:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, February 16, 2015

al fatihah wak husin

assalamualaikum


pada detik ni, hati aku masih lagi bersedih, berduka.  tp aku tak meratapi kematian.  cuma mungkin rindu kot.  aku terima untuk redha.

aku kuatkan diri baca entry lepas berkaitan dengar arwah.  banyak jugak coretan di sini.  walaupun hanya imbasan.

tapi, dalam pada aku bersedih, aku bersyukur.  bersyukur sebab masih sempat jumpa (kali terakhir) ketika hayatnya masih ada, masih kenal aku siapa. sempat lagi masa tu, aku minta maaf, ucapkan terima kasih atas jasanya pada aku, ucapkan yg aku sayang padanya.  ermmmmmm....

kenapa terlalu awal dia pergi meninggalkan kami?  Allah je tau jawapan tu.  Allah lebih sayang padanya.  syukur dia sakit tak lama. 

terlalu banyak benda yg aku nk luahkan, coretkan.  mengenai betapa sayang dan hormat aku pada arwah.  banyak sangat nk cerita kenangan masa kecik, dah besar, dah kawin.  macam macam.  tp macam tak mampu. 

dengar je lagu siti, jaga dia untukku, aku dah mula menangis.  sebab tiap kali berdoa, tu je doa aku.  jaga dia untuk kami.  aku harap dia sembuh.  sembuh macam selalu.  aktif uruskan kebun.  tapi bila makin lama, wak makin sakit, doa aku.....mudahkan semua urusan.  jika sudah sampai masanya, mudahkan.  jangan lg sakitkan dia.  aku tak sanggup nk tengok badan tu sakit.  dari kecil sampai besar aku tengok dia seorang yg aktif, kuat, luluhnya hati bila tengok dia lemah. 

masih terngiang suaranya.
masih terbayang renungannya.

1997 aku terlalu kecil nk rasa kehilangan seorang abah
2015 aku tak kuat nk rasa hilang seorang pakcik, pengganti abah.  aku tak kuat. 

ada satu masa aku boleh gelak, senyum.  ada satu masa, aku boleh menangis bila aku ingatkan dia.

kadang rasa redha tak dapat jumpa untuk kali terakhir sebelum dikebumikan.  kadang tak redha.  tah lah.  aku masih boleh bergelak ketawa dalam rumah tu.  bersama sepupu lain.  tp bila pandang satu sudut lain, yg mengingatkan aku pada arwah, aku boleh menangis macam tu je. 

ya Allah, kau ampunkan dosa wak usin.  tempatkan roh nya di golong orang orang yg kau kasihi.
ya Allah, kurangkan azabnya.  terangi kuburnya.  luaskan kuburnya.

tak sempat nk pergi ke kubur.  tp kubur dia sebelah arwah embah.  tu pun boleh buat aku bahagia. 

nantilah.  satu masa balik kampung ziarah kubur mereka. 


1 comment:

Mimy Hamid said...

kenapa ayat ko terbaik touching ni..sebak pulak....Al Fatihah wak husin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails