assalamualaikum
hari sabtu aku pergi office kejap. sempena nk buat amalan 5s kt office tu, aku pun rajinkan diri kemas office pada hari sabtu. gila kentang aku rajin kan...kemain tau semangat. pujuk suami suh dia jaga anak half day. budak budak ni suh je aku bawak umar. tp kang, umar tah ke mana, 5s tah kemana. so biarlah mama enjoy je saturday at office sorang sorang.
sebelum ke office, aku semangat buatkan lempeng pisang. omputih kata pancake. haha.
pun aku sediakan half boiled egg 2 biji untuk suami. motip kan. kakakakaka. sebenarnya tanda terima kasih sebab dia bagi aku merempit dengan kereta dia. sebab kereta aku takde minyak. aku isi minyak seminggu rm50 je uols. tepat hari jumaat, milaege aku dah genap 300km. dan pada hari jumaat jugalah, fuel bar tu tinggal 1 bar yg kecik tu je. aku ni, mana reti nk isi minyak. so apa apa jadi kang, meraung tak berlagu aku. haha panggillah aku loser tak reti isi minyak pun takpe. sebab aku malas. aku ada laki nk tolong isikan. aku pun ada ramai staff kt shell tu boleh tolong. tu pasal kalau terdesak, aku pergi shell. jangan haraplah aku nk pergi petronas. kui kui kui kui....
kt office, aku call laki aku. sebab dia tak call aku. so aku ingat semuanya okay je kan. then suami aku cakap, cepatlah balik. ni anak tak makan lagi, td breakfast dia muntah. aku macam alahai kenapa muntah ni. tak sedap ke pancake mama buat...
okay aku balik.
sampai rumah, anak aku belum makan lagi sebab adik aku cakap ''haaa dah balik pun...lega''...ayat lega sebab tak payah suapkan anak aku lah tu.
aku masuk bilik. tengok laki aku tengah mengemas katil. dia cakap umar baru lepas muntah. habis cadar. aikkk..macam teruk je muntah dia tu...dalam penat penat balik kerja tu, aku kerjakan jugak cadar tu sampai selesai. eh macam tak selari je dengan cerita sebenar. laki aku kot yg betulkan cadar tu. kakakakakak...okay next.
aku susukan umar sampai dia tido. aku pun tido sekali.
dia bangun, aku suap dia makan. tp dia mcm tak mau makan sangat. then suka buat macam tersedak tau. sebelum ni okay je makan even bubur tu tak blend pun.
malam pun sama tak berapa nk makan.
siap jerit jerit ni...
tido.
dalam pukul 2, dia bangun. macam biasalah sumbat nenen terus tido. tpi beberapa minit lepas tu, dia nangis lagi. then sebab sebelum tu dah bagi kiri, dia tak mau. dia nk kanan. bila aku alihkan je kt kanan, bluweeeeeeeeeeeeeeeeekkkk..dia muntah....terus aku sepak laki aku suh dia bangun. hahah kejam kan cara kejut laki. sepak terus. sebab gelabah kan. ampun bang!!
dah lap lap badan. aku kedepan amik ubat kembung ng ubat muntah.
bagi dia makan ubat.
tak sampai 5 minit aku suap ubat, dia muntah lagi. macam ayak terjunnnnnnn.....kemain melimpah ruah.
habis cadar baru yg baru diganti petang tadi.
lepas dia muntah tu, dia terus tido. tak menangis tak apa. mata terpejam. ala ala diluar kawalan gitu. aku dah urut perut dia dengan minyak yuyi, aku kedepan bancuh ubat smecta pulak. ubat yg untuk muntah muntah tu. aku sumbat dalam 4ml. alhamdulillah, tak muntah lagi pastu.
esoknya pun tak muntah muntah. cuma takde seleras makan.
dalam hati fikir, ada ulser ke kt tekak dia. sebab teringat kt group gojes tu, ciknaa cakap afiq ada ulser. tp menyusu okay je kan. cuma makan je tak nak. even aku bagi dia biskut pun dia main acah acah je. demam pun tak.
hari isnin, aku pesan kt ticer. kalau muntah cepat cepat call aku. mula mula ticer kata macam tak boleh hantar umar ke taska sebab muntah muntah ni pembawakan viral. tp aku cakap dia muntah sabtu sekali dua je lepas makan lempeng. takdelah muntah berpanjangan kan.
alhamdulilah, hari tu takde call dari taska suh amik umar ke apa...
sampai harini takde muntah lagi.
selera makan pun dah naik balik. siap ticer kata tak cukup bekalan. suh tambah lagi makanan belah petang. siap umar raihan pow awek dia si sara tu punye makanan. eiiii tak aluuuu lah iyeee ni.....
so harini, aku buat breakfast oat + yogurt + mango fresh, lunch bubur + sup salmon, high tea oat + mango fresh. hahahahah..gigihnye siapkan tu semua pagi pagi...
6 comments:
afiq kene malam tu dia mmg taknak susu langsung.almost 18jam etty.. bawak pg klinik terus doc ckp kene ulser.penuh dlm tekak dia..lepas 2hari baru nk mkn & susu cam biasa.klu tak asik menjerit je bl nk telan mknn or susu.. tp VCO terbaikk..lepas ciknaa pancutkan kt tekak dia, dia cam lega. bleh minum..
makan lempeng berangin ke ek perut dia.. takpe alah asalkan dia dah sihat, selera lagi makan pastu ye
umar tak tahan pisang kot etty..hannah pun ade muntah2 hari tu..sampai muntah keluar air jer..pagi tu anis bagi die oat+kiwi..selalu ok jer..rupenye kiwi tu masam sangat..anis lupa nak rase..sebab selalu manis jer..mintak air penawar salah makan baru lah ok..huhu
ahhh rajinnye u...hihi!
u gune rolled oat ke etty?
nasib baik la kejap aje.
tp umar cool lah..muntah,pastu tdo smula ek.good boy =)
cian umar yer..
Alhamdullillah selera makan dah ade balik..
=)
alahai sian umar..alhamdulillah dah sihat balik.
Post a Comment