:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, April 1, 2010

dah hilang ke cantik aku?

hello hello

semalam menghantar yana balik perak. saing sekali dengan yaya sebab yaya lalu jalan yg sama nk ke ayer keroh.

dia dapat bas terus ke teluk intan. mati mati pompuan tu maki aku sebab aku cakap takde bas straight. rupanya ada. tp baru je start. lepas raya tahun lepas. harga rm30 plus bape sen ntah. lebih lah dalam beberapa rm jika naik bas manual - 1st naik bas ke kl, kemudian tunggu kt pudu, ambil bas ke teluk intan pula.
bas tu pun hanya ada 2 time je. yakni jam 930 am dan 800 pm.

sementara tunggu bas datang, sembang bagai nk rak lagi. tak habis habis pasal boyfriend, pasal kerja.

hidup kembali sunyi bila yana dah naik bas. huhu, tak best langsung. kata dia nk tunggu sampai aku halau baru dia nk balik perak. jahat kau!

langsung aku ke cc, print resume yg beralamat melaka dan surat mintak kerja kt mbmb. hoh, susah betul kt cc tu takde word. ada open doc je. aku terkial kial. selesai bayar rm3 untuk charge penggunaan komputer yg beberapa minit dan print 3 helai, aku terus ke kedai gambar. nk tangkap gambar passport lah konon.

4 keping, rm10. aku nk 8, dia charge aku rm15. okay. snap gambar, 2 kali sebab yg pertama tu cam tak lawa je. tp sebenarnya yg kedua pun tak lawa gak aku tak salahkan muka aku ye tp aku redha je sebab aku tak selesa dengan keadaan kedai tu yg open sangat kt area tangkap gambar tu.

pastu aku memang tak suka kt SA yg lorat dan perasan hensem dan juga perasan cantik jelita.

dia masukkan dlm mesin express tu. tunjuk kt aku okay ke tak. dah tangkap, walaupun macam tak puas hati, aku okay kan je. dia print potong masuk dlm envelope sementara aku belek mana dokumen yg patut aku nk copy dengan charge rm0.50 sekeping. sekali lagi aku redha!

tengah tengah dia photostat, aku terfikir nk tengok camne rupa aku.

masyaAllah, kenapa hodoh sangat ni????? aku pandang cermin, okay je muka aku. aku siap keluarkan bedak aku dan tengok muka melalui cermin bulat yg kecil tu, sekali lagi aku berpuas hati dengan muka aku sendiri.

aku keluarkan wallet dan tengok gambar aku masa aku nk renew licence hari tu. gambar beberapa hari aku mengenakan tudung di kepala. okay jugak walaupun muka aku macam baby kena jaundice!

''kenapa gambar ni lain eh dengan yang ini?'' aku tanya dan suakan sekali dengan gambar lama tu.
''yg ni kaler kuning, yg ni okaylah natural je'' puji hasil tangan dia sendiri.
''tp saya macam tak puas hatilah dengan gambar ni. boleh tak kalau saya tak nak bayar?'' ah mamat tu dah buat muka.
''tapi tadi saya tunjuk kt situ [tunjuk arah mesin express], awak setuju'' defence diri sendiri nampak. tak praktikkan customer always right ke?
''yelah, tp bila dah print kenapa hasil nya sangat huduh???''
''okay jom tangkap gambar baru'' dia pujuk aku.
''takpelah, saya tak nak. saya cancel. saya bayar yg photostat tu je'' tegasku.
''okay'' sambil buang gambar aku dlm bakul sampah dengan muka merah habis walaupun dia gelap dan tak berapa nk hensem, aku nampak warna merah tu.

dan dia pulangkan baki duit aku, macam mencampak. aku memaniskan muka aku lagi dan ucap terima kasih pada SA yg konon cantik padahal mekap tebal. huh, jangankan nak ucap sama sama kerana aku dah untungkan kedai dia rm3.50 harini, senyum pun taknak. takpe aku sabar.

keluar je, sumpah seranah dari mulut aku.

aku bukanlah orang yg pandai sangat dalam photoshop. aku pakai photoscape je. aku pun bukan pandai sangat function kamera besar DSLR, aku pakai camera peminjaman ehsan si kekasih. tp bila aku pandang muka aku sendiri dlm gambar ukuran pasport tu, aku sendiri tak sanggup. lagi pulak gambar tu aku nk jaja pada bakal majikan aku. huh, kalau sebab jerawat timbul, aku tak kisah sangat. tapi yg ini, entahlah, aku pun tak sure kenapa. tp memang aku nampak sangat tak cantik. lari dari kebiasaan yg aku ni photogenik. hahahhaha.

adakah sebab dia pakai camera digital biasa je cap canon?????? camera aku pun canon 3.2mp je pun

aku rindukan zaman yg kurang teknologi dulu dulu yg mana bila nk tangkap gambar kena tunggu lebih kurang beberapa hari. siap dapat negatif so that kalau kehabisan, cuci je. hasil pn memuaskan sebab orang dlu guna camera yg canggih untuk tangkap gambar passport. takde digicam ni.
malah, aku bet banyak je kedai yg bagi masa kt pelanggan bersiap mencantikkan rupa. touch up mana yg patut. tp kedai ni, terbuka dan takde kemudahan tu selain kemudahan SA yg lorat dan sombong nk mampos!

aku rindu kedai gambar kt bandar pusat jengka. hah, bandar koboi tu jugak yg aku rindukan. padahal dulu, i hate to being there! walaupun kemudahan macam tak best sangat, tp mesra alam. kau nk bermekap lama lama dalam tu pun boleh. siap daripada tak pakai eyeliner eye shadow bagai, kau boleh ada masa nk apply foundation, ratakan dan sempurnakan diri kau untuk gambar yg beberapa keping tu. dan melayan setiap karenah kau nk tangkap gambar beberapa kali dengan senyuman. dan kadang kadang suara nakal kami ''baik lah abang ni, sabar je layan kitaorg'' hah, nk buat camne. perasaan gedik membuak buak masa tu.

aku peliklah. kedai skrg tak mementingkan kualiti.

sila lah balik ke zaman kurang teknologi dulu untuk menghasilkan kualiti yg puaskan hati pelanggan dan sila balik ke pepatah pelanggan selalu betul.

ahhh aku tak puas hati kenapa gambar aku buruk gila masa tu??? nk salahkan siapa? muka aku, tukang ambil gambar atau camera cap canon????

aku cakap1: mesti SA yg sombong tu cakap lepas aku keluar kedai dia ''huh, jerawat penuh ada hati nk salahkan kualiti konon!''
aku cakap2: lagi tak puas hati, kertas gambar nipis gila. okay lupa nk bebel kt atas.
aku cakap3: aku publish tanpa check!
aku cakap4: sebenarnya kedai tu okay dulu. tapi dulu cina yg pegang, sekarang melayu. maksudnya???


bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails