25hb ritu...yeay berjaya ku pujuk pujuk suamiku yg hensem turun KL. buat planning baik punyeee. pas turun KL, overnight KL, esok naik cameron helen pulak. alhamdulillah, semua planning tu menjadi. hebat jugak skill pujuk memujuk aku ni kan. visit my ig untuk mengetahui rahsianya. bahahahahahhaah...bengong!
aku sampai awal gila kot. aku ingat dah ramai. eh tentative kata kul 4.30 pm baru start. aku sampai 3.30 kot. haha. heaven kot dari melaka elok tak jam. kebetulan sebelum tu, liza dah lukis map ''paling cantik'' untuk menyenangkan semua orang. yelah dah kata paling cantik kan, for sure lah aku faham. telek punya telek, oh sini rupanya...seingat aku, aku pernah bawak melinda binti etty (haha kucing aku lah) kt vet area situ (masa aku dok KL satu masa dulu). so kacang mak labu lah aku ke sana kan. tu yg jadi guest no.1 tu.
tp mintak maaf lah pada tuan rumah. walaupun aku sampai awal, takde pun aku tolong korang. dok heboh dengan si botak aku tu. ya ampun aktif dia. padahal belum tido tu dari pagi tadi...dia bangun awal tau. kul 6.30am. bayangkan, nap pun tidakkk...manalah dia dapat tenaga tambahan tu ekkk...
okaylah, aku tak suka entry panjang berjela.
ni birthday berenam. baby december. ada yg sambut setahun, ada yg dua tahun. rayyan anak fariza, sofiyya anak haliza, zain anak hidayah haa ni geng setahun. geng dua tahun, ammar anak ika, iman anak yumie dan shasha anak kak linda. best buat camni. sebab boleh kongsi idea, kongsi budget. guest pun, orang yg sama. contoh mcm aku ni, org jauh kan. pergi sekali harung. nk pergi tiap minggu memang tak laaa....so aku memang menyokong sapa nk buat birthday party beramai ramai ni. insyaAllah kalau diajak lagi, aku datang.
candy buffet
ada macam macam makanan sedap. tp kenapa aku tak makan semuanya??????????? sebab aku penat kejar anak aku.....sobsss....sampai hati mu anak...tak habis habis aku teguk air je. sudahnya aku kenyang air. dah lepas majlis sana sini cakap yg tu sedap yg ni sedap. ciskek anis sedap. uwahhh menangis dalam hujan lah aku kan.
rainbow bread pudding ni aku buatkan. walaupun host kata tak payah susah susah, aku susahkan diri aku gak. takpe, demimu kawan kawan ku...gigih aku cari pewarna makanan ni tau. gigih jugak aku hapal balik formula warna pelangi. (maikel jeksen kata hidup bujang itu untung). hahaha.
aku bawak dua bekas. tp sayangnya, bekas pertama yg cukup warna pelangi tu, terlembik sangat. fragile sangat. terketau ketau tangan yumie masa dia potong tu. bekas kedua, main taram je warna tu. tp yg tu tekstur dia keras sket. sorry ye kengkawan kalau tak sedap & tak cantik.
ni rainbow biscuit. kak my sponsor. aku siap cakap, simpankan untuk aku. sudahnye aku kudap gitu gitu je. pfffttt.....sedihnye kenang balik tak makan semua tu....sobsss...
cake cutting session
pun cite sedih gak. aku cuit cuit gitu je kek ni. padahal aku nak kot kek rainbow tu ku telan banyak banyak.
kek no.1 ni, choc moist. seingat aku lah, masa aku cuit tu, sedapppppp.....aku suka...walaupun nana kata manis sangat. sebab aku mintak dia punya portion. tp bg aku sedapppp...ke sedap sebab share ng nana??? olohhh olohhh
kek no.2, rainbow. padahal masa yumie potong, dia dah bagi kt aku satu mangkuk. tp boleh lak aku letak atas meja sebab kejarkan umar raihan. sudahnya memang tak makan lah aku...
ni lah anak anak yg menyambut birthday tu. comelkan memasing. iyela iyelah, mak mak pun comel gakkk...
dari kiri cepat jalan!!! shasha, iman, ammar - zain, sofiyya, rayyan
pertemuan ahli gojes
ada yg pertama kali jumpa, ada yg dua kali jumpa. semua best best. yg mana aku tak tegur tu, minta maaflah ye. bukan sombong tp ko tengok je aku gini, tp segan kot nk tegur, pergi meja yg aku tak kenal ''ni siapa ek?''...haha aku ni siyes pemalu. baik ko caya cakap aku! (kenyit mata)
mcm tuan rumah berenam tu, first time jugak jumpa. tp disebabkan dalam geng kedok, dah rupa kawan dari tadika.
geng kedok lain, dalam kemain ko bising mulut ko kan. depan aku, sengappppp aje. ctmah lettew. menyampah aku. dok tersipu sipu pandang aku...hahaha. airenz pun maybe afkar demam, so tak banyak bercakap dengan dia. ros pun sama!!! menyampah kemain pemalu sakan!!! nurul okay. micha okay. sampai sampai je terus aku jerit hai che ta...eh silap...hai pokok krismas bergerak! kui kui kui.
macam kak my, lyana, nana, ni second time jumpa. so dah okay.
dengan nana ni, dah biasa dah. dia gemuk ke apa, cun jugak mung mekkk....
rara. pun dah jumpa kali kedua. dah biasa dah dengan dia. carut carut dengan dia pun, dia takde hal....dia sayang aku dah...hahaha. ika, tuan rumah busy, so tak sempat nk jemah sangat.
* kaki aku yg korang tengok??? ampeh.
ni gambar ramai ramai. menyesal pulak tak duduk depan depan. dah nampak kuduttt je aku kt situ. masa ni umar raihan behave lagi. tu pun kemain ketat aku peluk dia.
pastu dah hilang si botak aku. main kt belakang. hahahahahahahha....adoyai.
aku tak kisah dia aktif. masalahnya, dia nk keluar dewan tu. nk pergi belakang dewan, nk main air hujan, nk main becak. tu yg aku ng ayah dia gilir gilir pegang. tp bijak gak, dengan aku dia tak mau. bahahahaha..tu yg laki aku jeles. ''nah pegang anak, kasi i pulak nk bersosial''. haha.
sebagai penutup, aku gembira attend party ni. insyaAllah untuk party bulan january kang, aku datang. tak jemput aku sentap --> to whom it may concern. haha
cuma kawan kawan yg aku ingatkan dorang datang, tp tak datang jugak. macam mimi & rafif. kemain rapat ng dia, tp belum sempat jumpa lagi. asmiza, aku nk jumpa dia ng ammar, pun tak datang gak. nona, mana kau senah??? nadt, hari tu ko cakap ko nk datang...dyll (kang tak sebut, dia marah aku). haha. dyll datanglah melaka!! intan norazam datang tau. sempat aku lambai dia kt jamban. tp masa aku balik, dia kt masjid. tu lah kan, bila Allah dah tetapkan, dekat camne pun, kalau takde rezeki nk jumpa, memang takkan jumpa. padahal satu tempat je pun.
okaylah tu je.
hadiah tak sempat nk snap. aku bagi sama rata. aku bagi anak anak aku ni, set iqra'. semoga bermanfaat untuk diamalkan. semoga acik pun dapat saham akhirat.
selamat hari lahir anak-anak semua. acik doakan kalian semua membesar dengan sihat dan bijak. menjadi anak yg soleh dan solehah dan semestinya menyangkan hati semua orang...ameeenn....
untuk tuan rumah, terima kasih kerana menghidangkan makanan yg lazat (aku percaya walaupun tak rasa semuanya). terima kasih goodies yg banyak. stok makanan aku lah tu.
dan credit untuk tuan punya gambar. aku amik kt group gojes je. gambar kt hp laki aku semua crack. dengki ng aku yg kurus ni lettew...
bye...
jumpa lagi nanti ye...
13 comments:
Ety comel jugak cam nana. Nnt kita borak yer
ko dlam ilmiah entry terselit lawak ko eh..hahaha..nanti besday jan nak hadiah iqra gak tau
etty berdiri mcm org nk nyanyi nasyid.geng caruts ko kata.hahahaha.
hi etty.. 1st time join gejes gether ni.. mmg best.. tak kenal pun masing2 buat kenal dan ramah... lama2 jadi rapat la kan... happy to know u dear.
tq etty hadiah n sudi dtg dr melaka..kt melaka kita x jumpa,jumpa kt KL jugaa kennn...hahahha...nanti den nak ajor SB IQRA..tq tau!!
Mak Etty... tq sbb dtg dr jauh...trsipu2 aku jmp ko Etty...smp kelu lidah nk brbicara...muahahaha.. Next time jmp aku ramah2 ngn ko ek... Tq adiah Iqra' tue..
hawau etty.ko kte aku ketaq??eh tp mmg ketaq pn aku nk potong.lembut sgt puding tu mcm tuan die.prffftt:P
bahahaha
btw, thanks sgt2 etty utk iqra' tu.aku suke.insyaallah berguna utk iman.
Etty tkde amik gmbr ber2 kan.
Uikss..aku da bgtau la kat event post tu tak jadik datang sebab saif batuk n selsema teruk. Ramai gak yang ternanti2kan aku ye. Tetiba rasa femes jap.ngeheheh..next time takde aral InsyaAllah. Aku nak datng umahmu pun xsempat2 wei.
oit makcik..1st time aku tgk ko je aku dah tepok belakang ko..ko tak perasan letuw..tampo nak?
nyway aku tak saba nk pi melaka nak perhabis ikan asam pedasmu!!!!
Aikkk kita pun kena... Hahahha..malu malu kucing jer. Mak etty cntik sgt... Nnt march kita lola lola..hahhahah :p
Weweeettt! Ok aku tktau nk komen ape...kriikkkk...hahaha
MAaap lew Etty..daku nak pergi tapi sebab laki iols keje petang memang tak dapek lee..insyaallah next time kita jumpa lagik yee
Post a Comment