:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

kimchi halal di aeon @ jusco / kimchi halal melaka

assalamualaikum & 안녕하세요

(tak tahan tajuk entry aku)

김치

disebabkan hari tu aku google kimchi halal di aeon macam tak berapa banyak info, ni aku nk kasi info kt orang lain.

kalau kt aeon (aku panggil jj lah ye senang), korang cari kt bahagian jual toufu tau.  tu bahagian basah.  jangan cari kt area kering, insyaAllah tak jumpa. lol.  penat aku hari tu belek satu satu rak cari kt area maggy tu.  harammmmmmmm.  last last aku tanya promoter tu, abang, sini ada jual kimchi tak?  nun haa dia bawak aku ke tempat ikan ikan.  last last sampai ke pit stop tulis toufu.  lol kt sini ke.  dekat gila ng pintu masuk aku tadi tau.  yg aku melilau sampai kemana mana tah.

tapi depends lah jj mana kan.  kalau kt jj bandaraya melaka, memang kat situ.  nanti aku update kalau ada info jj ayer keroh.  sorry, strictly in melaka only.  =P

ni brand yg famous ye kimchi halal.  ada brand lain tp tak berapa nk ada lah logo halal tu.    so sila lah beli yg halal je.

yg hijau tu brand mat kimchi.  nana kata kt cold storage pun ada.  tu nampak tak ada halal kt atas tu.

bibigo tu sah sah ada halal jakim.

harga kimchi ni agak mahal.  tak lah berapa mahal. tp mahal lah bekas kecik tu.  berbelas.

bagi aku masa ni, aku nk merasa je.  camnelah rasa kimchi ni kan.  so bila dah tau ooo rasanya macam ni, barulah aku buat homemade punya.


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



ni takde resepi ek.  korang google jelah. sama je pun method nya.  rasa pun lebih kurang macam yg beli tu.

ikutkan tekak aku ni, sedap je kimchi ni.  tapi awaslah ye.  kimchi ni bakal gemukkan korang sebab kalau makan dengan nasik, nasik tu bakal bertambah.  so bila nasik bertambah, berat ko pun otomatik bertambah.  hahaha padan muka lah jawabnya.


Fakta kimchi (sumber wiki dan google)

1. Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.

2.  Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.

3.  Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu bergambar agar kelihatan sedang tersenyum sebagai pengganti perkataan "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggeris.

4.  Kimchi - diiuji secara klinikal untuk menghapuskan bakteria merbahaya dan menggalakkan imun. Apabila wabak SARS merebak di Asia, kebanyakkan negara dijangkiti dengan serius, tetapi Korea tidak mengalami sebarang kesan akibat wabak ini. Menurut kajian sains, ia disebabkan oleh pengambilan kimchi. Kajian menunjukkan probiotik kimchi melindungi tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria merbahaya, termasuk SARS dan selsema burung. Bakteria 'baik' dalam kimchi menghasilkan bakteriosin - yang merupakan racun untuk membunuh bakteria 'merbahaya'. Kimci jugak boleh menguatkan ketahanan imunasi badan dengan merangsang sel imun dalam badan - 'Payers pathces' - dalam usus badan kita.

5.   Mengekalkan kerampingan dan kulit wajah yang cantik. Kita perasan tak, kebanyakkan wanita-wanita Korea memiliki tubuh badan yang langsing. Susah untuk kita nampak yang mengalami 'obesity' . Wanita Korea mengamalkan makanan karbohidrat berbanding wanita Asia lain, namun tetap ramping. Rahsianya? Kimchi! Kimchi adalah nutrisi penting untuk pengawalan berat badan, menggalakkan metabolisme dan membantu wanita Korea 'melawan bonjolan lemak'. Kimchi juga membantu wanita Korea mengekalkan kesihatan, kecerahan dan wajah. Dengan nutrisi dan antioksidan yang tinggi, ia boleh menyuburkan kulit, meningkatkan pengedaran kulit, membaikpulih kulit wajah, serta melindungi dari sinaran UV yang memudaratkan kulit.

6.  Memakan kimchi mempunyai banyak kelebihan seperti melambatkan penuaan, menguatkan sistem ketahanan badan, menghalang penyakit dan bagus bagi sistem pencernaan. - utusan

dan lain lain boleh lah tuan/puan google ye. 

okay bye.

다시보기 (dasi bogi)






Monday, December 1, 2014

review :: ring sling fiesta by daiesu

assalamualaikum

jual spectra m1, invest beli ring sling fiesta ni.  rm180 kt daiesu (kt fb).  yg ni ready stock so cepatlah sampainye.

rs ni sampai sekali dengan note dari daiesu.  mula mula kena pre washed.  hand washed tau.  pastu gosok sikit sikit, pastu pulas pun slow je.  tp dia kata, next time dah boleh masuk mesin.

actually yg ni kain woven.  so mmg memula agak kejung.  tp bila dah pakai selalu, broken in sudah.  kain woven ni selalu orang buat jadi wrap.  so fiesta ada 2 version.  wrap dan ring sling.  kain memang sedap lah.  tebal tp tak berpeluh sakan pun.

so far, maira memang selesa dok dalam tu.  dia pun dah kenal kain dia.  bila nampak aku pegang je, dia excited konon mama nk gendong dia.  tp sorry lah, mama nk lipat je.  bahahahahhahaha.

rs ni memang penyelamat aku lah kalau nk g memana.  even kalau balik tampin.  kadang maira ada peel dia tak mau kena letak.  biasanya tu baru sampai umah ayah lah, segan dan tak familiar dengan pakcik & makcik dia.  so dia akan meragam.  nk tido pun tahan tahan mata tu.  so rs penyelamat.  gendong kejap, tinggg tido terus.  kalau tak tido pun, dia akan calm gitu je sambil isap jari dia.
kalau pergi shopping kat mall, depends lah keadaan dia.  tak lah semestinya kena tidur kan.  kena time mengantuk, memang dia tidur.  kalau baru bangun, takdelah tidur.  tp boleh jamin 89% memang senang dan akan tidur.

okay ni nk tunjuk 2 keadaan maira.

1.  lokasi :  taman rama-rama melaka.


 tak tidur.  ate dah nama pun melawat melaka bererti melawat malaysia kan, apa barang tidur.  bahahahahah.  takdelah, sebenarnya, dia dah tidur kejap sebelum keluar rumah.  tapi dah kt hujung hujung taman tu, dia tidur pulak.  tp baguslah, tak tidur dia boleh tengok fish banyakkkk.


2.  kedai rm2 tampin

 ni sebenarnya dia memang dah mengantuk dari kt rumah.  nap time tp dia berpeel tahan mata.  mata dah merah tp tak mo tido pun.  so dari rumah dah sesiap pakai rs ni.  dalam kereta, maira terus tido.  sebenarnya kan, dalam kereta yg bergerak tak boleh babywearing tau.  tp ni kejap je.  dari rumah ke kedai tu tak sampai 5 minit.  time ni lama jugak lah dia tidur.  siap org cuit cuit pun tak sedar.



haaa so depends lah keadaan dia camne kan.  nk tidur, tidur.  tak mo tidur, lihat lah sekeliling alam nak.


KAIN LEBIHAN - TAIL

situasi no. 1, tail aku lepaskan je.  bila nk menyusu, tutup sket.  itu lah kegunaannya pun. 

situasi no. 2 tu, takde tail kan.  tu sebab aku letak kt belakang leher maira, support dia time tidur.  sebenarnya time babywearing ni, free hand.  tp dah sifat ibu kan, dah lah dekat dengan kita, kita memang semulajadi rasa nk peluk anak tu.


POSISI KAKI

kaki pulak, make sure bentuk M eh.  tp situasi no. 2 macam terlebih kangkang.  aku tanya kt group babywearing negeri melaka, kakak kakak yg memang dah pro ni jawab posisi tu just nice.  so okaylah. make sure, lutut lagi tinggi dari bumb.  tu sitting position tau, bukan kaki kangkang.  kalau kaki tu kangkang secara paksa, mesti budak nangis kan.  tp tak sakit pun. tu memang nature budak.  kalau orang kondem cakap kangkang, sila la jawab macam tu.

PRACTICE MAKES PERFECT

babywearing samada pakai kain batik, ring sling ataupun ssc ni, kena selalu practice baru jadi perfect.  macam aku start dengan kain batik.  memula messy gak.  kaki tu tak well M shape.  tp banyakkan tengok youtube.  pastu apply.  alhamdulillah dah pro.  ehek puji diri sendiri nampakkkk.  same goes dengan rs ni.  memula kekok lah.  tp skrg dah okay.  banyakkan tengok youtube okay.  jangan malu, malas nk belajar.  tak boleh hadam lah dengan ayat tak pandai.  aku pun tak pandai mula tu.  tp dapat je dari daiesu, terus tengok youtube.  pastu rajin rajin lah bukak group MBW tu.  tengok cara orang pakai camne.  pastu pakai, post kt situ, mintak tolong kawan kawan nasihat yg mana elok.  jangan segan segan eh.  nanti korang pun terel dah tau.

pendapat aku, anak 2 ni dah tak praktikal nk guna 2 stroller.  susah lah.  nk masuk lift susah, nk tolak stroller pun susah.  so babywearing memang best.

RACUN MERACUN

aku bab racun ni memang suka.  paling best bila kawan baik aku, terus beli boba air.  bahahahhaha.  tu rasa mcm ya Allah bestnye bila dapat spread the love of babywearing.  kawan yg lain tu, haha pandai pandai lah korang.  kang dorang marah aku.  kikikikikikiki.....

tak perlu start terus dengan ssc mahal.  kalau takde fund, jual lah apa yg patut.  bulu pun kalo laku, sila jual.  hehe gurau je.  saving lah.  macam aku start dengan kain batik.  harga kain tu, rm30 je beli kt jom gendong masa kak shida datang alor gajah sempena breastfeeding talk.  kain tu aku lenjan g mall.  pastu ada duit sket, aku upgrade beli ring sling ni.  pastu ada duit lagi, aku beli ssc lak.  so since ssc aku pre order, lagi banyak masa aku nk saving.


okay tu je.  happy babywearing uols. 


#jangantengokakupakaitudungtuulangulang


Wednesday, April 18, 2012

milk booster

assalamualaikum


baru baru, ijah kawan baik aku selamat bersalin anak lelaki.  seminggu lepas tu, eena pulak.  well, bila kawan kawan beranak ni, perkara pertama aku akan tanya adalah, susu badan [BM] ke susu formula [FM].  antara kawan kawan lain, ada yg dah campur, ada masih EBF [exclusive breastfeeding].  alhamdulillah.  seronok aku dengar walaupun kadang kadang ada cerita sedih disebalik EBF journey masing masing.

ijah adalah kawan yg dah lama aku kenal.  macam adik beradik sebab arwah abah kawan baik dengan arwah ayah dia.  so memang aku concern habis lah bila dia ceritakan masalah dia.  kekurangan susu.  so yg mana aku tau, aku share dengan dia.  nk suruh dia google here and there, macam tak dan kan.  so aku sms je lah.  paksa dia cari itu ini.  haha.

okay, ini antara information yg aku dapat dari google.  tak cukup ni, kalau nk tambah, cari sendiri.


1.  sayur alfalfa

okay ini first time aku tau.  dia macam taugeh.  boleh baca dari sini.  - http://ayhsaf-nur.blogspot.com/2011/01/milk-booster.html




2.  longan kering

rebus tambah gula sikit, then minum.  ni pun aku dapat dari link blog kt atas.




3.  mee suah

ni aku tau dari lyana mk.  dia cakap masa dalam pantang, dia makan ni untuk tambahkan susu dia.  alhamdulillah, it works for her & baby fayyadh.  [blog dia ada dlam list aku ni]




4.  herbatussauda



5.  pil asi

kalau baca dari forum susuibu.com, ramai kata berhasil, ramai kata takde apa apa perubahan pun.  for me, it depends to our body itself.  kalau tak serasi, tak payahlah continue.  kalau serasi, boleh je amik.  agak agak kalau baby cirit birit, ruam, hentikan.  yeay, maybe it doesn't suits with your body.  kesian baby kalau kita paksa juga.  maybe ada alternatif lain. 

pil ni boleh dapat kt kedai jamu.  tengok kt bawah kotak tu, persediaan tradisional.  haha.  




6.  the sacred tea

aku pun tak tau apa jenis tea ni.  tp boleh tengok kt blog ni - http://ratuchummell.blogspot.com/2010/04/milk-boosters-reviews.html


7.  horlicks

hohoho.  ramai dah cuba ni.  banyak juga yg berhasil.  simple je kan, beli horlicks kt econsave, minum, then bagi anak minum EBM.  haha


8.  roti


9.  kurma

makanan terbaik kita, apalagi kalau bukan kurma kan....ada yg makan macam tu je, ada juga yg blend dengan susu.  macam menarik je.

kenapa aku tak suka makan kurma ye???



10.  halba

ala ni yg kita letak kt nasi dagang ni.




11.  oat

waaa ini antara milk booster yg terfamous jugak among mommies. nasib baik suka.


12.  red dates - kurma merah

so far aku tak pernah jumpa yg raw red date.  tp ramai mommies suggest minuman ni and it works!!!  boleh try kalau sedap.  nom nom nom



13.  supplement shaklee

perasan tak yg botol besar tu alfalfa complex.  tengok balik gambar yg first tu....

14.  susu

ada susu untuk ibu yg menyusu badan iaitu anmum lacta.  kalau tak suka susu gitu, minumlah susu apa jenis pun.  asal susu yg terbaik.  yg keluarkan susu yg terbaik, input kena baik jugak kan...



15.  tempe

sumber protein.


banyak lagi milk booster.  lain ibu, lain milk boosternya.  kalau kita menghadapi masalah kekurangan susu, boleh try lah buat research dan experiment pada diri sendiri.  kalau berkesan jangan lupa share kt blog okeh okeh okeh okeh okeh...alamak teruknyaaa


selain tu, jangan lupa doa banyak banyak semoga rezeki anak kita murah untuk dapatkan hak nya sebagai anak. 

ini ada doa dan zikir untuk banyakkan susu ibu


eena kata memang ada cabaran.  kita kena tabah untuk menegakkan hak kita sebagai ibu utk memberikan yg terbaik utk anak kita.  jgn give up.  yg penting hati dan pendirian kena tetap, mind set kena kuat berkata yg kita boleh bagi pada anak kita susu yg terbaik ni.  berdoalah untuk menyusukan bayi kita selama  6 bulan pertama.  kalau berjaya 6 bulan, ke setahun pula.  lepas setahun tak salah untuk lanjutkan tempoh penyusuan ke 2 tahun pula.  itu hak mereka.

selepas tempoh tersebut, tepuk dada tanya selera.

good luck to mommy to be, mommy and to myself.




kalsium semasa hamil

assalamualaikum

doktor cakap, kalau kurang mengambil kalsium, ibu mengandung akan menghadapi:

1.  kekurangan gizi

2.  kereputan tulang dan gigi

3.  gigi rosak

4.  kaki akan rasa kebas kebas

5.  kaki cramp / kejang / sejuk

6.  tenaga kurang

oleh yg demikian, para para sakura ibu sekalian, marilah kita banyakkan pengambilan kalsium selama kita mengandung ni.

antaranya adalah:

i)  susu

tips:  kalau boleh kurangkan susu berperisa sebab ianya manis.  tak elok pulak untuk kesihatan kalau manis manis ni. 




ii)  pil kalsium yg dibekalkan oleh klinik panel.  keh keh keh.



iii)  minuman atau yogurt asli




iv)  cheese bedebah




v) dadih - sengaja tak letak yg fancy fancy, kang terliur sapa nk tolong mak buyong ni buat dadih??




vi)  ikan bilis

tips:  ikan bilis pun elok diambil untuk naikkan HB pada sesiapa yg kekurangan HB.  aku lerr tu...




vii)  pelbagai jenis susu untuk ibu hamil

tips:  kalau boleh dapatkan sample dulu sebab pelbagai jenama, pelbagai rasa.  ada yg sedap, ada yg macam aiskrim rasanya, ada yg terlalu manis.  jenis yg manis ni, baik kita kurangkan sebab takut berat badan naik mendadak.  ada  sesetengah pendapat kata, takut bayi terlalu besar.  pada ibu ibu yg yg memang pernah melahirkan anak takpe, dah ada laluan.  tp untuk ibu yg pertama kali mengandung, elok kurangkan.  kalau anak besar, susah nk melahirkan secara normal.  ikut suka hati masing masing lah kan.  pilihan di tangan anda.




viii) susu kambing

walaupun ada orang tak boleh telan susu kambing ni, tp percayalah HI GOAT ni susu kambing paling sedap.  takde bau kambing pun. kahkahkah

tips:  beberapa orang kawan dah minum susu kambing ni sepanjang pregnancy mereka, dengar cerita kuning anak pun tak berapa nk tinggi.  contoh ijah kuning range dalam 6, kemudian turun ke 4.  nani pun macam tu jugak.  takde lah sampai kena admit hospital.



 

ix)  soya

ada beberapa pendapat mengenai pengambilan susu soya.  so adalah dinasihatkan supaya membuat research terlebih dahulu. 

saya :  maaf tiada komen.  saya pun tak gemarkan soya.

tips:  nk selamat dan kurang manis, buatlah soya sendiri.  dalam kotak tu semua manis manis.  tak elok untuk kesihatan.  kang kena kencing manis.




x)  tauhu

dalam kumpulan soya jugak kan?



xi)  tempe

pun sama berada dalam kumpulan kacang soya




so, terpulang pada masing masing punya tekak nk ambil kalsium jenis mana.  ambil banyak, banyaklah khasiat kalsium dalam badan untuk kita dan anak.

jangan lupa, semasa breastfeeding pun, kalsium jangan dilupai ya.  juga semasa dalam pantang.

gambar semua dari google.  terima kasih.



Friday, March 16, 2012

healthy food for momma

assalamualaikum

mama kena makan makanan berkhasiat, tp mama selalu malas. harharhar. mama kena minum susu untuk ibu merandung, tp sekali lagi mama buat alasan mama malas. sian baby. mama kena makan cukup cukup, tp mama selalu malas makan malam bila papa takde. konon nk diet, tp naik jugak berat badan. hehe.
supplement pun kadang kadang mama skip. sian baby tau.

1. susu

malasnya mama nk bancuh susu tu. plus tak sedap. sebelum pregnant memang minum susu ni sebab dapat sampel dari pantai hospital. lagipun, untuk membiarkan badan kita menyediakan keperluan untuk kehamilan. eh apa ayat ni. tp sejak awal awal mengandung hari tu MALAS MALAS MALAS lepas tu asyik nk MUN MUN MUN je, terus tak minum.

agak lama jugak tak consume susu. harapkan susu pekat je buat teh tarik. wakakaka. tp minggu ke berapa tah hari tu, nurse banyak kali tarbiyah suruh minum susu etty, minum susu!! okay tak berkesan sangat. mula mula amik cheese je. lepas tu baru lah start balik minum susu. tp susu ready made. HL, dutch lady, marigold fresh milk. hehe. aci lah kan. asalkan susu.

masa tak minum susu tu, doktor panel ada bagi pil kalsium. tapi sejak dah menjadi peminum susu yang tak berapa nk tegar, pil kalsium itu sudah ku pandang sebelah mata. har har har. haaaa gelak kau ye. ingat cukup minum susu semata mata? badan aku dah start sakit balik. dulu masa amik kalsium tu, tak lah berapa sakit. okay, start malam ni makan balik pil kalsium tu.

2. nasi, lauk, sayur

nurse kata makan bayam nk maintain kan HB. noted. saya suka bayam nurse! tp rasanya bayam masak sup lagi sedap dari goreng.

nurse jugak pesan, makan hati, organ dalaman haiwan ternakan [wakakakaka] eg ayam untuk naikkan HB juga. sebelum merandung, wah memang faveret hati tu. tp sejak first time makan beli kt cafe, eiiii yakssss....pahitnya. terus tak suka. suami pun pelik kenapa aku tak suka padahal masa student dulu dah dipesan banyak kali jangan makan organ dalam ayam nanti bengap. wakaka. rela bengap dari tak makan hati ayam derrr..

ayam pun kurang suka makan.

feveret adalah ikan. okay takpe, omega banyak kt ikan kan? moga moga anak mama kang bijak sebb mama dah makan banyak omega. hehe.

seafood, sotong, udang semua tu, kalau ada boleh lah tak pandang langsung. dulu macam jakun kan. haha. sekarang, eiii i dont like!

aku akan makan nasi at least sekali sehari. selalu ktorg makan start pukul 10am. time tu dah makan berat dah. malam tengok lah kalau mak masak, aku makan. kalau mak tak masak. hehe faham faham dah leeee.....


3. buah buahan

beli nasi kt cafe, mesti beli sekali sepotong buah. paling suka tembikai lah. sebab kt mana tah makcik cafe tu beli, manis kemain. takde tembikai, kita beli honey dew. pun manis. sedap sedap sedap!!! nenas takde pulak makcik tu jual kan. jambu batu pun suka, tp kan selalu dia jual dengan serbuk asam tu. kalau boleh tak mau makan asam banyak sangat. so jaranglah makan jambu batu. jambu batu pun okay untuk naikkan HB tau.

asmida ada pesan jangan makan betik banyak sangat sebab kakak dia cakap, nanti baby kuning. sebab anak asmida pun kuning lama [dan dia gila gila makan betik masa dia merandung]. tp nasib baik aku memang tak makan betik. plus seingat aku, jaundice ni berkaitan dengan darah kan. tapi takpelah, nasihat yg dah jadi ibu ni, dengar jelah. bukan salah pun.


4. vitagen

minuman mesti ada dalam fridge sekarang. sebab lepas minum vitagen, senang nk berak at least sekali sehari. dulu??? dulu aku berak seminggu sekali. hebat bukan pembuangan aku??? tapi hari tu konon bertukar selera beli yakult. manis gila okay. jangan beli! minumlah vitagen, sayangi perut anda setiap hari...vitagen!


so far itu ajelah makanan yg menyihatkan yang aku ambil selama aku merandung ni. tp janganlah ingat aku tak makan makanan tak berkhasiat pulak. mrs perfect sangat ke aku ni. haha. amik jugak, tp jarang lah. eh tp aiskrim, sehari sekali. mesti kena makan aiskrim, kalau tak, rasa tak lengkap hidup. wakakaka. jajan, jarang sangat. coklat tengok mood kalau terasa nk makan. minuman bergas, kalau makan mcd, aku switch to minute maid pulpy atau milo ais. fast food pulak, tengok poket. haha.

roti canai, teh tarik pun ikut kehendak lidah. kalau terasa baru makan. nasi lemak pun jarang.

supplement. since check up kt KK, hanya diberi iron tablet, vit C, b complex, acid folic. hari tu makan iberet folic ke apa tah nama dia. so just makan tu je sebb nk maintain HB pada paras normal. HB aku pernah turun ke 10.7. tp sekarang dah cecah 11+. =)

so since sekarang baby dah aktif bergerak dan sudah pun mempunya pola tidur yang tersendiri, dia akan melasak ketika mama dia makan. kadang kadang terfikir dan pernah pun tanya kt suami ''bila i makan, immediately ke dia sampai ke baby? sebab baby aktif betul time i makan, macam dia enjoy menikmati makanan tu''. haha tp suami cakap, tak lah semua makan sampai kt dia, cuma nutrien je. whatever lah, yg penting kami dua dua enjoy bila makan.

Thursday, August 25, 2011

b2b idea :: cincin murah untuk pengantin lelaki

hello hello

bak kata iklan sabun boom!!

yang murah tak semestinya tak berkualiti, yg mahal tak semestinya berkualiti. gituuuuu....

ex bride ni faham sangat kalau b2b nk belikan sesuatu untuk pengantin lelaki, tp dengan limited budget. sebab dulu ex bride ni pun melalui pengalaman yg sama jugak. kalau boleh, semua nk budget.

ni haaaaa adik adik manis semua, mari dekat, mari dekat. kakak nk bercerita pada sesiapa yg tengah mencari cincin untuk pengantin lelaki, boleh kot beli dari deal ni....best best best...senyum senyum senyum.....



best kan. buat sendiri pulak tu. mestilah ada sentimental value gitu....uuuuuuuuu berangan kakak tengah tekun mengerjagakan cincin untuk suami. haha....

terms and condition, boleh lah pergi ke ke sini....

rugi kalau tak tak grab!!!





Tuesday, August 2, 2011

review :: honeymoon checklist

hello hello

haha, siapa lah etty kalau tak terkenal dengan checklist nya kan. well, yes aku memang suka sediakan checklist.

even, suami aku pun dah mula membiasakan diri dengan checklist aku.....

ehem, pergi honeymoon hari tu pun ada checklist okay...gigih tak???

bukan apa, nk pergi jauh. kalau boleh segala kelengkapan tu sempurna. senang, tak payah nk beli lagi barang barang keperluan kita kan. lagi satu, kita kena selalu fikir tak semua tempat kita nk pergi tu ada kedai yg jual barang yg kita perlukan atau kt tempat lain jual mahal atau pun bila kita perlukan barang tu yg tersangat urgent, tp kita terlupa bawak pulak...

haaa camtu......

maka, checklist jangan dipandang enteng okay.....

sila tengok contoh checklist aku. ni barang basic je * basic sangaaaaaaaaatttt.....

actually, yg ni dalam softcopy excel. yg printed punya, makin bertambah tambah kami suami isteri letak. haha.


so far, semua checklist tu bertanda dengan jayanya. gigih lah kami cari barang barang tu sebelum bertolak ke pangkor kan.....dan memudahkan kami juga untuk trip ke singapore lepas balik pangkor...yeeba yeebaaaa angreee angreeee.....!!

dan alhamdulillah, takde barang yg tertinggal pun. segala keperluan, lengkap. even kami bawak 1 beg roda berkongsi suami isteri, 1 bag laptop. best kan....


okay tu je untuk hari ke 2 ramadhan...................................


update: aku senang hati nk bagi kt korang korang checklist ni.....
do email me at - atiecutest@yahoo.com / ettykamal@gmail.com

Thursday, July 28, 2011

review :: wedding decorator

hello hello

wedding decorator (wd) ktorang jiran najib je. memang business bridal ni. KENCANA SARI ENTERPRISE. nk contact number, do email me at ettykamal@gmail.com atau post comment entry ni. i will get back to you asap! *bukan bagi asap....

well mereka ini adalah specialist dalam menguruskan majlis perkahwinan dan juga menyediakan service PA system, live band dsb.

available dari mana ke mana, korang kena contact kencana sari ni dulu ye. tapi memang they all based in tampin......


okay, kami menggunakan khidmat kencana sari dari segi:



1. LIVE BAND / CAK LEM PONG


insyaAllah, suara penyanyi sedap sedap belaka.

alhamdulillah, pemilihan lagu adalah yang terbaik. instead of lagu moden, aku suka lagu tradisional, keroncong & sesuai dengan perkahwinan semi formal macam majlis kami.

suara penyanyi tak terlalu nyaring. just nice.

i think, tetamu semua enjoice the moment!



2. WEDDING ATTIRE FOR GROOM & BRIDE

buatnya dengan tailor, tp kira sewa dengan kencana sari ni lah....


for bride, tudung & kasut je my own. yg lain kencana sari yang punya...hahahahaha. * macam ahmad albab pulak bunyinya...

for groom, fully baju melayu sendiri punya. rented vest, sampin, tengkolok & keris je.



3. HALL DECORATION


sempat captured masa rehearsal hari khamis.


the hall turns so wallah.....!!

btw, kerusi meja punya alas tu, caterer yg punya. will confirm it later.....



4. PELAMINAN


sebelum.....


selepas...

hoyeeeeeyyy.....kami memperuntukkan jumlah yg banyak kt pelamin. jadinya kena habiskan masa kt pelamin ni habis habisan!

yes we did it.

syukur hujan petang tu, jadinya, tak henti henti tetamu nk bergambar atas pelamin nan indah ini......

worth it okay.....haha....

ramai kata, pelamin kami antara yg tercantik pernah dibuat di tampin ni....

hihi....dah bayar mahal, tak cantik jugak tak tau lah kan....

alhamdulillah, the WD tau dan faham apa yg aku nak.

bila dia tunjuk draft gambar pelamin, aku tukar itu ini, WD tanpa banyak tanya terus ikut cakap aku. tapi, takde apa pun yg aku ubah. sikit sikit je.
at first WD suruh pakai kerusi asing asing. tp aku request kerusi tu. so dapatlah seperti di dalam gambar. boleh posing manja manja sikit.

actually aku tak suka sangat pelamin panel. tp bila tengok depan mata, pelamin aku yg sangat wallah ni, aku terus suka!!! tak banyak songeh pun aku kan....ngeh ngeh ngeh.....



5. MEJA MAKAN BERADAP



nothing to complaint. everything nampak sempurna!!


6. WALKWAY & ARCH

kami gunakan bunga plastik je. takde fresh flower bagai. membazir.


what else to say, kencana sari well recommended!!!!
mereka ada khidmat mengandam juga.....


lai lai.................lai lai kratong................

Wednesday, July 27, 2011

menu untuk sihat dan kurus dari quaker oats

hello hello



last week kan suami tercinta masuk ward. 5 hari jugaklah kena tahan dalam tu. suami ada masalah dengan tulang belakang. * jangan risau, not so serious.

so doctor advised untuk kurangkan berat badan. sebab takut, berat sekarang ni, tak boleh menampung badan dan tulang.

doctor siap seloroh lagi ''makan capati je sebab tun mahathir pun amalkan makan capati, that y dalam umur sekarang, he still energetic, sihat''
yelah, selain dari sakit jantung, tun M sihat je kan. * if im not mistaken lah sakit jantung sebab selalu kt berita ada pasal dia masuk IJN. correct me kalau salah infos.

aku pun seloroh gak ''pasni i kena gugel lah cara cara buat capati''


kenapa capati? baca SINI.


aku dah gugel pun. tinggal nk cari tepung atta tu je. hehe.


dan satu malam aku bagitau suami ''lepas ni, i kena control u makan. u kena makan oat jelah sayang''. mestilah suami tak boleh terima kalau kena makan oat.

tapi!!!!! tinggggggggggggg!!!

dapat newletter dari quaker oats lah td babe....menu menu sepanjang ramadhan menggunakan quaker oats. haha lebiu lah quaker oats.


* aku memang suka makan oat. lagi lagi masa on diet nk kahwin dulu. berkilo kilo aku beli oat.

okay mari kita tengok apa menu yg mungkin menjadi kegemaran suami yg boleh kita tambah quaker oats sebagai usaha nk kuruskan badan suami.....








perghhhhh tidakkah ianya nampak menyelerakan?????

bukan setakat sihat, silap silap boleh kurus.....!

tak caya cakap aku eh??? nanti aku share cara aku kurus dan nampak menawan. next entry okay....


oh ya, ini pun boleh buat dessert untuk berbuka puasa, open house....aaahhh tempting!!!

mesti cuba untuk pikat hati family in laws......



Pai Mini Epal Oat Quaker



okay uols....selamat mencuba.....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails