assalamualaikum
berat: 5.8 kg
tinggi: 61 cm
naik berapa gram je dari last month. betul betul border line. nurse tak byk bunyi since fully bf kan. sebab dia tanya gak minum susu apa. bila cakap susu badan, diam je. tp tinggi tu cun lah putih lagi. berat je border line. haha. takpelah nak, asalkan sihat kan. Allah tau yg terbaik. agaknya kalau dia michelin sangat, mak nya tak larat nk angkat. ate mak nye kn czer, perut pun still sakit lagi. so tu yg dibagi anak yg sihat, cuma takde michelin kan. hehe. plus dia dah makin melasak, tu yg tak naik banyak.
dah makin bijak day by day. seronok melayan dia sekarang. bercakap tak henti henti kalau mood nya baik. gelak terkekek kekek. ahhh dia dah makin besar sekarang. rindunya time dia baby dulu.
bonding dengan ayah dia pun okay. dulu kan tak ngam betul dngan ayah dia. asal pegang je nangis. sampailah ayah dia sentap mentap dengan anak sendiri. hahahah. lepas tu aku bgtau suami, bonding time adalah semasa diapers changing. so pastu, dia rajin amik alih tukar diapers. betul laaa...lepas tu boleh ngam. agaknya dia tau, ayah dia akan buat dengan kasih sayang. maunya tak, tukar pampers je setengah jam kot. mak nye 5 minit siap. hahahahhahah.
ooohh umar raihan dah melompat lompat ye sekarang. i wonder bila usia yg ideal nk melompat ni. sebab anak buah sorang tu, umur 6 bulan baru melompat. haha. penat kot nk dukung sambil dia melompat lompat. ni yg mak dia nk belikan FP jumperoo tu. kakakakkakakakaka...
belum lagi meniarap. tang tu lambat sket. tp kalau tummy time, kepala dah molek tegak. siap dah boleh berpusing. cuma nk meniarap tu, bontot a bit berat. kadang kadang geram je nk tolak tolak bontot. tp mak aka nenek tak kasi. dia cakap, kalau kita tolong dia, kang dah besar, asyik nk mintak tolong yg bukan bukan je. senang kata, dah besar kang pemalas! so better lah dia usaha sendiri.
mula mula mcm fikir eh kenapa anak aku belum meniarap ni. tp last last biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku masih mau dia jadi baby. tak puas lagi nk layan dia as a baby. kang dah meniarap, merangkak, pastu berjalan. aaaaa jgnlah besar cepat sangat nak...nanti mama rindu awak baby...
tapiiiiiiii....cuti raya haji hari tu, kejadian kt tampin umah atuk dia. dia dah pusingkan badan dia sendiri. since that, dah banyak kali berjaya. tp time tu kan, bukan tummy time which is takdelah letak bantal kt dada kan. so dia cepat penat. pastu menangis. kalau tummy time, aku letak bantal kt dada. tak lah sakit kan.
masa dia berjaya tu, semua ada kt hall. kecuali paksu dia. semua bersorak gembira...hahahahahahha...pastu dia pelik kenapa semua orang bersorak kt dia. terkebil kebil mata dia.
even lambat meniarap, tp once dah tummy time atau masa dia dah boleh pusing tu, bontot dah angkat. amboi, cepat betul nk merangkak. please nak....jgnlah nk dewasa cepat sgt....nanti mama rindu. hahaha emosi.
still lagi morning person. time ktorg nk pergi kerja, time tu lah bangun. sian dia....tp time ktorg cuti, elok je tido sekali. ahhh manja tau anak mama ni...
masih belum lagi berbuai. bagus. tp mak aku dah bising bising. tp aku tahankan lagi. dia tido dalam rocker skrg. kalau aku cuti, tido atas toto jelah kan. memanglah tak nyenyak. bangun kejap, main main, tido lagi. dah ada akal, nk main jelah kan. tp aku cakap gak ng suami aku, sampai masanya dia tak muat tido dalam rocker tu, belikanlah buaian. KALAU AKU NK BELI. hahahahha...
pastu mak aku bising gak suh belikan puting. helooo nk buat apa benda benda tu semua kan...aiyooo...susah okay nk terangkan. mak aku selalu compare kan dengan anak anak dulu. puting aku lah. aku kan dulu elok hisap puting sampai tadika. mmg lah tak jongang gigi aku. so mak aku cakap lah alah elok je gigi ko tak jongang. motip lah mak aku ni....
erm apa lagi ye. ooo bukan nk cakap riak ke apa. umar raihan still behave. takde nk menangis tak tentu pasal. nangis bila nk susu je. then adik aku aka babysitter umar raihan cakap, dia akan menangis hari isnin. sebab dia ingat aku around kot. tp hari khamis jumaat dia sangat behaveeeee....bijak kan. hahahahhah...
so kalau pergi rumah org, senang aku nk makan. ramai boleh pegang dia. sebb dia tak menangis. tp sekrang baru 4m kan. belum lagi kenal org sepenuhnya. tunggu nanti. hahahahah..
oh umar raihan sangat peramah gak. at least smpai umur sekarang lah. org agah je mesti senyum. walaupun senyum senyap. hahahahha...
okaylah. mama doakan anak mama ni sihat sejahtera membesar dengan sihat walafiat ye. mama akan doakan yg terbaik. mama love u umar raihan....
7 comments:
btollah.nnt bila anak dah besar,mesti rindu saat depa jd baby kan..uuuu!senyum manja2,jeling manja2..uuuuu
Haa bf mmg berat xnaik sgt..anak 2nd ros pun xnaik berat walau dh sebulan :( huhuhu.. Nak je diorg besar sehat, tp rindu nak baby pulak.. Hahhaha
umar ni geng la dengan hussein. berat tak naik sangat pon sebab dorang ni aktif sangat kotttt.me dah mengalah dengan puting, huhuhuhu tapi buaian, NO NO NO. hahahaha
umar sama ngn iman. Suka melompat. Kadang2 da mcm patung spring dah gayanya. Kahkahkah....xpe berat x naik byk pn.die fully bf.
Lmbt meniarap pn ape nk kisah.ade je baby y lmbt meniarap, tp kang tetibe da merangkak....umar mls nk tunjuk terrer tu...hihi
-mama iman. I pun malas login, bleh? Hahaha
kejap jerk dah besar..
lkalo bleh jgn ajar buai..susah nak g memane..tapie lin tpaksa..faliq kuat meragam...tak cukup tido mengamok tak ingat dunia..takutt
bestnye bila bby da terkekek2 gelak..hehe..still terasa lagi eh czer tu? hoho..nmpaknya i kena bertahan pedih czer ni lama lagi la..
umar da besar nanti, kalau mama rindu harus la tambah adik umar..:P..haha..
Post a Comment