nah amik. saya memang baik hati pun.
Pastikan memilih daun inai yang betul-betul tua. Sebelum ditumbuk, bersama-sama nasi dan gambir sireh, jangan lupa membuang tulangnya terlebih dahulu.
Setelah bahan-bahan yang ditumbuk menjadi lumat, perahkan pula air limau nipis kedalamnya. Setelah itu, letakkan inai dijari tapi usah tanggal sebelum ia cukup merah. Mudah-mudahan inai yang dipakai akan kelihatan merah indah berseri seperti yang diingini. (Seri Dewi & Keluarga, Feb 2009) http://www.petuanenek.com/kecantikan/inai-betul-betul-merah
takpun, segala info inai ada kt sini http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=42&cat=HERBA
Untuk mengekalkan warna inai dgn lebih lama lagi, cuba petua ini. Semasa mengisar inai, kisarkan bersama sedikit nasi dan asam jawa (tanpa biji). Kemudian gunakanlah, warna inai akan tahan lama lagi. http://serikasih.blogspot.com/2008/07/petua-warna-inai-tahan-lama.html
eh, 3 pun kira baik hati lah jugak. hehehe. uols ni manja tau. i babap nanti.
kalau ada petua lain, share share lah ye.
bubye pengantin to be.
No comments:
Post a Comment