assalamualaikum
2-3 hari ni, ramai betul anak kawan kawan blogger sakit. sayu je hati bila dapat tau, anak si dia demam. anak si dia cirit birit. apa lagi yg mampu kita buat sebagai kawan blog, kawan dalam group selain mendoakan agar anak anak itu cepat sembuh.
semalam, satu lagi berita tergempar kami terima daripada group gojes mummy. sedihlah aiiii....
even aku tak pernah pun jumpa erina. tp kami contact kt group gojes tu je. once tau berita aqil, anak erina admitted sebab demam dan skrg kt ICU HKL, hati mak ni sayu je. bila dah jadi mak mak ni, anak orang pun kita rasa macam anak sendiri tau tak...
kitaorang suggestkan kalau sesiapa yg nk melawat erina kt HKL tu, bolehlah wakilkan gojes kan. kalau nk kita buat derma kilat. alhamdulillah ramai yg menyokong.
kak mimy hamid wakilkan gojes untuk melawat erina & baby aqil hamzah.
alhamdulillah, ramai yg sayangkan erina & aqil hamzah. walaupun saling tidak mengenali secara langsung, ramai yg membantu. terharu tau.....
btw, terima kasih lagi sekali kak mimy sebab wakilkan kami untuk melawat erina & baby aqil. terima kasih kerana menyampaikan amanat kawan kawan lain.
erina, kami tau, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. kami doakan awak sekeluarga diberi kekuatan untuk menerima dugaan ini. Allah sayangkan kalian.
baby aqil, cepat sembuh ye nak. acik kt sini doakan aqil kuat melawan sakit tu.
untuk kawan kawan lain, marilah kita doakan semoga baby aqil hamzah sembuh macam biasa, boleh keluar ward, boleh balik rumah dan main main dengan sihat. semoga dijauhkan dari penyakit yg berbahaya. semoga dilindungi Allah selalu anak kecil ini...ameeen...
tengahari tadi, shazura pulak pergi melawat erina. alhamdulillah. ramai yg concern. kalau lah mama umar raihan ni dekat, dah pergi dah....
ya Allah kau sembuhkanlah anak kecil bernama aqil hamzah ini ya Allah. janganlah kau duga si kecil itu dengan kesakitan. janganlah kau duga ibu bapanya jika mereka tidak mampu mengharungi dugaan dari Mu ya Allah...
kau lindungi juga anak anak kami ya Allah...berikanlah kesihatan yang baik untuk anak anak kami....
ameennnnn....
7 comments:
no problem etty...sama susah sama senang...hari ni hari dia..esok lusa kita tak tau lagi ...doa bersama
betul, bila dh jd mak2, anak org pun rasa mcm anak sendiri, tumpang susah hati
Ya Allah..sejak dah takde fb ni..taktau perkembangan kawan2 di grup gojes...mula2 tau dari blog mommycha..pastu baca kat blog mimi..ade buat collection ke?apepn yg termampu sebagai seorang mak2 jugak...semoga Aqil cepat sembuh seperti sediakala...Amin.btul bila ada anak orang lain sakit ke.ape ke.hati memang cepat tersentuh sekarang.semoga anak kita semua dijauhkan dari penyakit...Aqil...be strong ye..
Hurmmm.mmg sedih sgt.bderau darah tgok aqil admitted.smoga Allah mlindungi ank kecil tu...
Kita sama2 doakan yang terbaik utk adik aqil. menitik sayu je hati bila berdoa utk aqil =(
Hope aqil cepat sembuh. I x dapat access fb sgt lately tu yg tetinggal berita ni..
sedeynya :(
Post a Comment