:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, November 10, 2011

hampir accident

hello hello

korang ada tengok tak video kt youtube yg kt jalan lepas traffic light, pastu tetiba ada ah so tiba tiba muncul naik motor. bila kita belek belek video tu, still confuse datang dari mana ah so tu. theeee...seram.

actually, benda ni jadi kt ktorg malam td. tp bukan ng ah so tu lah. ni dengan pakcik melayu. takdelah seram mana, cuma takut dan bersyukur sangat takde apa yg jadi kt ktorg anak beranak.

kisahnya, mlm td ktorg g tengok kerete. ehem, future car ku...wakakka. dah setel tp rushing nk balik sebab nak pergi kedai bata lagi cari sandal aku. suami aku pun keluarlah simpang jalan tu. yang aku pulak sibuk cari nama kawan kt hp sampai tak dan nk pakai seat belt. selalu aku memang akan pakai even tak jauh mana destinasi tu.

tengah kusyuk kusyuk belek hp, pastu suami aku brek mengejut. aku dah kedepan. * sapa suruh tak pakai seat belt kan...
aku dah jerit ''sayang!!!''. tp tak lah melolong lolong kan jerit tu. jerit jerit manja je.

ya Allah, hampir nk belanggar kereta ktorg, tp alhamdulillah, tak kena pun. masing masing brek pick up kan....=)

agaknya kalau betul terlanggar tu, memang kepala aku dah terhantuk kt dashboard. dan...tak taulah apa jadi kalau betul betul terjadi....kereta tu pulak memang kt side aku...ishhh ngeri lah kalau nk bayangkan.

bila aku tengok org sebelah, dia pun terkejut. pulak tu, masing masing senyap. maksud aku, dua dua takde nk horn bagai.

suami aku dah fikir salah dia ke keluar. tp rasanya yakin takde kereta masa nk keluar tu. ke dia lupa nk bagi signal so kereta lagi satu tu ingat ktorg nk terus @ ke arah lain.

tp aku rasa, dua dua driver pun terfikir salah siapa dan di mana silapnya. tu sebab dua dua tak berani hon. ceee kalau suami aku memang nampak ada kereta kt sebelah sana, dan tiba tiba dia pulak nk masuk lane, mesti kena horn panjanglah. same goes to another driver, mesti dia pun tak nampak kan. so dia takdelah nk horn kami....ish.......

lepas je kejadian tu, masing masing blur. aku terus masukkan hp dalam beg, pastu diam. nasib baik tak demam terkejut kan.

so lepas tu, aku selalu ingatkan suami, yakin betul betul nk keluar simpang. cecey memandai je aku kan nk lawan pakar bawak kereta berapa tahun dari aku. haha.

alhamdulillah, kami selamat........


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails