:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, January 14, 2013

Umar raihan kena demam campak!

Salam semua!

Belum pun aku sempat update pasal umar raihan kena sakit mata sampai 1 keluarga infected, dia kena demam campak pulak.

Ingatkan ciken pox. Tp bila pergi klinik, doktor cakap measles je. Campak lah tu. Roger suami yg masa tu tengah kerja overtime, cepat cepat dia roger ayah mertua. Apa lg, atuk pun gegas cari daun semambu, kaitkan kelapa muda. Bg tips itu, tips ini. Heh untung umar ada atuk yg penyayang kan. Dah besar kang, jangan lupa nk berjasa pd atuk tau nak!

Sebenarnya macam kalut gak umar asyik sakit ni. Yelah isnin lepas baru naik kerja selepas mc seminggu sakit mata. Then khamis nursery call cakap badan umar panas plus muntah muntah. Bawak g clinic muntah lg macam air terjun. Doktor bg mc. Consider half day lah kan. Then jumaat el sebab nak pantau umar kot2 dia cirit birit. Tapi alhamdulillah xde. Then sabtu naik campak. Ahad sms bos bgtau nk ambik cuti isnin. Nasib baik dapat bos yg memahami.

Actually when it comes to work matter, hati susah sangat. Yelah aku kontrak kt sini. Tahun ni renew. Yg tentukan samada aku cont kontrak of kos la bos aku kn. Kalau dah selalu el, cuti acane?

Tapi selalu aku fikir rezeki kat kuasa Allah. Anggap je ni dugaan kecil.

Ada anak memang cmni lah dugaan dia.

Kena ingat, anak pun pembawa rezeki.

Fikirkan balik, aku mengandungkan umar raihan, aku dapat kerja ni. Rezeki anak kan. Ditakdirkan bukan kt sini rezeki aku, maybe tempat lain.

Dan bila ada org cakap sakit ni datang dari nursery, sedikit sebanyak aku pun kecewa. Yelah bila adik aku jaga, elok je dia sihat. Masuk je nurrgery macm2 dapat!

Tapi fikir positif. Sooner or later anak anak akan tetap kena. Bukan kt taska, kat sekolah nanti mesti kena. Untungnya sakit masa baby ni, mungkin ada malaikat yang melindungi dia. Umar masa sakit mata, tak pernah menangis! Kalau korang pernah sakit mata, tau lah macam mana sakit tu kn. Yg besar pun x tahan, ini kn pulak anak kecil. Aku hanya mampu bersyukur diduga anak sakit masa ni.

Bersakit sakit dahulu, sihat kemudian.
Bersusah susah dahulu, bersenang kemudian.

Umar bukan nk sangat kt ayah dia. Ada je suami aku cakap tinggalkn anak kt rumah, dia jaga. Tapi suruh jaga 5minit pun umar menangis. So siapa lg kena berkorban kan kalau bukan mama. Memang betul syurga di telapak kaki bonda!

Aku harap bos aku faham. Sebab dia pun seorg bapa! Tapi kalau x faham pun xpe. Hidup ni bukan kita boleh predict. Masa bujang bley la jadi pekerja contoh attendance 100%. Dah bekeluarga karang, ada anak kecik x dapat lah nk aim cmtu lg.

Bg aku, anak adalah priority sekarang! Priority yg mutlak!






posted from Bloggeroid

9 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

betull kecik2 sakit ni dilindungi malaikat, insyaallah dia besar sihal walafiat. dah susut lah pipi dia

Unknown said...

Budak kecik kalau sakit tak tau nak kasi tau mak ayah dia..tau2 ja dah sakit..

I percaya juga anak tu pembawa rezki..tak pe..bos tu paham punya..dia pun mungkin ada anak kan??

Get well soon Umar...

ctmah said...

get well soon umar.
Insya Allah, hopefully your bos faham =)

Unknown said...

cepat2 baik ye Umar Raihan...

fifi said...

Sian dia.get well soon..

Aty Fared said...

haaii..ni lah salah satu yang aty isaukan...
cepat sembuh yer umar raihan...

Julia Johari said...

anak adalah priority sekarang! Priority yg mutlak! Sungguh! I pun setuju dear..moga umar cepat sembuh

bylindakitchen said...

sayu plak baca..sabar yer etty..
anak pembawa rezeki....bila dia sakit..kita berlipat kali ganda lagie sakitnya...

Unknown said...

yup etty..think +ve:)
Iman pn hr tu dh kne campak.i yg jga bkn anta nursery.so mmg btl ckp u,sooner or later akn tetap kte hadapi jgk.so bertabah etty!
Jgn risau2 sgt ok mommy umar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails