:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, June 13, 2016

12 June 2016 #umarturns4

assalamualaikum

12 jun 2012 - 12 jun 2016 = 4 tahun

muhammad umar raihan

Its a heart to heart session on his birthday.

Abang nak jadi apa?
Abang sayang sapa?
Dulu abang kecik ni je tau, sekarang dah panjang.
Aah skrg abang dah panjang sama ng mama (sambil kaki dia kt kaki ku, nampak nau mama katik)
Dulu abang keluar ikut perut mama tau (sambil bagi dia rasa parut kekal tu) dia gelak gelak
Dulu abang minum susu **** mama tau!
Eiiii takdelah...malu la abang minum susu ***** mama (sambil ketawa malu malu).

Dan bila satu persatu kenangan dlm ot, first time jumpaa dalam LR, kenangan menyusukan dia tumpah jua airmata ibu.

Abang, mama sayang abang tau. Abang sayang mama tak? (Dia angguk sambil cakap sayanggg)
Abang, mama minta maaf selalu marah abang, pukul abang, cubit abang. Mama minta maaf sgt. Abang maafkan mama ye nak...

Dalam emosi umar raihan pun menangis sama dan dalam tersedu aku terangkan kenapa aku selalu marah dia, terlanjur pukul dia. Kami berpelukan menangis sama....allahu dia dah ada perasaan rupanya 😭😭😭

Ya allah dalam kesedihan muhasabah diri, kadang aku fikir layak ke sebenarnya aku menjadi seorang ibu? Biarpun aku penat bekerja untuk keselesaan anak anak, kenapalah aku terlalu ikut emosi meluahkan kepenatan tu pada anak anak...allah allah..

Berkali kali aku cakap, mama sayangkan dua dua. Tak kurang tak sikit. Tp sebenarnya bila adik menangis laju je aku salahkan abang sedangkan aku tak tau hujung pangkal cerita sebenar. Kesian umar raihan 😭😭

Dia yang pertama hadir dalam hidupku.
Dia yang mengajar aku untuk menjadi seorang mama.
Sakit dia, sakit juga aku.

Maafkan mama umar

Semoga allah sentiasa melindungi dirimu. Biarpun mama tak dapat jaga umar satu hari nanti, mama harap abang boleh jaga adik adik dengan baik.

Allah, biarpun kadang aku culas menjaga amanahmu ini, izinkan aku untuk menjaga mereka dengan lebih lama lagi. Berikan aku kesabaran yang tinggi untuk mendidik mereka sebaiknya....
Berilah kesabaran dan ketabahan untuk aku terus bertahan dalam jalan yg aku pilih ini...

Selamat hari lahir yg ke 4 anakku

Muhammad umar raihan.....semoga terus menjadi penyeri hidup kami....
‪#‎sorrykalautacingsama‬

(copy paste fb)



2 comments:

Saudagar Jam Tangan said...

happy birthday adik! doakan kami juga boleh punyai cahaya mata hujung tahun ni ye! :)

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails