalau dah menghadap laptop kt rumah tu.  kena duduk atas bantal, lepas tu kalau nk bangun.....ya Allah....seksa sangat tau. 

oh okay, aku tidaklah merungut di sini.  cuma nk ceritakan pengalaman masuk trimester ketiga ni.  instead of sakit sakit time pregnant ni, lagi banyak kenangan terindahnya tau. 

bila baby U [cecey dah ada nicknames nampak. mama hover] kick tu, subhanallah...seronok nya mama.  perasaan marah kt papa sebab papa tak belikan mama sundae cone terus tukar jadi seronok gilaa!!!  kalau boleh mama nk baby U ada dalam perut mama ni je.  eh tipu.  tak sabar nk tengok dia depan mata.  tak sabar nk buli dia basuh pinggan, basuh baju bila dia dah besar kang.  wakakakakakakak.  mama jahat...ada niat terpesong!

selalunya kalau baby kick-kick tu, papanya pegang perut mesti lepas tu senyap tak mo kick lagi.  that y masa tu instinct kuat cakap ni baby...........................sebab anak mama!  hiks...jeles lewww tu si papa. 

tapi malam minggu hari tu tengah layan cerekarama fahrin and fasha auwwwwwwwwww [laki aku pertikaikan kenapa aku minat fasha.  hahha jeles.  tp aku memang suka dia pun], papa pun berbaby talk ng anak dia guzi guzi guzi [tu ayat dia bila pegang perut aku] + [time main ng kucing] pftffffffff....sekali baby kick tangan papa lah...laki aku pun apa lagi, ni first time dia rasa kick yg sangat kuat dan berkali kali dan berfeedback [usap sikit, terus kick, usap lagi, kick lagi]...terus dia excited kemain.

''ui ui ui dia kick lah yang''....wakakakaaka aku tak dapat lupa lah ayat ui ui ui dia tu.  [nasib baik tak nampak muka dia time tu, mesti muncung muncung]  kemain happy.  lepas tu baby pun dah penat kick,  dia tidooooooooo...tp papa paksa jugak.  pastu booo layan lah pa, baby nk tido ni!!!

malam ni, bila papa datang melaka mesti dia rindu kt anak dia ni.  mesti dia sibuk berguzi guzi guzi kt perut aku.  yelah baru balik penang, rindu lew tu.  kadang kadang bukan rindu aku, rindukan anak dalam perut ni ha...jeles mama lewww...

last check up masa minggu keberapa tah, nurse ada cakap, masuk 3rd trimester ni, jangan terkejut pulak kalau jadi balik macam awal awal mengandung dulu.  aku dah gulppppppppp....tak mooooo!!!  walaupun aku tak muntah muntah, tp aku tak suka keadaan mabuk mabuk, keadaan tak suka cium bau bilik sendiri, tak suka bau kereta sendiri.

dah sekarang ni....welcome back 1st trimester.  i really miss u.....homen...!




Wednesday, April 18, 2012

milk booster

assalamualaikum


baru baru, ijah kawan baik aku selamat bersalin anak lelaki.  seminggu lepas tu, eena pulak.  well, bila kawan kawan beranak ni, perkara pertama aku akan tanya adalah, susu badan [BM] ke susu formula [FM].  antara kawan kawan lain, ada yg dah campur, ada masih EBF [exclusive breastfeeding].  alhamdulillah.  seronok aku dengar walaupun kadang kadang ada cerita sedih disebalik EBF journey masing masing.

ijah adalah kawan yg dah lama aku kenal.  macam adik beradik sebab arwah abah kawan baik dengan arwah ayah dia.  so memang aku concern habis lah bila dia ceritakan masalah dia.  kekurangan susu.  so yg mana aku tau, aku share dengan dia.  nk suruh dia google here and there, macam tak dan kan.  so aku sms je lah.  paksa dia cari itu ini.  haha.

okay, ini antara information yg aku dapat dari google.  tak cukup ni, kalau nk tambah, cari sendiri.


1.  sayur alfalfa

okay ini first time aku tau.  dia macam taugeh.  boleh baca dari sini.  - http://ayhsaf-nur.blogspot.com/2011/01/milk-booster.html




2.  longan kering

rebus tambah gula sikit, then minum.  ni pun aku dapat dari link blog kt atas.




3.  mee suah

ni aku tau dari lyana mk.  dia cakap masa dalam pantang, dia makan ni untuk tambahkan susu dia.  alhamdulillah, it works for her & baby fayyadh.  [blog dia ada dlam list aku ni]




4.  herbatussauda



5.  pil asi

kalau baca dari forum susuibu.com, ramai kata berhasil, ramai kata takde apa apa perubahan pun.  for me, it depends to our body itself.  kalau tak serasi, tak payahlah continue.  kalau serasi, boleh je amik.  agak agak kalau baby cirit birit, ruam, hentikan.  yeay, maybe it doesn't suits with your body.  kesian baby kalau kita paksa juga.  maybe ada alternatif lain. 

pil ni boleh dapat kt kedai jamu.  tengok kt bawah kotak tu, persediaan tradisional.  haha.  




6.  the sacred tea

aku pun tak tau apa jenis tea ni.  tp boleh tengok kt blog ni - http://ratuchummell.blogspot.com/2010/04/milk-boosters-reviews.html


7.  horlicks

hohoho.  ramai dah cuba ni.  banyak juga yg berhasil.  simple je kan, beli horlicks kt econsave, minum, then bagi anak minum EBM.  haha


8.  roti


9.  kurma

makanan terbaik kita, apalagi kalau bukan kurma kan....ada yg makan macam tu je, ada juga yg blend dengan susu.  macam menarik je.

kenapa aku tak suka makan kurma ye???



10.  halba

ala ni yg kita letak kt nasi dagang ni.




11.  oat

waaa ini antara milk booster yg terfamous jugak among mommies. nasib baik suka.


12.  red dates - kurma merah

so far aku tak pernah jumpa yg raw red date.  tp ramai mommies suggest minuman ni and it works!!!  boleh try kalau sedap.  nom nom nom



13.  supplement shaklee

perasan tak yg botol besar tu alfalfa complex.  tengok balik gambar yg first tu....

14.  susu

ada susu untuk ibu yg menyusu badan iaitu anmum lacta.  kalau tak suka susu gitu, minumlah susu apa jenis pun.  asal susu yg terbaik.  yg keluarkan susu yg terbaik, input kena baik jugak kan...



15.  tempe

sumber protein.


banyak lagi milk booster.  lain ibu, lain milk boosternya.  kalau kita menghadapi masalah kekurangan susu, boleh try lah buat research dan experiment pada diri sendiri.  kalau berkesan jangan lupa share kt blog okeh okeh okeh okeh okeh...alamak teruknyaaa


selain tu, jangan lupa doa banyak banyak semoga rezeki anak kita murah untuk dapatkan hak nya sebagai anak. 

ini ada doa dan zikir untuk banyakkan susu ibu


eena kata memang ada cabaran.  kita kena tabah untuk menegakkan hak kita sebagai ibu utk memberikan yg terbaik utk anak kita.  jgn give up.  yg penting hati dan pendirian kena tetap, mind set kena kuat berkata yg kita boleh bagi pada anak kita susu yg terbaik ni.  berdoalah untuk menyusukan bayi kita selama  6 bulan pertama.  kalau berjaya 6 bulan, ke setahun pula.  lepas setahun tak salah untuk lanjutkan tempoh penyusuan ke 2 tahun pula.  itu hak mereka.

selepas tempoh tersebut, tepuk dada tanya selera.

good luck to mommy to be, mommy and to myself.




kalsium semasa hamil

assalamualaikum

doktor cakap, kalau kurang mengambil kalsium, ibu mengandung akan menghadapi:

1.  kekurangan gizi

2.  kereputan tulang dan gigi

3.  gigi rosak

4.  kaki akan rasa kebas kebas

5.  kaki cramp / kejang / sejuk

6.  tenaga kurang

oleh yg demikian, para para sakura ibu sekalian, marilah kita banyakkan pengambilan kalsium selama kita mengandung ni.

antaranya adalah:

i)  susu

tips:  kalau boleh kurangkan susu berperisa sebab ianya manis.  tak elok pulak untuk kesihatan kalau manis manis ni. 




ii)  pil kalsium yg dibekalkan oleh klinik panel.  keh keh keh.



iii)  minuman atau yogurt asli




iv)  cheese bedebah




v) dadih - sengaja tak letak yg fancy fancy, kang terliur sapa nk tolong mak buyong ni buat dadih??




vi)  ikan bilis

tips:  ikan bilis pun elok diambil untuk naikkan HB pada sesiapa yg kekurangan HB.  aku lerr tu...




vii)  pelbagai jenis susu untuk ibu hamil

tips:  kalau boleh dapatkan sample dulu sebab pelbagai jenama, pelbagai rasa.  ada yg sedap, ada yg macam aiskrim rasanya, ada yg terlalu manis.  jenis yg manis ni, baik kita kurangkan sebab takut berat badan naik mendadak.  ada  sesetengah pendapat kata, takut bayi terlalu besar.  pada ibu ibu yg yg memang pernah melahirkan anak takpe, dah ada laluan.  tp untuk ibu yg pertama kali mengandung, elok kurangkan.  kalau anak besar, susah nk melahirkan secara normal.  ikut suka hati masing masing lah kan.  pilihan di tangan anda.




viii) susu kambing

walaupun ada orang tak boleh telan susu kambing ni, tp percayalah HI GOAT ni susu kambing paling sedap.  takde bau kambing pun. kahkahkah

tips:  beberapa orang kawan dah minum susu kambing ni sepanjang pregnancy mereka, dengar cerita kuning anak pun tak berapa nk tinggi.  contoh ijah kuning range dalam 6, kemudian turun ke 4.  nani pun macam tu jugak.  takde lah sampai kena admit hospital.



 

ix)  soya

ada beberapa pendapat mengenai pengambilan susu soya.  so adalah dinasihatkan supaya membuat research terlebih dahulu. 

saya :  maaf tiada komen.  saya pun tak gemarkan soya.

tips:  nk selamat dan kurang manis, buatlah soya sendiri.  dalam kotak tu semua manis manis.  tak elok untuk kesihatan.  kang kena kencing manis.




x)  tauhu

dalam kumpulan soya jugak kan?



xi)  tempe

pun sama berada dalam kumpulan kacang soya




so, terpulang pada masing masing punya tekak nk ambil kalsium jenis mana.  ambil banyak, banyaklah khasiat kalsium dalam badan untuk kita dan anak.

jangan lupa, semasa breastfeeding pun, kalsium jangan dilupai ya.  juga semasa dalam pantang.

gambar semua dari google.  terima kasih.



Monday, April 16, 2012

nama nama pilihan anak

assalamualaikum

memang betul momma momma cakap, kalau nk cari nama anak, boleh bergaduh laki bini.  hahaha.  mula mula tak percaya, tp skrg baru percaya.  sorang nk itu, sorang nk ini.

dulu kan, masa ktorg berdating, ktorg dah ada nama anak tau.  gila gedik kan, kecik kecik dah menggatal.  harharhar...


girl - nur amalina qistina
boy - muhammad amirul mukminin

tp tu, bertahun punya planning.  by the time ktorg nikah dan nk dapat anak, berderet org guna nama tu.  aku tak suka, kang org kata aku tiru nama anak dia pulak.
lagi lagi qistina tu.  ah tak maulah dalam satu kelas ada ramai qistina kan.  contoh macam nama aku.  kebetulan kt office lama, ada nama aku gak yg start huruf B tu.  cuma last aku Y, last nama member aku tu I.  so nama sama ni buat officemate aku confused.  nk bagi barang / surat kt aku, tp terbagi kt dia pulak.  itu satu hal, lagi haru dalam sebulan dua aku resigned.  tiba tiba dapat call dari ex HR bos aku.  masa tu aku kursus kot.  then aku sms lah dia tanya kenapa.  dia boleh balas ''mana daaa???  akaun dept. takde wakil''.  masa hari dia sms tu, tempat kerja lama aku ada buat program apa tah.  so semua staff wajib datang.  so dah baca sms dari bos aku tu, aku fahamlah yg dia tersalah bagi sms.  nk bg kt kawan aku, tp terbagi kt aku.  horror kan.

ni ada beberapa image captured dari babycenter.com.my.  nama nama Islam antara yg mendapat pilihan parents kt Malaysia ni.



Nama-nama top tahun 2011

Adalah satu dua nama yang menjadi pilihan aku.  see qistina pun ada kan.
Nama-nama favourite boy & girl

yang ni kebanyakkan nama yang aku suka, semua dah dipunyai oleh anak buah aku.  so takkan nk sama dengan anak buah kan.  tak best tak best...
Nama-nama muslim di UK
yang ni pulak, Muslim favourite names kt UK.  okay sekali lagi ada nama yg aku berkenan sangat tu.  hehe.

aku selalu tengok nama-nama Islam ni kt http://name.crazyartzone.com

kitaorang decide, bila dah jumpa nama yg sesuai nanti, tetap rujuk juga pada ustaz.  untuk double confirm nama tu sesuai atau tak.  tak mau refer semata mata dari internet & buku.

memberi nama yg baik dan bermaksud yang indah pada anak adalah hak mereka okay.  so kita sebagai ibu bapa zaman teknologi ni, kenalah aware dengan hal ni.  jangan letak nama yg sedap tanpa mengetahui maksud nama tu.

so kalau uols tau website nama nama Islam ni, boleh share juga ya.

okay nk sambung tarik rambut dengan suami.  nk menang jugak bagi nama tu.  hahahahaha.

Saturday, April 14, 2012

kenduri doa selamat 7 bulan

assalamualaikum

dulu kecik kecik, selalu je pergi kenduri lenggang perut untuk saudara yg mengandung.  masa tu blur, macam mana kaedah lenggang perut tu kan.  eiii mestilah aku bayangkan dia bergelek gelek sambil melenggang perut.  wahahahahaha.

bila dah besar, tanyalah mak camne nk buat benda tu.  mak kata takdelah lenggang lengguk bagai.  cara dia, gunakan 7 helai kain batik lepas tu si ibu kena pakai kain tu, pastu bukak.  tah camne tah roman eh.  kang bidan buatlah baca baca sikit.

bila dah besar, jarang pulak atau tak pernah langsung attend kenduri ni.

bila dah besar ni, bila ada internet, barulah faham kenduri tu camne.

ada kata tak payah buat, sebab no big point buat upacara tu kan.  tp kalau baca blog, sesetengah blogger ada yg buat.  macam best je kan dapat menghadapi kenangan tu.  biarpun once in a lifetime.

so bila nk beranak pinak ni, aku tanyalah suami aku, nk ke buat kenduri lenggang perut???  suami kata untuk apa?  buat je kenduri doa selamat.

jadinya Alhamdulillah, malam tadi selamat berlangsung kenduri doa selamat sempena aku dah 7 bulan mengandung dan hampir beranak.  terima kasih pada ayah mertua & suami.  simple je majlis tu, buat kt masjid Tampin, baca yassin dan sedikit jamuan untuk jemaah yg datang.

aku balik kerja sharp pukul 5.  then suami datang melaka pick up aku terus ke tampin.  masa tu sakit perut.  tak sure sebab apa.  lapar maybe.  hehe.  time solat je, alahai.  aku kn kt rumah dah start solat duduk sebab ari ari sakit bila nk bangun.  tp kt masjid tu, tabahkan hati je solat berdiri.  alhamdulillah, kurang sakit tu.

masa imam bermukadimah sebelum baca yassin, terharu pulak dengar bila dia cakap ''untuk mendoakan menantu kepada ------- [nama ayah mertua] yg mengandung 7 bulan agar selamat melahirkan, dipermudahkan segala urusan dan juga kita mendoakan agar ---------[nama ayah mertua] selamat bermusafir di australia bla bla bla''.  family in law nk fly ke aussy next week.

selesai semua, balik rumah mertua kejap.  makan time!!!!!!!!!!!!!!  ya Allah sedapkan nasi beriyani yg ayah order.  mmg dari caterer terbaik lah.  dari kahwin guna khidmat pakcik tu.  nanti kalau ada majlis akikah, make sure call dia jugak.  haha.

so itulah dia cerita kenduri doa selamat 7 bulan aku.  mana yg belum sempat buat kenduri doa selamat ni [even tak wajib pun], jangan lah risau. boleh je buat kt masjid malam jumaat.  nanti bawak air sekali, boleh buat air yassin kan.  gunakan air tu untuk permudahkan urusan bersalin kita nanti [air selusuh].

::  rasa  macam tak mau bagitau gender kt blog.  keep it secret sampai anak aku lahir.  aci tak?

Thursday, April 12, 2012

mengidam 2 benda

assalamualaikum

cara aku mengidam, so far tak mintak yg pelik pelik. 

dominos pizza classified chicken [memang favvy aku]
roti coklat la boheme jusco
nasi goreng daging masak merah
mee goreng
kuih sagu [yg warna merah, ada bijik bijik tu] - dapat makan masa kt PD hari tu.
custard puff - pun dapat makan masa kt PD.  sedap tak sedap belakang kira, asalkan dapat kunyah makanan tu kan

lagi apa tah aku lupa.  tp alhamdulillah semua dapat.

tapi masa aku baca blog sorang aunty ni, aku terkesima lantas saliva ku terus terliur liur.  aku nak!!!!  dan anak pun menjerit sama ''saya pun nak momma''. haha over nya perasaan itu.

aku mahukan biskut tart gulung yg gebus gebus. 

mana nk cari ni??  sekarang bukan musim raya.  haaaa...nk nangis okay fikirkan benda ni akan aku dapat atau tak...kalau ikutkan rezeki anak, insyaAllah akan dapat sebab semua makanan yg dia [eceh guna nama anak pulak] teringin akan dapat.  tp yg ni aku macam terbau bau je takkan dapat.  sapa yg nk layan permintaan aku ni kan, ada ke org nk buat dalam kuantiti sedikit semata mata untuk aku?  macam tak berbaloi je...

nk aku bakar sendiri?  ya ampun, aku adalah sangat tidak suka makan masakan yg aku masak sendiri okay.  even sedap aku masak [ehem], jgnlah ingat aku macam macam kebulur.  aku makan sebab kadang kadang nk temankan suami aku je.

lagi satu, dari dulu tekak aku teringin nk makan ni.  tp belum sempat nk buat.  insyaAllah permintaan tekak akan ditunaikan oleh suami.  sebab dia kata dia boleh buat.  her her her.
aku teringin makan roti canai ala ala buatan tangan arwah embahlain [nenek belah abah] aku. 

teringat ingat kt tekak ni camne rasanya.  yg penuh dengan kesegaran dan kewangian minyak sapi.  oh..............aku rindukan arwah embah aku......!!!  sob sob sob.

ya Allah, permudahkan segalanya. 

ya suami, tunaikan impian tekakku...

Tuesday, April 10, 2012

pergerakan baby pada minggu ke 28

assalamualaikum,

entry panjang gila.  

umum tau kalau check kt KK memang kena kira pergerakan harian baby semua.  tak taulah kt private kena ke tidak.  okay macam leceh, tp sebenarnya senang nk monitor kalau ada apa apa jadi.  risau lah kan. 

so aku masuk 28 minggu hari khamis hari tu.  start hari tu kena kira dah.  suami aku pun dah remind banyak kali ''baby gerak tak?''...........''gerak je ni''.

walaupun faham, tp agak tak faham camne nk kira.  haha.  kira ikut suka hati aku jelah kan.  =)

nk bawak buku pink tu masuk dalam handbag aku tiap tiap hari, aku macam sayang nanti buku tu kemot kemot.  so aku buat chart sendiri.  macam ni ha.  buat kt excel je.


start dari hari 1st aku mula mengira, okay je.  cukuplah 10 kali pergerakan tu.  kira macam mana, asalkan dia gerak, aku tanda kt bahagian masa.  gitu.

so semalam adalah hari paling mendebarkan bagi aku dan suami.  serius nk nangis [dah nangis dah dalam kereta sebenarnya]

pagi lepas siap preparation meeting, aku dengan officemates aku lepaklah kejap sementara nk tunggu yg lain masuk meeting.  sembang sembang, baby bergerak.  tengok jam, dalam pukul 9.  okay noted dalam kepala dia dah start gerak dengan aktif.  selalu pagi pagi tu slow sket, macam ikut mama je lemau nk pergi kerja.  haha.

lepas selesai prep, mak mak dara ni pergilah cari breakfast.  nasi lemak daun pisang.  aku makan nasi lemak ayam goreng, milo ais kaw.  kaw gila milo tu sebab pekat kot siap ada kerak kerak [eh??] milo kt dasar gelas tu.  memang best lah. 

masuk je kereta, aku dah start weng weng.  mengantuk gila.  kebetulan malam tu memang macam tak cukup tido.

sampai je office, memang tak boleh blah lah mengantuk tu.  dah boss takde, boss kedua pun takde, boss ketiga pun takde, boss keempat pun takde. aku apa lagi, tidur kejap kt cubic aku.  tp macam tak selesa lah sebab terjaga jaga.  eceh nk take 5 pun gatal nk selesa bagai.  haha.

last last kawan aku ajak masuk bilik meeting terus.  haha menarik bukan.  bayangkan dari pukul 11 aku tido dalam tu sampai pukul 2!  sepanjang aku tidur, aku hanya merasakan pergerakan baby pada pukul 11 atau 12 camtu. 
aku memang mengantuk.  pukul 1 aku terjaga, semua budak office takde.  aku siap keluar amik bantal aku, then sambung balik.  ya Allah nasi lemak apa aku makan ni?  dia rebus air ketum sekali ke???  bangun pukul 2 tu pun macam mengantuk lagi.  haih...tak bley jadi ni...tahan tahan...

then sebelum solat zohor aku pergi toilet.  keluar je toilet aku rasa senak, perut mengeras, sakit perut.  then aku fikir, eh budak ni, kenapa tak gerak ye.  ah aku dah cuak dah.  aku pun fikir, bila last time aku rasa dia gerak.  then aku teringatlah yg pukul 11 @ 12 tu.  ya Allah, lepas tu dia tak gerak.  haaaaaa...

dalam surau, aku tunggu jugak dia gerak gerak.  aku usik usik perut.  selalu bagi response.  tp ni tak.  dia diam je.  bila masuk waktu asar, ramailah budak office aku masuk surau. then aku mengadu kt nanie baby tak gerak.  dah nanie buat mata terbeliak macam terkejut sgt kan.  ah risau lagi.  dia kata maybe aku penat.  masalahnya apa yg buat aku penat sebab hari tu memang aku free sikit.  boss meeting kan.  yg aku tau, aku cuma mengantuk gila!!

masuk office, aku sms suami aku.  bgtau baby tak gerak.  dah dia pun cuak, call.   pastu aku lupa dah apa yg dia cakap.  wakakakakakaka.

last minute job datang.  kena draft surat.  padahal hati ni berdebar debar ni.  suami aku pulak sibuk call lagi sekali tanya.  hailah, tak tenang aku.

boss aku takde dalam office masa tu, aku keluar je.  selalu aku jumpa dia dulu tanya ada apa apa lagi tak.  then baru balik.  ni tak sempat nk sms, terus je aku balik.  dalam kereta aku pulak call suami aku.  aku suruh dia balik melaka [hari isnin bukan turn melaka].  malam kang bawak pergi klinik kalau ada apa apa jadi.  risau ni weyyyyyyyyyy!!  baru je end call, dia call pulak.  ''u pergi call klinik mana yg u selalu pergi tu, doktor ada tak time sekarang ni. u pergi dulu, nanti apa apa bagitau i.  scan ke bla bla bla'' - aku lupa.

so aku called lah klinik wahidah yg selalu aku pergi tu.  tp fikir klinik wahidah ni aku kena masuk bandar kalau nk pergi sana.  jammed.  so switch to klinik an-nur.  klinik tu memang jalan aku balik.  call tanya ramai orang tak, nurse tu cakap takde orang pun, plus doktor pun ada.  terus aku shoot ke sana. 

jumpa je doktor aku minta maaf sebab tak bawak buku pink.  doktor ni suka nk tengok buku pink kita sebelum buat apa apa.  aku cakap aku ada hal emergency, baby tak gerak dari pukul 12 td.  so scan.  aku dah cuak dah.  air mata ni tinggal nk mengalir je kalau benda yg aku nk tengok tu tak berdegup - JANTUNG-. 

ALHAMDULILLAH jantung anak berdegup degup.  dah mengalir dah air mata ni, tp mengalir lesu jelah.  mengalir kegembiraan.  haha.  doktor pun kata anak awak ni kurang bergerak.  tp jantung normal.  saya diamkan benda [scanner yg dia pegang tu] ni pun, dia senyap je. 

pung pang pung pang doktor tu tenyeh scanner tu kt perut aku, selesai.  gender pun tau.  haha rahsia.  tu next cerita kalau aku rajin.

doktor kata tengok dulu macam mana malam ni.  kalau tak bergerak jugak, cepat cepat pergi klinik atau hospital pagi esok [harini].  sekali lagi risau, padahal td macam dah gembira lagi lagi lepas tau gender.

keluar je klinik, call suami tak berangkat.  so sms je bgtau jantung normal, tp baby memang tak gerak sgt.  bgtau lah jugak apa yg doktor pesan tu. 

aku ada bagitau pasal apa yg aku makan pagi tu.  doktor kata jangan makan nasi lemak lagi. anak awak tak suka lah tu.  bila fikirkan balik, aku ni jarang gila makan nasi lemak.  memang boleh kira berapa kali je aku makan nasi lemak.  so memanglah lepas ni aku fobia nk makan nasi lemak.

then on the way balik, aku fikir apa eh makanan yg aku suka makan, anak aku pun suka menikmati makanan tu.  haaa!! tingg...tetiba aku teringat.  aku kan sekarang hantu aiskrim.  aku akan makan aiskrim hari hari.  tak cukup beli kt koop, aku beli yg dalam tupperware tu makan dengan roti.  tp aku dah lama tak makan sebab suami aku marah, dia takut aku kena minum air gula sebab hari hari makan aiskrim.  rasanya last makan aiskrim, hari khamis lepas.  aih tak boleh jadi ni.  kena beli ni untuk gembirakan anak aku so that dia akan aktif lepas ni.  aku pun cerita lah kt suami aku nk beli aiskrim, tu je caranya buat anak aku gembira & aktif.

sekali betul kau....!!  masuk je area peti ais econsave tu, untuk pertama kalinya, anak aku bergerak dengan aktif.  hahaha tergelak aku.  sms suami, dia pun gelak.  hai lah macam macam tau anak mama ni.  sampai rumah, apa lagi teruslah aku makan aiskrim tu dengan roti.  wallahhhh...nikmat betul.

so malam td, suami aku pun tak balik sebab aku dah rasa normal balik pergerakan tu.  time nk tido tu lagilah dia aktif.  aku bgtau suami ''siang td dia dah puas tido lama, malam ni berjaga lah dia''.  hehe.

sampai kena bobok kan dia, selawat nk kasi dia tido.  haha last last tak kisahlah nak, gerak lah, mama nk tidoooooooooo.............

dan harini, aktif seperti biasa.  seronok lah aku kan.  tak payah nk risau risau lagi. 

haih, pengalaman tak meraaai pergerakan anak ni kan.....cuak tau....

nak, jangan lah buat camni lagi.  mama pun tak mau makan nasi lemak lagi pasni.  kita makan yg sihat sihat je pasni okay....

so mana yg dah masuk 28 minggu tu, alert lah dengan pergerakan anak.  dalam tempoh dari pukul 9 pagi sampai 9 malam which is 12 jam kan, make sure pergerakan adalah sebanyak 10 kali.  kalau kurang, cepat cepat pergi klinik atau hospital.  tapi, kalau pergerakan anak terlalu kerap contoh start kira dari pukul 9 pagi, then genap 10 kali gerak pada pukul 12 pm, pun sila lah ke klinik.  better than late okay.





Thursday, April 5, 2012

sleepy

assalamualaikum..........


ngantuknya la hai harini. padahal malam tadi dah tidur terlalu awal. sebab sakit belakang, sakit pinggang. ngendeng-ngendeng belakang badan suami macam kucing [biasalah bila selalu berjauhan, manja lain macam sikit plus lagi 2 bulan, anak pulak ngendeng ngendeng dengan kita].

tapi pagi tadi bangun awal.  awal gila lah.  selalu nk dekat pukul 7 baru bangun.  tp harini, pukul 6 dah bangun sebab........................................................................................



jahitkan seluar suami.  adessss...pagi pagi supe'i jadi tukang jahit.  sambil sambil tu boleh pulak aku nyanyi lagu ''apek, jaga depan ada longkang, lompat lompat apek lompat''.  haha.  nyanyi dalam hati, sebab mata mengantuk gila.  suami pun weng weng iron baju.  aku buat lawak pun dia boo layan. 

tu lah, aku yg sakit belakang, dia pun tido sama jugak.  alasan dia baik:

''ni mell lah salah ni.  i gosok gosok badan dia, dia pun lentuk baik dengan i, terus i pun tido''

eh salahkan anak dara aku tu pulak kan.  kucing tu manja salah, tak manja pun salah.  sian mell.

kurus salah, gemuk pun salah

assalamualaikum

aku annoying dengan orang orang yg cakap:

''eh besarnya perut ko''

''eh ko gemuk!''

''wey berat ko sekarang berapa? [sebab nk cover cakap aku gemuk]''....

serius aku annoying.  macam lah kau tak pernah mengandung woi...!!!

tengok kang ko mengandung gemuk camne pulak...!!

ate kalau dah 8-9 bulan, takkan nk kurus, kecik macam 4 bulan???????

rational lah sket.

-----------------------------------------------------------------------

lagi satu:

''laaa mengandung ke?  kenapa kurus sangat mana perut kau?''

''keciknya perut''

kau tau tak dia mengandung berapa minggu??  kau tak tau perkembangan yg pesat adalah ketika 6 bulan ke atas. [atau kalau besar tu, maybe twins atau faktor lain.  kalau normal memang akan fast growth ketika 6 bulan ke atas]

macam macam orang ni.  senang salah, hidup susah pun salah.

kesian kawan kawan aku yg kena camni.  kesian jugak pada diri aku sendiri sebab yg kutuk aku adalah orang yg pernah mengandung.  macam lah tak tau perut besar tu camne.  haish...takpe, takpe, your turn will come soon darling...........

Wednesday, April 4, 2012

milk production

assalamualaikum





jadahnya aku letak gambar susu lembu ni ha....hahaha.  dah kata milk production kan.  takpe takpe.

tapi teringat aku dulu masa aku chat ng cheyah pasal breastpump.  aku cakap aku nk beli avent double pump tu.  dia boleh balas ''mak aih, dah macam susu lembu pulak dua dua nk pam''.  haha. 




sebenarnya saja je nk kepoci kt blog.

alhamdulillah, entering 28 weeks, susu ku sudahpun keluar.  haha.  macam kelakar okay dalam bilik air gelabah sorang sorang.  lepas tu excited kemain dok picit picit [yes aku yakin, blog aku ni takde pun orang laki laki nk baca, kalau baca pun apa salahnya ILMU. bukan MELUCAH.].

keluar je bilik air terus call suami.  nk bagitau.  tp tak berangkat pulak.  rasa macam nk MMS je.  eh teruknya perangai siap nk mms bagai.  wakakaka.  bila dah berangkat, dia pun terkejut sama.  haaa tu lah, org suruh cari information tak mau.  kan dah gelabah.

last last aku sms nana.  since dalam ramai ramai geng SOS, dia je paling matang.  haha kandungan je yg matang.  belum ada masa lagi nk share dengan syima & nadya. 

nana lagilah, susu dah start keluar since 4 month pregnant.  dia kata normal.  aku tanya perlu ke nk pakai breast pad kan.  ceh over. 

cuma belum sempat nk cerita kt mak.  macam segan je.  mesti dalam hati mak terdetik, ''DAH BESAR ANAK AKU''.  wakakakakakakakaka....


okay, semangat nk kumpul duit beli pam best................!!


okay apa yg aku tau.  bila susu dah start keluar tu, rajin rajin kan bersihkan area puting tu untuk elakkan puting tersumbat.  kadang kadang kan ada macam benda putih kt puting tu kan, tu daki.  gunakan kain yg lembut untuk bersihkan kawasan situ.  kalau mandi, elakkan terkena sabun takut nanti kawasan tu kering.  nurse pun pesan, dari sekarang dah kena rajin sental kawasan situ.  gunalah losyen & baby oil.  situ banyak daki terkumpul samada daki kering atau lembap.  nurse pesan macam tu sebab dia kata kt GH melaka, bila anak selesai dibersihkan, nurse terus letak anak kt dada ibu.  so anak akan mencari puting ibunya.  jangan salahkan takdir atau anak, kalau dia tak mau dekat dengan puting kita.  kalau puting berkerak dengan daki macam manalah anak nk melekat kat situ.  anak pun bijak nk cari yg cantik, yg wangi.  hehe.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails