:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, March 17, 2014

resepi asam pedas melaka

assalamualaikum



ramai mintak resepi asam pedas.  ala korang ni, malu lah aku kan.  asam pedas je pun.  berlambak resepi.  tapi takpelah, kang kalau ada mintak lagi, aku suh je tengok kt blog.  jarang kan aku post entry masak masak.  bukan apa, tak reti nk buat presentation bagai.  aku ni, rasa boleh tahan.  cuma presentation tu out.  segan.  kadang aci redah je tangkap gambar.  takdelah nk selit selit letak memacam kasi cun.  cun pun kalau tak sedap buat apa kannnnn....

ni resepi asam pedas melaka.  cara aku.  cara orang melaka lain, g tanya orang melaka lain.  haha.  aku dapat ni dari makcik suami aku.  makcik tu duduk kt lubok china.  sempadan melaka-rembau.  even mak aku buat sedap, tp makcik tu buat kena dengan tekak aku.  FIL aku punya beria puji makcik ni punya asam pedas.  apa rahsia tanya dia.  makcik tu jawab alaaahaiii sonang yo.  bawang merah dengan cili je.  haaaa tu je????  mak aku letak memacam kot.  halia, bawang putih.  oh no wonder mak punya asam pedas sedap gak.  kekekekekekekek...aku???  of kos lah amik yg paling mudah.  halia kt umah tu medang je kecutnyee...nk tunggu gebu, memang tah bila nk masak asam pedas.

sejujurnya, aku start tau masak ni sejak berumahtangga sendiri.  masa duduk dengan mak, tolong kacau kuah je.  tp kalau suami dah cakap sedap, dan asyik request je, tu tandanya apa kawan kawan????????????????????????????????????????????????????????????????  haaaa nampak tak banyak tanda soal.  kekekekekekek


okaylah marilah berbalik pada perkara di atas.

resepi
  •  ikan tenggiri
  • ikan kembung - seeloknya cari yg fresh sebab tak lembik.  pejal body dia.  eh body katanya.
  • ikan parang - memang banyak tulang, tp feel i told u senah!
  • ikan apa apa jelah yg ada stok kt rumah korang tu.

bahan blender

  • bawang putih - untuk 4 ketul ikan aku selalu letak 6-7 ketul bawang merah.  blend halus
  • cili giling

bahan penyedap - kalau takde pun confirm sedap punya

  • serai 2 batang - pok iye.  =)
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • daun kari
  • daun limau purut

bahan kering

  • serbuk kari
  • lada hitam
  • belacan - tak boleh makan belacan, tak payah letak
yang ni, nak ada pun boleh, takde pun boleh. 

paling penting

  • air asam jawa - segenggam mungkin.  agak agak jelah.  aku pakai yg asam jawa ada biji tu.  tak penah pakai yg instant.

cara-cara

  1. panaskan minyak.  agak agaklah banyak mana
  2. masukkan bawang blend tu.  tumis sampai naik bau, sampai masak lah kiranya kan.  
  3. masukkan bahan penyedap tu.  kalau ada semua benda, masuk semua.  kalau takde, pun takpe
  4. masukkan bahan kering yg korang pilih nk masukkan tu.  kalau aku, memang masuk serbuk kari dan lada hitam sket.  baru umphhh
  5. agak dah bau sedap, masukkan cili giling.  
  6. tumis lagi sampai agak cili dah masak
  7. masukkan air asam jawa.   okay yang ni, awal awal je mesti pekat. agak-agak lah nk pekat dan masam macam mana.  lepas tu, tambah lagi.  bila perahan yg kedua, air dah tak masam sangat.  cuma nk tambah kuah je.  
  8. masukkan ikan yang dipilih tu.
  9. kalau ada terung ke, masukkan. tp kalau pilih tomato, masukkan hujung hujung.
  10. kecikkan api, masak lama sikit untuk dapatkan kuah yg pekat.  
  11. letak lah garam dan gula untuk seimbangkan rasa.

okay faham dokkk???

kalau tak sedap mana, jangan down.  try again. 


okay, next aku bagi resepi negeri melaka gak.  ala ala asam pedas.  tp bukan.  masak lada nama dia. tu memang aku suka.  tp sebab suami tak pernah makan sepanjang hidup dia, dia tak berapa nk adapt lagi. 

okay korang.  good luck.


5 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, hehee tak pernah buh serbuk kari dengan lada hitam. yang lain tu biasa letak. nanti nak try la. suami sheila suka sangat asam pedas ikan patin. hiewhiew. singgah sambil menabung sini ~~~

erin said...

hi kak,musti sedap kak asam pedas akak, sy xmo buat, nk dtg umah akak ngapp terus je boleh??

Mimy Hamid said...

i love u mak etty..nak ikat perut somi ku

Mrs Najib said...

Bahan penyedap xpernah guna plak, boleh cuba nie selalu guna yg segera jea..huhu xreti masak cik abe dh suruh buat asam pedas ikan dia beli tp duk pk2 lg..

Cik Puan Rara said...

huaaaa laparrr trus rasaaaa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails