assalamualaikum
aku suka:
1. menetekkan umar raihan bila dia tengah lapar. melihat dia kekenyangan, aku rasa gembira.
2. aku suka NIP [nursing in public]. aku bangga. paling best, kalau aku pakai baju button depan atau baju kurung nursing tu, aku boleh nursing sambil berjalan catwalk. siyes aku suka. eh org bukan perasan pun. hahaha. tp dengan syarat anak aku tido lah time tu. sebab peel dia kan keluar masuk keluar masuk kesayangan dia tu, kalau dia buat peel camtu time aku tengah catwalk, mendapatlah anak aku tu kan. kahkhakhah...
3. saat bertentang mata dengan anak semasa sedang menyusu. seolah olah dia berkata padaku, terima kasih mama.
4. tengah menyusukan anak, suami aku ada kat sebelah. well, suami aku adalah pendokong utama aku dalam journey ni. betapa aku menghargai segala peranan dia sebagai suami padaku dan ayah umar raihan. walaupun di saat keluarga kondem aku pasal menyusu ni, dia lah yg bagi semangat balik pada aku. dia selalu cakap, sabar......kalau umar raihan buat peel konon mcm tak cukup susu, dia yg akan tenangkan anak sambil berkata ''minum nak, susu mama banyak lagi tu''...oh menangis aku....
bila anak buat peel melampau, aku akan merajuk dengan anak. siyes. dah banyak kali pun. sebab kadang kadang aku rasa penat gila. aku nk rehat, tp anak pulak buat peel. suami pandai main peranan. dia akan amik anak aku, pujuk. then bual bual dengan anak sambil cakap kt anak ''minta maaf kat mama, mama tengah penat tu. cakap umar raihan minta maaf mama''...mestilah lepas aku pandang muka anak, aku akan menangis. haha mama cembeng!!
5. aku suka bila pump dapat banyak. haha sapa tak tak suka kan...
6. aku suka bila tetek rasa bengkak. kahkahkhakah...apa punya ayat tah.
7. aku suka bila sekarang dah pandai buat marmet. oh marmet menggiankan okay. aku reti marmet belah kanan. kan dulu aku cakap puting aku melecet teruk. since that, aku marmet je. nikmatnya dengar setiap pancutan ke dalam botol tu. seriusssssssssssssssss...marilah sama sama belajar marmet. even lepas puting aku sihat walafiat, guna pump tak syok dah. marmet tetap di hatiku. eceh macam uitm dihatiku je..kahkahkah
8. aku suka bila anak aku bangun tido malam, aku susukan dia, then dia tido balik dengan nyenyak. senang je, selak je baju. then aku pun tido balik. my bad kan. patutnya tengok anak tu menyusu sampai habis, then burp kan dia. hahahahah...
9. jumpa mak mak yg bf contoh mcm kawan ke, cousin ke, bercerita pasal ni. breastfeeding leee oi...
10. balik rumah, basuh botol, sterelize botol. biar penat, tp hati puas uruskan anak...
aku tak suka:
1. org kondem susu aku tak sedap. sentap kot.
2. org cakap anak minum susu aku, tp anak tak bam bam. hellooo tengok badan mama dia kot. hahahahha...gasak lah, anak aku.
3. monthly check up kt KK nurse cakap, berat anak tak cun. so what????????????????????????
4. group obses susu. obses kt diri sendiri sudahlah, jgn nk saiko org lain pulak. patutnya kita bersimpati, jgnlah kondem dia pulak nk bagi fm. apa daaa...aku akui, aku pun obses. tp aku obses pada diri sendiri je. ada je kawan aku yg tak berjaya dalam misi penyusuan susu badan, tp aku bersimpati. takdelah aku suruh paksa dia pam pam pam sampai melecet puting, tp hasil ilek...pam tak pam, tu hak dia. cukuplah kita hanya menjadi pendengar setia dia je. kan. korang aku tak taulah obses ke tak. hahah
5. bila tengok peti ais, stok makin kurang. sobsssssssssssssssssssssssssss
aku paling takut:
1. ditakdirkan aku jadi EP mom...oh man...aku tak sanggup ya Tuhan...kawan aku baru baru ni, nursing strike. anak dah setahun tak mau susu badan. meraung raung, meronta ronta. kesiannya dia. aku tau dia sedih dari raut muka dia, mata dia. yelah, mcm aku cakap yg NOMBOR 1 ATAS SEKALI TU...so kalau EP mom, apa nikmatnya kan. so lepas ni, aku kena bijak kawal diri dah emosi. aku tak mau marah marah umar raihan kalau dia buat peel. aku kena sabar. paling aku kena kawal, bila dia dah ada gigi nanti. risaunya aku...kot kot terpukul ke apa kan....aku masih mahu bertentang mata dengan umar raihan ketika dia menyusu, masih mahu berbual bual tanpa aku faham bahasa anak aku tu....
2. tiba masanya kena bagi anak FM [formula milk]. sekali lagi cakap, aku obses susu sendiri. susu badan orang lain, aku tak kacau. walaupun ketika tu anak dah wean off, insyaAllah 2 tahun. tp aku sendiri takut nk bg fm. apatah lagi usia sebelum tu. alahai....aku selalu berdoa, dimurahkan rezeki anakku. Allah limpahkan rezeki susu badan untuk anakku umar raihan. tp baru baru ni, aku positfi jugak. dulu, thaqif pun minum fm. tp kak ijan berjaya je susukan dia sampai 2 tahun. samalah macam nysa. pastu fikir, start 6 bulan kn boleh makan, so apa beza makan dengan bg fm. sama je, makanan selain susu ibu. so aku positif kan je tiba detik tu, aku kena tabah dan sabar. jgn emosi sangat etty. takkan nk biar anak menangis kelaparan kan....
3. wean off. ya Allah, aku ingin menyusukan anak aku sehingga 2 tahun seperti yg telah engkau syariatkan. permudahkan perjalanan ku. murahkanlah rezeki anakku....tp bila tiba detik dan waktu tu, aku kena harungi jugak kan. dah jangan fikir lagi. masih jauh perjalanan.
4. takut aku jadi riak bila susu banyak. yelah, bila susu banyak hasil pam mesti nk share ng kawan kawan kan. tp aku takut tindakan aku tu, jadi riak dan takbur. ada hikmah juga hasil aku tak mcm org org yg post gambar tu kot. untuk elakkan aku jadi manusia yg riak dunia. rezeki masing masing.
5. sekali lagi, aku takut stok aku hilang terus dari peti ais tu. aku sekarang pump untuk esok. kalau rezeki murah hari tu, aku boleh buat stok. kalau tak berapa nk murah, pump untuk esok jelah. stok keluar, tp takde stok masuk. acane tu....aim terdekat untuk menyusu badan, 6 bulan secara eksklusif. kemudian aim jelah setahun. then setahun setengah dn at last 2 tahun. sikit sikit lama lama jadi bukit kan....??
selamat berjuang kawan kawan yg sekapal dengan ku....
pada yg telah tewas, jangan sedih sedih. selayaknya, anda ibu yg hebat juga sebab rasa sedih bila perkara tu terjadi. kalau tewas, tp tak rasa sedih, tak hebatlah camtu. paham tak ni???
aku gigihkan jugak update blog sebenarnya. haha
4 comments:
Etty.. i pun suka bila breast full..haha..pastu pam ke bg anak isap ke and paling best terasa breast surut..
btl la etty, rasa nikmat sgt DF sampai i tak ajar langsung aisya botol.skrg i strike hantar kat my mum sepanjang ths week sbb i tggl 1 week je... adoii susahkan my mum je...
i likee it!paling suka sambil DF sambil borak2 ngan baby. cair tgk senyuman anak kan :D
chaiyok etty!
salam kenal...
suka tgk org yang gigih bagi BF kat anak...dlu sy pun mcm tu..tapi sedih sbb tak dapat bf kan anak sndiri lama..
salam kenal..
singgah & follow..
klu sudi follow sy balik ye..:)
Post a Comment