assalamualaikum
rentetan jumpa ijah ng rini masa raya, sume sepakat nk jumpa lagi. hai lah susah kot ktorg nk jumpa. ada jelah aral nya. tp nasib lah raya menjadik. well ini kan raya. tak jadi jugak memang masing masing kena carut.
ni pun bakal kena carut dan makian gak sebab plan bercuti jauh jauh hampir terpadam. aku nk kt casa titik laaaa koranggggggggg.....
okay masa ni semua kumpul kt rumah qila. kt bangi. ada kejadian tak diingin berlaku. tu kang lah cite kt bawah bawah. cite sedap kena kt hujung barulah klimaks to the max.
eh tapi biasalah gesek gesek ni kalau tak kena maki memang tak sah. memang lah aku yg duduk paling jauh, paling awal sampai kot. dekat sejam aku tunggu dorang sampai. hampehhhh sangat. tu fara konon aku dah half way sila update, kang dia gerak. bajet aku sampai dia pun sampai lah dari selayang. tengok tengok dia orang last. siol je.
tp nasib baik lah para suami berkelakuan baik baik belaka. bley masuk sebab geng vape. bahahaha. yelah dorang tak penah jumpa. mana nk geng kan. pasni dah kenal boleh lah jumpa selalu. haih, selalu lah sangat.
amni aleesya the latest edition la. maira biasalah, kt mana sahaja asal boleh. yana ni sapa ingat, dia lah pengapit sepit aku dulu. cuma masa dia kawin, aku dalam pantang. so tak pergi majlis dia.
rini fara ijah qila aku yana. lengkap semua. sapa tak datang memang kena kick group. haha. masa ni gelak gile sebab anak rini tetibe datang selit. lawak anak dia.
ni ijah. haih ng ijah lagi lama kawan tau. seingat aku dari ktorg kecik sebab arwah abah ng arwah ayah ijah kawan baik. panjang citenyeee....tak kuasa nk type.
ijah ni selalu kena ng aku tau. tp dia cool. dia tak marah, sentap pun. sebab kadang geram ng lurus dia tu. tp sebab tu aku sayang dia. dia pun sayang aku, aku tau sangat. tp aku marah dia pun bersebab, aku sayang dia. tu aku marah tu, ada input tau. bukan marah kosong. aku yg galakkan dia cekalkan hati menyusukan anak dia. tengok tenngok, dia pun berjaya. haaa tak ke elok marah aku tu.
lama gila kt umah qila. siap mak ayah qila dah balik rumah, ktorg tak balik lagi. siap lepak dalam bilik tuan rumah tumpang solat dan tumpang baring dalam ekon. eiii dasar sangat. rumah qila banyak toys, anak anak pun enjoy.
bila tengok balik gambar ni, rasa mcm tak percaya yang ktorg dah bertahun kawan. this is real friends la kan sebab kenal masa masing masing bodoh alang gitu baru baligh. lagi lagi duduk asrama. pernah nampak luar dalam. lol
semua ada life sendiri. dulu aku paling bodoh tau antara dorang. bila exam asek nombor last je. bila prep, aku tido tak pun main merepek ng ijah (sebab pilih meja study sama ng ijah). pastu fly makan yong tau fu ng yana & ijah. rini time tu dia pengawas asrama tak silap. qila skema. fara tak join budak budak cerdik akal panjang ni. hahahahah. aku ng ijah la paling tah pape. lain semua skema dan baik termasuk lah yana tu kadang baik gak dia.
tapi sekarang masing masing ada kerjaya. bila muhasabah balik, padanlah dengan perangai ktorg yg dulu. aku walau tak pandai, tp aku pandai manage lah segala segi. tu yg jadi PA. qila of kos budak pandai dulu. semua refer kt dia kalau bab math ng sains. tu haaa jadi doktor tengok pepet orang nk beranak kt serdang tu, eh ke bangi. selalu bahan qila doktor garang sebab qila memang garang plus kedekut mc. hahaha. yana gitu lah dia. pegawai kastam dah sekarang. rini garang gak, HR tuuuuu. fara, hahahah memang dia sesuai jadi cikgu fizik. ijah dulu dia aktif sukan. penah kerja kt kedai jual alat sukan tu. sekarang keje HR jugak. semua alhamdulillah menjadi.
paling tak sangka, jadi mak orang dah pun. kan kan kan...
#kesatairmataterharu
dari segi jodoh pun mcm tu. syukur suami suami kami baik perangainya. ijah ng zul kawan dari sekolah rendah. so ktorg memang kenal lah zul tu. kenal gitu jelah. rini pun sama. bedek kawan ng zul. masa rini kawen, kitaorang ada sekali. nk trobek gambar rini kawen, aku tak bertudung masa tu. abaikan jelah. yana dulu ada bf, tp bf dia hampeh sgt. so bestlah dia skrg sebab dapat zaidi yg family man, yg cool. qila moleklah jumpa jodoh dia husni tu. penyabar sgt. aku ng najib, alahhh macam korang tak tau.lol
next manalah nk bercuti tu. ada plan, tp awang awangan lagi. lol
okay sampai ke klimaks.
masa gerak dari melaka, kt melaka lagi ni ktorg dengar bunyi meletop tau. tp biasalah, kadang kan ada motor yg bising bunyi meletup tu. so ktorg ingat motor. kebetulan adalah motor kapcai lalu. dah sampai umah qila, tak turun kete lagi mengenangkan kawan lain tak tiba seganlah aku kan. dan umar pun tido waktu tu. jadinya ktorg selfie lah dalam kete sembang sembang laki bini. pastu ada kawan qila tunjuk kt tayar. dia cakap tayar pancit. aku keluar je kete, ya Allah memang flat habis dah tayar tu. bila recall, baru teringat bunyi meletup tu. eiii seramnya terus mengucap. dari melaka sampai ke bangi tau keadaan tayar macam tu. dengan suami aku speed kt highway 160. syukur sangat lah Allah lindungi kami lagi waktu tu. masa kt umah qila lah laki aku g tukar spare tyre. balik dari bangi malam, laki aku bawak slow je. syukur lah ada laki laki dorang yg jadi tukang sorak kt laki aku supaya bersemangat tukar tayar spare. hahahah. aku cakap terima kasih kt zul sebab tolong. dia cakap, ala tak tolong pun, tolong tengok je. dia yg buat sendiri. hahahaha hampeh lah zul.
1 comment:
Salam perkenalan..jumpa blog ni mase cr review pasal whoopee diaper..jemput singgah http://intandayani.blogspot.com
Post a Comment