:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, October 28, 2011

alasan gemuk lepas kahwin.

hello hello

wahaha. buat entry ni untuk diri sendiri sebenarnya. bukan alasan sesiapa, tp alasan aku.

sedih ke gemuk lepas kahwin? sedih kot.

tp impian untuk menjadi kurus sekali seumur yakni semasa berkahwin telah berjaya dan berjaya juga membuatkan bakal cucu cicit pun berkata ''nanny cantiklah dulu time kahwin, nanny slim macam model''.
* ada hati nk suruh cucu panggil nanny. hak tuih.

''tapi kenapa sekarang nanny gemuk??????''

ni semua atok kau punya pasal......

''pasal apa?''

1. suami suka suruh isteri makan, walaupun lewat malam.
contoh: balik rumah malam malam, suami suka singgah mamak depan rumah. apa ketagih singgah situ tak taulah even pernah dulu di akhir tegukan teh tarik, terjumpa rambut ah senang cite bulu kerinting. tapi tak trauma pun, malah tetapkan teruskan tradisi minum situ malam malam. lepas tu, isteri pun order dengan air liur je. ''nak tosei 2 keping''. haha. tak agak agak nk 2 keping dengan alasan, ''i tak lunch tadi''. iyolah.
dan selamatlah 2 keping itu dikerjakan isteri.

2. suami suka makan lambat lambat, tp isteri makan cepat.
contoh: isteri memang amik nasi sikit je. tp disebabkan dulu pernah kena tegur dengan mak, selagi orang orang yg kita hormat tak bangun dari duduk, jangan bangun. buat buat makan. sama jugak kalau kita belajar...................apa tah yg protocol di meja makan tu. masa kt uitm dulu belajar. so suami memang mengunyah 44 kali. tapi nasi isteri dah habis. makanya, kenalah isteri buat buat bangun tambah nasi...........eh??? kena tambah nasi ke, bukan teman duduk je ke? hahahahah. lantas itulah alasan kedua saya.

3. lepas makan je, baring.
contoh: nk contoh mende, lepas makan baring konon konon nk bermanja lah dengan suami. kata pengantin baru yawwww....dah tu je contoh no. 3.

4. mak mertua masak sedap.
eh takdelah salahkan mertua kan. bersyukur apa dpt makan sedap....nyum nyum. so no. 4 adalah kesalahan sendiri jugak sebab mencedok kuah masak lemak banyak sangat. dah cedok kuah, mestilah kena habiskan kuah tu kan. slurrrppppp....tambah nasi lagi. alahai....sedap pulak ingatkan masak lemak ibu mertua ku...

5. bila dah kahwin, rutin harian berubah.
contoh: dulu masa bujang, bangun pagi dah pukul 11. makan breakfast. itulah breakfast, itulah lunch, itulah tea time, itulah dinner, itulah supper. wahhh hebat bukan??? sekali makan sehari. tapi dah kahwin tak boleh buat rutin macam tu. perut suami kena jaga. so alasan no. 5 ni, nk salahkan siapa??? hahahahha.

6. aim untuk kurus demi cantik di hari perkahwinan.
yelah, dulu berpuasa, berlapar perut untuk apa???? KAHWIN cikgu!!!
dulu pakai girdle untuk apa???? KAHWIN cikgu.....!!
sekarang?????????????????????????????? NEHI cikgu............................!!
senang bukan alasan no. 6.

7. malas jogging.
alasan: takut tiba tiba ganggu ''bendasing''. faham tak??? lagipun suami tak galakkan jogging. padahal dia dah offer nk kasut jogging baru tak??? tak galakkan ke, (isi tempat kosong). =P

8. ''eh aku jalan apa lebih 30 minit sehari''
ah memang lah jalan lebih 30 minit sehari, tp lepas makan kau membongkang macam alasan no. 3 tu. so no point kalau kau berjalan melainkan menyihatkan jantung je.

9. selera bukan bukan sekarang.
contoh: tiba tiba dah kahwin, aku suka makan lambchop pulak. boleh pulak tengah tengah malam ajak suami pergi windmill makan lambchop. so...salah isterikah????

10. budak office kuat makan!
wakakakakakkakakakakkakaka....mampuih aku dikerjakan budak office kalau dorang tau ni...........pagi petang mulut tak henti henti. eh takkan aku nk pandang je kan. mestilah dorang atau aku hulurkan sekeping dua kuih masuk mulut aku ni.


okay tu je. diterima tak alasan ni????


okay diet.

1 comment:

KucingMalaysia said...

semua alasan di atas di kopi paste oleh saya.. memang sama, tak boleh elak ! huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails