haaaa semalam edisi ring sling. kalini edisi ssc pulekkk....jangan maraaa haaa....edisi racun gak ni. nasib lah kalau termakan racun. yg tak mau makan dok diam diam.
okay.
niat nk ssc dah lama. sebelum dapat ring sling tu lagi. tp takde fund. baik, dok diam diam. fikir camne nk cari duit. padahal time tu ko dah ada kain batik dah. tp nak gak ssc untuk kepuasan hati. so hari hari lah dok tatap group fsot tu. konon2 dapatlah yg 2nd hand punya. semakin lama tengok, semakin terpikat dengan nn punya product. cantik kot. satu hari tu, dia open for order. pre order lah. cepat cepat aku email dia. okay aku start email bulan august.
tapi malangnya, walaupun dapat slot august, aku takde fund. even nk bayar deposit. sedih kot. gadai bulu, memang tak laku lah wey. bulu takde kualiti. bahahahhaah. so macam sedihnya. tapi pastu terfikir nk jual spectra tu. tp sian sangat aku masa tu tau. takde orang nk beli pun. (rupanya ada!! berderet orang nk pump tu, tp pm semua masuk others. grrrrrr).
sudahnya terlepas slot august. kecewa kot.
lepas tu, tetiba ada satu cara. cara bagaimana rahsia lah. halal okay. no along along bukit beluntung. (laki aku pun tak tau)
riki punya riki, syukur dapat masuk slot september. uhai, dia punya gembira ko jangan tanya camne.
alhamdulillah setel bayar depo semua, pilih corak fabrik. ETA november 2014. ahhhh ada aku kesah dia siap bila. asalkan ada kot.
haaa bila dah confirm order tu lah, tetiba ada buyer wasap confirm nk beli spectra. tu lah rezeki beli ring sling pulak.
hujung oktober, aku wasap NN. tanya progress. tanya baik baik tau. jangan terjah gitu je. NN replied cakap dah nk siap. okay sabar menanti. pastu kan yang along aku nikah kt kepong (eh tak cite dalam blog pun), on the way nk balik tampin tu, anak tido aku tengok la ig. gatal tengok ig NN. sekali nampak gambar ni....
boleh tak bayangkan kepohnye aku dalam kereta tunjuk gambo ni kt laki aku.
by by ssc i dah siap dah by. tengok ni, tengok ni.
dah tengah speed kt highway memang tak lah dia layan aku kan. okay sekali lagi, jangan tanya aku punya gembira macam mana. terus wasap NN (dasar tak menyabo). aku tanya, ni ssc aku ke? nasib dia jawab iye. kalau tak malu je kepoh lebih dalam kereta dengan laki.
pastu 2 3 hari kemudian, dapat email dari NN suh bayar penuh. bayar harini, petang tu jugak dia post. satu hal aku excited gak. aku paksa member aku amikkan courier tu. selalu courier dia hantar kt aku, ni tak. aku amik sendiri kt dia. haaa nampak tak, nampak tak betapa excitednya aku.
sampai rumah tu apa lagi. cepat cepat angkat maira masuk dalam tu.
ya allah dasarnya aku ni....................................
(dah lah stop gelakkan aku)
pastu budak ni pulak kepohnya sama dengan mama dia. menurun aku sangat. kekekekekekekek...nk jugekkkk..
okay cukuplah mukadimah macam mana aku struggle nk dapatkan ssc ni. penuh onak duri. tak caya sudah.
reviewnya mana???????
simple je.
aku puas hati. berbaloi dengan apa yang aku bayar, aku tunggu. berbaloi sangat ok. bersyukur urusan aku dimudahkan.
front carry aku selesa, back carry pun aku selesa. front carry macam biasa lah kalau keluar kan. back carry selalu kejap je. tak lebih setengah jam. tu pun pakai bila ada benda nk buat dalam masa yang sama, maira nangis. biasalah budak tu, mentel. (read: main - tel -telefon-) bukan (mental). (mentel bahasa orang jawa, bermaksud manja)
FAQ
ssc tu apa?
soft structure carrier
mana nk beli?
kebanyakan ssc tak dijual kt shopping mall. kebiasaannya dijual kt website. ataupun kedai baby terpilih.
brand?
neezaneedles - local
jumpsac - local
snuggbaby - local
madam googoo (MGG) - oversea (kot)
kinderpack (KP) - oversea
harga?
ada yang mampu milik contoh macam andrea (ada jual kt facebook - cozy baby)
ada yang mampu tengok. haha. MGG dan KP antara yg aku mampu tengok sahaja. aku tau, orang lain tak tau.
jumpsac & snuggbaby tu, aku tengok jelah. lagipun cepat sangat sold out.
neezaneedles tu harga mampu. standard size rm250 ajes. bayar dua kali. deposit dan full payment bila dah siap.
macam mana nk tau, ssc tu sesuai ke tidak dengan anak kita?
sebaiknya, kita pergi kedai yg ada jual ssc ni, contoh kt KL fabulos mom ada jual ready stok. so pergilah test drive. kalau custom made ni, memang redooo jelah mak.
mana lagi best, local ke oversea punya product?
macam ergo, ramai orang pakai kan. means sedap. dan kualiti okay. aku malas nk cerita pasal fake carrier ergo ni. kang macam macam pendapat org kasi. so tepuk dada tanya selera.
local product ni not bad juga.
keselamatan macam mana? terjamin ke?
memula sekali, sebelum pakai, kita kena doa pada Allah supaya Allah pelihara keselamatan kita dan anak kita. walau dimana kita berada, tak semestinya masa gendong je. kan, betul tak. kita doa kita dilindungi.
kemudian, kita serahkan semua pada Allah. dengan kata lain, tawakal.
kita dah letak harapan kita semoga Allah lindungi kita. cukup.
tapi,kita kena waspada jugak tau.
bila dah dapat barang tu, kita check lah satu satu. jahitan kita, buckle dia. dan bila maker cakap, boleh tampung pada certain berat, kita ikut jelah. jgnlah kata, maker cakap max 20kg, ko letak anak ko BERAT 30kg kt ssc tu. memang rabaklah. dan jadikan weekend tu rutin untuk memeriksa gears kita. macam aku, weekend aku check jahitan, buckle dia. certain brand, ada lifetime warranty. so kalau nampak defect, cakap baik baik dengan maker. kalau dia suruh pulangkan, pulangkan lah. dia akan repair.
macam orang kata fake tu pun okay. terpulang. kita dah beli yg fake untuk anak kita. so tu tanggungjawab kita pulak kan. kalau apa apa jadi (kalau boleh tak mau jadi lah), kita lah yg kena tanggung sendiri.
tapi yang original pun, kalau dah nk terjadi patah ke apa, nk buat camne. kita dah bagi yg terbaik untuk anak kita. kalau dah buruk gak, ko ni percaya ke tak qada dan qadar????????????????????
okay bye.
tu penutup aku.
1 comment:
hi...syida pun berbaby wearing pakai boba 4G..sekarang tengah review andrea sbb adik syida pun nk jugak..hehe..hopefully ok la..yang penting baby duk dalam tu selamat kan...TQ for info..macam teracun la pulak dengan neezaneedles ni..hehe
Post a Comment