:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, February 1, 2012

checklist. bukan checklist barang baby.

hello hello

things to do:

1. survey breastpump beribu kali.

2. standby duit beli feeding bottle & storage bottle.

3. standby duit nk pergi baby expo KLCC dan fikir perlu tak nk amik cuti hari isnin tu. oh ye, fikirkan juga hotel atau nk balik hari.

4. sebelum ke tarikh expo, survey lagi sekali baby stroller & carseat. cheyah kata jaja beli stroller kt expo gak. brand my dear. recommend brand tu sebab ringan dan senang dilipat. tak macam sweet cherry. tengok dalam website, ada 3 roda. [nana, i pun suka 3 roda, i tak tiru u tau].

5. kumpul duit nk beli maternity pillow. hari tu suami dah offer nk share tak beli ng dia bantal tu. apahal aku reject?? sekarang dalam usaha nk pujuk balik. dah mula tido kt atas lantai, atas toto sebab tilam aku tu sakit badan!

6. checklist barang baby yg berlambak tu, kena review balik. barang yg mahal harus dikumpulkan duit.

7. dah kena suruh suami cari tempat org jual kekabu nk buat tilam & bantal baby.

8. dah kena pergi jakel, nagoya, kamdar etc. nk beli kain cotton buat sarung bantal & tilam baby.

9. antenatal class - nak survey kt negeri sembilan & melaka as well. sebab still tak tau nk bersalin kt mana. GH melaka, suami wajib attend class ni. GH kuala pilah pun sama. qila kata kt sana free. melaka tak call lagi. even lambat lagi, dapatkan info supaya bila tiba masanya tak kelam kabut. aku kn teratur orangnya. hew hew hew [so?????????????]

10. 4d scan. tak yah pergi jauh jauh sampai ke KL. melaka sendiri pun ada mey. kt klinik liu & vincent. doc lee tu paed pantai hospital. so best. dah call dah, kt sana tak payah buat appointment, tp kena tunggu turn. first come, first serve. tp kena call, doc ada ke tak.

11. survey dan mencari tukang urut @ bidan. arghhh pening tak tau lagi nk berpantang kt mana. suami kata nk pindah sebelum aku bersalin. dia nk jaga aku katanya. yelah tu kan. hehe.

12. post-natal care - yesss sudah 2 orang recommended brand ni [tanamera]. harga pasaran rm360 lebih kurang. kena cari yg paling murah. harharhar. dan survey jugak brand lain, nona roguy, mustika ratu etc.

13. nk call wak timah. mak kata wak ada tungku batu ke besi tah. mak dulu pun pinjam wak punya. so nk tanya wak, wak ada lagi tak simpan tu. hehe.

14. nk call kak ijan. mbah endon buat lagi tak jamu yg dia biasa makan tu. kalau ada, doa sangat sangat embah boleh buatkan untuk aku. tp embah larat lagi ke?

15. nk cari buku resipi 40 hari berpantang ke apa tah nama dia. so since suami kata dia nk jaga aku, kena belikan buku tu untuk dia. kira hadiah untuk suami. wakakakakkakaka.

16. google susuibu.com cari info pasal breastfeeding disamping bertanya pada idola [kak ijan] dan idola no. 2 [nabila]. dan juga idola idola lain [mak aku, makcik makcik aku]

17. tanya kak ijan, cheyah, jaja. dulu dorang berpantang guna bekung yg moden ke tradisional yg sarat barat tu? kalau tradisional, dorang dapat kt mana. kalau boleh pinjam je. kami kan sayang menyayangi. mak dulu ada, tp dia lupa nk bawak dari kampung. mak punya tu panjang gila. ingat lagi, effort buat sorang sorang ikat kt tiang rumah, pastu pusing pusing sendiri...hew hew...

18. minggu lepas suami dah buatkan air yassin dari masjid. macam dah kena minum tiap tiap pagi dgn niat dipermudahkan urusan kami sehari-hari. air selusuh pun boleh guna air yassin. dengan niat, dipermudahkan urusan bersalin nanti. tu nanti boleh buat. uruskan dulu perkara sebelum nk bersalin ni.

19. bila nk start makan kurma & kismis balik???????????????????

20. bila nk start minum susu yg terbaik??? kata nk breastfeed baby, tp sendiri tak minum susu.....setakat pil calci-yuuuuummmm tu tak cukup rasanya. [pil tu sedap sangat tu yg letak yuuuuuummmmmmm. wahahahah. bila sedawa bau pelik. yaks]


okay cukup 20 perkara checklist aku. kena copy masuk excel, masuk dlm diary. macam nk kawin dulu dulu. =)

7 comments:

~ NANA ~ said...

hahahaha...siap mention tu x tiru...wehhh i weekend ni nk stat DIY maternity pillow...cost brp la sgt drp beli beratus tu...hahaha

e.t.t.y said...

ala...nk diy ke? nk jugak...anta kt i dia punya lukisan pattern ye. apa tah nama tu, pola jahitan kot. haha.

Lyena Vee said...

etty, tanamera ok eh? i pon xtau nk pakai post natal care ape neyh. eh, u tido atas toto, tak sakit pinggang ker?

e.t.t.y said...

vee - tak tau lah, tp kawan suggest yg tu. kena survey dulu lagi banyak banyak. mungkin makan jamu homemade je. tido atas toto 2 lapis. sebab tilam tu lagi tambah sakit badan. tido atas toto tp kena letak byk bantal kecik. hehe.

Lyena Vee said...

hehe. u praktis jadi baby dulu ek, tido ngan bantal2 kecik :p

Aty Fared said...

tetibe rase macam saye nyer list pon sepanjang ni..nak kene cek balik nih..:)

Ayda Adenan said...

hi babe. yes, u shud buy the pregnancy pillow. all worth. it helps. trust me. :)

if u have time, baca la my link ni regarding the pillow:

http://aydaadenan.blogspot.com/2012/02/magic-pillow.html

;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails