:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, October 4, 2013

umar raihan tukar angin taska to BS

assalamualaikum

nk cerita pasal rumah, macam malas sangat.  tengok lah nanti kalau rajin nk snap gambor.  lagipun suami kata cukup lah.  kang orang kata kita riak.  cukuplah kt segram atau fb.  tu pun gamaknya ramai jadikan gambar tu bahan kutuk.  mana lah tahu kan.

nk cerita pasal anak kesayangan mama ni.

dia dah tukar pengasuh dah.  takde dok taska lagi.  so sekarang, half way je ikut mama g kerja.  pastu mama sorang sorang sampai office.  balik pun sama.  sedih jugak memula.  takde kawan sembang.  tp lama lama okay je. yg penting hati tenang masa kt office.

aku cakap ni, bukanlah nk memburukkan mana mana pihak.  aku bercerita untuk rujukan dan pengajaran semua orang.  first of all, kalau pihak pengurusan baca ni, aku minta maaf okay.  takde niat nk burukkan pengurusan taska.

umar raihan bermula kt taska dari umur dia 6 bulan.  so far aku puas hati pada mulanya.  dia mula meniarap, menyusur untuk kali pertama kt taska.  ransangan kawan kawan sebaya mungkin.  dari segi penjagaan, pun bolehlaaaa...cuma bila balik, ada je kena gigit semut.  in fact, tiap kali aku susukan umar kt bilik baby, aku banyak kali bunuh semut.  tak taulah datang dari mana.  aku dah bagitau ticer, tp tak taulah apa tindakan taska kan.  so kalau ada kesan gigitan tu, aku pasrah je.  dah lah kulit umar jenis sensitif.  esok esok, confirm  jadi hitam.  balik umah atok pun, atok bising.  aku diam jelah.

masa umar sebelum setahun, puas hati je.

bila dah setahun, dah pandai jalan, umar tak duduk dalam bilik baby lagi dah.  dia kena keluar, bergaul dengan budak setahun ke tiga tahun gitu.  masa ni penjagaan dah makin kurengg.  contoh macam pampers aku bekalkan 6 pcs, luak paling banyak pun 2 pcs.  patutnya kena tukar 3-4 kali kan.  tu pun aku diamkan je.  tp suami aku bisinglah.

dari segi makan, aku rasa takde masalah.  tengok habis je petang tu.  tak taulah betul habis atau buang kan.  ticer pun tak bagitau apa apa pasal makanan.

dari segi kesihatan.  yg ni tak dapat nk elak sebab bergaul kt taska kan.  dari start umur 8 bulan, batuk selsema tak elok elok.  cakaplah klinik, hospital mana, semua aku dah pergi.  tp doktor pun cakap, never ending problem sebab umar dok kt taska.  aku pun akui lah kan.  tp sejak dia duduk kt luar tu makin teruk kesihatan dia.  berat pun tak naik banyak.  sebab asyik sakit je kan.  ikut logik aku, badan dia kecik lagi, mana terdaya nk lawan virus bebudak besar kan.  tu yg senang dapat sakit.  aku bukan tak bagi dia makanan tambahan elak sakit.  aku bagi.  tp yelah, mungkin terlalu ramai budak kot.

aku ada bekalkan dia ubat setiap hari.  ubat batuk lah, cair kahak lah, selsema lah.  aku betul betul tawakal pada Allah, aku doa semoga pengasuh pegang tanggungjawab yg aku serahkan untuk bagi ubat tu kt umar ikut masanya.  tp aku pelik gak, tak habis pun ubat tu.  pun aku diamkan je.

mungkin masalah yg utama, sebab aku banyak diam kot.  aku ikut je apa yg taska buat.  sebab aku takut, bila aku bersuara, pengasuh jadi tak puas hati.  so nanti dorang tak jaga anak aku dengan baik.  tu aku diamkan je.

tapi paling kemuncak tahap ketidakpuasan hati aku, baru baru ni.  minggu lepas dengan lebih tepat.

lepas masuk rumah tu, hari isnin aku EL, umar demam.  selasa aku dapat MC sebab aku pergi check up.  rabu baru hantar umar ke taska.  cikgu ada tanya umar kenapa.  aku cakap je umar demam kena tegur masuk rumah baru.  plus tonsil dia bengkak.  aku harap cikgu faham lah demam kena tegur tu camne kan.

hari rabu petang, cikgu call suruh amik umar sebab dia demam.  aku pun dengan muka tebal bgtau bos aku tepaksa emergency petang tu.  amik umar.  sampai je taska, aku tengok memang umar lemah.  tp bdan dia tak panas sebab cikgu dah bagi ubat.  aku pun balik, jaga umar kt rumah je.  tengok petang tu, elok je dia kan. cuma malam tu, aku bawak umar ke emergency mahkota medical centre.  sebab pukul 9 tu badan start panas lagi.  kt hospital, badan dah normal balik.  tp doktor cakap, memang tonsil dia bengkak sangat.  suruh continue antibiotik yg dah dapat tu jelah.  aku tanyakan jugak pasal mata umar merah - doktor kata normal bila panas dalam.  tanya pasal selsema kuar darah- pun normal bila terlalu banyak geseran hasil lap hidung tu, dan panas dalam.  takde apa yg abnormal pun pada umar raihan.  tak payah blood test, tak perlu admit.

esok khamis tu, pagi masa aku hantar umar, cikgu tanya, umar kenapa. aku cakap takde apa.  umar demam biasa je.  mula lah cikgu kata, semalam bawak umar pergi klinik pelajar sebelah, doktor tak bagi bawak ke taska.  aku pun jawablah ''saya ada kerja kena settlekan.  saya tak boleh cuti.  tp takpe, kalau panas sangat, call saya''.  aku perasan muka cikgu tu berubah bila aku jawab.  tp aku bukan jawab sebarangan.  isnin selasa aku dah cuti, rabu pulak balik awal.  takkan aku nk cuti lagi kan.  sedangkan apa fungsinya taska dalam tempat kerja.   bukan ke untuk memudahkan ibubapa???

aku pun pergi kerja macam biasa.  tengahari dapat call dari taska.  cikgu cakap mata umar sakit pulak.  aku pun cakaplah ''dia tak sakit mata, doktor kata dia just panas dalam.  takkan menjadikan infection, takkan jangkitkan pada orang''.  mati mati cikgu suh aku amik.  tp aku cakap tak boleh, aku ada meeting.

habis waktu lunch, aku call pulak jabatan yg incharge taska ni.  cakap dengan pegawai ni.  rupanya kes umar sakit mata, dah sampai ke sana.  dia pun suruh amik takut jangkitan pada budak lain.  tp aku terangkan yg tu bukan sakit mata, aku dah dapatkan pengesahan dari doktor kan.  lepas tu aku complaint lah macam macam.  pegawai tu bagi suggestion, cari pengasuh lain.  mungkin inginkan angin baru.  hehe. 

so, hari khamis tu hari terakhir umar raihan kt taska.  hari jumaat, tak mau sangat umar raihan datang taska kan, so ayah dia amik cuti.  hari jumaat, aku pergi taska bayar yuran terakhir dan bagitau yg minggu depan umar takkan datang lagi taska.  cikgu macam terkejut kenapa tiba tiba je kan.  aku pun bagitau terus dengan cikgu yg umar kerap demam, badan tak naik naik, kerap sakit.  bgtau terus terang jela kan, tak mau tipu tipu cakap nenek nk jaga bla bla bla. aku cakap nk amik barang umar tp sampai sekarang aku tak de masa nk amik lagi barang dia.  tengok lah bebila.

so berakhirlah khidmat taska menjaga anak aku selama hampir setahun ni.  khidmat taska sangat aku hargai.  sebenarnya nk cakap buruk, takde lah buruk sangat pun.  yg buruk tu aku boleh pejam mata, sebab selama ni cikgu cikgu ni yg jaga anak aku. cuma takkan selamanya aku nk biarkan anak aku sakit kan.  aku nk jugak tengok berat dia naik dengan cantik, dia tak batuk tak demam selsema bagai.  mungkin bukan sekarang masanya umar dok taska.  tunggulah bila dah besar nanti.

sebenarnya banyak je aku dengar yg buruk pasal taska ni.  tp aku pekakkan telinga je.

tp banyak penambahbaikan yg perlu taska lakukan.

bila anak anak demam, tak perlulah telefon parents gesa untuk amik anak.  kawan aku pernah amik kursus pengendalian taska ni.  dia cakap, bila anak demam, sepatutnya taska patut kuarantin anak tu dari anak anak lain.  buat sponging redakan demam.  unless kalau panas sangat.  kalau takat demam biasa, janganlah cuakkan ibu bapa yg tengah kerja.  taska ni tempat jaga anak, untuk menyenangkan ibu bapa ketika bekerja.  kalau nk suruh ibu bapa amik, baik tak payah hantar taska kan.  tak semua ibu bapa boleh luangkan masa amik anak jaga kt rumah.  ada ibu bapa yg terlalu sibuk dengan meeting etc. dan tolonglah faham dengan keadaan ibu bapa kan.

dan hari isnin, umar raihan dah selamat dengan pengasuh baru dia.  tu pun aku dapat contact number dari kawan aku.  aku yakin dengan akak tu sebab dia pernah jadi cikgu taska selama 8 tahun.  anak asuhan dia pun 3 orang je termasuk umar. tp adalah anak anak dia kan.  masih lagi kurang quantity nya berbanding duduk di taska yg ramai tu.    untuk review, adalah terlalu awal.  tp aku berdoa setiap masa, supaya umar raihan sihat dan selamat selama di bawah penjagaan bs yg baru ni.  bayaran sama je dengan taska.  dah memang gitu pun rate kt melaka ni.  masih mampu bayar.

to pengurusan taska - terima kasih kerana menjaga anak saya dengan baik selama ni.  walaupun banyak benda terjadi, saya tetap hargai jasa cikgu cikgu menjaga muhammad umar raihan.  jasa cikgu cikgu, Allah je mampu balas. saya minta maaf kalau entry ni membuat hati sesiapa terguris.  saya hanya menyampaikan ketidak puasan hati saya je.  bukan untuk memburukkan kalian semua.

kepada ibu bapa yg nk hantar ke taska - bukanlah aku nk menakut-nakutkan korang semua.  tp ambil pengajaran.  ringankan mulut bertanya itu ini.  jangan jadi macam aku diam jeee....



9 comments:

fifi said...

Harap umar sihat jer pasni.aku pun risau kalau kena antar rissa pegi taska ke..pengasuh ke..sebab aku sendiri jaga rissa.aku tau dia camna..dan aku tau org luar memang takkan dapat sabar dengan dia lbh2 lagi tme nak suap dia makan..

Hana Soffelia said...

Etty, sebab tu aku taknak hantar Naurah ke taska sebab mcm2 aku dgr benda tak best. Aku ni kira bernasib baik jugak jumpa BS, kalo sampai makan bulan tak jumpa BS, maknanya aku kenalah hantar Naurah ke taska tempat kerja aku jugak. Dulu begitulah perancangan aku.

Harap Umar Raihan sihat dan gembira di bawah jagaan BS baru ini.

Mimy Hamid said...

takpela etty jadi pengajaran..yang lepas dah berlalu...betul jugak nak salah kan tak adil pulak selama ni dia dah jaga umar ...

Misz Pinkie Winkie said...

umar nak tukar angin plak.
insyaallah semua ok..
bs pon ada anak so umar adalah kawan jugak ;)

♥ ROS ♥ said...

Jgn sedih2 yer etty.. Nnt dh dua tahun, anti bodi kuat n kurg sakit dh.. Kecik2 ni mmglah.. :)
**ala bru je kuar isu riak.... Ekekeke

Riana said...

hi ety..yana pun tgh pening..skrg anak dgn sepupu..tp br2 ni dia ambil lg 2 baby..total ada 6 2,3 n 4 tahun.kebetulan klmarin anak kena gigit nyamuk byk plak kat siku..pastu smlm lebam kat dahi katanya kena kerusi..buat yana terfikir2 nak cari pengasuh lain..nmpak mcm terbiar aisyah ku.nak hantar taska 1000x fikir lepas baca entry ni..huwaaa..

SyimaSyaz said...

kat KL ni lagi lah macam-macam cerita buruk pasal taska/nursery.. yelah kan benda kecik-kecik memang boleh je pejam mata.tapi kalau sampai ganggu kerja, tu susah.bukan kita tanak jaga sendiri anak kan (mesti lah kita nak jaga anak lbh2 lagi bila dia tak sihat) tapi kerja pun kena jaga...
harap2 lepas ni umar sihat, badan naik balik macam dulu masa chubby tu. sian umar.i doakan yang terbaik untuk umar... n u too

Anak Lebah Comot said...

sabar banyak2 etty....dugaan kamu sekeluarga...ape2 pon alhamdulillah dipermudahkan untuk cari pengasuh baru....

SweetLikeWhat said...

harap lepas ni umar sihat2 selalu..aminnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails