ada satu malam sabtu tu, kebiasaannya aku akan hantar mak balik rumah. then, start disember tak silap aku, tugas tu adik aku yg take over sebab dia dah ada kereta. so dia datang rumah, makan dulu, baru lah dia ng mak balik rumah mak. tapi satu malam tu, aku bosan kot. so aku wasap adik aku cakap, malam ni ko tak payah amik mak, akak hantar kang. hihi padahal dalam otak ni dah plan macam macam. laki aku punya tanya, nk pergi mana mana ke. dia pun kenal bini dia punya peel. aku cakap, kang lah fikir nk pergi mana. pastu fikir fikir, aku decide jom lah kita pergi pirate park je. yang dekat bekas station bus express lama tu. suami aku query gak buat apa kt situ. aku jawab, jalan jalan bawak anak.
sebenarnya tempat tu memang tak menarik pun. tp tahlah, masa tu aku memang nak keluar, nk hirup udara malam. amboi sangat alasan aku, pang kang.
eh panjangnya mukadimah padahal nk cerita pasal kereta control umar raihan. dush dush.
okay kt pirate park tu ada sewa kereta control ni. rm5 10 minit. gila ah buat duit sungguh. bila dah cukup timing, cepat cepat dia kata okay bang dah cukup masa. dasarrrrrr...
taulah umar raihan kan, punyalah melalak bila kena angkut masuk kereta. pastu ayah dia salahkan aku lak pergi tempat gitu. derrrrrr
sebenarnya, itu adalah kali pertama seumpamanya dia naik kereta tu tau. pernah dulu naikkan, tp tak reti nk pijak. ni test, eh pandai lak dia adjust.
esoknya, tau apa jadi???
ayah dia belikan dia motor tu. eh kejap kereta, kejap motor. okay lepas ni kita panggil motor lah ye. aku macam okay. within budjet rm180 je.sebab twin sharing ewah. haha
kitaorang dah tau port nk beli motor ni. kt malim. belakang public bank malim tu. situ kawasan industri tau. tp situlah adalah lubuk permotoran yg murah. eiii ayat aku ni dah kenapa. tempat lain, KL ke temerloh ke tak taulah murah ke tidak. tp ikutkan kt melaka memang situ dah murah. tu bukan kedai macam yong fong tu. tu macam gudang. orang kedai akan ambil kt dia, then baru jual kt kedai macam yong fong tu. harga motor umar tu, hampir rm300 tak silap aku. sekali lagi, tak silap aku, kt kedai luar dorang jual rm300-rm400. okaylah tu. besar pun besar kan.
gila lama aku tunggu dalam kereta. laki aku tak setel setel lagi. mula mula dia datang kat aku tunjuk catalog. so sesama pilih lah nk kaler apa. tunggu lagi. maira siap bangun tido bangun tido. umar pun dah boring main tekan tekan radio.
kedai ni, ko pilih kt catalog, pastu dia amik kotak, dia install terus. kira masa dalam kotak tu, loose tau. dah nama pun gudang kan. tu yg makan masa tu.
dekat sejam kot.
pastu tiba masa yg aku takkan lupa. priceless sangat moment tu. moment pertama umar nampak motor dia. ''yeayyyy, ayah awak moto umar. yeayyyy..''. dia punya girang tu. aih....taip ni pun bergenang kejap ingatkan balik muka happy dia. in fact, masa nampak muka dia macam tu, aku dah meleleh air mata. besar dah anak aku, dah tau erti kegembiraan. okay lupakan sekejap janji nk cari within budjet rm180, dapat rm300 pun takpe asalkan anak happy. hahahahhaha.
umar dok depan kt car seat. nk letak motor kt boot memang tak muat. sudahnye letak belakang. aku ng maira??????????????? derrrrrr...gabak kot motor tu. sian kami. umar sikit sikit pandang belakang. paling tak tahan, dia suh ayah dia bukan seat belt, dia dok atas motor dia, sambil bunyi. hahahhahaha adoyai tak menyabor.
pastu ktorg balik tampin.
ni first time test drive lah ni. tension ktorg nk ajar dia adjust betul betul. motor ni senang je, ada button go head gostan. pastu pijak je pedal tu. tp yelah mula mula kan tersasar lah. time tu, maira tak boleh kt lantai. kena lanyak je.
haaa lengkap pakej keselamatan kan. siap bawak beg tak menahan.
motor ni guna battery. boleh dirumuskan, ktorg charge seminggu sekali je kot. lagipun umar bukan seharian main tu. dia pun reti dah main, off power. so jimat lah battery tu.
sehingga harini, dia dah power dah. dah dapat lesen dah pun. dah pandai nk parking. nk belok lalu jalan sempit bagai. okaylah , mama kasi 5 bintang.
sebenarnya nk jugak bawak motor ni main kt luar, tp macam sayang je kot terkena taik kucing ke taik anjing kan. so main jelah dalam rumah. untung rumah takde perabot, banyak tempat boleh explore.
okay untuk maira, nanti mama belikan skuter warna purple tu ok. jangan risau, dua dua dapat.
No comments:
Post a Comment