:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, July 10, 2012

umar raihan : tali pusat

assalamualaikum

alkisahnya nk cerita pasal tali pusat ni, sebab nk bagitau kt m2b semua, jangan jadi macam aku.  terlalu berharap pada orang lain.  jadinya lambat sket tali pusat tu nk luruh.

umar raihan punya tali pusat luruh hari ke 10.  tu pun, hari ke 9 bawak dia pergi KK sebab nk amik TSB, then singgah KD sebab nk check up sekali.  nurse tu tanya ''tali pusat camne?''...sambil bukak baju anak aku.  dia check pastu marah ''laaa kenapa tak tanggal lagi ni.  dah hari ke 9 kan.  patutnya...bla bla bla''....maksudnya, patutnya dah luruh lama lah...

time dia check tu, keadaan tali pusat macam agak basah lah.  patutnya kan kita kena pastikan tempat tu sentiasa kering.

nurse tu pun dok bebel bebel cara handle tali pusat kt aku.

''akak kena bersihkan pusat ni tiap kali lepas mandi.  akak amik cotton bud, akak korek sket dalam tu, keluarkan darah kotor ke apa.  jangan biarkan dia basah kak.  nanti lambat luruh, dapat infection.  tu yg kuning lambat turun''...

aish aku dengar je dia cakap, jantung aku yg luruh tau tak???

''eiii saya tak pernah bersihkan pusat dia ni.  mak bidan, mak saya je yg uruskan.  saya tengok dia lap lap je dengan spirit tu''

''bukan lap lap je, kena korek sekali.  sini saya tunjukkan''...sambil tunjuk lah kan...

aku ''eiii tak sakit ke kalau korek korek tu???''  buat muka seriau sekali.

nurse ''akak, kalau akak takut dia sakit, sampai bila bila tak luruh tau tali pusat dia ni.  bahaya kan.  kita tak mau dia demam, dapat jangkitan dalam perut...bla bla bla''.

SAMPAI RUMAH

time suami aku masak, aku sibuk kerjakan pusat umar raihan.  dia pun sedap tido kan...sambil sambil tu, sms ng vee sakura tanya pasal nk handle tali pusat camne....

vee, terima kasih tau.  u always there when i need you!!!

aku pun dok korek korek tali pusat dia.  sekali keluarlah darah beku.  wahhh rasa macam best gila dapat keluarkan darah beku tu kan.  memang betul betul aku kerjakan lah...

ESOK PAGI.....

time nk tukar diapers tu, eh................mana tali pusat anak aku?????  dah tanggal ke...bila bukak bedung dia, terjatuh tali pusat yg kering tu kt lengan aku...

wahhhh masa tu bangga bangga....tali pusat anak aku dah tanggal lewwwww.....

dan terfikir, kenapalah aku serahkan urusan anak aku bulat bulat kt mak aku ke kt sapa sapa.  kenapalah aku tak uruskan sendiri.  kalau aku uruskan dari awal, tak lah selewat ni tali pusat dia luruh kan....apalah aku ni...sian anak tau...

so bakal mak mak, sila lah uruskan anak ye.  jangan jadi macam aku.  nasib baik dapat kesedaran awal gak, kalau lambat, terkena infection, sendiri yg menyesal.  jangan takut nk pegang tali pusat tu.  insyaAllah anak tak sakit.  gunakan cotton ball untuk ratakan spirit tu.  then gunakan cotton bud untuk bersihkan dalam dalam pusat tu.  insya Allah awal tanggal tali pusat.

dan masa pakaikan barut, make sure tak tutup pusat tu.  begitu jugak dengan diapers.  kalau aku, aku pakai petpet kan, dia memang khas utk penjagaan pusat.  design dia khas untuk tak tutup bahagian pusat tu.  JANGAN TINDIH TALI PUSAT TU...tu yg penting.

PUSAT KENA SELALU KERING....lap betul betul lepas mandi....

paling penting...please lah trust yourself as a mother!!!

hahahahhahahaha

selamat bersihkan tali pusat yawww...




10 comments:

ctmah said...

nice info
kena ingat ni

aTy _faRed~ said...

same..!!! aty punyer anak pon lambat tali pusat nak luruh...hari ke-10 baru luruh jugak...pon pasal tak reti nak cuci..huhu

~misshuny~ said...

nice info sis..=)

With Julia said...

Dear...beli majalah Pa&Ma keluaran bulan Julai 2012, ada di storykan teknik macam mana nak kendalikan tali pusat baby...selamat menjadi ibu :)

Gadis said...

info yang berguna untuk Gadis jugak nnti ni...

thanks yer...^_^

Cheyan said...

Alya tali pusat luruh masa hari ke 8..tgk kering ja cuma degil ja di nak luruh..kata org lamabt luruh anak degill..ehyeke??

Riana said...

suke info ni =)..thanks sharing..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

aaaa seronoknya baca pengalaman orang ada baby... tetiba sedih =(

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

aaaa seronoknya baca pengalaman orang ada baby... tetiba sedih =(

MimahAjil said...

sama dengan hasif hari ke-9 tali pusat luruh..dia jatuh time lepas magrib nk ke isyak..sedar ms nk tukar lampin dia beyak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails