:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, June 23, 2012

umar raihan : nama

assalamualaikum



tak tau nk start dari mana.  oleh itu, marilah kita cerita serba sedikit pasal nama ni.

masa mengandung, sampai gaduh laki bini nk cari nama yg best best utk anak.  haha.  last last suami aku tak ambik port pun pasal nama ni.  yg dia selalu cakap dengan aku ''masa tu u tengah berpantang, so tugas i pergi ke JPN daftar nama anak.  hahahahhahaha''.  maksudnya ko pilihlah nama apa pun, dia sebagai ayah yg menentukan.  dengki kan.

aku memang suka dengan nama UMAR.  that y dulu dulu selalu cakap kt blog BABY U kan..  so nama tu dah reserve.

tp hari demi hari, belek buku nama hari hari.  siap pergi bookstore nk cari nama anak yg best, nama umar tu macam dilupakan.  laki aku pun macam biasalah, diam je tak bagi kerjasama.  

- muhammad umar aisy
- muhammad naqib
- muhammad hasif 

last last masa anak dah keluar hari tu, barulah suami aku tu mainkan peranan dia yg terunggul sebagai bapa, cari nama anak.  tak sangka pulak, nama UMAR pilihan dia sebab dulu dia macam tak setuju kan.  tu lah, lain kali fikir diam tak semestinya tak setuju.  

ayah mertua dah pesan masa aku mengandung dulu, buat solat istikarah pilih nama anak.  then kalau boleh, dia akan forward nama nama pilihan tu pada kenalan dia which is seorang alim ulamak.  

seingat aku, masa dalam labour room suami bawak kt aku buku nama nama islam tu.  kelas kan siap beli buku baru.  padahal kt rumah tu ada satu buku.  pastu siaplah handphone aku berdering dering suami call tanya okay tak nama tu, nama ni.  

malam yg aku still kt labour room, suami buat solat istikarah.  terpetik dua nama pilihan kami iaitu:

- muhammad umar abhar
- muhammad umar raihan

last suami petik untuk finalized adalah umar abhar.

umar abhar memang dah jadi shortlisted masa mengandung lagi.  

umar - yg memakmukan
abhar - yg gemilang / gemerlapan

umar raihan tu dipilih masa aku kt LR lah.  

raihan - yang wangi

2 nama tu, diforwardkan pada kawan ayah mertua aku.  kita panggil org alim tersebut sheikh solah [SS].  SS kata 2 nama tu elok.  tp yg menjadi pilihan dia umar raihan.

suami pun inform kt aku.  masa tu aku dah kt ward dah.  dah bermalam pun dengan umar raihan.  bincang bincang bincang, kami pun setuju dengan nama umar raihan.  alasan aku, masa 1st night dengan umar raihan, aku tukarkan diapers dia.  taik dia pun bau wangi!!!  so aku pilih raihan.  hahaha.  tah apa apa alasan.

keluar ward hari khamis, pagi jumaat suami aku dah pergi JPN buat surat beranak anak.  nasib baik JPN ada depan rumah je.

first time tengok surat beranak tulis nama anak, siap nama aku atas tu, bergenang air mata ni wey.  lagi sedih masa tu kt KK sebab nk cucuk amik darah [jaundice].  

maka itulah dia cerita masa nk pilih nama anak.  

kawan kawan aku tanya, nk panggil umar ke raihan.  aku jawab terpulang.  tp aku panggil dia umar raihan terus.  kalau dia gigit nenen aku, aku jerit je ''anak!!!!!!!!!!!!!!!!!''.  hahahaha

selesai tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yg baik utk zuriat kami.

semoga muhammad umar raihan menjadi setabah dan sekuat khalifah umar al khattab ye sayang.  

mama sayang umar raihan.  walaupun umar raihan masam, tapi tetap wangi di hidung mama.




7 comments:

Syima Syaz said...

haha....i pun still kejap tu kejap ni.nama 1st yg i pilih dah ditolak oleh abahnya.selama ni mcm tak kisah nak nama apa...bila anak dah menginjak 7m dlm perut dia start guna kuasa nak letak nama anak...

pasrah!

Asz Miza said...

Husband i pn suka nama Umar tu..tapi kami awal2 lagi dah sepakat pilih nama lain. :) Harap2 nama yg dipilih adalah yg terbaik dan bby boleh bawak nama tu. Comel betul umar raihan ye. :)

Cheyan said...

Nama yang sgt sedap..hehe..semoga umar menjadi anak yang soleh..

tiramisu said...

bestnye etty dpt bantuan org alim... Penting sgt pilih nama anak ni kan... Insyaallah baby umar akan membesar sbg anak yg baik, amin... Comel sgt dier....

meowwmania said...

insyaAllah mudah-mudahan...

Umar Raihan comel sgt! ^_^

Shakina Farhan said...

umar nama adik lelaki kina..hehe..

aTy _faRed~ said...

saye suker sangat name umar tu..nak letak kat anak tapi asben tak nak..jadi tukar ker eeman..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails