korang penat tak balik kerja? korang makan supplement apa?
aku ni kan, tah lah...nk kata kerja kt site gendong batu bata, tolak lori kontena, menoreh tak jugak. dok je relax dalam bilik ekon. tp apsal letih sangat eh. mcm lah aku ni pengopek kelapa sepenuh masa.
sekarang, balik dah sharp 5pm. bos aku mesti faham punya. dulu lambat laaa sket balik. sekarang tak boleh dah...tak tertanggung rindu kt anak...kt katil. hehe...
paling koman, sampai umah pukul 6 camtu. tu pun kalau aku tak singgah econsave ke beli lauk ke apa kan. paling cepat pukul 530 kalau traffic memberangsangkan. oh ye, lepas eksiden & dapat kereta baru, jgnlah harap aku nk bawak laju laju kan. kt highway paling laju 120 jeee...pastu jalan biasa, 90-100 kmj je. tak berani kot...dan aku asyik dapat kereta dan pemandu yg jahat jeee....aku kt tepi ni elok speed, dia boleh nk himpit kereta aku lah, sesuka masuk lane aku tanpa bg signal. menyirapppppppp je.
bila dah sampai rumah, kadang kadang dari bawah dah dengar suara anak aku menangis. anak aku ni bijak, dia tau bila mak dia sampai, dia nangis. lepas mandi, adik aku akan bagi dia susu. bila dah tau mak dia balik time tu, takdelah dia nk menyumbat dengan botol kan. melalak lah dia bila adik aku sumbat susu. masuk je rumah, pandang muka aku terus cembeng. dah terbuang susu 2 oz...hai lah nak...
selalunya bila dah nampak muka aku, dia ceria balik. tengoklah...kalau dia lapar sangat, aku terus menyusukan dia. tu pun suruh hold kejap, aku nk simpan ebm dalam fridge. pastu menyusu...
bila dia tido kejap, time tu lah aku masuk dapur. masak ke apa kan. at least, aku nak suami aku rasa masakan aku. walaupun hanya ikan/ayam goreng. tp kalau penat, ada excuse lah tak masak. haha. then, basuh botol botol, pump semua. dah tu, sterilize pulak. dan baru aku tau, tak menyesal aku beli sterilizer. hahahaha...dulu masa nk beli, org kata, rendam ng air panas, rebuslah bla bla bla...tp bila ada depan mata, benda tu betul betul menyenangkn hidup aku. susun botol, switch on, terus biar dalam 3 minit camtu. pastu biar jelah botol tu kan. malam sket, baru aku lap kasi kering masukkan dalam storage container. aku memang akan strelize botol botol tu semua setiap hari tanpa miss lagi setakat ni. tu memang tugas aku. sebab aku nak anak aku minum dari botol yg bersih hasil basuhan tangan dengan penuh kasih sayang mama dia. haha over.
eiii tak kuasalah aku nk rebus, rendam botol ng air panas. hahaha.
malam pas maghrib, aku susukan anak aku. tengok situasi. kalau terus susukan dalam bilik, memang teruslah aku tido. dapat pulak menyusu sambil baring, sambil menepok bontot anak, aku pun khayal sekali. aku dah tido, anak aku menetek lagi. haha. kalau dah tido tu, memanglah isyak terlepas. kadang kadang diapers pun tukar tengah tengah malam tau...
nk surfing tu, alahai...tengok keadaan kot. tak dan...
dulu awal awal masuk kerja, bangun kul 5. pastu 530, pastu 600 pastu sekarang...aaa amik kau, 630. mentang mentang tak hantar anak kt bs. konon tido awal nk bangun awal, takde pun......!!
tido awal pun mengantuk, susah nk bangun. hehe
pagi pagi terkocoh kocoh buat sarapan. selalu memang akan buatkan suami aku milo, roti sapu planta. aku punya, horlicks + oat, nutela toast. tu je mampu buat. tp memang wajib buatkan suami breakfast.
umar raihan kalau dah tido awal, bangun pun awal lah kan. elok pulak dia bangun time time aku nk pergi kerja. pastu stok nk main main, gelak gelak pulak tu. nk menyusu, lama pulak tu. kadang kadang sampai pujuk, ''dah lah tu, mama nk g work ni, petang kang mama kasi lagi ye...''...tak jalan. main main lagi ada.
paling lambat turun kt kereta, pukul 720 am. tu pun kira dah lambat lah tu...
gitulah rutin harian.
malam malam memang aku cari tangan laki aku. suh dia urutkan badan aku. belakang ni haaa, ya Allah sakitnya tuhan je tau...bila dah urut tu, baru lega. tak taulah faktor usia ke apa. tp memang sakit sangat belakang ni...
tu yg tanya, korang makan supplement apa untuk bekalkan tenaga spanjang hari...
7 comments:
shaklee. tp skang macam tgh duk usha vco plak. baru usha2 belum beli lg. hihi. :p
xmakan supplement pape lg sbb belum start keje..dah start keje nnt xtau la camne rupenyaa...atoiii
ku makan vit c, multivit, vit b complex and kadang2 calcium. kalo terlupa rasa badan cam tak larat.huhuhu
Umar raihan ni hehe nakal + comel... Umi sy suka amik supplement slain jaga mkn. Multivitamin dia amik, herba life dia ambik, minuman berprotien lain pun dia amik. Alhamdulillah, skrg dah pencen. Dgn umur 61 anak yang 6 orang membesar bagai johan. Dia memang tangkas buat kerja. "Mak teh mcm awet muda" jeles jgk saya sbg anak ni yg dengar ;)
Mmng penat kan..aty jd suri rumah ni pon penat rase len mcm..sdg br sbln jer nih..huhu..aty pon nk gak tau org len mkn ape..
1st day keje arini...dah seploh hari nnt aku bgtau cmne rase eh...huhuu
mkn lah shaklee..BEST..sya dah berjaya 2 years bf Alhamdulillah
Post a Comment