:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, November 29, 2011

pindah rumah yeay!

hello hello

seronok rasanya bila suami dah start cakap pasal nk cari rumah. nk berumah sendiri, rasanya belum lagi berezeki. tunggulah dulu nanti. sementara ni, cari lah dulu rumah sewa kan.

seronok sangat bila dia cakap ''nanti kita cari rumah ye''. tido pun sambil tersenyum pandang muka dia. bila bangun pagi teringat ayat keramat tu, sambung senyum balik sambil pandang muka dia sambil mata terkatup katup tahan mengantuk. *terbangun pukul 3 pagi lah.

aaa kalaulah semua faham keadaan aku, mesti semua pun tersenyum sekarang. : )

lusa 1 disember 2011 dah mula kerja kt durian tunggal. dah mempunyai kereta sendiri : )

jadinya sekarang ni, kami dah mula cari rumah sewa area alor gajah. dekat bagi yg nk ulang alik ke rembau, ke durian tunggal. sambil sambil tu, kumpul pamphlet dari house developer, rajin belek explorer [melaka punya booklet iklan semua lengkap dalam tu]. nasib baik jugak melaka ni pesat membangun. tp harga rumah mahal sebb sana sini shopping complex! so memang kena rajin mensurvey sekarang.

cuma tak tau bila nk pindah. samada sebelum baby lahir, atau selepas. mana mana boleh. tp kalau selepas pun okay gak. eh tahlah. tiba tiba rasa takut nk uruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan dari keluarga. tp harus cekal juga.

so, sekarang dah plan. since tak tau bila nk pindah, tiap tiap bulan aku nk komitmen kan diri sendiri bayar kt kedai elektrik. cadang nk sponsor peti ais dan mesin basuh pada bakal rumah. tu yg penting kan. LCD * tak agak agak tu suami sponsor lah. hehe. diriku asal ada internet cukup. katil, campaklah kt mana pun, senang mata ni nk lelap asalkan ada kipas atau org tolong kipas. hehe. tp kalau ada duit lebih, katil mesti beli punya. dressing table, suami boleh amik yg kt rumah tampin tu kot. hahaha.

komitmen tu kan maksud aku, barang tak ambil lagi, tp kita bayar ansuran kt kedai tu tanpa faedah. tp kalau barang dah ambil, baru kedai tu kenakan faedah. tp cara ni diguna pakai untuk kedai biasa je. court mammoth tak layan der....so dah habis bayar, baru bawak balik barang tu. tp segala resit kena simpan baik baik lah. tu je caranya kalau nk berjimat jimat dahulu, bersenang lenang kemudian sebab tak lah nampak duit tu sekali banyak yg keluar kan. lagipun kita tak tau bila nk pindah....

tak sabar rasanya nk pindah. tak sabar rasanya nk mulakan kehidupan sebenar suami isteri. tak sabar nk bersusah senang berdua dengan suami & anak macam org lain yg susah susah dahulu, senang senang kemudian *ulang lagi.

tak sabar nk pindah sampai excited masuk stor semalam kira, belek balik hadiah kahwin. sampai terus selsema kena habuk.
suami tanya, buat apa dalam stor ''tengok hadiah kahwin. kita dapat banyak gila pinggan mangkuk lah yang''
suami jawab ''takpe, nanti dah pindah kita boleh pakai''

alahai, sekarang kan ayat PINDAH, RUMAH KITA, RUMAH BARU, RUMAH ALOR GAJAH, dah jadi ayat paling manis untuk didengar lah. wahahaahhahaha...*over

jap jap nk check hadiah apa boleh bawak ke rumah baru *exited habis ni, kalau cancel harus meroyan

1. dapat 2 dapur gas [satu dah bagi mak melaka, satu lagi mak tampin] - beli baru
2. set cawan & teko - /
3. set gelas & jug - /
4. dapat 3 periuk nasi [2 besar, 1 mini] - /
5. dapat 2 toaster [satu bagi kt mak melaka, satu bg kt along] - beli baru, tp masing masing tak suka roti bakar, mungkin tak beli langsung.
6. coffee maker - /
7. set non stick pan - /
8. multi purpose cooker - /
9. electric kettle - /
10. seterika - /
* lain lupalah hadiah apa dapat....


tapi kejap kejap..........................kalau pindah, macam mana si mell, adik & ahboy????

ala tak suka lah nk tinggalkan dorang.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

camne ni?????????????????????????????????

3 comments:

~ NANA ~ said...

waaaa best giler! doakn i pon ada rumah sendiri satu hari nnti k...hihi...teringin gak nk duk dekat2 dgn hubby~

Lyena Vee said...

wah, bestnyer!! mst syiook dok umah sendiri kan? kata orang, buruk2 pon umah sendiri. me, harap sangat cepat kitorang dapat kunci umah.eh, si mell, adik n ahboy, bawak skali la. cian dorang, kalo kene tinggal.. :)

Isabella Iman Iskandar said...

Rumah kat area Melaka tu murah lagi...berbaloi dok jauh dari KL.Sewa je dulu yg murah2..boleh saving utk baby.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails