:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, January 26, 2012

cuti 4 hari lepas.

hello hello

nk tido kejap lagi, tp update dulu sementara masih rajin nk hadap blog. kang tak rajin, sebulan lah tak update kan.

oo ye, cuti kelmarin aku memang tak kemana mana sebab.................sob sob sob. sedih tak dapat pergi terengganu ikut yang lain lain. jeles je tengok gambar cheyah, kak ijan. paling sedih bila mak balik, tanya ada tak thaqif tanya pasal mak etty. mak jawab takde. wah terus sentap. *sampai sekarang. sambung sob sob sob....

nk pergi terengganu tu pun berkira kira. hati belah kanan, kata jom. hati belah kiri kata tak mau. haha. ada ke hati belah sini, belah sana?

last lasti bila fikir balik jalan jammed, jauh bontot kematu dok dalam kereta, hotel tak booking lagi, flight ticket mahal, terus lah tak pergi.

dan aku sangap ketika cuti 4 hari!!!

hari pertama

tak buat apa apa. dari pagi sampai petang. pa-ce-book....pa-ce-book....pa-ce-book.....
laki aku ajak keluar tengok tengok rumah pun tak jadi @ malas. bukan tak jadi, malas sebenarnya. hehe.

hari kedua

pagi pagi keluar sebab nk tengok tengok rumah. ingatkan boring, tp best rupanya tengok rumah rumah ni. oh yea, kami plan lepas bersalin nk pindah rumah sewa @ sendiri. tu yg tengah survey tu. rumah melaka sangat mahal. sekian.


plan nk mandi manda kt pengkalan balak. okay kami memang dah ke sana pun. sekali tengok ombak besar gila. takut wey. dalam kepala fikir tsunami je. haha. semua dah bawak baju ni, tapi semua tak berani nk turun. kecuali laki aku. tu pun aku ni macam mak mak dah. asyik tengok dia mandi tengah ke tepi je. haha. mesti dia rimas aku asyik tengok dia mandi je. pastu bila dia ketengah sikit, aku dah jerit jerit suruh mandi tepi tepi je.

* semalam suami aku sms, dia bgtau ada korban jugak kt pengkalan balak tu masa ktorg mandi situ. masyaAllah. nasib lah kami semua selamat. alhamdulillah.

hari ketiga

aku menjejakkan diri ke jusco uols....bangga tak? snifffff sniffff....tu pun bawak limau mandarin dlm handbag. agak agak mabuk, aku kupas limau.

masuk kedai baby apa eh nama dia. tah lupa. survey harga je. sekarang mmg tunggu expo baby kt klcc tu baru beli. buat masa skrg, surveyyyyyyyyyyyyyyyyy je....

survey harga stroller. suami dah suka scr 5 ke 6 tah. okay gak harga dia. tak lah mahal sangat. cuma roda belakang besar gila macam tayar kontena. haha.
dia pun suka combi. tp tak suka harga combi. haha.
dia suka mclaren, tp aku tak suka sebab tiba tiba je ada plastic sunshade tu kan. buruk.
aku suka esprit tp tak suka juga sebab sebb tak boleh face in.

so buat masa sekarang, sweet cherry lah kegemaran kami berdua sebab boleh face in, face out.

masuk jusco. eh survey stroller tu dlm jusco lah. silap penceritaan.

lepas survey stroller, survey barang barang lain. botol susu avent [cap tu je sebab tak pernah tengok cousin cousin lain pakai botol cap lain], survey katil baby, tilam baby, bantal baby, besen mandi.

aku senang je, ikutkan aku pakai besen basuh kain pun boleh kan. hahahahah.

barang barang mandi, baju tak tengok. sebab bila gender tak tau lagi, rasa tak ghairah nk cari baju.

suami kata dulu arwah atuk dia pernah buatkan katil baby DIY utk dia. so katil tu memang elok lagi. so untuk rumah sendiri nanti, insyaAllah guna katil tu je. tengah berfikir fikir nk beli untuk rumah mak aku ke tak. kang kalau beli, tak pakai. tak ke membazir??

ikutkan aku, tilam bantal semua pun aku nk buat sendiri je. suruh suami aku belikan kekabu kt tepi jalan, pastu jahit sarung tu. mesti lagi best tido atas tilam kekabu kan. tp bukan aku yg jahit lah. hew hew hew.

lepas tu naik tempat furniture kt atas tengok drawer plastik. ingat nk guna tu je untuk rumah mak. sebab bilik sekarang kecik je. then nanti ada rumah sendiri, baru nk belikan wardrobe untuk anak. [yg ada gambar kartun tu]


hari keempat

yeay, dapat mandi laut...hip hip horey!!!!!!!!!!!! pergi pantai puteri je. wahhh sakan mak buyong ni berendam uols....dah nk dekat maghrib baru aku naik. haruk betul.
yg tak tahan tu, sebab kan aku tak pandai apungkan diri, semua kata aku ada pelampung extra [perut aku leeew]. tp tetap jugak aku tak pandai.


begitulah hari cuti saya. kalian bagaimana????????????

walaupun boring, tp suami aku tetap bg yg terbaik utk isterinya yg sangap ketika cuti. apa aku nk makan, nk pergi mana, semua dia turutkan. dalam hati bersyukur juga dok melaka je sepanjang cuti ni.

alhamdulillah....

1 comment:

iedayah said...

hai..salam kenal..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails