:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, March 15, 2016

al fatihah, ahlami dalam kenangan

assalamualaikum

malam tadi kami mendapat perkhabaran, ahlami sakit jantung, ada kt hospital putrajaya.  suami aku setelkan apa yg patut, pukul berapa tah dia bertolak pergi putrajaya.  tu pun aku tah tido.  dalam mamai dia cakap nk ke sana dengan syah, pastu bawak baju kerja siap siap esok mandi kt tampin je.  lepas tu dia mintak izin nk pinjam powerbank aku.  aku iyekan aje sebab dah tido kan.

pagi tadi aku bangun, bunyi alarm seiring dengan bunyi call.  suami aku call, dia cakap tolong ye uruskan umar nk ke sekolah, aku cakap iyelah dah bangun pun.  lepas tu dia cakap, yang kawan baik i ahlami dah takde.....
aku terus terduduk.  hahhhhhh yeke...terus aku menangis.  aku cakap nanti aku pergi rumah mak ami.  aku amik time off.
lepas tu terus aku menangis.  umar kebetulan dah bangun.  aku cakap ng dia ''abang, abang ingat tak paklong abg haikal, uncle tu dah takde bang''.  mcm lah faham kan.  dia asek tanya je, nape takde mama, unlce pergi mana.  aishhh susah pulak nk menjawab nya.  aku balas ''uncle sakit''.

lepas hantar semua ke rumah pengasuh, aku terus drive sorang2 ke pulau sebang.  ingat ingat lupa je jalan nk ke rumah mak ami.  sebab pergi pun setahun sekali time raya.  tp last jumpa mak ami masa kt tambun hrtu.

sampai ke kt rumah arwah, lengang je.  org tak ramai lagi masa tu.  aku jenguk je kepala ke dalam rumah, makcik nampak aku terus dia nk bangun.  cecepat aku pergi ke arah dia sebb tak mau susahkan dia bangun kan. terus dia peluk aku kuat.  kuat sangat.  dah aku pun menangis sekali.  lepas tu, adik dia pulak peluk aku.  dah kami bertiga berpelukan sama sama sambil menangis.  aku cakap sabar ye makcik, allah sayangkan ami.  dia tak menyusahkan sesiapa pun.  senang perginya.  jenazah depan aku je, tp aku takmau pandang.  bukan sebab takut, tp aku takut aku tak kuat.  nanti aku tambah cengeng.

dari kt depan, aku pergi ke dapur duduk sama sama ng office mate suami aku.  nama lupa.  tp aku lebih byk menyendiri.  aku baca yassin.  baca al fatihah.  masa tu tetamu dah makin ramai.  saudara yg jauh dah tiba.  so suasana jadi hiba lah sebab pakcik makcik semua menangis.

alhamdulillah.  urusan semua dalam pukul 11 dah habis.  solat jenazah kt masjid seterusnya pengebumian.  aku tak ke kubur.  mcm ada instict suasana tu cukup menyakitkan hati aku.  so cukuplah sampai saat tu.

aku salam adik adik arwah.  aku salam gf arwah.  last skali aku salam makcik.  aku dah kuat tau.  tp bila makcik peluk aku, aku tak kuat terus.  kesian makcik.  nampak lah dia kehilangan sesuatu.  last sekali makcik cakap, dia anak yang baik ty....terus aku pun.............ye aku tau, ami mmg anak yg baik.  dia memang orang baik.  kami semua sayangkan dia, tp Allah lebih menyayangi dia.  org baik selalu pergi dulu kan.

kami berpisah saat makcik naik kereta nk ke kubur.  dalam kereta aku pasang cd al quran.  dalam kereta tiba tiba je aku boleh menangis.

kenapa aku sedih sangat?  ahlami bukan kawan aku.

ahlami memang bukan kawan aku, tp dia kawan suami aku.  mula je suami aku masuk kerja, ami lah yg rapat dengan dia.  dulu kan, sikit sikit ami.  aseklah ahlami.  tp sbb ami lah, aku kenal mak & adik adik dia.  mula mula kenal tu, hari raya pertama kami sebaagai suami isteri.  malam tu raya kt rumah ami, makcik hidangkan bihun sup.  walaupun tu kali pertama jumpa, tp mesra sgt.  sudahnye, dah jadi banyak kali kami berjumpa.  asal raya je, mesti nk pergi raya rumah dia.  tak cukup tu, bila ktorg buat open house, mesti dorg sekeluarga datang.  tahun lepas buat birthday party pun dorg datang 1 family.  rasa mcm rapat tau.  dan last kelmarin pergi tambun.  ahlami bawak makcik sekali.

ahlami juga pengapit masa kami bersanding.  suami belanja baju pengapit lelaki warna merah tu, nk dekat sama harga baju nikah dia.  bila aku tanya kenapa, dia cakap ahlami kawan baik i takpelah berhabis pun.


suami aku paling terkesan.  baru je set up bisnes.  tp ahlami belum pun rasa untung bisnes tu.  aku harap sgt suami aku, syah tak putus harapan bisnes dorang tu.

tadi balik rumah, asyiklah suami aku nk menangis je.  tp aku faham.  time ni lah aku jadi pendengar yg setia tanpa berkata kata.  aku biarkan je dia meluah apa yg dia nk luah.  aku pandang dinding je sambil menangis tanpa bunyi.

ahlami, semoga roh kau dicucuri rahmat.  aku akan pastikan bang ngah kau sentiasa sedekahkan al fatihah untuk kau.  insyaAllah kami takkan lupakan ibu kau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails