:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, September 2, 2015

entry lama :: wak usin pergi haji 2013

assalamualaikum

aku sedang membelek draft. terjumpa draft ni.  bertarikh 9 september 2013.

Allah je tau betapa remuknya hati aku, betapa sedihnya hati aku.

Alfatihah wak usin.  semoga wak tenang di sana di jaga Allah dan para Malaikat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


minggu lepas 9hb september, hari yg aku tunggu tunggu.  wak usin aku nk pergi haji, so hari tu, semua berkumpul dekat tabung haji, kelana jaya.  aku memang nk pergi.  awal awal lagi, aku dah cakap ng suami aku, aku nk hantar wak ke kelana jaya.  hari hari aku ingatkan dia.

tp seminggu sebelum hari tu, suami cakap dia ada kursus pulak.  dah sudah macam mana kan.  siap plan aku drive ke KL.  tapi alhamdulillah, rezeki aku kot.  dia tak jadi pergi kursus tu.  aku siap meroyan kt group wasap cucu embah.  abang anas lah cakap - dah kenapa aku meroyan kn.  pastu nk meroyan kt group lak tu.  bahahahhahahahah.

bila suami cakap tak jadi pergi, sukaaaa nya aku.  meroyan lagi sekali kt group.  tapi kalini meroyan suka lah kan.  hehe.  pastu semua deal nk kena ada kt KJ tu kul berapa.

hari kejadian, aku amik 2 jam.  berdebor jugak nk cakap kt bos.  dah lah pagi tu lewat sebab traffic jammed ada bas rosak.  pastu nk 2 jam lagi. gomen takde half day tau. ada time off je kawan kawan.  bos pulak tu ada meeting, so aku sms je dia.  paling syok dia balas ''ok''.  yahoooo.....

petang tu gerak lambat gak lah.  renyah sket lah nk jalan jauh dengan anak dah besor ni kan.  kena bawak air panas, air sejuk, jajan dia lagi, jajan laki lagi.  hahah.  boleh pulak dah nk gerak tu dia request suh goreng nugget.  kalau aku tau, awal awal aku dah buat.  tak dapatlah nk pergi ikea.  padahal mula mula tu dia menanam tebu di pinggir bibir cakap, kita g ikea ekkkk...sekali dah lambat. puffffffff

sampai KJ tak silap pukul 7+ kot.  masa tu hujang lebat gila.  sampai je umar raihan tido.  heaven time tu sebab wak pah bawah makanan - nasi lemak sedap.  so boleh makan.  mmm sedapnyaaa nasi lemak wak pahhhhh...terngiang ngiang ni...!!

bas wak gerak ke KLIA kul 9.30 pm.  so kitaorang ada banyakkkkkkkkkkkkk masa untuk bersembang, bertanya khabar sebab lama tak jumpa kan....








---------------------------------------

2/9/2015 aku update.

masa ni kalau nk tau, first and last aku peluk wak usin.  lama aku peluk wak.  aku cakap, wak jaga diri baik baik kt sana, ibadat betul betul.  wak cakap, etty doakan wak sihat tau.  alhamdulillah kt sana wak sihat.

haih bergenang air mata aku taip ni.  sebab teringat kt arwah.

etty sayang wak usin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails