(sekarang ni, teater natrah tengah ada kt tv1, ralat betul nk tengok) oh remy.... haha.
harini, aku nk bercakap tentang inai.
sebelum tu, aku bukanlah org yg pandai sangat dalam hukum hukum islam ni, tp apa apa hal, sebelum korang nk berinai yg ukir ukir tu, baik korang google dulu pasal hukum dia.
pendapat aku, depend pada minat dan kemahuan masing masing.
tp aku ni senang je, aku tak mau buat ukir ukir bunga tu. sebab aku tak minat. aku lebih nk buat yg simple. old skul gila punya tema. haha. nampak sweet tak kalau berinai di hujung jari je??? hihi.
ni kalau gila banyak punya bunga, kerawang dah memang semak je aku tengok. in fact memang aku tak suka nk pakai inai yg instant tu. (dalam cone tu)
back to basic, aku mahu inai asli. inai yg ditumbuk atau digiling, ditambah pula dengan gambir biar kasi merah, atau tambah nasi biar dia melekat kt jari jemariku yg halus ni.
(aku berdoa agar salah seorang embah sedara aku, masih mampu nk menggiling inai untuk aku. amin)
aku nk adik adiku nanti yg berkorban jari dorang demi mencantikkan aku. haha.
haaaa, camni lah ke''old-sku''lan yg aku nk nanti. sweet tak sweet tak?????? kt kaki pulak, masih macam dulu dulu, satu line je. still takde nk berukir ukir. kang laki aku confuse lak, kawin ng org melayu ke org hindu ni. hehe.
inai untuk orang lelaki pula???
setau yg aku pernah google, haram hukumnya.
di suatu hari aku bertanya (masa tengah gaduh ni)
''u nak pakai inai tak nanti kawin?''
''eh, apahal ni, kan kita tengah gaduh. tiba tiba tanya pasal inai. erm, i tak mau pakai inai''
''haaa, baguslah. hukumnya haram pun lelaki yg pakai inai''
oleh itu, aku memang tak nak suami aku nanti tanggung dosa disebabkan inai di 3 jari hanya untuk nampak hensem pada satu hari. kalau dia nk pakai, terpulanglah pada dia kan. tp bab ni, aku takkan memaksa. sebab aku dah tau hukum dia.
erm, korang pandai pandai lah nk google eh. nk kahwin yg berkat, usaha sikit. haha. ayat tak tahan.
bubye pengantin to be!!
No comments:
Post a Comment