hello hello
1. kerja
alhamdulillah, dah lapor diri pada 1 disember lepas. dah dapat penempatan dah pun. kt pejabat pendaftar. fuhhh busy rupanya kerja gomen ni. ingatkan tak busy boleh goyang bontot. ni tak! balik kerja masuk kereta aku mengeluh panjangggggggggggggggg....sampai rumah, flat habis! lepas isyak memang terus tido. hew hew....
2. kawan baru
alhamdulillah. dapat department yg best dengan kawan kawan baru. tp lebih banyak habiskan waktu breakfast & lunch dengan kawan kawan waktu lapor diri hari tu. tak tau kenapa boleh ngam dengan dorang sampai sekarang [dan harapnya sampai bila bila]. agaknya sebab 1hb & 2hb kami banyak habiskan masa melangut dalam bilik meeting sebb masa tu belum dapat penempatan lagi. apa lagi, jadikan bilik meeting tu macam bilik sendiri lah konon konon sambil pillow talk. harharhar...cuma dari kami berenam, 2 orang kena transfer ke kampus industri kt mitc. kurang korum. cuma boleh jumpa waktu lunch tu pun kalau lunch kt mydin mitc. cuma sorang tu mentang mentang post penolong pendaftar memanjang sibuk sampai takde masa untuk makan. hahahahahha....
3. kawan lama
kang cerita pasal kawan baru, kawan lama kecil hati pulak. hahahahah...rindu wey kt budak budak serindit. please someone baca blog ni, baca phase ni dan bagitau kt budak serindit yg lain yg aku rindu mereka!!! rindu lunch kt TNB, rindu drive thru beli buah. ah rindulah semua. rasa nk sangat singgah serindit tu balik kerja. tp sampai batu berendam tu pun dah pukul 5.30. mesti semua pun sibuk nk balik dah kan......rindu korang!!!
4. kereta baru
alhamdulillah. semua urusan seharian aku dimudahlah olehNya. rezeki bertimpa timpa lepas kahwin ni. mula mula memang plan nk beli kereta. sebab macam susah je tumpang orang pergi kerja [tempat lama]. memboyot lagi. alhamdulillah, dpt kereta second hand kelisa with good condition. dapat harga boleh tolerate lagi. alhamdulillah. cuma urusan bank tu je lembap gila. sampai suami aku dah angin roadtax tak renew lagi padahal dah bayar hoi. dapat kereta sehari sebelum lapor diri. wey wey, aku ni tak reti bawak kereta even dah ada lesen dari tahun 2008. so mestilah kena belajar dulu bawak kereta kan.... =))
tapi seminggu sebelum tu, suami hantar ke driving school balik. haha kelakar. masa tu dapat bawak manual kancil. dah kerek. balik ngadu sakit lutut!
oh ye, kereta baru ni auto. wakakakakkakakakakkakakka.
sekarang dah pandai speed. mula mula drive dari rumah ke tempat kerja dalam 45 minit. lama lama dah boleh sampai dalam 30 minit. rasanya tu yg boleh pergi kot sebab jalan nk ke tempat kerja tu memang jammed sebelum sampai ke highway. tapi takpe. akan diusahakan hanya 5 minit. ehhh??????? hahaha...
cuma dah ada kereta ni tak berkesempatan lagi nk bawak mak, adik adik jalan. yelah sampai rumah pun dah penat, weekend balik tampin. nanti nantilah ye.
5. cuti
tak sabar tunggu cuti krismas ni. sebab nk balik kampung. sepupu kawin [paman thaqif]. kalau dah sedara macam tu, memang boleh bayanglah kan betapa teruja nya aku nk balik kampung. hehe. tak sabar jugak nk shopping baju baru.
oh macam best balik kampung dengan ada berita gembira kan. mesti semua orang pun seronok dan beronok ronok!!
6. memboyot
tak reti kira bulan. so orang tanya jawab minggu je. tp malas lah tulis dah berapa minggu. herherher....oh ye, banyak cerita pregnancy memang tak tulis kt sini. ada satu lagi blog memang utk pregnancy ni je. tp selected people je boleh baca. sebab blog tu pun tak rajin sgt nk update skrg ni. mood berswing swing....
pun takde officially announce kt FB. bg hint sikit sikit. tiba tiba ada orang sound aku jgn terlalu excited nanti macam macam jadi macam kawan dia. nauzubillah. masalahnya aku tak cakap pun kt FB tu. yg mengecohkan wall aku, kawan kawan aku je. so biarlah dorang kan. tu pun aku terpaksa delete comment dari wall sepupu aku. sorry kak sue. lepas tu aku fikir, laaa biarlah dia nk tulis apa pun. kenapa perlu takut dengan warning orang tu. rezeki kt tangan Allah. kalau dia bukan milik aku, jaga macam mana pun dia bukan milik aku. so sesiapa yg dah terbau pasal keadaan aku lantas mengwish, aku balas je dengan senyuman. yg mana SMS aku, PM aku, aku jawab je.
7. kehidupan suami isteri
both of us gembira sangat sangat sekarang. lagi lagi aku dah dapat kerja gomen kan. lepas ni dah boleh buat loan beli rumah. wooohooooooooooo!!!!
suami pun dah selalu balik melaka sejak memboyot ni. dia selalu cakap ng baby ''ayah ada kt sini''. [nak jugak bahasakan diri ayah. haha]
rezeki makin murah sejak memboyot so dia dah sambar samsung s plus. harga best, warranty pun 2 tahun. lepas tu ingatkan hp lama rosak, rupanya sim card yg rosak. so ada ura ura cakap nk jual balik samsung tu. tp aku tak kasi. alasan aku ''satu rumah, satu gadget''. hahahahhahahahha. poyo gila.
tambah poyo bila aku installed ''im expecting'' kt samsung tu. teruja betul suami bila tengok gambar baby dalam tu. berkali kali jugak cakap ''tu bukan gambar anak kita''. tp dia nk jugak cakap ''baby baby baby''. hahahahahhahahha...hai lah....
8. mell, adik & ahboy
apa nk update tentang budak berekor ekor ni ye? sama je macam selalu. makin gemuk, makin gendut, makin busuk, makin gedik....semua makin makin makin. haha. tp selalu rindu kt dorang kalau kt tempat kerja tu. balik dah penat, maka masa bermanja pun kurang. tp at least ciumlah dahi dorang. haha. kelakar je bunyi cium dahi tu. tp betullah. aku cium apa dahi dorang.
tu jelah update disember.
boiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........
3 comments:
alhamdulillah...tumpang gembira ^_^
tahniah yer mak etty, moga kekal bahagia selamanya
p/s: betul tu rezeki di tgn tuhan ;)
hemoh hemoh...terima kasih aunty...!!
tak invite ai pun....
Post a Comment