assalamualaikum
haritu sebelum pergi, sebulan gak lah pening nk fikir camne makanan maira ni. suami aku cakap, ala nestum kan ada, bagi jelah. well nestum tu memanglah bawak. tak payah cakap pun aku akan bawak sebagai sampingan. tapi takkan nk makan nestum sepanjang masa. tak rasa kesian ke kt anak? sudahnye, aku tanya kt fb, aku tanya fi. dan dapat banyak suggestion. walaupun kadang suggestion tu tak masuk akal. tp takpelah, masing masing ada cara macam mana nk besarkan anak kan.
paling best, bestfriend aku masa high school dulu bg cadangan. since dia pernah keje kt hotel, idea dia boleh pakai lah. dan mmg aku pakai pun. tak terfikir sebelum ni. hehe. najwa cakap, mintak je kt hotel. biasanya hotel akan buat special request baby food. cakap, no salt no msg. cara gak tu. aku cuma perlu bawak ikan bilis je. walaupun realitinya memang kesian kt maira sebab makan bubur kosong lauk ikan bilis je. dan bau berak sangat busuk. hahahahahahahahah. (belum pape dah cite pasal taik busuk).
bab bubur kang cite. makanan lain yg aku bawak:
nestum. hat ni aku beli yg paling kecik. brand milna 1 kotak tu rm5 je. nestum yg brand cerelac tu mahal gileee kot. 1 tin kecik dah rm10. tu kt mydin tau. ishhh...rela lah aku berhomemade je dari spend duit ke nestum mahal gitu. tapi takpe, tak kondem. terpulang. aku kan rajin. well well well. nestum ni, andaikata bubur basi ke, tak sempat ke, penyelamat lah. takkan nk biarkan anak lapar kan. takpela kasi kejap je pun. bukan forever.
biskut. mulanya aku beli biskut marie je. sbb maira suka. sekali pagi nk gerak tu, aku cari takde dah biskut tu. rupanya, ayah dorang jumpa banyak plastik biskut kt dalam tong sampah. adalah tu yg suka curi biskut adik. hahahaha. umar umar....sudahnye, suami belikan biskut tiger. maira tak suka biskut baby tu. so kasi jelah biskut lain. tp maira ni pesen, sekali dua je dia suka. kali seterusnya dia pandang sepi je biskut tu. memang pun. at last, mama yg jadi tiger. =P
tu je. buah buah semua tak bawak. malas.
lepas tu, lepas je najwa kata boleh request kt hotel, aku pun call lah hotel. nampak tak menyabar kan terus call kota kinabalu. haha. hotel kata, masa buffet breakfast tu, ada disediakn bubur kosong. huh lega....aku tak tau pun hotel ada buat bubur kosong tu masa breakfast.
so setel masalah bubur. tak perlu kalut bawak beras lah bagai.
cari bekas lak. bekas penting sebab ikut tentatif ktorg kan ada dua hari yg hectic sepanjang hari. so nanti simpan bubur dalam tu untuk makan sepanjang aktiviti tu. takkan nk letak dalam tupperware kan.
pergilah aku ke mydin. jumpa flusk. murah je rm12. saiz sedang sedang je. tanya kt geng tele, dorang kata okay je. fi pun kata ok. so proceed.
yg putih belah kiri tu.
tapi, nama pun bekas murah kan. hari jumaat tu, aku masukkan bubur, selamat lah maira makan untuk tengahari. sampai KK malam tu, bubur dah basi. tak pastilah sebab bekas tu tak berapa elok ke atau bubur tu ada campuran. so malam tu, syukur bawak nestum. maira dah kelaparan tau tak.
tp hari seterusnya, aku letak bubur elok elok je untuk sekali makan. bubur pun, dalam tu tak lah panas sgt. suam suam gitu je.
okay untuk lauk lak, aku bawak ikan bilis goreng. dulu pernah buat, ikan bilis sangai pastu blend halus. tp kalini nk buat kelainan sikit. mana tau sedap. tapi memang sedap uolsss....
ikan bilis basuh, pastu goreng rangup.
bawang merah racik, pastu goreng sampai masak, jangan hangus tau nanti pahit.
pastu blend dua dua tu. ya Allah setapnyeeee.....sebab kombinasi ikan bilis dengan bawang tu. wangi je tau.
sedap tau. maira makan tu berselera je. tp biasalah dia tu, awal awal je. lama lama dia boring dah. haha.
tp awas lah, taik busuk. kekekekekekek.
okay bubur pulak, senang aku amik je masa buffet breakfast tu. masuk dalam container. simpan dalam fridge kt dlm bilik. aku bawak sekali tau hand blender aku. ohh bestnye pakai hand blender tu. kecik je. senang bawak travel. aku blend dulu masa tengah panas, pastu baru simpan dlm fridge. so kalau nak guna, aku masukkan separuh dalam flusk utk bekalan masa berjalan. separuh lagi tinggal untuk makan malam pulak.
tapi, masuk dlm flusk bubur sahaja tau. tak campur dengan ikan bilis. nk serve baru campur. kang basi.
sedikit sebanyak lega jugak. bak kata kawan aku, dalam malaysia je pun. so masih selamat. syukurnya jugak, ktorg stay kt hotel tabung haji kan. so tak perlu was was.
tp bubur kt tabung haji tu tah pape la. bukan bubur kot. aku panggil nasi air. air je lebih. haha. okaylah dari takde kan.
rasanya tu je lah.
masa kt KK aku tak suap maira sebarangan. maira memang makan bubur tu, ikan bilis dan biskut tiger dia je. kalau ktorg makan, aku takde nk hisap hisap pastu suap ke maira. kebersihan satu hal, lagi satu aku takmaula maira sakit perut keracunan kan. kalau katakan dia makan apa yg aku makan, dah dua dua kena cirit. aku sorang je kena takpe. sebab aku baca blog trip KK, mostly dorang pernah kena cirit birit. well, sepanjang trip kami, poor mak teh dorang (SIL aku). tak taulah dia makan apa, dia lak yg terkena cirit birit. tu yg risau kalau kongsi makanan dengan maira. ni syukur laaa takde apa yg terjadi melibatkan anak anak aku. umar pun nasib baik tak apa. dia makan okay je asalkan nasik.
okaylah. untuk mak mak, takpe untuk rasa cuak pasal makanan anak ni. tu tanda kita sayang anak kita kan. yelah, tu tanda kita aware tentang kesihatan anak kita. kalau buat tak tau, sumbat apa saja.....mmmmm fikirlah sendiri....
bai.
4 comments:
Glemer pulak iolss .haha..
ok noted..simpan ni untuk hari depan mana tau ada rezeki nak travel jugak..hehe
dulu masa travel anak kecik x pernahterpikir nak buat macam nie..huhuhu
Post a Comment