assalamualaikum
jual spectra m1, invest beli ring sling fiesta ni. rm180 kt daiesu (kt fb). yg ni ready stock so cepatlah sampainye.
rs ni sampai sekali dengan note dari daiesu. mula mula kena pre washed. hand washed tau. pastu gosok sikit sikit, pastu pulas pun slow je. tp dia kata, next time dah boleh masuk mesin.
actually yg ni kain woven. so mmg memula agak kejung. tp bila dah pakai selalu, broken in sudah. kain woven ni selalu orang buat jadi wrap. so fiesta ada 2 version. wrap dan ring sling. kain memang sedap lah. tebal tp tak berpeluh sakan pun.
so far, maira memang selesa dok dalam tu. dia pun dah kenal kain dia. bila nampak aku pegang je, dia excited konon mama nk gendong dia. tp sorry lah, mama nk lipat je. bahahahahhahaha.
rs ni memang penyelamat aku lah kalau nk g memana. even kalau balik tampin. kadang maira ada peel dia tak mau kena letak. biasanya tu baru sampai umah ayah lah, segan dan tak familiar dengan pakcik & makcik dia. so dia akan meragam. nk tido pun tahan tahan mata tu. so rs penyelamat. gendong kejap, tinggg tido terus. kalau tak tido pun, dia akan calm gitu je sambil isap jari dia.
kalau pergi shopping kat mall, depends lah keadaan dia. tak lah semestinya kena tidur kan. kena time mengantuk, memang dia tidur. kalau baru bangun, takdelah tidur. tp boleh jamin 89% memang senang dan akan tidur.
okay ni nk tunjuk 2 keadaan maira.
1. lokasi : taman rama-rama melaka.
tak tidur. ate dah nama pun melawat melaka bererti melawat malaysia kan, apa barang tidur. bahahahahah. takdelah, sebenarnya, dia dah tidur kejap sebelum keluar rumah. tapi dah kt hujung hujung taman tu, dia tidur pulak. tp baguslah, tak tidur dia boleh tengok fish banyakkkk.
2. kedai rm2 tampin
ni sebenarnya dia memang dah mengantuk dari kt rumah. nap time tp dia berpeel tahan mata. mata dah merah tp tak mo tido pun. so dari rumah dah sesiap pakai rs ni. dalam kereta, maira terus tido. sebenarnya kan, dalam kereta yg bergerak tak boleh babywearing tau. tp ni kejap je. dari rumah ke kedai tu tak sampai 5 minit. time ni lama jugak lah dia tidur. siap org cuit cuit pun tak sedar.
haaa so depends lah keadaan dia camne kan. nk tidur, tidur. tak mo tidur, lihat lah sekeliling alam nak.
KAIN LEBIHAN - TAIL
situasi no. 1, tail aku lepaskan je. bila nk menyusu, tutup sket. itu lah kegunaannya pun.
situasi no. 2 tu, takde tail kan. tu sebab aku letak kt belakang leher maira, support dia time tidur. sebenarnya time babywearing ni, free hand. tp dah sifat ibu kan, dah lah dekat dengan kita, kita memang semulajadi rasa nk peluk anak tu.
POSISI KAKI
kaki pulak, make sure bentuk M eh. tp situasi no. 2 macam terlebih kangkang. aku tanya kt group babywearing negeri melaka, kakak kakak yg memang dah pro ni jawab posisi tu just nice. so okaylah. make sure, lutut lagi tinggi dari bumb. tu sitting position tau, bukan kaki kangkang. kalau kaki tu kangkang secara paksa, mesti budak nangis kan. tp tak sakit pun. tu memang nature budak. kalau orang kondem cakap kangkang, sila la jawab macam tu.
PRACTICE MAKES PERFECT
babywearing samada pakai kain batik, ring sling ataupun ssc ni, kena selalu practice baru jadi perfect. macam aku start dengan kain batik. memula messy gak. kaki tu tak well M shape. tp banyakkan tengok youtube. pastu apply. alhamdulillah dah pro. ehek puji diri sendiri nampakkkk. same goes dengan rs ni. memula kekok lah. tp skrg dah okay. banyakkan tengok youtube okay. jangan malu, malas nk belajar. tak boleh hadam lah dengan ayat tak pandai. aku pun tak pandai mula tu. tp dapat je dari daiesu, terus tengok youtube. pastu rajin rajin lah bukak group MBW tu. tengok cara orang pakai camne. pastu pakai, post kt situ, mintak tolong kawan kawan nasihat yg mana elok. jangan segan segan eh. nanti korang pun terel dah tau.
pendapat aku, anak 2 ni dah tak praktikal nk guna 2 stroller. susah lah. nk masuk lift susah, nk tolak stroller pun susah. so babywearing memang best.
RACUN MERACUN
aku bab racun ni memang suka. paling best bila kawan baik aku, terus beli boba air. bahahahhaha. tu rasa mcm ya Allah bestnye bila dapat spread the love of babywearing. kawan yg lain tu, haha pandai pandai lah korang. kang dorang marah aku. kikikikikikiki.....
tak perlu start terus dengan ssc mahal. kalau takde fund, jual lah apa yg patut. bulu pun kalo laku, sila jual. hehe gurau je. saving lah. macam aku start dengan kain batik. harga kain tu, rm30 je beli kt jom gendong masa kak shida datang alor gajah sempena breastfeeding talk. kain tu aku lenjan g mall. pastu ada duit sket, aku upgrade beli ring sling ni. pastu ada duit lagi, aku beli ssc lak. so since ssc aku pre order, lagi banyak masa aku nk saving.
okay tu je. happy babywearing uols.
#jangantengokakupakaitudungtuulangulang
5 comments:
Assalamualaikum kak etty, bestkan berbabywearing.. sheila pun baru beli ssc andrea. tak mahal. harga lebih kurang kak etty beli ring sling ni. hihii memang mudah kalau keluar takmau pakai stroller. heeee
hobi etty meracun timah.haha!
aku masih setia ngn kain batik aja.hihi
sheila - dah tengok andrea uols.
ctmah - kain batik tu pun gembira aku ko beli tau...
i nak juga beli wrap...
etty, tak jdi datang bulan 12, extend time CNY. so nanti u ajar i wrap tau. lagi pun time tu mesti tak lama lagi nak ada baby... agagagagagagga.....
hi
iso rs ni. xde rezeki nak beli. if u r selling it.. contact saya ya
Post a Comment