:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, December 29, 2012

Testing kali ke2

Hasil dari tido je siang hari..


posted from Bloggeroid

Test

Test je dulu

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 18, 2012

pengalaman bersalin part 2 - selingan je

assalamualaikum

 tiba tiba tergelak tengok komen dari asmiza mama ammar ni...

pasal terberak masa dalam kawalan bius lepas operate....

sebab aku pun dah lupa benda tu, tu yg aku tak cite. bila baca komen, aku gelak baru teringat yg aku pun mengalami benda yg sama.

lepas dah selesai operate, nanti doktor akan cucuk bahu tau. sebenarnya banyak kali cucuk kt bahu, tangan.  tapi dorang bagitaulah cucuk tu untuk apa.  contoh elakkan tumpah darah.  so yg aku nk cite ni, dia bgtau cucuk lembutkan najis.  aku pun iye kan jelah.

tapi aku senonoh sket lah dari asmiza.  bukan masa  dalam OT.  wakakakakkk..tak senonoh ko asmiza!!

yg aku lak dah masuk dalam labour room balik.  masa tu nurse yg sama jaga aku dia nk bersihkan aku lah.  dia tu kan baik, tukarkan pad aku, tukar cadar.  then masa tu tengah mamai mamai dia datang, bgtau nk tukar pad.  pastu aku cakap

''NURSE DAH TERBERAK.  SORRY YE''....

dia senyum je tau....sampai sekarang ingat ingat lagi senyum dia tu.  sambil cakap

''TAKPE, SAYA BERSIHKAN.  AWAK TIDO JEE''

then aku sambung tido...

hahahhahahahahahahahah

heaven nyeeee oi org cucikan berak kita....!!!

nurse labour room hospital melaka memang best.  betul tak yumie??????????  masuk ward o&g, geram lak nurse dia tak sebaik kt LR.  aku tumpah darah malam tu meleleh leleh nifas aku, dia tak mau pun tolong papah aku masuk toilet.  aku bongkok bongkok lap nifas kt lantai tau tak...biol.

okay...

eh jgnlah marah aku baru update cite bersalin.  kakakakakkakakakakakaka....




Monday, December 17, 2012

umar raihan : pengalaman bersalin

assalamualaikum

lama gila benda ni letak kt draft.  aku publish kan terus lah ye.

okay nk cerita pengalaman bersalin.  anak tengah tido ni, baik aku tulis cepat cepat. 

entry ni panjang sangat sebab aku tak buat part part.  aku tau, kalau aku buat part by part, sure takkan habis punya.... 

kan aku cakap, tetiba masuk 36 minggu, aku dapat darah tinggi kan.  masa tu check up kt KK macam biasa.  mula mula check BP tinggi.  so nurse suruh duduk dulu, g amik urine test pastu datang balik check BP utk kali kedua.  okay tinggi gak.  bacaan tak tau, malas nk cari buku pink.

jumpa doktor.  check BP lagi sekali.  pun tinggi.  so doktor rina kata, dua hari sekali, aku kena check BP kt mana mana klinik.  panel pun boleh.  kalau bacaan tinggi jugak,  next appointment, dia bagi ubat.  kalau still tinggi lepas makan ubat, nak tak nak, aku kena induce sebab takut kena sawan atau pre eclampsia. gituww...aku tanyalah, adakah BP tiba tiba naik sebab aku baru lepas eksiden?

selingan:

30 mei 2012, aku eksiden dengan 6 biji kereta.  aku kereta paling belakang.  nasib baik takde sapa hentam aku, kalau tak mesti dah tak hidup lagi.  lepas eksiden dalam kul 745 pagi, pergi panel kul 9 sebab baby tak gerak.  terkejut agaknya.  alhamdulillah, jantung okay masa tu.  doktor annur buat surat refer to admit hospital sbb nk pantau pergerakan dan jantung baby.  pukul 3 pm baru admit sebab nk uruskan report polis bagai.  sobbbssss....kereta BUJANG aku dah total lost pun.  sedih.....
aku bersyukur sangat Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas.  yelah ko bayangkan eksiden dengan 6 biji kereta kan.  aku malas nk cerita balik hal ni, sebb aku still trauma.
so tinggallah aku dalam ward 1 malam je.  time tu merasa kena buat VE utk pertama kalinya.  
badan okay, cuma lebam lebam sket kt perut.  kesian baby.  masa tu kepala baby kn kt bawah.  lebam tu sebab aku pakai seatbelt.  dan dada pun sakit.  
kesan dari tu, aku sangatlah trauma.  sampai sekarang.  aku tak boleh tengok laki aku bawak kereta dekat dekat.  kalau kereta depan dah bagi lampu brek, cepat je aku suruh dia brek gak.  haha

sambung balik:

esoknya, aku pergi klinik pelajar je check BP. silap sebab pergi petang.  stress banyak kerja.  memang bacaan time tu tinggi.  siap jumpa doktor.  doktor kata awak nk mc tak rehat kt rumah.  aku boleh cakap tak nak sebab kesian kt bos sebab aku dah cuti banyak hari, banyak kerja tak setel.  dan kalau boleh nk setelkan cepat sebelum cuti panjang.  lagipun aku ada plan nk cuti awal mengenangkan dah takde kereta susah nk pergi kerja kan.  

esoknya check lagi sekali.  kalini pergi pagi pagi.  badan tengah fresh time tu.  still tinggi bacaan tapi okaylah.  tak jumpa doktor.

2 kali tu je aku pergi klinik pelajar. 

ada sehari lagi kena check, so hari ahad 10 jun 2012 lepas solat maghrib aku laki bini pergi klinik panel.  gila masa tu bacaan tinggi gila kot.  200 bawah 100.  doktor tengok rekod yg aku pergi klinik panel tu, doktor marah kenapa time tu tak refer hospital.  patutnya hari tu dah kena admit dah sbb bacaan tu terlalu tinggi.  tapi yg malam tu lagi tinggi.  terus dia buat surat masuk ward.  aku dah macam...............alahai....risau kot....

balik rumah jangan cakaplah risau camne.  risau kena paksa beranak.  tp mak kata takde, doktor akan pantau dulu.  okay sejuk sket hati.

pukul 11 malam, terus daftar masuk labour room.  ah benci gila datang sini.  hahaha.  okay confirm kena admit sbb bacaan masa kt hospital tu pun tinggi.

doktor tanya ada sakit kepala, kepala pusing, rasa mual, nk muntah [tanda tanda nk sawan]..semua aku cakap takde takde takde.

sekali lagi buat VE.  kalini sakit sbb doktor india tu sket punya ganas.  doktor perempuan tu.  

dia terangkan, at first dia bagi makan ubat.  kalau dah normal, dia just pantau je.  kalau tinggi, kena induce.  tp induce ni boleh jadi gagal jugak sebab baby belum engage lagi time tu.  kalau failed, kena czer.  aku macam redha je kan sebab hari hari dok fikir takut kena czer, tapi kalau dah tu ketentuan, nk buat camne.

malam tu, nurse amik BP yes lah still tinggi.  bagi ubat pun tak jalan gak.  degil betul nk turun bacaan tu kan.  haha.

aku tak tidur kot sepanjang malam tu.  dengan tak selesa, dengan takde hp kt tangan, dengan fikir mana laki aku ni, dengan fikir esok apa akan jadi pada aku.  

esok paginya, doktor jumpa aku, dia cakap ''kita akan induce awak lah since awak punya darah tinggi sangat ni.  kita takut awak kena sawan dan itu akan membahayakan ibu.  kalau lambat, takut jantung baby pun stop''.........OKAY AKU REDHA...!

suami aku pun sampai dalam kul 8 am camtu.  ada doktor lain briefing suami aku pasal induce ni dan mintak persetujuan.  aku pun kena sain borang tu.

pukul 10 am tak silap aku, nurse sumbat bontot dengan ubat paksa berak.  gila best lah ubat tu.  masuk je terus nk terberak aku.  nasib aku pandai nk control kemut bontot.  

lepas tu masuk dalam labour room.  kes aku ni macam teruk sangat je tau.  dapat bilik pun, dekat dekat dengan kaunter sebb nurse cakap kalau apa apa jadi kt aku senang nurse nk tengok.  eloooo aku sihat je kot....

pukul 12 pm, ubat induce pertama dimasukkan ke dalam vagina aku.  doktor cina yg buat.  SAKIT NK MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM OKAY!!!!  eiiiiiiii...dorang ni tak reti nk berhemah kot....rasa mcm nk sepak sepak jeee...dah lah doktor cina.  kalau islam melayu okaylah sebab baca bismillah kan...

lepas je ubat tu masuk, okaylah datang contraction sikit sikit.  tapi boleh tahan sebab macam senggugut.  aku kan dah biasa senggugut ni.

ubat kedua masuk pukul berapa tah.  sakit dari yg first.  tp masuk ikut drip.

doktor masuk tengok BP aku makin naik.  hahaha.  maunya tak stress.  cucuk drip berkali kali tak jumpa urat.  sakit kot.  cakap sorry je boleh.  gila punya doktor.  tu je punca BP aku tinggi.  stress dengan doktor yg tak reti nk buat pelan pelan.

tengah tahan sakit, tiba tiba rasa sesuatu mengalir dari celah kangkang.  eh aku terkencing ke.  tapi kenapa lain macam sangat.  so aku assumed tu air ketuban.  

ada nurse lalu, aku panggil cakap ''nurse ada air........''.......pastu terus dia jerit, patient dah keluar air ketuban.  cisss malu aku.  pastu dan dan pulak nampak muka suami aku.  eh cepatnya boleh masuk teman.

so dimudahkanlah urusan aku.  suami dah boleh masuk teman.  walhal masa tu tak tau bukaan dah berapa.  masa tu boleh tahan lagi.  boleh gelak gelak.  boleh check hp sebb time tu kan hp suami aku pegang dari malam tadi.  

bila doktor nk buat VE, suami kena keluar.  seingat aku masa tu pukul 4 petang, bukaan dah 3 cm.

pukul berapa tah, doktor kata nk masukkan ubat induce ketiga.  sekali dengan drip ubat darah tinggi.  masa tu dah kena pakai tiub kencing.  heaven kencing dengan sesuka hati.  hahaha.

ubat darah tinggi tu bikin aku lagi berdarah tinggi.  bila masuk ubat tu, badan aku panas gila.  mana nk menahan sakit contraction, nk tahan panas lagi...aaaaaaaaaaaaaahhh stresss aku


lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...haaaa mendapatlah sakit azab gilaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku tak sanggup nk genggam tangan suami sebab aku tau, nanti dia sakit atau tangan dia boleh patah aku kerjakan.  haha.  handle katil tu jelah mangsa aku.  masa tu mulut tak henti henti berzikir, baca surah yg aku ingat, baca doa itu ini.  bacaan dah tunggang langgang pun aku baca jugak.  masa ni tak tahan sangat.  siap mengadu dengan suami, ''by sakit sangat.................''.  tp boleh tahan dari menjerit lah.  seingat aku lah, aku tak keluarkan suara pun.  alih alih...hish hish hish.  ala bunyi tahan sakit tu....

pukul 10 malam.........!!  Ve again.  aku harapkan bukaan dah makin luas sebab aku sakit yg tak tertanggung....sekali.................3 cm!!!!!!!!!!!!!  what dari 4 petang tadi 3 cm tak gerak gerak.  pastu doktor cakap, pintu rahim pun belum lembut lagi.  baby pun jauh lagi.  contraction 2/10.  what????????????  sakit mcm nk mati ni 2/10???????????????????  ya Allah...tuhan je tau perasaan kecewa aku cmne...macam ada bau bau czer jeee.....

doktor chika..haha doktor ni aku ingat sampai bila bila sebab dia yg handle aku dari petang sampai ke penghabisan.  dia yg sambut anak aku pun.

doktor chika cakap, kita bagi awak 4 jam lagi.  kalau takde bukaan, kami terpaksa czer awak lah.  aku dah....down gila kot time tu.....
masa tu aku berdoa diberikan keajaiban dalam masa 4 jam, bukaan dah fully dilate.  walaupun harapan aku tipis sebenarnya nk beranak normal.

pukul 11 malam macam tu, doktor chika masuk lagi.  dia kata dia dah call boss dia [doktor pakar o&g hospital melaka].  doktor kata kes aku ni tak boleh tunggu lama.  kena emergency czer.  allahuakhbar.  nk menangis aku dengar okay.  aku pandang suami aku mintak semangat.  dia angguk tanda setuju.  aku cakap ''i nk bersalin normal sayang...please jangan setuju.  kita tunggu je bukaan tu fully dilate''.  tapi suami aku tak setuju dengan pendapat aku.  dia cakap dia tak sanggup nk tengok aku sakit macam tu.  paling aku sedih, dia pergi kt sinki, dia menangis kt situ.  terus aku pun menangis, aku genggam tangan dia, aku minta maaf.  berdualah kami suami isteri menangis sama sama.  

doktor lain masuk, buang segala macam ubat kt drip aku.  masa tu, contraction pun makin lama makin kurang, hilang terus.

kami suami isteri kena sain borang persetujuaan czer.  menangis aku kena sain borang tu.  sebab aku sedih tak mampu lahirkan anak suami aku dengan normal.  sedih tau tak.  kalau boleh, nk lahirkan zuriat dengan normal.  sedih sangat.  rasa down gila.

sempat lah minta maaf sekali lagi dengan suami ''i minta maaf yang, tak boleh lahirkan anak kita dengan normal''.  suami aku cakap balik ''takpelah, asalkan semuanya selamat.  u dengan anak selamat i dah bersyukur''....oh emo lagi....

tak silap aku, pukul 12 malam, aku dah disorong kt OT.  takut gila okay...menggigil takut.  tak pernah rasa gigil camtu sekali.  tengok muka risau suami, lagilah aku risau.  lagi lagi doktor kata kemungkinan yg bermacam macam ketika operation.  dengan keadaan aku high BP ni.  

dah sampai lobby OT tu, nampak ayah mertua.  lepas tu nampak mak aku, mak mertua.  terus menangis.  sebelum tu rasa sedih jugak sebab tak sempat jumpa mak.  bila nampak mak, terus aku panggil mak, mak aku pun meluru ke arah aku.  mak aku dah menangis siap siap, aku lagilah sedih kan.  terus salam, minta maaf kt mak.  mak aku pun cakap dah maafkan aku.  sedih okay time tu.  
lepas tu salam mak mertua pulak.  dia pun cakap dah maafkan aku.
dengan ayah mertua pun sama.  dengan suami je tak buat camtu, sebab masa tu macam rushing gila.  lagipun fikir takpe, sebelum tu dah minta maaf kan.  lagipun, dengan keadaan macam tu, aku rasa mesti aku lagi teruk menangis kalau minta maaf dengan suami.  nk pandang muka dia pun aku sedih.

masuk dalam OT kena interview, briefing lagi.  kena sain borang lagi.  lepas tu baru pindah ke katil operation tu.  ya Allah........takutnya.

doktor suruh bangun sebab nk bius.  dia suruh aku peluk bantal.  oh seram okay.  aku ingat sakit gila.  yelah cucuk tulang belakang kan.  rupanya tak sakit pun.  haha.  lepas tu doktor suruh aku angkat kaki banyak kali.   sampailah aku tak boleh angkat lagi kaki.  doktor cakap, aku akan rasa segala perbuatan doktor tu cuma tak sakit.  uuu seram...!!
MA bagi aku oksigen, tp aku tak selesa.  aku suruh dia tanggalkan oksigen punya benda tu.  lepas tu nk muntah pulak.  aku cakap aku nk muntah.  pastu dia masukkan batang penyedut air liur.  baru rasa lega.  MA tu ada cakap, kalau puan nk tido, boleh je.  masa tu nk tido pun tak selesa, tp rasanya hampir hampir tertido gak.

tetiba je dengar suara baby.  aku dah senyum senyum dalam mamai.

masa baby keluar, MA tu kejutkan aku yg lalok tu.  ''puan dengar tak suara baby?''.....''aaa dengar dengar''....masa tu tak henti henti aku ucap alhamdulillah....allahuakhbar.  menangis aku dengar suara nyaring anak aku.  masa tu dengarlah MA lain cakap berat anak berapa, pukul berapa lahir.

lepas tu, aku tertidurrrrrrrrrrrrrrrr....

sedar sedar, dia kejutkan aku tunjuk anak.  subhanallah....indahnya ciptaan Allah...putih bersih anak aku time tu.  comel je tidur.  dia tanya anak apa, aku jawab ''mestilah boy.  saya dah tau''.  pastu baru MA tu tunjukkan bebird anak.  haha comel okay.

pastu tertidur lagi.......................

sedar sedar dorang kejut nk tukar katil.  disorong ke area depan kaunter nk check BP, bius.  disuruh angkat kaki banyak kali.  masa tu bius dah tinggal sket.  boleh gerak kaki sket sket.

sebelum keluar OT, kena dok kt bilik panas kejap.  menggigil okay kt bilik tu.  macam nak mati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  nk tido tak boleh, nk mengiring tak boleh.  dok lah aku kejung kt situ...

at last, keluar jugak aku dari OT.  on the way nk ke labour room balik, aku dah nampak muka suami aku.  senyum jelah kami berdua.  alhamdulillah....dipermudahkan segalanya.

malam tu kt labour room, nurse yg jaga aku malam tu cakap baby kt nursery.  dah menyusu.  oh aku fahamlah dia dah di bagi formula milk kan.  masa tu, aku redha je.  takdelah nk marah ke apa sebab aku tau aku tak mampu nk menyusukan dia lagi.  nurse cakap pandai dia menyusu.  hehe senyum jelah aku kan.  malam tu pukul berapa tah, nurse bawakkan baby pada aku.  dia tunjuk semua semua aku pun tak lah sedar sangat pun.  sebab penat gila kot.  dari hari ahad aku tak tidur kan.....

esoknya, sekali lagi baby dibawak ke aku.  masa tu dah boleh bangun.  suami aku pun ada sekali. kiranya itu adalah moment pertama kali kami berkumpul sebagai satu keluarga.  aku pun mula menyusukan dia.  alhamdulillah, pandai menyusu anak aku ni.

malam tu tidur labour room lagi.  anak kt nursery lagi.  sedih kan jauh dari anak...

esoknya hari rabu baru masuk ward biasa.  anak pun dah diserahkan kt aku.  malam tu bermalam dengan anak sorang sorang.  mencabar okay.

esoknya khamis dah discharged.  tak sanggup nk tinggal sorang sorang kt ward dengan anak. hahahaha.

alhamdulillah...selesai sudah tanggungjawab melahirkan seorang lagi khalifah Allah.  sekarang tanggungjawab mendidiknya pula...

alhamdulillah..walaupun pelbagai dugaan sepanjang melahirkan umar raihan, Allah mudahkan segalanya.

dah bye.  habis hutang entry beranak..

 




Tuesday, December 11, 2012

umar raihan : his first solid food

assalamualaikum

umar raihan dah start makan umur dia 5m +.  gedik kan...

ah tak kisah...nk gak gelarkan exclusive breasfeeeding.  dulik apa aku.

 dulu masa cari info pasal solid food, dalam otak selalu cakap, nk mulakan dengan kurma, makanan sunnah nabi.  sebab fikir, nk anak aku sukakan kurma. jangan jadi macam mak dia, tak berapa gemor.

jadinya, yg masa dia berumur 5m+, aku start kan dengan kurma + ebm. 

oh yea, ebm tu aku marmet kt situ gak...dont try this at home okay.  hahahahahha...adik aku siap boleh cakap, eh camtu je boleh kuar.  kalau rasa tak cukup jus, selak baju marmet. eiiii apa punya perangai...

umar suka je.  actually, sebelum buat puree kurma aku dah kasi dia nyonyot kurma tu [beberapa hari sebelum].  nampak mcm dia suka, baru aku buat puree. 

well, ikut 4 days rules gak even kurma.  baikkan aku....eceh.

senang je puree kurma ni. 

1.  belah dua keluarkan biji. 
2.  rendam dalam air panas.
3.  buangkan kulit keras.
4.  lenyek dan tambahkan dengan ebm / fm
5.  sedia untuk dihidang

bertuah punya budak, makan baring.  kalau arwah onyang embahtok ada, mesti dia cakap ''makan baring, nanti tetek besoooorr''...hahaha...



tengok muka tu, muka suka makan kan..harapnya nk lah dia makan macam macam nanti.  janganlah jadi picky eater. 

lepas habis kurma, aku sambung dengan puree carrot lak.  mula makan hari rabu.  ikutkan sabtu habiskan tempoh 4 days rules kan. tp sabtu kt tampin, tak makan.  hari ahad malam baru makan.  masa tu dia tengah demam.  ingatkan takde selera, aku panaskanlah sikit.  rupanya nk makan. tp aku malas nk panaskan lagi.  hari isnin kelmarin, makan dua kali.  lunch & dinner.  tp agaknya dah bosan, tak habis pun.  dia luahkan balik.  haha...

so harini umar raihan akan makan puree epal pulak.  semalam aku rasa macam pelik je rasanya.  tp kita tengok reaksi umar raihan makan epal lak ye.  nanti aku tangkap gambo dia. 

dan nanti aku share kan pulak gadget gadget aku yang canggih.  mula mula nk share, tp takut org kata aku riak.  yelah gadget mahal.  nanti aku share ye...hehehehhehehehehehehehehheehhe....

Friday, December 7, 2012

umar raihan : day 4 at school



assalamualaikum

hari hari aku tanya pasal umar raihan kt ticer...

umar raihan okay ke kak?  menangis tak?

''dia menangis bila nk susu, tido jelah.  lain okay.  kalau mainkan dia kt bawah dia suka''

alhamdulillah.....

harapnya serasi sampai bila bila...

umar raihan sesekali tido dalam cot.  sebab ticer kata dia suka berenjut.  amboi..mama tak ajar umar buai okay.  maybe sebab tido kt rocker kot.  tp kalau tido dalam cot lama sket.

mana mana lah nak.....

janji ng mama, jadi good boy.  ingat pesan mama, jangan susahkan orang lain.  jangan buat orang lain bencikan kita...jangan nangis nangis tau....

mama sayang umar raihan.  seronok bila anak dekat ng kita ni...

Wednesday, December 5, 2012

terlebih rajin update bloglist.

assalamualaikum

hari tu veelara tanya bila nk letak gambar umar raihan kt tepi. fine dah letak dah pun. wekkk... pastu rajin nk update blog list.

tajuk dah tukar jadi gojess momma.  eh yg belum jadi momma pun jangan risau, anda pun gojes okay.  hehe...

then kalini macam nk tukar sesuatu.  hari tu letak nama tuan blog je kan.

tapi kalini, letak nama shortform / panggilan pastu letak nama anak. sebab rasanya, anak anak blogger ni femes kot.  so senang ingat.

contoh:

ciknaa...terus ingat razin. 

gitu...

plus ramai ramai dalam list ni adalah kawan kawan dari group GBSB, lagilah kenal anak dari mak kan.  hehe.




tengok, siap letak besan.  kasi warning kt org lain, jangan dipinang pinang menantu ku itu....

hehe...

eh korang, kalau nk kita letak blog korang kt list tu, komen ek...kadang kadang terlepas pandang.  beselah...faktor usia maybe.


umar raihan : keperluan masuk nursery

assalamualaikum

seminggu dua ni, excuse lah entry pasal nursery je.  hehe.

nk cerita keperluan umar raihan nk masuk nursery pulak.  mana tau, untuk gojes gojes momma kt sana kalau nk masukkan anak kt school.

ini berdasarkan pengalaman aku jelah kan.  kalau ada nk tambah, silakan komen...

1.  baju bajan

  • aku bekalkan 4 pasang je untuk sehari.  at first ingat mandi 2 kali kan.  tu yg 2 pasang untuk siang, 2 pasang untuk petang.  tapi sejak dah tau mandi 3 kali, untuk belah pagi-tengahari aku bekalkan extra 1 pasang lagi.  so 5 pasang semuanya.  extra kot kot dia muntah ke, terkencing, terberak bocor ke...
  • stokin - kt nursery kn sejuk.  so better pakaikan anak stokin.  
  • napkin - lap lap apa yg patut.  mengencess kee apa kan.  umur camni, air liur selalu keluar kan.
  • towel - hari hari bertukar yg lain.  sebab ticer dia lepas mandi petang lembab lembab tu terus masuk plastik.  so sampai rumah dah berbau.  so not nice.  terus tukar towel baru.
  • face towel - masukkan sekali dalam beg tu.  
dan kesemua baju bajan akan dipulangkan petang tu.  takde tinggal tinggal.

aku labelkan nama umar raihan kt semua baju.  guna marker pen.  =)


2.  feeding bottle
  •  aku siap labelkan nombor giliran.   sebab selalunya aku pump pagi, yang tu aku letak turn untuk pagi.  minum yg fresh.  yg nombor 2 - 3, chilled pump semalam.  atenye, fresh dari ladang kan.  takde yg frozen punya lagi dah.  ada pun buat stok kecemasan je.  
  • mula mula aku labelkan nama umar raihan sekali.  tp since ticer kata, botol ni memang umar raihan je guna, so tak payahlah aku mencacatkan botol tu.  aku guna autumz je uols.  takde avent, tt bagai.  haha.
  • teats pun, kalau boleh bawak spare.  letak dalam plastik seal tulis nama anak.
botol botol pun, akan dipulangkan petang tu.  bagus lah sebab aku boleh basuh, steril botol botol tu semua.


3.  tilam
  • tak beli baru pun, guna je tilam yg masa dalam pantang.  tilam tu memang tebal.  tp bukan kekabu pun.  
  • bantal tidur, bolster pun aku bagi sekali.  
  • selimut jugak.
  • dan aku tulis nama umar raihan kt situ.  hehe saje je kan....
ticer bagitau, hari jumaat sarung semua akan dipulangkan pada mama.  then mama kena basuh.
pastu dorang akan sembur dengan fabreeze.   tapi sembur tu lupa, dorang sembur hari hari atau hujung minggu je.  padahal semalam dia dah bagitau dah.

4.  toiletries
  • sabun - umar tak guna sabun untuk badan sebab mandi air semata mata.  so guna sabun untuk cebok kencing, yak yak je.  since ktorg pakaikan pureen youghurt, maka masuk school pun, guna tu gak.  pastu ktorg beli yg kecik je.  dasar kedekut punya mak bapak.  dah pesan dah ng ticer jangan guna sabun kt badan.  tak surelah ticer ingat ke tak. 
  • bedak tepung ubi - very natural kan my son.  guna tepung ubi je uols untuk rahsia kulit gebuss muluss tulusss....since guna tepung ubi, rashers pun kurang.  tp tepung ubi ni tak selalu guna pun. guna time panas, badan peluh peluh tu je. 
  • lotion -  umar guna sebamed je.
  • nappy rash cream - umar guna sebamed gak.  
  • changing mat - ticer kata tak payah, dorang ada.  tp tau lah mak umar raihan ni camne kan.  maka kami sediakan jugak untuk keselesaan umar raihan.
  • nail clippers - senang nk potong kuku umar time siang.  sampai rumah dah maghrib tak elok potong kuku malam malam. 
bila balik, semua ada dalam beg baju umar raihan. makanya memang semua bawak balik tak tinggal lah kan.

5.  diapers
  • ktorg bekalkan 8 keping.  jadilah.  sebenarnya guna dalam 4 pcs je.  tp the rest, untuk kecemasan.  ticer suruh je bagi satu plastik.  tapi..again takkan nk cakap ulang kali yg kami mak bapak yg kedekut???  wkakakkaakka...rasanya 8 pcs tu dah banyak.  takkan umar raihan pinjam kt org lain punya diapers...hehe.

rasanya tu je kot....share lah kalau ada info lebih.  



Tuesday, December 4, 2012

umar raihan : first day at school

assalamualaikum

td lunch hour g melawat anak....

sampai je dia kt bilik belakang.  pakai baju lain.  pagi td masa tengok pukul 10 am, dia pakai rompers, ni pakai baju lubang lubang. tanya ticer, ''dia muntah ke ticer?''...ticer jawab ''dia mandi td''...aku pun owh....pastu blur..eh mandi lagi...tanya lagi

''eh tadi dah mandi kul 10 kan''

''kt sini mandi 3 kali.  pagi, tengahari, petang''

laaaa yeke....waaa mangi lah anak mama pasni...haha.

risau ingatkan umar muntah ke apa kan. dia kan suka muak muak...

masa tengok dia tu, dia tengah main ng awek najihah.  hahahah.  main tarik tarik kaki.  sian umar, jarang nk jumpa kawan.  so harapnya bila masuk sekolah ni, adalah dia teman main kan...

pastu ticer jawab, umar dah minum susu dah.  tp balance lagi 1 oz.  aishh suka tau tinggalkan susu byk tu.  susah tau mama nk dapatkan 1 oz tu.  alahai anak..andailah kamu faham.....

then biasalah dia,  nampak muka aku teruslah merengek rengek kan...amik jap, terus susukan dia.  pastu pindah bilik depan, susukan lagi sampai umar tertido.  pastu alihkan ke tilam, tengok dia tido jap, terus aku pun cahllooooo...

best gak ek anak dekat dekat ni.  agak agak rindu je, start enjin kete...g sana.  hahaha...over....

seperti biasa, moment susukan anak sampai dia tertido itu adalah moment yg terindah........


puas hati tengok dia camni...

umar raihan : masuk school

assalamualaikum

anak bujangku muhammad umar raihan dah masuk school hari ni.  sobssss...eh pahal sedih tetiba ntah.  haha.  tp memang pun.  angkat masuk kereta, time tu dia sedar.  dah siap gelak gelak dengan nenek, ayah, mak ngah.  then on the way still lagi boleh babbling sorang sorang.  almost to utem, dia dah sleepy.  sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan tepuk dia.  sampai dia tertido.  tetiba macam sedih gila masa dia tido tu. tak tau kenapa.

sampai taska, aku keluarkan semua barang barang dia eg tilam, bantal, baju bajan bla bla bla.  then baru angkat dia yg tengah tido tu.  duduk sekejap sembang sembang dengan ticer.  masa aku sampai, dalam bilik baby tu ada 2 org baby girl.  najihah & sara namanya.  umur pun lebih kurang umar.  sebab masing masing tengah meniarap, tak reti nk kedepan, dah angkat bontot bagai.  haha umar sorang je boyfriends, lain semua aweksss....
#habislah saffiyah aisya...kui kui kui....

niat di hati nk tunggu lama sket.  nk bf kan dia.  sebab last dia menyusu pukul 6.30 am.  sian lak dia minum chilled kan tak minum fresh.  lagipun aku tak pump pagi td. mengantuk punya pasal.  pastu dia bangun elok senyum senyum.  ewahhh ingat kt umah kita kew nak?  bila dia nampak aweks, lgilah nk tunjuk hero kan, terus meniarap angkat badan.  ewahhhhh.....pastu terus stuck kt situ je.  sebab dia tak boleh kedepan lagi. 

aku angkat, nk peluk peluk budak masam.  sampaikan nasihat jgn nakal nakal, jangan susahkan orang lain, jangan nangis2.  pastu bf kan dia.  masa tu sorang ticer tengah dodoikan sara sambil berselawat.  terus umar raihan kepoci nk tengok.  sudahnya menyusu pun main main.  teruslah aku say goodbye kt anak.  dengan hati yg sayu dan berat.  haha. 

sampai office, jumpa bos bagitau kenapa lambat.  baik kan.  then bagitau dia, anak masuk nursery, kemungkinan pukul 10 akan ke sana lagi nk tengok anak.  bos angguk je.  memang best bos ever lah...

sebenarnya, berat hati nk hantar umar raihan ke taska.  tah lah mungkin sebab aku dah berada di zon selesa adik aku jaga dia, so aku malas nk cari pengasuh bla bla bla.  berapa kali tah kena bebel ng suami sebab aku lambat call lah, lambat bayar lah.  tp sebenarnya memang plan nk anta bulan disember ni. 

since utem ada nursery, kami pun fikir baik hantar situ je.  stok susu aku pun ada ada je.  better lunch hour aku datang direct feed kan dia terus.  then kalau bekalan susu dah habis, aku boleh je ke sana hantar ebm belah pagi kan. 

ada satu hari tu, ada briefing nursery ni.  aku pun join.  mula mula impressed pasal budak 2-3 tahun dah pandai mengeja.  pastu isu bf lak, pengetua kata pengasuh memang pandai handle.  so tak payah risau lah kan. 
(nk citer pasal briefing tu byk dah lupa. so tak payah lah cite)

then semalam pergi bayar duit pendaftaran & insurans.  pastu sembang lah sikit dengan ticer ira.  tanya itu ini. 

yg best pasal nursery ni, strict gak.  boleh masuk dengan mak yg fussy mcm aku ni.  haha.

1.  no buaian.  - aku memang tak masuk kan anak dalam buai. so selamat. 

2.  no paci - puting kosong memang ada, tp anak aku tak mao. so selamat gak.  kalau baby dah biasa pun, cikgu cikgu akan train sampai baby tu tak mau paci lagi. 

3.  no walker - not allowed kt taska je.  cikgu pun terangkan keburukan walker, so dengar jelah.  aku pun tak decide lagi nk guna walker ke tak.

4.  no nestum - senang cite, no instant food.  baby makan bubur yg di masak atau bekalan dari rumah.  termasuk nugget.  takde dalam senarai makanan. 

5. no bouncer - so baby memang tido bawah.  selamat sebab umar raihan memang tido bawah no hal, rocker pun no hal.  tp pandai pandailah cikgu train umar raihan supaya tido bawah lama sket kan. 

paling penting, nursery ni berdaftar dengan JKM.  dan JKM akan buat pantauan selalu.  that y dorang tak pakai buai, bouncer tu semua.  takut kena tarik lesen ke apa kan.

then tadi pukul 10 aku datang jenguk anak.  time tu umar raihan tengah tido.  pastu ticer tanya, dia memang tak mau minum botol ke.  sikit je minum.  bayangkan kalau dengar 2 oz tu sikit kan, haaa tu lah takat dia minum tau.  tp kalau dia tak mo, 1 oz je pun paling banyak. tp aku suruh je cikgu simpan susu tu. tunggu dia bangun.  dan pesan, panaskan 3 oz terus.  sebab selalu kalau dia bangun tido, dia akan minum banyak.  tu adik aku bgitau td. 

ni aku attach kan sekali dengan flyers tentang nursery utem. 

monthly aku bayar rm280.  sebab baby kan.  dah besar sket kan, jadi rm250.  aku rasa berbaloi je harga tu.  memang standard kot mana mana nursery kt melaka ni.





untuk tadika pulak, kalau korang nampak mahal, mahal tang buku.  kalau buku english, dorang guna smart reader.  sains, little scienties, bahasa melayu, bacalah adikku ke apa tah.  tp memang impressed budak 2 tahun dah mengenal abjad, budak 3 tahun dah pandai mengeja.  aku dulu tadika kot baru kenal tu semua.  hahaha...

okay lah, doa doa kan lah anak aku selamat dijaga oleh cikgu cikgu kt sana.  janganlah ada benda buruk terjadi kt umar raihan.....

Thursday, November 29, 2012

salina sulaiman's nikah reception

assalamualaikum

first of all, salina, kalau kau baca ni...terima kasih lagi sekali sebab jemput aku yg hina ni dtg majlis ko....hahaha

kt ncol aku sorang je yg menetap kt melaka, so salina ajaklah aku kan.  plus reception dia buat kt KL so aku pun free kan lah diri datang.  org dah jemput kan.  tu pun si hawau ni tak sms pun alamat umah.  then aku pun membingit lah kan, hantar sms kat dia.  ''wey pompuan, nk alamat''.  hahaha...well, org melaka kan.  mulut je mcm puaka, tp hati baik.  sapa tak tahan, jangan kawan ng aku...haha.

salina ni kan, ktorg kenal dah lama.  setahun kot.

dia bukan schoolmate, officemate aku ke apa.  blog pun, salina kata blog dia private.  so bukan kenal melalui blog.  tp dulu ktorg aktif dalam group BBF.  group yg dah lama terkubur.  RIP BBF.  haha.  lepas tu, ke ncol pulak.  sampai sekarang lah aman damai kt ncol tu.

well, ktorg tak pernah jumpa.  samalah macam yg lain lain.  besan ku syima, nana, nadya, semua semua tu, kenal dah lama tapi jumpa hareemmmm....so first time nk jumpa si salina agak nervous.  stragers kot.  hahahah...

aku bawak officemate aku sekali, nani.  salina ada pesan suruh bawak kawan kawan office.  tp nani je free.  lain tak free.  nasib baik nani tau kt mana rumah salina.

sampai je rumah salina ''wey nani, segan kot...kita mana kenal dia...''

kebetulan pengantin ada kt luar khemah tengah tunggu tetamu.  sampai je depan salina ''haaa sampai pun kau!!''..eh salina kenal aku lewww....snifff kembang idong.

pastu dari i & u [trademark kalau kt group], terus tukar jadi aku kau.  haha melaka sangat kan....then kami terus mesra macam kawan kawan sekolah.  best lah...

makan makan makan. pastu panas ni, ajak nani dok depan pelamin borak borak. pastu salina sampai, ktorg dok lah gebang.  well gebang pun pasal wedding, bla bla bla.  tak macam baru kenal pun.

yg aku tak tahan ni, nk ngumpat pasal org lain pun guna shortform nama dlm ncol.  contoh PSL si puan sri lienda tu lah...ktorg tetap guna nama PSL.  haha.  wey, PSL, tak ngumpat pun.  tersebut je.  dont worry.  hati banyak baik maaa....kahkahkakahkahka.

lama kot kt rumah salina ni.  yelah dari start lunch hour hari jumaat, 12+ sampai ke pukul 2+.  then kami pun minta diri.  cium cium muah muah si salina.  wish her best of luck in marriage.  then suruh sampaikan salam pada ncol yg datang esoknya kt dewan perdana felda.  ada ke tidak dia sampaikan salam sayang peluk cium aku tu???  @syima mesti tak jumpa, si menantu dah tido.  @nadya, @ryen, @PSL??  hahahahaha..

gambar ni je yg ambil. 

salina DIY.  masuk ncol mesti rajin DIY kan.  kan kan kan....

salina kata, kalau nk cari kain bulu bulu kt pelamin tu, g cari kt kamdar.  well, standart lah kain kamdar dengan harganya kan.  kalau nk elok...mmm cari sendiri..haha.

tak tahan, laki salina tanya boleh ke duduk kt pelamin ni. aku jawab ''of kos lah, u groom of the day kot.  then please sit''.  dia tak berani lettew nk duduk...


saja lettew nk buat effect leher jinjang.  dah aku terus nampak gemuk...benci kau salina!!


the bride and the groom.  her husband is quite peramah gak.  dia menyampuk gak ktorg bersembang pasal apa...

they will fly to Melbourne for their honeymoon trip.  jangan lupain daku nyah....

okay lah noks....tu je nk cerita pasal salina ni...

baju dia cantik, make up pun cantik.  tp still down to earth cakap ''wedding aku tak glamer kebabom pun etty.  biasa biasa je wey''...
tapi bg aku salina cantik sangat hari tu.  well dia kan kurus meninggi, of kos lah cantik. baju simple plain chiffon, then patch dengan 3d flower.  make up tak tau dari mana, tanya sendiri.  tapi memang gojes lah....

tengok gambar kt dewan perdana felda pun dia cun.  pakai champagne color.  suits her well. 

okay salina gomes, kang balik melaka jangan lupa rojer aku.  kita kuar gede gede okay.  hahaha.

selamat menempuh alam rumahtangga yg serba mencabar................................tp manis dan seronok!!
selamat berhoneymoon. 
selamat tambah umat manusia. 
selamat semuanya....

Allah bless both of u....

lepas ni wedding izyan pulak.  kt banquet hall shah alam...tengah pujuk suami....it could be our reunion kot eh ncolians????

Wednesday, November 21, 2012

umar raihan : tanda lahir

assalamualaikum

sebenarnya nk tunjuk tanda kt ponggong anak.  tp apa ke hei nk tunjuk pungkok anak kan...

umar raihan ada 2 tanda kt ponggong.  warna hijau hijau.  mak aku cakap normal baby camtu.  tanda lahir yg sementara.  nanti dah besar, hilanglah tanda tu. mak aku bilang lagi, mujur tanda kt badan cucu dia ni appear kt pungkok, kalau kt muka atau tempat yg nampak lagi lah............mmm tak best lah kan.  takut pulak kalau tanda tu permanent.  alhamdulillah syukur pada Allah.  menciptakan manusia sesempurna mungkin.

anak korang ada penanda aras?  hehe..tanda lahir lah!!  kalau ada share lah kt blog engkorang!

Tuesday, November 20, 2012

umar raihan : cranky at 5mo

assalamualaikum

sekarang ni macam tengah susah hati sikit........eh banyak!

umar raihan asyik nk cranky je.  dunno why.  kalau aku ada, nk bergayut every hour.  kalau malam, akan bangun untuk feeding setiap setengah jam.  sebab selalu aku bangun, aku akan tengok jam. so aku dapat agak lah dia kerap bangun.  dia bangun for feeding, tapi bila dah sua nenen, menjerit jerit.  tak tau apsal.  tp lepas tu elok lah menyusu.  dah dua tiga hari, sebelum pukul 2.00 am, dia akan bangun setiap setengah jam.  tp lepas je pukul 2.00 am tu, elok pulak bangun 2 jam sekali.

aku siap suruh laki aku bawak umar g jumpa ustaz.  nk suruh dia tengok tengok kan anak aku.  yelah, melalak pagi pagi buta mau tak risau kan.

umar raihan kn behave boy, cool boy.   so kalau dia cranky memang kami suami isteri risau.  sebab dia bukan budak yg selalu nangis tak tentu hala. tapi kalau dah bagi susu pun menangis, mak nya pun nangis sekali.  -________________________-

sekali terbaca pasal growth spurt.  mmm....org tua tua kata, beralih bulan. tp tak sure lah tu ke yg terjadi kt umar.

yg pasal dia kerap feeding tu, maybe sebab dia dah 5 bulan.  dia dah ready nk makan, perut pun dah bnyk space.  so tu yg dah start lapar kot.  takpe etty, tabahkan hati.  mulakan seawal 6 bulan okay, bukan 5 bulan...sabar sabar.  tu semua natural.  lumrah alam....

hari isnin semalam, adik aku sms.   dia tanya umar sekarang memang kerap menangis ke?  aku jawab ye dan entah untuk jawapan kenapa kerap menangis. 
adik aku cakap, dukung salah, letak bawah salah.  dia pun tak tau nk buat apa.

balik rumah, umar raihan yang jemput aku depan pintu.  masa tu adik aku tengah dukung dia.  aku sebut je nama dia, gelak gelak dia. hilang penat....lepas tu aku bawak masuk bilik.  aku nk rehat at the same time, nk susukan dia.  then adik aku masuk, dia tanya ''dia nangis tak???''..aku jawab of kos lah tak.  terus adik aku bagitau ''aaa elok pulak.  mentang mentang mama ada.  kalau tak...eiiiiii'' sambil sambil dia geletek usik usik umar raihan. 

so kesimpulannya, dia nk attention mak bapak dia je.  bila dengan aku sepanjang malam tadi, elok je. alhamdulillah jugak, tak bangun setiap setengah jam.

plus ayah dia takde.  haaa kalau cranky malam tadi, meraung omak ehhh...

then tadi, adik aku call.  jawab call, dengar pulak anak aku meraung raung. haish, sayu kot hati.  adik aku cakap, umar raihan nangis dari td.  so apa yg aku boleh buat.  aku kerja kot.  takkan nk balik kan.  aku suruh je adik aku layankan umar dengan babytv dia tu.  lepas tu adik aku cakap dah okay dah.  tido dalam bilik. 

see maybe dia rindukan mama ng ayah dia.  dalam bilik baru diam. sebab kalau weekend, kami anak beranak memang habiskan masa bertiga kt dalam bilik je.  keluar kalau nk pergi toilet je.  lain semua dalam bilik.  tinggal tak makan jelah kan.  =)

ni kalau mak aku dengar anak aku menangis, mau digesa aku belikan buaian.  kasi anak tido dalam tu.  padahal buaian adalah BIG NO pada aku suami isteri.  tp dalam big no tu, td baru aku proposed ng laki aku belikan buaian.  tp nasiblah laki aku kental. dia cakap, jangan lah sebab nanti kt nursery pun takde buaian.  

ingatkan nk belikan dia walker lah.  boleh dia jalan jalan kan.  mesti dia boring takde main apa kan.  kalau ada walker kan macam syok je berjalan.

padahal walker ramai kata tak elok.

aishh..aku ni tak maulah jadi mama yg fussy sangat kan.  itu tak boleh, ini tak boleh.

takpelah, aku propose je kt ayah umar raihan pasal walker tu.  kalau on, kami belikan jelah.  untuk kesenangan adik aku gak. walaupun bulan depan, umar raihan dah masuk school.

asal masuk rocker, main main tarik toys tu macam nk putus. pastu ek ek ek.  boring lettew. 



rocker dah jadi tempat tido je.  sekarang dia dah syok berguling guling. pantang baring, cepat je berguling, angkat bontot.  kedepan tidak, kebelakang je.  kalau berdiri, asyik nk melompat lompat je.  wan dia cakap, kang makin kurus asyik melompat sakan.  tu yg aku jarang nk dirikan dia.  takut makin mengurus anak aku ni...


umar raihan : mama jawa's style.

assalamualaikum

mak aku cukup tak berkenan aku buat camni.  pastu sibuk lah kutuk anak aku anak jawa.  hahaha.  eh memang jawa kan nak kan???  ikut mama lah kan.  kalau ikut ayah, anak cino celup.




dulu masa kecik kecik, aku selalu buat camtu kalau main masak masak.  alah main tu kan mesti ada watak dan perwatakan.  aku selalu amik watak mak mak yg berpewatakan ala ala ibu mithali.  anak aku mestilah bear coklat aku yg dah sama usia ng aku tu.  eh siyes, bear tu sama umur.  ada lagi sampai sekarang.  pastu mesti nk buat kendongan untuk bear aku tu.  oh org jawa memang camtu.  panggil wrap huh wrap konon, hahah dipanggil kendongan.

bahan bahan:  hahah

kain batik lepas

cara cara:  hahahaha

ikat mati kt belakang.
bila nk pakai, selempang
adjustkan keadaan anak.
bagi dia selesa.

so far, jawa style ni memang aku dah try merata.  dlm kereta, dlm rumah.  keluar g kedai pun kedai biasa jelah.  belum lagi ke mall.  sebab takde masa lagi ke mall.

relax je kan pakai camni.  stylo apa.  org pandang lagi bangga.  apa yg mak aku kata malu tah.  sapa lagi nk teruskan warisan camni kalau bukan anak jawa yg hampir jadi kacang lupakan kulit ni kan...

anak aku selesa je dalam tu.  kalau tidur, memang lama.  well memang tak boleh lah nk manjakan anak camtu.  kang tak mo turun asyik nk bergendong je.  tp fikir balik, dia ada masa dengan kita bila kita cuti je kan.  sabtu ahad.  hari bekerja, jumpa paling pun pukul 7.  pukul 10 dah masuk tido.  aishhh...kekurangan kasih sayang kot.  so kalau sesekali manjakan dia camni, tak salah kot.  kalau aku lah, aku suka je anak aku mengempeng camni.  bonding tu penting dalam tumbesaran anak.  aku tak mau dia manja dengan org lain.  manjalah dengan aku kan.  aku mama dia.  so aku memang tak kisah kena angkat dia camni, tido kan dia.

sakit belakang memang takde.
memang selesa.

so aku jgn lah berangan nk beli wrap, sling bagai.  ko org jawa, pakai jelah kain batik tu aaa... =)

selamat duittt....mahal kot benda benda tu semua.  

nasib suami aku tak kesah aku pakai camni.

so sesiapa yg jawa jawa tu, jangan ngade ngade nk beli wrap, sling ek. guna je ni.  haha siap paksa.

#syima #cheyan...dan jawa jawa sekalian.

kukukukukukukukukukukukukukuku...

Friday, November 16, 2012

breastfeeding journey : mode cuak ON

assalamualaikum

segan nk bagitau.  hehe...

stok tinggal 6 paket je harini.  so kalau harini anak aku minum, mesti storage tu tinggal 4 je. hewwww...pengeluhan yg panjang.

akibat takde stock in.  hari hari supply yg fresh, sampai tak sedar ehh...dah habis susu.

alkisahnya, masa pantang dulu pun not bad aku punya stock.  ada lah jugak 125++++ oz.  siap mcm tak muat freezer atas tu.  lepas tu kan, anak aku mcm kurang menyusu.  masa tu stok ada lagi masuk.  aku pulak jenis tak bagi 100% ebm.  aku bg yg fresh @ chilled.  so kalau kt office boleh dapat 10 - 15 oz, 5++ oz guna untuk esok, 5 oz lagi simpan buat stok.  tp awal awal dulu, mcm kurang rajin nk pump, bangun malam pun malas, so takat yg dapat tu kurang lah sket amaun dia.  tp still lagi mencukupi.  lepas tu, ingatkan stok tak jalan sebab bg yg fresh kan.  terus lah tak ingat nk masukkan stok.  alih alih tak perasan tinggal lah yg seciput tu.  alahai...menangis dalam hati...

dalam hati, kuat cakap....janganlah habis stok terus.  tak mau tengok anak minum fm.  bukan fikir negatif ke apa pasal fm tu, tp aku tak sanggup nk tengok anak aku minum susu lain selain susu aku. 

tp kenapa malas sangat nk pump malam malam???????????

untung aku ada suami yg support 100% penyusuan umar raihan.

hari hari dok tarbiyah kt aku... ''pump yang...u nk tengok anak minum fm ke??''  sambil buat muka annoying.  dan dan tu jugak aku bangun g amik pump. tp ko tau lah bila anak asyik bergayut, kemudian, tiba tiba tetek kena pump pukul 2 pagi..takke terkejut tetek tu.  dapat lah 1 oz +.  simpan jugak.  pastu sambung tido.  hahahah...

tp bila suami diam seribu bahasa tak ingatkan bini dia ni, bini dia pun lalalalallalalalalalallalala...

alahai...

gigih bangun kul 6 pagi.  [selalu bangun tido kul 645 am daaaaa]...umar raihan isap sebelah, aku pump sebelah.  pun dapat sikit.  yelah, belum dapat tune. 

masalahnya, camne nk dapatkan tune kan sedangkan aku pump pun bape kali je.  harini buat, esok tak.  gituwww....

so sekarang, gigih pump.  sehari kt office, boleh lah buat 3 kali. tu pun kalau kena masanya.  cukup 2 atau 3 jam.  tp kalau pagi tu dah lewat pump, dua kali jelah.  sebab kalau boleh, 2 jam sebelum balik aku pump so that sampai rumah tu, takdelah breast kosong.   kang anak aku mengamuk.

note:  breast kosong ketika baby menyusu adalah punca nursing strike. baby boleh merajuk kalau breast kerap kosong dan dia tak kenyang semasa menyusu.  so seeloknya, pump 2 jam sebelum tiba waktu rumah.  macam aku, tiba  kt rumah dalam pukul 6 pm, pukul 4 tu dah setel pump.  gitu.

so sekarang, aku kena ON waktu pump aku.  walaupun waktu cuti.  aku kena rajin.  kalau tak rajin, rasanya journey aku nk seboleh bolehnya 2 tahun menyusukan anak aku tak kesampaian. 

kena rajin bangun malam, pagi pagi.
kena rajin buat tandem.

okay, rajin sekarang.  bye.

note:  seeloknya jangan bagi 100% ebm kt anak.  selang selikan dengan fresh @ chilled ebm.  contoh kalau dia minum 4 kali [contoh]:
pagi 1:  fresh
pagi 2:  ebm
tenghari: fresh
petang: ebm

biar anak dapat rasa 100% khasiat susu kita walaupun ketika kita berkerja. 


Wednesday, November 14, 2012

assalamualaikum



period after 5m delivered.  clap clap clap.

actually, masa dalam nifas, ada darah fresh keluar.  so tak tau tu still nifas ke period.  so abaikan.

lepas tu, masa hari raya kt kampung, ada brown spot.  aku ingat period.  tp sehari je.  lepas tu terus aku mandi wajib.  then sampailah ke umar raihan 5 bulan ni, aku clean and clear.  hehe.  tp still hati hati lah.

umar raihan turns 5mo 12hb itu hari. so aku period 11hb.  just nice.

sakit perut???

aku memang senggugut teruk teruk dulu.  siap kena makan pain killer.  nasib baik rezeki murah boleh mengandung. takut gak effect makan pail killer tak boleh mengandung kan.

so masa contraction datang dulu, kan mild contraction je, nurse tanya okay tak?  aku jawab okay je nurse.  saya dah biasa senggugut.  kahkahkah..belagak kan.  dapat betul betul punya senggugut..amik kau!!

so masa hari ahad hari tu, sakit kottt...tp boleh tahan.  aku doa doa jangan sakit teruk teruk sampai aku kena makan pain killer.  aku takut effect production susu.

haaa tu dia.  sekarang apa apa kena fikirkan susu tau.  demam pun takut nk makan ubat, rela berdemam, berselsema takutkan ubat tu meracuni susu. ewah.

tp alhamdulillah, senggugut tak berapa nk sakit.  boleh tahan lah.  ke sebab tiap kali sakit, aku pandang muka anak kot, tu yg less pain.

production susu, aku rasa maintain kot.  tiap kali pump dapat takat tu, so period pun dapat tu gak.  lagipun kebetulan kena time aku on leave, mmg aku tak pump kan...

alhamdulillah..umar raihan dah 5 bulan.  sekarang tengah fasa melasak.  dah kena ikat dalam stroller.  kalau tak setengah bdan dah keluar.  risau je jatuh.  dalam kereta pun jangan harap nk dok diam.  ada jelah benda dia nk buat. 

mmmm...aku tengah study pasal solid food pulak sekarang. 

demi anak, aku rajinkan jugaklah masak kan.  hewwwwwwwwwwwwwwwwww....

Friday, November 9, 2012

umar raihan :: toys rembatan jcard day. upah behave.

assalamualaikum

sebenarnya td karang entry berkenaan NIP tu.  tp nanti nantilah post.  tunggu keadaan redaaa...hehe...

eh semalam kt jusco bandaraya [melaka ada 2 jusco, ayer keroh & bandaraya]..ada jcard day tau.  hewwwwhewwww.....

mula mula plan nk pergi masa waktu bekerja.  hahaha tp tak jadi.  sebab lagi syok pergi dengan suami.  suami ada card credit.   hahahahahah mama boleh pow pow pow....

since suami pun ada kursus kt melaka, haa molek benor lah tu.  call call call, suami pun setuju nk pergi.  tu pun dia malas  nk layan bini dia ni.  tp penat pujuk. at last dia pun nak dengan syarat anak tinggal umah.  aduhsss syahdunya aku nk shopping tp anak tinggal.  sedih tau tak...mcm...alahai sian anak aku...demi memuaskan NAPSSSUUUU..anak kena tinggal.  hahahahahhahaha...tp mati mati laki aku bilang, tempat crowded banyak kuman.  hahah.  okaylah demi keselamatan, kesihatan anak, aku redha jelah anak tinggal kat umah.  aku pun dah siap siap bgtau babysitter dia aku balik lambat. [adik aku je BS tu]. 

aku keluar office sharp pukul 5.  sampai rumah pukul 5.20 pm.  gila kan aku speed sampai 20 minit je tiba kt rumah???????????  hahah jcard punya pasal....
fetch suami aku.  aku pun dah siap siap solat kt office. 

sampai sana, biasalah sesak kan. parking jauh kottt...senak perut jalan.

masuk je jusco, langkah kanan.  tengah happy hour comforter set.  aku dapat set king rm99 je uolsss.......mana nk dapat kan.  king lagi.  aku memang pakai saiz king pun untuk bedsheet sebab tak tartarik getah dia tu.  rejeki rejeki...

pergi tempat baby, malangnya tak lah murah sangat baju baju baby ni.  biasa biasa je. 

paling aku aim, tempat mainan.  sebab aku aim satu mainan tu. 

sejarahnya mainan tu.

masa kt jj bandaraya, nampak mainan tu.  mcm best je untuk umar raihan yg sedang meniarap ni kan.  tp takde harga.  aku suruh laki aku tengok, dia tak jumpa.  okay mama frust...!!

pergi pulak ke jj ayer keroh.  yeay..terjumpa...rm49.90.  okaylah kan.  apa saja yg berkaitan dengan baby mana ada murah.... -.-
aku dah amik dah mainan tu.  belek belek punya belek, banyak betul defect.  cermin kotor lah.  tengok stok lain...takde!!! tinggal tu je.  terus lah ktorg tak jadi amik.  sedih mama time tu...yelah mcm mainan idaman kan...

so pergi semalam, adalah mencari gila gila punya carian.  sekali jumpa uolssssss.....siap ada diskaun 20%.  tag biru kan...ada 4 pcs.  kami mencari yg less defect.  jumpa.  aaahh girang betul hatiku....jumpa dah mainan idaman anak.  eh mama.  hehe.

dah bayar, laki aku tengok resit dia kata eh tadi kata 20%.  tp kenapa tolak 30% ni.  hahaha rejekiii....biasalah jusco tengah kalut kalut tu, tersalah tekan diskaun pulak.  hehe.

sampai rumah alahaii sian anak aku kena tinggal. dia siap merajuk ng aku tau.  aku sapa dia, dia tak senyum pun..sentap hati mak....aku dukung dia, susukan dia nasib baik dia nak.  haha takut gak tiba tiba strike sebab merajuk.  menyusu terus terlelap.  pastu bila dah terjaga, aku pun basuh mainan tu.  kasi lap lap sampai kering.  masa tu dia meniarap dah atas tikar.  bila tengok je aku pegang tu, badan dia kemain lonjak lonjak tak sabar nk main.  bising mulut dia tau.  mak aku pun ckap, cepatlah...anak tak sabar dah tu.  hahaha...

letak je depan dia, yaAllah kemain eksaited anak aku...dicapai benda tu, belek belek, cium cium jilat jilat.  hahaha seronok tengok dia camtu tau...

dah lah tu je nk cerita.  cerita mama yg kepuasan dapat belikan mainan idaman. 

eh uols, tp ni bukan fisher price.  kt melaka FP takde choice sangat.   ni brand apa tah....


ni gambar mainan dia....

Thursday, November 8, 2012

umar raihan : anak vs ayah

assalamualaikum

best ek ayah dia buli dia.  tp budak cool ni relax je...sebut ooooo aaaaaaa aaaaa je...hahaha.  tu yg lagi galak ayah dia usik.









 
suami aku pakai baju nikah hari tu... auwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww....hahaha motip...?

Wednesday, November 7, 2012

umar raihan : mama tak reti nk letak tajuk apa

assalamualaikum

muhammad umar raihan.......dah tak boleh letak dalam rocker dia ni dah...dulu asal bangun je letak dalam tu.  tu yg lambat sket progress nk meniarap.  skrg tak boleh dah.  letak just to sleep je.  nk main main, kena bentang toto, biar dia baring atas toto, nk telentang ke meniarap ke, sukati awak lah nak...

sebabnya mak aku cakap, dia dah mengiring ngiring nk keluar dari rocker tu.

adik aku pulak cakap, dia dah siap meniarap dalam tu.  acane tu????

so petang semalam, aku dapat saksikan sendiri peel anak aku....




tengok tangan tu.  like a boss kan....


mcm best je tengok dia baring gaya camtu  kan...mata tak berkelip pandang mama dia pegang hp...



haaaa...nk buat apa tu??????????????


dan.........................


tengok, still lagi nk pandang camera.  he loves camera much huh??


hahaha ada potensi jadi superphotogedik  mcm mama kan.... =))))


dan tara!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!   terus jadi superman taro.....eh tu otromen kan  kahkhakahkahkah....

dah kemudian, dia dah selesai meniarap dalam tu.  tp kejap je. nangis sebab posisi tak berapa nk betul.  hahaha adoilah....

sekarang mama pening nk beli apa pulak.  tak boleh dok dalam rocker lagi dah.  lagipun badan dia dah memanjang.  tak sesuai nk dok dalam ni...pastu dia melonjak lonjak badan dalam tu lagi seriau tengok tau...

tp since dah beli tikar evamatik hari tu, umar byk habiskan masa baring je atas tikar atau toto.  golek lah dia sampai penat. cuma kena pantau jgn sampai dia ke tempat makanan kucing. kang dia ngap pulak makanan kakak & abang abangnya tu.  hahahahhaha...

baru tau...anak dah makin membesar...sobsssss...sedih apa hal kan....

oh umar raihan anak mama yg makin bijak ni, mama rindu.....


umar raihan : umar's fav show

assalamualaikum

makin dah besar ni, akal makin meninggi. makin bijak. ada je peel baru dia tau. geram jeee...geram bukan sebab benci, geram sebab comel sangat. kahkahkahkah...matilah puji anak sendiri...yelah, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.  heww....*tiup kuku....

selalunya, at least once a day lah, malam lah selalunya tengah free tu kan.  kalau aku rajin nk bukak laptop, aku bukaklah alif baa taa dia tu.  ni lyana mk yg rekomen.  so tu lah first video umar raihan.  hari hari dok ulang jadi dia pun seronok.  kalau datang peel mengada time menyusu tu, ku serukan je alif baa taa tu, terus senyap sambung menyusu dengan aman.  haha.

ni haaa alif baa taa.  cari kt youtube.  yg sofia ng rayyan tu. 

laki aku dok meroyan ng alif baa taa ni yg time dia menjerit tu. 

alif baa taa saaa!!!!!!!!!!!!!!!  pastu umar raihan pun gelak kekek kekek bila ayah dia buat peel camtu.  hahaha.  gi lah tengok video tu kalau nk faham knp laki aku meroyan.  =)))


dah boring layan alif baa taa siap hafal.  haah over siap dah boleh hafal si umar raihan ni.  mama dia bukak pulak upin ipin.  yg ni aku dah lama download.  zaman thaqif umur setahun.  best kan aku simpan 4 tahun yg lepas.  nasib lah tak terbuang ke apa.

umar raihan mmg layan upin ipin ni.  kalau kt tv pun, dia tengok je.  senyap lah masa setengah jam tu tengok tv.


ni gambar semalam 6/11/2012 pukul 6.30 pm.  kan time tu upin ipin setengah jam kn kt tv9.  so aku duduk kan dia dalam rocker.  see...like a boss tau...dia hadap sorang sorang.  mama kacau pun tak layan...


selalunya kalau hala je hp then flashed, mesti dia pandang camera sengih sengih ke, buat muka ke. tp this time takde.  dia sedap je tengok tv....hai lah anak...

ramai kata tak elok anak bawah 2 tahun menonton tv.  bagi aku bagi anak aku tengok tv pun bukan selalu.  plus bukan dia minat pun tengok drama ke berita.  dia minat tengok kartun je. rasanya insya|Allah takde lah perkara negatif mempengaruhi dia kan.  insyaAllah kami bagi didikan yg sempurna untuk anak kami...
cuma satu je, kalau tengok cerita hantu, aku memang tak ajak dia sekali lah...siap tukar channel lagi tau...tak mau anak terlalu tkut dengan hatnu mcm omak dio.  hahahaha


Tuesday, October 30, 2012

umar raihan : at 4 month

assalamualaikum

berat:  5.8 kg
tinggi:  61 cm

naik berapa gram je dari last month.  betul betul border line.  nurse tak byk bunyi since fully bf kan.  sebab dia tanya gak minum susu apa.  bila cakap susu badan, diam je.  tp tinggi tu cun lah putih lagi.  berat je border line. haha.  takpelah nak, asalkan sihat kan.  Allah tau yg terbaik.  agaknya kalau dia michelin sangat, mak nya tak larat nk angkat.  ate mak nye kn czer, perut pun still sakit lagi.  so tu yg dibagi anak yg sihat, cuma takde michelin kan.  hehe.  plus dia dah makin melasak, tu yg tak naik banyak.

dah makin bijak day by day.  seronok melayan dia sekarang.  bercakap tak henti henti kalau mood nya baik.  gelak terkekek kekek.  ahhh dia dah makin besar sekarang.  rindunya time dia baby dulu.  

bonding dengan ayah dia pun okay.  dulu kan tak ngam betul dngan ayah dia.  asal pegang je nangis.  sampailah ayah dia sentap mentap dengan anak sendiri.  hahahah.  lepas tu aku bgtau suami, bonding time adalah semasa diapers changing.  so pastu, dia rajin amik alih tukar diapers.  betul laaa...lepas tu boleh ngam.  agaknya dia tau, ayah dia akan buat dengan kasih sayang. maunya tak, tukar pampers je setengah jam kot.  mak nye 5 minit siap.  hahahahhahah.

ooohh umar raihan dah melompat lompat ye sekarang.  i wonder bila usia yg ideal nk melompat ni.  sebab anak buah sorang tu, umur 6 bulan baru melompat.  haha.  penat kot nk dukung sambil dia melompat lompat.  ni yg mak dia nk belikan FP jumperoo tu.  kakakakkakakakaka...

belum lagi meniarap.  tang tu lambat sket.  tp kalau tummy time, kepala dah molek tegak.  siap dah boleh berpusing.  cuma nk meniarap tu, bontot a bit berat.  kadang kadang geram je nk tolak tolak bontot.  tp mak aka nenek tak kasi.  dia cakap, kalau kita tolong dia, kang dah besar, asyik nk mintak tolong yg bukan bukan je.  senang kata, dah besar kang pemalas!  so better lah dia usaha sendiri.
mula mula mcm fikir eh kenapa anak aku belum meniarap ni.  tp last last biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku masih mau dia jadi baby.  tak puas lagi nk layan dia as a baby.  kang dah meniarap, merangkak, pastu berjalan. aaaaa jgnlah besar cepat sangat nak...nanti mama rindu awak baby...

tapiiiiiiii....cuti raya haji hari tu, kejadian kt tampin umah atuk dia.  dia dah pusingkan badan dia sendiri.  since that, dah banyak kali berjaya.  tp time tu kan, bukan tummy time which is takdelah letak bantal kt dada kan.  so dia cepat penat.  pastu menangis.  kalau tummy time, aku letak bantal kt dada.  tak lah sakit kan.
masa dia berjaya tu, semua ada kt hall.  kecuali paksu dia.  semua bersorak gembira...hahahahahahha...pastu dia pelik kenapa semua orang bersorak kt dia.  terkebil kebil mata dia.

even lambat meniarap, tp once dah tummy time atau masa dia dah boleh pusing tu, bontot dah angkat.  amboi, cepat betul nk merangkak.  please nak....jgnlah nk dewasa cepat sgt....nanti mama rindu.  hahaha emosi.

 still lagi morning person.  time ktorg nk pergi kerja, time tu lah bangun.  sian dia....tp time ktorg cuti, elok je tido sekali.  ahhh manja tau anak mama ni...

masih belum lagi berbuai.  bagus.  tp mak aku dah bising bising.  tp aku tahankan lagi.  dia tido dalam rocker skrg.  kalau aku cuti, tido atas toto jelah kan.  memanglah tak nyenyak.  bangun kejap, main main, tido lagi.  dah ada akal, nk main jelah kan.  tp aku cakap gak ng suami aku, sampai masanya dia tak muat tido dalam rocker tu, belikanlah buaian.  KALAU AKU NK BELI.  hahahahha...

pastu mak aku bising gak suh belikan puting.  helooo nk buat apa benda benda tu semua kan...aiyooo...susah okay nk terangkan.  mak aku selalu compare kan dengan anak anak dulu.  puting aku lah.  aku kan dulu elok hisap puting sampai tadika.  mmg lah tak jongang gigi aku.  so mak aku cakap lah alah elok je gigi ko tak jongang.  motip lah mak aku ni....

erm apa lagi ye.  ooo bukan nk cakap riak ke apa.  umar raihan still behave.  takde nk menangis tak tentu pasal.  nangis bila nk susu je.  then adik aku aka babysitter umar raihan cakap, dia akan menangis hari isnin.  sebab dia ingat aku around kot.  tp hari khamis jumaat dia sangat behaveeeee....bijak kan.  hahahahhah...
so kalau pergi rumah org, senang aku nk makan.  ramai boleh pegang dia.  sebb dia tak menangis.  tp sekrang baru 4m kan.  belum lagi kenal org sepenuhnya.  tunggu nanti. hahahahah..

oh umar raihan sangat peramah gak.  at least smpai umur sekarang lah.  org agah je mesti senyum.  walaupun senyum senyap.  hahahahha...

okaylah.  mama doakan anak mama ni sihat sejahtera membesar dengan sihat walafiat ye.  mama akan doakan yg terbaik.  mama love u umar raihan....

Saturday, October 27, 2012

umar raihan : breastfeeding journey

assalamualaikum

aku suka:

1.  menetekkan umar raihan bila dia tengah lapar.  melihat dia kekenyangan, aku rasa gembira.
2.  aku suka NIP [nursing in public].  aku bangga.  paling best, kalau aku pakai baju button depan atau baju kurung nursing tu, aku boleh nursing sambil berjalan catwalk.  siyes aku suka.  eh org bukan perasan pun.  hahaha.  tp dengan syarat anak aku tido lah time tu.  sebab peel dia kan keluar masuk keluar masuk kesayangan dia tu, kalau dia buat peel camtu time aku tengah catwalk, mendapatlah anak aku tu kan.  kahkhakhah...
3.  saat bertentang mata dengan anak semasa sedang menyusu.  seolah olah dia berkata padaku, terima kasih mama.
4.  tengah menyusukan anak, suami aku ada kat sebelah.  well, suami aku adalah pendokong utama aku dalam journey ni.  betapa aku menghargai segala peranan dia sebagai suami padaku dan ayah umar raihan.  walaupun di saat keluarga kondem aku pasal menyusu ni, dia lah yg bagi semangat balik pada aku.  dia selalu cakap, sabar......kalau umar raihan buat peel konon mcm tak cukup susu, dia yg akan tenangkan anak sambil berkata ''minum nak, susu mama banyak lagi tu''...oh menangis aku....
bila anak buat peel melampau, aku akan merajuk dengan anak.  siyes.  dah banyak kali pun.  sebab kadang kadang aku rasa penat gila.  aku nk rehat, tp anak pulak buat peel.  suami pandai main peranan.  dia akan amik anak aku, pujuk.  then bual bual dengan anak sambil cakap kt anak ''minta maaf kat mama, mama tengah penat tu.  cakap umar raihan minta maaf mama''...mestilah lepas aku pandang muka anak, aku akan menangis.  haha mama cembeng!!
5.  aku suka bila pump dapat banyak.  haha sapa tak tak suka kan...
6.  aku suka bila tetek rasa bengkak.  kahkahkhakah...apa punya ayat tah.
7.  aku suka bila sekarang dah pandai buat marmet.  oh marmet menggiankan okay.  aku reti marmet belah kanan.  kan dulu aku cakap puting aku melecet teruk.  since that, aku marmet je.  nikmatnya dengar setiap pancutan ke dalam botol tu.  seriusssssssssssssssss...marilah sama sama belajar marmet.  even lepas puting aku sihat walafiat, guna pump tak syok dah.  marmet tetap di hatiku.  eceh macam uitm dihatiku je..kahkahkah
8.  aku suka bila anak aku bangun tido malam, aku susukan dia, then dia tido balik dengan nyenyak.  senang je, selak je baju.  then aku pun tido balik.  my bad kan.  patutnya tengok anak tu menyusu sampai habis, then burp kan dia.  hahahahah...
9.  jumpa mak mak yg bf contoh mcm kawan ke, cousin ke, bercerita pasal ni.  breastfeeding leee oi...
10.  balik rumah, basuh botol, sterelize botol.  biar penat, tp hati puas uruskan anak...

aku tak suka:

1.  org kondem susu aku tak sedap.  sentap kot.
2.  org cakap anak minum susu aku, tp anak tak bam bam.  hellooo tengok badan mama dia kot.  hahahahha...gasak lah, anak aku.
3.  monthly check up kt KK nurse cakap, berat anak tak cun.  so what????????????????????????
4.  group obses susu.  obses kt diri sendiri sudahlah, jgn nk saiko org lain pulak.  patutnya kita bersimpati, jgnlah kondem dia pulak nk bagi fm.  apa daaa...aku akui, aku pun obses.  tp aku obses pada diri sendiri je. ada je kawan aku yg tak berjaya dalam misi penyusuan susu badan, tp aku bersimpati.  takdelah aku suruh paksa dia pam pam pam sampai melecet puting, tp hasil ilek...pam tak pam, tu hak dia.  cukuplah kita hanya menjadi pendengar setia dia je.  kan.  korang aku tak taulah obses ke tak.  hahah
5.  bila tengok peti ais, stok makin kurang.  sobsssssssssssssssssssssssssss

aku paling takut:

1.  ditakdirkan aku jadi EP mom...oh man...aku tak sanggup ya Tuhan...kawan aku baru baru ni, nursing strike.  anak dah setahun tak mau susu badan.  meraung raung, meronta ronta.  kesiannya dia.  aku tau dia sedih dari raut muka dia, mata dia.  yelah, mcm aku cakap yg NOMBOR 1 ATAS SEKALI TU...so kalau EP mom, apa nikmatnya kan.  so lepas ni, aku kena bijak kawal diri dah emosi.  aku tak mau marah marah umar raihan kalau dia buat peel.  aku kena sabar.  paling aku kena kawal, bila dia dah ada gigi nanti.  risaunya aku...kot kot terpukul ke apa kan....aku masih mahu bertentang mata dengan umar raihan ketika dia menyusu, masih mahu berbual bual tanpa aku faham bahasa anak aku tu....

2.  tiba masanya kena bagi anak FM [formula milk].  sekali lagi cakap, aku obses susu sendiri.  susu badan orang lain, aku tak kacau.  walaupun ketika tu anak dah wean off, insyaAllah 2 tahun.  tp aku sendiri takut nk bg fm.  apatah lagi usia sebelum tu.  alahai....aku selalu berdoa, dimurahkan rezeki anakku.  Allah limpahkan rezeki susu badan untuk anakku umar raihan.  tp baru baru ni, aku positfi jugak.  dulu, thaqif pun minum fm.  tp kak ijan berjaya je susukan dia sampai 2 tahun.  samalah macam nysa.  pastu fikir, start 6 bulan kn boleh makan, so apa beza makan dengan bg fm.  sama je, makanan selain susu ibu.  so aku positif kan je tiba detik tu, aku kena tabah dan sabar.  jgn emosi sangat etty.  takkan nk biar anak menangis kelaparan kan....

3.  wean off.  ya Allah, aku ingin menyusukan anak aku sehingga 2 tahun seperti yg telah engkau syariatkan.  permudahkan perjalanan ku.  murahkanlah rezeki anakku....tp bila tiba detik dan waktu tu, aku kena harungi jugak kan.  dah jangan fikir lagi.  masih jauh perjalanan.

4.  takut aku jadi riak bila susu banyak.  yelah, bila susu banyak hasil pam mesti nk share ng kawan kawan kan.  tp aku takut tindakan aku tu, jadi riak dan takbur.  ada hikmah juga hasil aku tak mcm org org yg post gambar tu kot.  untuk elakkan aku jadi manusia yg riak dunia.  rezeki masing masing.

5. sekali lagi, aku takut stok aku hilang terus dari peti ais tu.  aku sekarang pump untuk esok.  kalau rezeki murah hari tu, aku boleh buat stok.  kalau tak berapa nk murah, pump untuk esok jelah.  stok keluar, tp takde stok masuk.  acane tu....aim terdekat untuk menyusu badan, 6 bulan secara eksklusif.  kemudian aim jelah setahun.  then setahun setengah dn at last 2 tahun. sikit sikit lama lama jadi bukit kan....??



selamat berjuang kawan kawan yg sekapal dengan ku....

pada yg telah tewas, jangan sedih sedih.  selayaknya, anda ibu yg hebat juga sebab rasa sedih bila perkara tu terjadi.  kalau tewas, tp tak rasa sedih, tak hebatlah camtu.  paham tak ni???

aku gigihkan jugak update blog sebenarnya.  haha



Wednesday, October 10, 2012

penat badan, penat otak.

assalamualaikum

korang penat tak balik kerja?  korang makan supplement apa?  

aku ni kan, tah lah...nk kata kerja kt site gendong batu bata, tolak lori kontena, menoreh tak jugak.  dok je relax dalam bilik ekon.  tp apsal letih sangat eh.  mcm lah aku ni pengopek kelapa sepenuh masa.  

sekarang, balik dah sharp 5pm.  bos aku mesti faham punya.  dulu lambat laaa sket balik.  sekarang tak boleh dah...tak tertanggung rindu kt anak...kt katil.  hehe...

paling koman, sampai umah pukul 6 camtu.  tu pun kalau aku tak singgah econsave ke beli lauk ke apa kan.  paling cepat pukul 530 kalau traffic memberangsangkan.  oh ye, lepas eksiden & dapat kereta baru, jgnlah harap aku nk bawak laju laju kan.  kt highway paling laju 120 jeee...pastu jalan biasa, 90-100 kmj je.  tak berani kot...dan aku asyik dapat kereta dan pemandu yg jahat jeee....aku kt tepi ni elok speed, dia boleh nk himpit kereta aku lah, sesuka masuk lane aku tanpa bg signal.  menyirapppppppp je.

bila dah sampai rumah, kadang kadang dari bawah dah dengar suara anak aku menangis.  anak aku ni bijak, dia tau bila mak dia sampai, dia nangis.  lepas mandi, adik aku akan bagi dia susu.  bila dah tau mak dia balik time tu, takdelah dia nk menyumbat dengan botol kan.  melalak lah dia bila adik aku sumbat susu.  masuk je rumah, pandang muka aku terus cembeng.  dah terbuang susu 2 oz...hai lah nak...

selalunya bila dah nampak muka aku, dia ceria balik.  tengoklah...kalau dia lapar sangat, aku terus menyusukan dia.  tu pun suruh hold kejap, aku nk simpan ebm dalam fridge.  pastu menyusu...

bila dia tido kejap, time tu lah aku masuk dapur.  masak ke apa kan.  at least, aku nak suami aku rasa masakan aku.  walaupun hanya ikan/ayam goreng.  tp kalau penat, ada excuse lah tak masak.  haha.  then, basuh botol botol, pump semua.  dah tu, sterilize pulak.  dan baru aku tau, tak menyesal aku beli sterilizer.  hahahaha...dulu masa nk beli, org kata, rendam ng air panas, rebuslah bla bla bla...tp bila ada depan mata, benda tu betul betul menyenangkn hidup aku.  susun botol, switch on, terus biar dalam 3 minit camtu.  pastu biar jelah botol tu kan.  malam sket, baru aku lap kasi kering masukkan dalam storage container.  aku memang akan strelize botol botol tu semua setiap hari tanpa miss lagi setakat ni.  tu memang tugas aku.  sebab aku nak anak aku minum dari botol yg bersih hasil basuhan tangan dengan penuh kasih sayang mama dia.  haha over.
eiii tak kuasalah aku nk rebus, rendam botol ng air panas.  hahaha.

malam pas maghrib, aku susukan anak aku.  tengok situasi.  kalau terus susukan dalam bilik, memang teruslah aku tido.  dapat pulak menyusu sambil baring, sambil menepok bontot anak, aku pun khayal sekali.  aku dah tido, anak aku menetek lagi.  haha.  kalau dah tido tu, memanglah isyak terlepas.  kadang kadang diapers pun tukar tengah tengah malam tau...

nk surfing tu, alahai...tengok keadaan kot.  tak dan...

dulu awal awal masuk kerja, bangun kul 5.  pastu 530, pastu 600 pastu sekarang...aaa amik kau, 630.  mentang mentang tak hantar anak kt bs.  konon tido awal nk bangun awal, takde pun......!!
tido awal pun mengantuk, susah nk bangun.  hehe

pagi pagi terkocoh kocoh buat sarapan.  selalu memang akan buatkan suami aku milo, roti sapu planta.  aku punya, horlicks + oat, nutela toast.  tu je mampu buat.  tp memang wajib buatkan suami breakfast.  

umar raihan kalau dah tido awal, bangun pun awal lah kan.  elok pulak dia bangun time time aku nk pergi kerja.  pastu stok nk main main, gelak gelak pulak tu.  nk menyusu, lama pulak tu.  kadang kadang sampai pujuk, ''dah lah tu, mama nk g work ni, petang kang mama kasi lagi ye...''...tak jalan.  main main lagi ada.  

paling lambat turun kt kereta, pukul 720 am.  tu pun kira dah lambat lah tu...

gitulah rutin harian.

malam malam memang aku cari tangan laki aku.  suh dia urutkan badan aku.  belakang ni haaa, ya Allah sakitnya tuhan je tau...bila dah urut tu, baru lega.  tak taulah faktor usia ke apa.  tp memang sakit sangat belakang ni...

tu yg tanya, korang makan supplement apa untuk bekalkan tenaga spanjang hari...


Monday, October 8, 2012

umar raihan : dah botak

assalamualaikum

lama tak menaip.  kt office tak boleh bukak blogspot, tu yg mcm alaaaahai....so kenalah update laju laju bila kt rumah.  kt rumah pun, seminggu sekali baru lapang nk bukak laptop....

alhamdulillah....71012 umar raihan dah dibotakkan oleh ayah dia.  mama tukang pegang dan kasi nenen je...mula mula atuk dia cakap, antar jelah kt kedai.  pastu last last ayah umar raihan cakap ''takpelah, biar i jelah yg cukurkan rambut anak i.  at least i sebagai ayah tunaikan tanggungjawab''...gitu...lepas dah botak, dia cakap ''i bangga harini dapat cukurkan rambut anak i dengan tangan i sendiri''...haha comel lak laki aku bila cakap camtu kan...hewwww....

dekat 2 jam gak lah nk setel kan.  mula mula gunting kasi pendek.  pendek macam askar tu.  pastu dia bangun, kasi main main sampai penat.  pastu dah tido baru cukur guna shaver tu sampai berkilat kepala.  suamiku bilang, biar lambat asal selamat.  jangan nk cepat tp berdarah sana sini.  alhamdulillah, sepanjang proses, takde pendarahan yg ketara.  sikittttttttttttttt jeee.  tu pun sebab kepala umar raihan ada ruam.  oh yea, umar raihan bercukur sambil menyusu. tu je cara nk lalaikan dia.  haha.  pastu mama pun layan tingtong sekali... =)


awal awal pagi lagi...oh mama rindu umar raihan berambut...sebenarnya sebak hati nk botakkan dia.  mama tak puas lagi nk tengok, nk belai rambut halus umar raihan....


kita mandi dulu ek...


ni proses menggunting rambut sampai pendek macam askar wataniah.  haha...

sejam kemudian........
taraaaaaaaaaaaaaaaaa....!!!  askar wataniah dah siap sedia untuk berkhidmat....holoh holoh...


nk kasi dia penat, dia main puas puas.  amboi, kaki dah ringan nampaknya.  tu je yg sampai utk dicapai kan...jadilah nak....


okay, dia dah penat main kt hall.  so mama bawak dia masuk bilik untuk nenen lagi sekali...


tengah mamai mamai menyusu.  ayah dia pun mulakan...........bismillah...amik shaver terus cukur rambut anak bujangnya....



sejam kemudian............




taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

im the happy baby....ringan je kepala tu eh nak???  sakan umar raihan gelak ek...apa tah yg ayah dia buat ni..


mesti ayah dia buat muka pelik sampai kerut kerut.  hahaha

jom mandi, mama nk g jesssskooooooo....


golek kiri, golek kanan....

mama pun mengantuk.  hahah...jessko tah ke mana...


ayah dia banyak kali tanya ''nk pergi jusco tak ni????''  sampai dah boring umar raihan tunggu.  hehe..



sian kena bogel.  mama lambat sangat nk mandi bagai...


at last..............................!!






alahai........tertido akhirnya...penat lah tu tunggu mama dia bersiap...

bila umar raihan dah tido, mama gegas masuk dapur masakkan untuk ayah umar raihan.  tengok dalam fridge ada sikit je cili giling.  bedal jelah.  so aku masak ikan bilis sambal.  ikan bilis sedap sebab suami baru beli kt pangkor.  bila ikan bilis sedap, sedikit sebanyak membantu menyedapkan sambal walaupun sambal tu kurang cili.  siap kena puji dengan suami lah malam tu.  ''u masak sedap sambal tu...thanksss''....
hahahaha motip lah nk bgitau laki puji masak sedap...


eh tapi kan, bila suami puji masakan kita sedap, kita makin semangat nk masak kan????

petang pas asar, kami anak beranak pergi jusco seperti yang di rancang...umar raihan menyusu dalam kereta, pastu tido.  sampai jusco yg tak sampai 10 minit tu, still tido so masukkan dia dalam stroller je.  lama gak dia tido.  bila dah bangun tak banyak ragam...senyum senyum tengok lampu.  good boy.  ni yg mama boleh bawak anak mama kuar banyak kali ni....behave jee.  tp lama lama boring gak dia.  mentang mentang dia behave, mama ng ayah amik kesempatan ek...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails