:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, March 19, 2014

resepi kek pisang moist, mudah, sedap dari etty

assalamualaikum

 
semalam aku buat kek pisang.  sebab teringatkan ada pisang berangan dah ranum kt dapur tu.  alkisahnya, aku teringin nk menggoreng pisang hari ahad hari tu.  gigihlah laki aku cari pisang muda nk goreng.  tp tak jumpa.  jumpa pisang berangan separuh ranum.  malam tu jugak aku goreng.  hehe, hormon kan.  nk buat camneeee...

esoknya, ingat nk goreng lagi.  tp suami cakap, dah ranum sgt ni.  tak sedap kalau goreng.  makan je lah pisang ni.

tapi semalam kt office, aku rasa lapar gile.  sebab tak makan tengahari kot.  biasalah, kalau dah lapar, semua benda nampak sedap kan.  jadinya time time tu lah teringat bestnya kalau bawak pisang kt rumah g office. boleh makan.  tapi tetiba tingggg!!!  buat kek pisang lah.  

google punya google.  aku jumpa resepi ni.  http://aziejaya.blogspot.com/2013/09/kek-pisang-yang-sangat-lembab.html

sekali tengok je link tu terus mcm eh best je resepi ni.   semua bahan ada kt rumah.  aku pun sependapat dengan azie ni, resepi ni mudah sebab guna cawan.  kt rumah takde timbang.  so guna cawan adalah terbaik.

aku betul betul ikut cara azie kitchen ni.  yg mana aku ubah, aku guna tulisan merah tu ek...


Kek Pisang

Bahan bahan:
  • 4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji) - aku pun guna 5 biji pisang berangan
  • 1 cwn gula kaster
  • 1 cwn minyak jagung - aku guna buttercup.  anggaran lebih kurang 1 cawan
  • 4 biji telur gred A (saya guna gred B) - tak tau gred apa.  4 biji

Bahan ayak:
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sk soda bicarbonat
  • 1 sk baking powder

Bahan lain:
  • 1 sb jus limau nipis (tak letak) - aku tak letak pun
  • 1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara: 
 
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. - aku lapik dengan baking paper.  letak lebihan butter tadi kt sekeliling loyang bulat 
  
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. aku tambah secubit garam.

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. - bila adunan dah sebati, aku masukkan tepung.  dah tak guna mixer lagi, kaup pakai sudu je.

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. - aku buat dalam 40 minit, suhu 170C

sebelum masuk oven, lebihan pisang tu, aku hiris hiaskan kt atas.  ada yg termasuk kt dalam adunan tu, biarkan.  nanti dia cair kt dalam kek, sedap.

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. - bila dah bunyi ting, aku tukar suhu ke 150C, bakar lagi 10 minit.  sebab dah cucuk guna garfu, keluar balik, elok je.  means dalam pun dah masak.  kalau kita keluarkan garfu tu ada tepung ikut sekali, maknanya dalam belum masak tau.





tara!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  siap dah.  

kuar oven, terus aku potong.  makan kerak kerak tepi tu.  masyaAllah sedapnye.  eh kenyataan tau.  kira menjadi lah resepi azie kitchen tu.  korang pun boleh try. 

oh yea, pasal hirisan pisang yg masuk dalam adunan tu, suami aku semalam komplen, eh tengah tengah ni tak masak lah.  aku cakap, tu bukan tak masak, tu pisang dah cair.  ohhh je dia cakap.  dia pun tak komplen banyak. makan je.  sedap katanya.  terus lah dinner kami luak sikit je sebab dah kenyang makan kek pisang.


best jugak mengandung ni kan.  macam macam dah aku masak.  tinggal tak share je gambar.  hormon terlebih rajin.  faktor duduk rumah sendiri pun iye gak.  

next, red velvet pulak.  

cikidaudddd.....















6 comments:

yUmiE AzuRa said...

ok aku xsabar nk g beli oven dgn mixer...prffftt

sobsss..sobsss larik jauh2.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. wahh tadi baru tengok blog kak mimie update kek pisang. adoiyaii fav sheila ni.. nak rasa sikit ~~~

umie shahidah said...

aku klu msuk belog ko ni.. mesti aku duk telek header ko.. pic umarraihan yg tgh tu... aihhh comey bebenor anak bujang ko etty..

Cik Puan Rara said...

hebakkk ah mak etty!.hehehe.nt aku g melaka buat taw!

mrs kayrul said...

ala naper ko tak ambik gambar dah potong..nak belek gak gebunya macam mana....

Fazliana Jamil said...

Hoihoi terliurnyeerr. Nak try buat lah nanti resepi menarik ni. Oh ye nanti kalau ada masa jemput2 ye singgah blog saya http://www.mamafisya.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails