assalamualaikum
umar raihan dah10 bulan 12hb April minggu lepas. masa tu aku EL. so bolehlah sambut ulangbulan dia kt rumah.
alhamdulillah, membesar dengan sihat anak mama umar raihan ni. demam sikit tu biasalah. adat nk membesar kan.
berat skrg tak tau. mungkin 7 kg, mungkin 7.1, mungkin 7.2, mungkin 7.3 atau mungkin 10kg. oh itu tidak. anak ini comel orangnya. hahaha.
apa yg dia dah pandai? tahlah. tak tau nk cakap details. tp dia makin bijak day by day.
ada satu hari tu, aku cakap kt dia, ''biasa dia ni''...dia menyengih. so aku ingat, tak makan saman ini budak. tp hari lain, bila aku cakap dengan nada yg sama, cembeng pulokkkk...hahah...habis kena gelak dengan nenek & mak ngah dia. bila ayah dia tau, lagilah ayah dia sakat. tp ada masa lah dia cembeng. kalau tengah gembira sangat tu, gelak gelak je.
umar adalah sangat extreme pada bekalan susu dia okay. bila nampak aku, macam nampak apa je. terutama bila dia betul betul tengah lapar atau balik dari sekolah. dia punya excited tu sampaai semua orang pun boleh tergelak. malu je tau.
kalau dia tengah baring, aku nk baring, kaki dia subhanallah...tak menyabor. posisi menyusu, malas nk cerita...extreme. takut nengok!
belum berjalan lagi. since aku pun tak tau baby boleh berjalan seawal 8 atau 9 bulan, aku pun tak aware. aku ingat baby normal akan berjalan sekitar umur 1 tahun. so aku memaksa...
tak suka dok dalam walker lama lama. aku letak bila aku memasak atau mengemas rumah je. kalau ada orang boleh tengokkan dia, aku letak je kt bawah. dia pun lagi suka memanjat.
kulit dia adalah sangat sensitif. mungkin sebab dia putih. even kalau terhantuk pun, mesti akan merah. apatah lagi kalau kena ketit nyamuk, semut. terus hitam. rasa menyesal gila minum soya. pasni peknen memang tak lah aku sentuh soya lagi.
lagi lagi kalau panas ni...adoyai...
umar putih bukan sebab aku minum soya. dia ikut kulit atuk atuk dia. arwah abah aku dulu putih. aku ni sawo je. atuk tampin tu, onyang nya cina pure. tu yg macam cina je anak aku tu. tp suami aku, rajin tanned kan diri. so kalau tengok ktorang, memang pelik lah kenapa ktorg gelap anak putih. haha. tak payahlah excited sangat minum soya semata mata nk putih. biorlah sawo matang, asalkah kulit tak sensitif.
dia dah pandai duduk atau buat perlakuan berhati hati. agaknya dah kerap jatuh, tu yg dia tau, kalau gopoh gapah, akan sakit. so kalau nk turun dari panjat tu, slow motion je turun. asalkan selamat katanya.
dok dalam carseat dah kira behave lah. mama umpan dengan biskut. hehe.
takde satu perkataan yg faham dia keluarkan. melainkan bahasa yg dia sendiri faham. haha.
suka tengok video mickey mouse clubhouse. tp part intro tu je. dah start cerita, dia boring.
suka tengok talking emily. dia suka part emily cium ng baling botol susu tu.
pastu suka tengok ayah dia main game bowling.
baru je pandai baling barang ni. hp mahal bapaknye dah selamat. hp mama apatah lagi. sedih je tau...
dah pandai usap miau dengan pelan pelan. kalau dulu dia ramas bulu bulu kucing. tp setelah diajar, slow je dia usap miau. tu yg miau pun dah naik lemak suka nau meleseh dengan umar.
dia suka acah orang gelak. kalau ktorg gelak, dia pun ikut gelak.
suka acah orang batuk. kalau ktorg batuk, dia pun batuk. gedik jeee.
ni masa genap 10 bulan umar raihan.
10 bulan 1 hari. pergi kenduri kt rembau. suka sangat makan buah oren sampai nangis nangis bila ayah dia bawak lari pinggan nk topup oren. hahahaha.
10 bulan 3 hari. ktorg bawak dia pergi jalan jalan taman rama rama melaka. time ni lah dia demam tu. haha.
tak pandai sangat tengok binatang. mcm takde perasaan.
tah lah. aku pun lupa dia dah pandai apa sekarang.
sekarang tengah tunggu dia berjalan jelah kot. meniarap dah, merangkak dah, memanjat dah. so turn untuk berjalan je.
alhamdulillah. membesar dengan bijak dan baik. takdelah crancky tak tentu masa kan. ada masanya jugak sampai mama tukar jadi hantu toncet.
sihat sihat ye anak mama ni. mama sayang sangat dengan umar...dan ayah. eh...!
11 comments:
oh...mama seperti susu yang bergerak ye ...hehe...biasa la anak lelaki kan...aksi menyusu memang agak ekstrem dari biasa...hehehehe
Besar dh umar ha..nt kte dating eh umar.bile tah xtau.huhu
Iman adalah xmakan saman.
sekarang asl mama balik keje,agenda utama selepas peluk mama manja2 adalah nk tek.dh dpt siap xnk lps tu.klu mama tutup nanges mengada.huhu
Eh hannah ske jgk tgk mickey tu tp skjp jer xlama pn lps tu hlg fokus. Plg lama i tgk dia diam adlh upin ipin dan azan haha. Hurm i rs soya ni ikut certain org jgk. Sbb mak i mnum hari2 ms pregnantkan i skali kuar putih sepet mcm ank cina smpi org kg mak i ckp i ni tertkr ke kt hosp haha. Myb ade certain org mmg xbole mnum soya sgt kot.. U dh tau lps ni xyah mnum ye hehe. I dh lama xmnum soya ha.
Ttbe nk komen lg pahal. Haha. Rs mcm progress hannah lebih kurg je dgn umar esp tang berat tu hehe. Tp as long as sihat xksh la berat bape kg pn..
Hannah if i ckp biasa dia ni bkn takut pn. Dia bls balik 'ehhh' lg ade. Mcm mnjawab lak xtakut haha
comeyy jer dia.. ;)
Salam..wah..umar dah 10 bulan..pasal soya tu yana masa preggykan aisyah pun suka minum royalmix zhulian (soya) n taufufa pasar mlm tu..alhamdulillah Aisyah kulit ok je xd masalah..rasanya ikut jenis soya gak kot..pernah gak baca kl nak amik soya,amik dlm bentuk tempe or taufufa or tahu tu...air soya mcm agak kurg elok..ntah..hehe..=)
MimahAjil - iyee mimah...kadang kadang seriau tau..hahahaha
yUmiE AzuRa - tah acik ni, bila nk balik melaka haaaa???
LisaLisut - eh tapi mak u pun mcm orang cina je i tengok. kakak u pun sepet je kan...
Riana- tu lah,rasanya dulu takdelah hari hari telan soya. tp tah kenapa sensitip benor. tp ayah mertua ada cakap, ayah umar raihan dulu pun camtu masa kecik kecik. mungkin dia sensitif ikut family belah sana...
haha..bab menyusu tu memang..Hannah sampai tertonggeng..
umar memang macam cina..putih sangat dia..
Kakak? Haha i ank sulung laaa haha. Adik i mata besar mcm india apaaa haha
ala etty, kalau org ckp kenapa anak putih..ckp la ''i kuat main sukan dulu tu sawo matang kalau x lagi putih tau''..hahaha..
LisaLisut - adik? hehe silap tulis *cover
Kina- hahahah padahal memang kelaut lah main suka tu. kita bukan peminat sukan. selalu mengelat. mungkin boleh terima jugak alasan tu, tp cakap mengelat so ktorg menyorok tengah padang. hahahah
Post a Comment