huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....kenapa kena kerja harini? kenapa cepat sangat masa berlalu? kenapa cepat sangat dah seminggu raya????
boring. maka, mari update blog.
aku start cuti ritu hari rabu. pagi rabu, siapkan bahan nk buat rendang tok mak aku. mak aku kerja hari tu. half day. so sebelum aku berangkat ke tampin, adalah baiknya kalau aku melengah lengahkan masa sementara nk tunggu suami aku datang amik aku. dia dah datang tampin awal sebab nk kemas rumah. bergotong royong lah aku dengan umar raihan. aku kupas bawang semua. nasib baik dia tak kacau. umpan makan biskut.
mak dah balik, salam salam chow. sampai tampin dalam pukul 3 camtu. terus tolong apa yg patut. masa tu semua tengah masak buat serunding daging. kt rumah tampin ni, takde rendang ayam tu semua. deme yg wajib, nasi impit, lemang [beli], rendang maman, rendang pucuk ubi dan serunding. kuah kacang kang malam raya tu MIL aku masak.
hari raya pertama-khamis
pagi raya bangun kul 6.30 am. mandi sunat aidilfitri, mandikan umar sunat aidilfitri jugak. pastu siap siap. suami pun siap siap nk pergi solat sunat kt masjid. tinggallah aku dua beranak kt rumah tunggu orang balik solat.
kebosanan takde kawan. ate tinggal berdua je dengan mama kan. suap roti time ni. jenuh lah nk habiskan roti tu....time ni makan pun main main.
ate lama sangat tunggu semua orang balik, tunggu ayah dia lagi melawat kubur arwah ibu, tertido terus ini budak. lagipun pagi tadi, dia bangun awal kan. memang time tido dia lah ni.
disebabkan dia tido, ni lah dia family potrait kami tahun ni. kalau korang scroll bawah entry ucapan selamat hari raya aku, hat tu tahun lepas punya potrait. umar tido jugak. mmmmm aptb!
okaylah okaylah. ni haa gambar raya paling cun dari kami sekeluarga. umar dah bangun. yeay....tema purple yg pelbagai tona. lantak situ asalkan purple kan. lagipun kalau semua pakai kain sepapan tu mcm tak best je. nk ke laki aku pakai satin tu? hahahahahahhahaha. so kita as a queen of the family ni, kita tentukan warna je. tona warna terpulang masing masing.
hari pertama ni pergi beraya beberapa rumah ni. tu pun dah flat.
hari raya kedua-jumaat
balik melaka...yahooooooooooooooooooooooooo!!!!gi beraya kt tengkera & jasin. pastu balik umah tido. hahahah..dasarrrrrrr.....
tema warna pada harini adalah turqoise. anak dengan bapak, pakai baju belang belang, tp ada unsur turqoise gak. so kalau dorang pakai baju ni lagi, aku boleh pakai purple jugak. sebab baju ni colorful. hahah. mula mula beli baju umar raihan tu kt manjaku. tp esoknya, kt parkson berialah suami aku tunjuk baju ni sama dengan umar lah. nk beli tak?? disebabkan bukan pakai duit aku, aku pun cakap, haa beli beli....so berbelang lah mereka anak beranak.
baju aku tu pulak, dari bandung. lama kot beli. tapi baru tempah. tu gara gara atkins baju tu gedobossss...actually dah tak baju raya sebab pernah pakai masa wedding cousin kt perak hari tu. tp tak show off. hehe. so ni kali kedua pakai baju kebaya tu. dulu siap pakai dengan corset. sekarang longgar dah. tp tak fit lah kan...tak cun.
anak dan bapak. ahhh tengok muka umar time ni, rindunyeee kt diaaaa.....
hari raya ketiga-sabtu
balik tampin balik. sebab adik adik aku dah ke terengganu hantar cousin kawin. lagipun dah takde tempat nk beraya. so balik tampin, sambung raya memana.
third day outfit, aku pakai kuning, kain merah. so anak dan bapak guna yg berunsur merah.
dah sampai tampin, ayah mertua ajak beraya melaka balik. kakakakakakakakak...so pergi jelah kan. boleh collect duit raya umar. eh terpesong lak niat beraya tu. kakaka. tp penat kot g patah balik melaka balik. pergi rumah makcik. pastu malam pulak ke masjid tanah. walaupun penat gila kt masjid tanah tu, tp best sebab semua orang dapat duit raya. dengan FIL, MIL dapat duit raya tau. tu rumah bff ayah. duit rayaku yg pertama...semua orang beronok ronok malam tu. hahaha
hoi lengan ke kayu balak tu????????????
ni ha. baju ni jenis fishtail tu. murah je u ols. sepasang rm70 kt melaka mall.
hari raya keempat-ahad
plan nk ke muar. singgah jumpa nona dulu. nona ni kawan gojes blogger. kenal dah lama dah. dari zaman gelap lagi. haha. since dia kata kampugn dia kt melaka, aku pn roger lah nk beraya. dia suruh datang tengahari tapi tak dan lah kan..datang minum, sembang balik sebab kejar masa nk pergi muar tu....sempatlah kan jumpa dari tak jumpa langsung....nanti kita jumpa lagi eh nona & afeef. tp make sure time tu korang mandi tauuuuuuuuuuuuuuuu....!!!
outfit pada hari raya keempat adalah oren. tu baju aku tahun lepas. disebabkan tu baju nursing, pakai pun berapa kali je, plus cotton mahal - nk jugak bagitau. so aku jaga betul betul. takdelah malu kan nk pakai banyak kali di hari raya. tudung tu lah yg aku mencirit cari kt mydin berapa kali. jumpa jugak. halfmoon biasa je uols. dah aku pakai baju tahun lepas, agak agak lah kalau nk pakai tudung tahun lepas gak. tu yg sampai cirit aku cari tudung raya. kahkahkahkahkahkah...
ni rumah yg kt muar tu. cantik kan. aku suka rumah gini...
suami aku pun outfit oren jugak. kotak kotak macam umar raihan. gigih lah cari yg senada sama warnanya dengan umar. last last jumpa jugak. mama tak payah beria cari. pusing pusing je dah jumpa. sebijik lak tu. nanti lah kalau ktorg pakai sama sama kotak ni, baru tunjuk.
isnin selasa tak beraya sangat. adalah ke rembau rumah officemates suami. lepas tu selasa, suami pergi basuh rumah dengan abang ipar. dan balik melaka. rabu cuti lagi. dah khamis harini, aku dah masuk kerja. aku bosan. tu yg nk taip blog pun macam malas gila....
okaylah. bye.
tah pape penutup. kakakakakakakakak
15 comments:
kemain tau raya mak etty. belilit2 shawl bagai. btw, cantek sgt!
Kemain beraya.asik sedondon berondon...makin cantik,makin kurus.so umar dah leh da nk ade adik.ehhhh.hahaha
lawa wooo mama umar raihan ni...ish nk atkins jugaks la...mampu ke ek??huhu
veelara - penat penat haku kurus, nk suruh haku boyot lagi?????????????????? hahahahh....
mimah - mimah fully bf lagi kan. kang takut susu drop....
wawa - kelas kan..sampai terbelit leher iols tauuu
udah2 ler tu atkins...jgn buat i jeles boleh tak? hahaha
slmt hari raya maaf zahir batin mak etty
selamat hari raya mak etty!
lengan gebus la ok mak etty. nak pangku kepala anak pun dah rasa lenguh semacam taw..so lengan mmg kena gebus..erkss
Berjalan sakan yer umar jalan raya..banyak lah dpt duit raya ye dakk...hehe
hahahaha,anak aku pon tido.mcm tu lah beraya ngan anak.kalu ada pic elok pon,pandang tempat lain.xnk pandang kamera.sadis tol.
Selamat Hari Raya Etty! Cantik kurung nursing tu,,daku sampai lani xdak kurung nursing..
Selamat hari raya mak etty..
aku xtahan btl smpi cirit cr tudung raya.xpernah aku dgr.hoverr tau ko:p
memang berjaya atkins ye..longgar kebaya tu..tahniah!!kekeke
wahh meriahnya raya
selamat hari raya umar..selamat hari raya mak etty, maaf zahir batin 0-0 yer ^_^
etty... update blog plz..
dah naik hafal sume ayat dlm entry ni...
oh ya.. i nak ucapkan selamat belated raya untuk u, umar n husband u.bila nak mai kl?
Hahaha choii sangat penggosip ko mak etty... aku ni ha baru bace entry raye ko. Huwarghhh
Hahaha choii sangat penggosip ko mak etty... aku ni ha baru bace entry raye ko. Huwarghhh
Post a Comment