:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, March 4, 2015

wak usin to be remembered.

assalamualaikum

dah hampir 3 minggu wak usin meninggal.  impact dia kalini betul betul ganggu emosi aku.  boleh katakan tiap malam aku menangis.  disebabkan menangis jugak, tetibe dapat migrain.  aku memang syak migrain tu sebab aku sedih melampau bukan sebab stress kerja.  sebab kerja aku tak stress pun.  aku memang sedih.  kadang masih lagi tak boleh terima kenyataan yg wak usin dah takde.

ada satu malam tu, aku bebetul menangis.  sampai bengkak mata aku.  aku ingat balik, ya Allah anak sedara apa aku ni.  sepanjang 2014 aku tak penah jumpa arwah.  aku tak penah balik kampung.  gilaaa rasa macam useless sangat.  last aku jumpa masa wak usin pergi haji.  aku hantar wak kt kelana jaya.  lepas tu takde.  hanya tanya khabar melalui sepupu aku nurul, abg anas je.

kenapa aku jahatttttttttttttttttttttttttttttttttttt sangat.
kenapa aku tak boleh spend time sikit balik kampung jenguk waris yg ada...

menyesal pun tak guna. 2015 aku  balik kampung, wak tengah sakit, wak dah pun tinggalkan aku.  tak guna nk menyesal.

yg malam aku menangis tu, aku wasap cheyah.  aku luahkan yg aku menyesal sangat sangat sebab tak balik jenguk wak wak kt kampung.  cheyah cakap, sedekahkan al fatihah.

pastu aku wasap nurul (anak wak usin).  aku luahkan bebetul kt dia yg aku hargai dia, aku sayang kt dia.  yelah.  suka duka nya dia wak aku.  garang camne pun, dia wali aku.

tapi yelah.  berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.  nurul positif ok walaupun abah dia yg meninggal. aku yg emo terlajak laris.  nurul cite benda benda yg baik jadi lepas wak usin meninggal.  sedikit sebanyak aku jadi positif jugak.  since that, aku tak pernah menangis lagi bila ingat kt arwah.  in fact, tu malam terakhir aku menangis.

tapi sesekali, bila teringat yg wak usin dah takde, aku menangis.  tp dalam hati jelah.  masih lagi berkata kata dalam hati, yeke wak usin dah takde.  mana mungkin seorang yg cergas, masih kuat usahakan kebun dah dipanggil tuhan.  istifar.  wak usin dah takde.  so lupa.
tapi bila ingat lagi tentang wak tipah (isteri wak usin) aku ingat balik kt wak usin.  wak tipah skrg tinggal kt KL dengan maybe abg anas atau nurul.  dan aku sedih balik bila kenangkan rumah tu dah kosong.

paling sedih sebenarnya, bila umar bukak galery hp aku.  mesti dia bukak kt folder wasap.  dalam tu ada gambar arwah tengah tido masa kt hospital.  kali pertama umar tengok, wak usin ada lagi.  aku cakap ng umar ''sian atok.  atok sakit''.
tak sangka pulak, umar ingat lagi ayat aku tu.  so setiap kali dia bukak gallery tu dan nampak gambar tu, dia tunjuk kt aku ''ma...sian atok...sian atok''.  macam batu hempap kepala aku sakitnya.  mula lah aku sedih bila tengok gambar tu lagi.  ikutkan nk buang gambar tu, tp tu jelah kenangan yg ada.  
bila umar cakap macam tu, mula lah aku rasa mcm nk menangis.  tp sebab aku dah lama tak menangis, aku sedekahkan terus al fatihah pada wak usin.

ok saje lah tulis kan.  untuk kenangan aku.

1.  wak meninggal hari jumaat 13 feb.  12 feb tu birthday mak aku.

 2.  wak sakit tak lama.  heart attack hari ahad ke isnin aku lupa.  masuk hospital wad biasa.  nurul kata jantung makin lemah, hari selasa wak tukar ke CCU.  aku dapat berita wak getting worse balik kerja selasa tu.  haritu aku balik lambat gile nk siapkan slide untuk bos aku.  aku ckp by hook or by crook slide ni kena siap jugak.  esok (rabu) terus present.  bila nurul wasap cakap mcm tu masa tu aku kt traffic light durian tunggal.  terus menangis dalam kereta.  aku doa ya Allah sembuhkan wak aku.  jaga dia untuk kami ya Allah.  sampai rumah, suami aku tengah siram pokok bunga.  aku cakap ''by...wakkkk''.  dia tanya kenapa aku diam je.  pastu dia cakap ''jom balik kampung''.  terus aku kemas baju, roger adik aku, suh dia amik cuti, balik kampung malam ni jugak. malam tu gerak kul 8.30 mlm.  sampai simpang empat tumpang tido umah wak noor (wak no. 3 abang abah) kul 2 pagi.

3.  hari rabu waktu melawat (11 feb) dapat peluang jumpa wak kt dalam ccu.  masa tu tinggalkan maira dengan mak aku masuk sorang.  aku nampak je muka wak tipah, aku dah menangis gegile masa peluk wak tipah.  wak tipah cakap kt wak usin 'bah, ni etty datang''.  wak terus capai tangan aku.  aku cium tangan wak aku menangis.  habis basah tangan dia.  haha.  wak ada cakap something tp aku tak dengar.  aku cakap tak payah cakap pape wak rehat.  lama aku dalam tu.  sampai wak tipah dah keluar, adik bongsu aku pulak masuk aku masih kt situ.  last sekali, wak cakap dia nk tidur.  so aku cakap aku nk balik melaka, tak dapat teman wak lama lama.  masa tu lah paling sedih dan paling aku tak boleh lupa.  kami bermaafan.  aku rasa aku yg banyak dosa dgn wak, wak takde dosa salah silap pun kt aku. wak dah jalankan amanah dengan AAA+. 

4.  waktu melawat habis.  aku lepak gosip gosip dengan nurul, wak tipah, kak anis.  ktorg turun bawah.  pastu nurul dapat call dari doktor suruh naik atas.  suara nurul masa tu cuak.  aku pun cuak lah kan.  wak tipah & kak anis naik atas jumpa doktor.  rupanya nk sign waris sebab nk bagi wak ubat lain. ubat yg paling kuat sbb doktor kata jantung wak makin lemah.  tak dapat nk pam oksigen satu badan.  so masukkan ubat yg boleh support buah pinggang sekali. 

5.  gerak balik melaka dengan hati yg resah dan susah hati.  andaikata takde pape hari khamis tu, memang aku tak balik.  aku tunggu situ.  (hari khamis tu suami aku amik pingat kt istana so memang kena balik)

6.  hari khamis berwasap dengan nurul macam biasa.  nurul cakap takde positif progress. 

7.  dalam istana, galau hati aku sebab sapa ehhhhhh (mampus tak kenal) yg bagi pingat tu iras sgt dengan wak usin.  rambut putih, misai putih.  raut garang.  aku wasap kakmy.  kakmy pun cakap sama!!!  pastu masa makan beradap dalam ballroom tu, setentang dengan aku lagi sebijik muka wak usin oiii...aku boleh nangis kt meja makan tu.  asyik pandang jeeee...(dah tua la of kos).  memang tak tenteram laaaa hati aku.

8.  hari jumaat aku cuti, aku hantar mak pergi epf.  bukak wasap.  pukul 10 lebih baru baca abg anas kata wak dah takde.  wak meninggal lebih kurang 9.30+++ am. 

9.  aku ingat, aku bangun tido kul 9+am mak kejut tanya nk pergi ke tak.  aku cakap pergi.  sambung aku sambung tido.  time tu aku mimpi arwah dr mariana.  seingat aku, masa aku mimpi tu, lebih kurang masa wak usin meninggal.  sedihkannnnn...sebab lepas je bangun tu, aku termenung ingatkan dr mariana. 

10.  hari jumaat laki aku meeting.  so agak kelam kabut decide nk balik kampung pukul berapa.  at last balik kul 2 petang.  naik axia.  dala tak boleh pecut.  suami aku cakap, nk kemana pun.  kalau balik awal pun still tak boleh jumpa wak buat kali terakhir. 

11.  wak kebumi lepas solat jumaat.  so memang tak sempat pun unless ada kapal terbang terus pergi ke parit 5.

12.  sampai parit 5, pukul 6 petang.  sunyi je rumah.  tp syukur aku tak menangis sepanjang kt rumah wak usin. 

13.  kak anis cerita dengan penuh keceriaan.  kubur wak usin sebelah kubur embah tok & embah lain.  ktorg dengar pun happy.

14.  aku tak sempat pun pergi kubur. 

15.  suami aku balik malam tu jugak sebab ada meeting hari sabtu.  sian dia penat.  ikutkan aku boleh je drive balik kampung ritu.  tp dia tau hati aku resah macam mana kan.  tu yg dia teman jugak aku.
dia cakap, ramai jugak yg datang tahlil malam tu kt masjid.  suka la aku dengar.

16.  hari sabtu aku balik ikut cheyah pergi sentul dulu.  so suami aku tak payah lah balik kampung lagi.  dia amik kt KL jela. 

17.  masa salam salam sebelum balik, aku terpandang gambar wak usin kt dalam bilik kerja dia.  time tu sebak.  tp aku tahan sgttttttttt sebab sume ada kt tangga tu.  tak mau sedih sedih balik.

tu jelah yg aku nk tulis pun.

fakta lain

1.  wak usin - wak no. 2 abang arwah abah aku. 

2.  wak usin yg kedua singgah di rumah tu.  i mean (meninggal).  first abah aku.  sedihkan.....

3.  wak usin yg walikan aku nikah dulu.  even wak tak fit nk drive, tp wak buat jugak.  sedihkannnn...

4.  wak usin yg usahakan kebun aku.  profit wak bahagi kami 3 beradik.  bila aku dah kerja, wak cakap wak tak bagi kamu dah tau.  wak bg adik adik je.  tp kadang wak hulur jugak kt aku.  heheheheh.    wak tak bagi banyak kali.  tp sekali dia bagi tu banyak laaa....tak payah pertikai betul ke tak, aku percaya kt wak. 

5. wak dulu garang gila.  masa tu dia dok temerloh.  bila dah pindah perak baru aku start rapat dengan dia.

6.  form 4 form 5, wak yg hantar aku pergi sekolah.  wak bagi aku rm2 belanja sekolah.  sama macam yg nurul dan alif dapat.  sobsssssss....

7.  wak tak lupa belikan makanan untuk aku, embahtok, embahlain. 

8.  masa embahtok meninggal, wak usin hampir pengsan. sedihnye.


fakta lain.

aku rindu wak usin. 

al fatihah wak usin.

aku doakan wak tipah sihat sihat selalu.






1 comment:

DYatie ABakar said...

Etty.. Sedih aku baca.. Tmbh lak skrg aku mg emo hormon sedih melampau.. Bergenang2 air mata aku sblm subuh.. Huu..

Al Fatihah utk wak usin ko. Smg wak usin ko d tempatkn d klgn org2 beriman. Aamiin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails