assalamualaikum
haaaa tajuk. kelas kan for dummies. aku lah tu. tu sebab aku nak blogkan. sebab sebelum aku naik kapal terbang, aku google tips itu ini. so bila dah naik, aku kasi info kt orang lain pulak. dapat pahala. hehe. okay aku cite MAS tau. lain aku tak merasa naik lagi. kalau ada rezeki, naik yg lain, for dummies jugak pastu dalam kurungan nama lain lah. qatar ke. berangan tu indah dan free, apadahal.
WEB CHECK IN
thanks fi sebab tolong aku. walaupun fi keje kt AA dulu. haha. pastu thanks kt yong jugak, walaupun tak membantu sgt. wakakakak. web check in buat 48 jam sebelum boarding tau. pergi kt website MAS, masukkan info je. pastu klik sana, klik sini, pilih seat, print. siap standby dalam beg.
LUGGAGE CHECK IN
kena beratur tau. nasiblah laju ke tak bergantung pada customer service tu. kalau pergi berkumpulan macam aku, jumlah berat luggage kesemuanya yg free (sorang 30kg) akan dikira sama. macam ktorg haritu pergi 9 orang dewasa, 1 toodler, 1 infant, jumlah bagasi kami tak sampai pun yg dibenarkan. masih boleh letak untuk beberapa luggage lagi. aku je paranoid lebih.
masa ni sila keluarkan boarding pass yg telah siap diprint di office (ehhh). =)
pastu ic siap siap eh untuk ahli kumpulan.
bila dah setel semua, ikut signboard, pelepasan dalam negeri. ikut je signboard tu mana dia nak bawak kan.
lepas tu pemeriksaan hand carry. beg ke apa semua tu jgn lebih 7kg tak silap aku. aku just bawak beg aku je. dalam tu ada pampes ng baju spare je.
masukkan beg, keluarkan hp letak dalam tray kuning. dia akan scan. kita pun melalui scanner badan tu. oh ye, pada babywearing mom yg kena bw baby, tak payah bukak pun. pastu ada polis akan raba badan kita. kalau kita pompuan, polis pompuan lah yg meraba. pastu amik beg gerak ke gate berapa yg tertera di boarding pass tu. oh ye, IC tu pegang je tau. jgn gatal gatal pass kt orang lain. kes aku, masukkan balik dalam wallet yg susah gila aku nak amik, kena bukak beg bagai. senang masuk je dalam poket.
byk giler tempat perhentian yg kena tunjuk boarding pass ic. tunjuk jele.
GATE
kenalah tunggu kt gate yg tertera kt boarding pass tu. selalunya masa tu lebih kurang 20 minit sebelum boarding. so duduk jelah kan. nk berjalan pun boleh sbb nanti announcement.
MASUK DALAM FLIGHT
nanti ada announcement okay dah ready untuk masuk dlm pesawat. didahulukan dengan penumpang kelas pertama, dan yg membawa bayi. dan silalah kau masuk sebab tak payah beratur sgt kan. kelas pertama ada berapa kerat je. dan bila dah setel, baru lah kelas ekonomi di jemput masuk. masuk je lalu terowong. kalau MAS tak payah kan lalu kt panas panas tu. mmg ada terowong terus sampai ke pintu flight tu. sampai je pintu, ada satu tray earplug. nak amik boleh, tak amik pun boleh sebab nanti FA bawak. tp kes aku, masa dari KL-KK, dia ronda untuk edarkan earplug tu. cuma dari KK-KL dia tak bagi. tp aku tak guna pun sebab aku kan pakai shawl, susah nk sumbat. pastu pulak, masa tu maira tido, demi nk biarkan dia tido sebab masa take off tu takut dia bangun kang nangis, so aku pakai yg mana dan je. pastu pulak aku punya earplug rosak. so aku tengok lah screen tanpa suara. pilihkan movie mana yg ko nk tengok. movie tak berapa nk best. pastu takde subtiltle kan. untuk budak yg layan hi5 ke best la sebab ada. masa pergi aku layan ice age je. balik aku layan tengok peta je. hahahahaha.
STROLLER
stroller boleh bawak masuk. nanti dia letak kt depan. tak payah masuk kargo.
TAKE OFF
kalau bayi tu berjaga, susukan dia. kalau tido, biorkan je. syukur maira tido untuk dua penerbangan tu.
MAKANAN
FA akan dahulukan penumpang yg ada anak kecil. so dia akan tanya kita dulu. so pilihla. makanan bg aku, okaylah sedang sedang. takde lah sedap melampau. KL-KK menu adalah nasi dan lauk (sweet sour fish & chicken curry). aku rasa dua dua sebab laki aku amik curry. dapat biskut sedap gilee. mcm famous amos (jakun). tp menu KK-KL tak sedap. nasi dan lauk ayam apa tah. dan mee goreng dan ikan fillet tu. ikan tu hanyir kot. tak dapat biskut tp dapat kek coklat. kek biasa biasa je jugak. pastu kang FA akan bg kacang buat kudap kudap. minuman pun dia akan tanya nak apa. sprite, jus oren, jus epal, air mineral. KL-KK aku request air panas, tp takde pulak dihidangkan. KK-KL ada air panas, tp sebab maira dah bangun dan mengganas, tak rasalah aku air panas tu.
LANDING
pakai seat belt siap siap. untuk infant pun ada attach sekali dengan badan kita. pastu doa banyak banyak. hehe. KL-KK landing tak berapa cun. terkejut ahkak. muka toreh pun kuo susu gamaknye. KK-KL landing perfect. kalau boleh masa landing tu, susukan baby supaya telinga dia tak berdengung. kadang tu yg dia dorang tak selesa. sebab kita yg tua ni pun akan rasa tu jugak.
rasanya tu je kot. takde apa sangat kan. just chillax je jgn gabra gaban mcm aku. kekekekekeke...
oh ye, untuk ke sabah. bila dah masuk ke ketibaan dari semenanjung akan lalu imigresen tau. tunjuk kn ic. kita akan dapat slip. simpan slip tu.
ke sabah tak perlu bawak passport pun. cukup IC.
penting nk kemana mana pun, surat beranak budak budak jangan lupa tau. leceh kan bawak surat beranak. umar ada mykid. maira takde mykid, so usunglah surat beranak maira tu.
okay tu je. tips utk dummies.
2 comments:
Assalamualaikum kak etty. wahh bagusnya tips ni. sheila memang mencari sebab next month naik MAS g langkawi, family trip. pastu first time nak bawa baby pergi sekali. btw, seat tu memang kena pilih? ada kenakan bayaran ke? ahhaa sorry banyak tanya ;p
@sheila salim - kalau web check in mmg kena pilih seat. kalau kt counter org tu pilihkan sesiap. kt counter takde bayaran. tp kalau naik AA , dia chrge rm10 kot caounter check in.
Post a Comment