haritu yana menterjebakkan aku ke kancah kek sarang semut. sedapppppppp. try resepi aku, insyaallah korang takkan menyesal.
maira suka sangat lah ni kek gini. dia je hadap. aku dah buat 3 kali. so yg kali ketiga aku rasa paling berjaya.
aku copy paste resepi dari blog yana mk. sama je cuma aku kurang/tambah sikit je.
KEK GULA HANGUS
Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
3 sudu majerin - aku letak 2 sudu buttercup. 2 sudu bukit sikit. sebab kalau buat 3 sudu, macam oily sangat. 2 sudu tu sedang sedang je tak berminyak
Bahan B
4 biji telur
3/4 susu pekat manis - aku letak 1 cawan just nice kemanisan dia.
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya:
Bahan A
Panaskan dahulu gula sehingga hangus dengan api sederhana. tapi jgn terlalu hangus tau..sebb nanti dia pahit..kek akan sedap juga tp bergantung pd kehangusan gula yg dibuat.. bile da cair,n tukar color semua gula..masukkan air panas td dengan majerin n gaul rata smp gula cair semula
tutup api..biarkan.
Bahan B
1. pecahkan telur then gune sudu utk gaul sebati ..tips..jgn pukul lama...cukup sekadar pecahkan telur kuning..klo x kek akan jadi kering n tak gebu.
2. kemudian masukkan susu pekat n kacau sekejap je..
3. selepas itu masukkan tepung yg sudah diayak bersama soda bikarbonat n juga dikacau sekejap
masukkan esen vanilla dan akhir skali masukkan gula hangus td.
4. kacau rata sekejap dan kukus atau bakar pd suhu 160° selama 1jam.
aku simpan kejap dalam setengah jam baru bakar. 45 minit api bawah. selebihnya api atas bawah.
yang ni hasil yg pertama. nampak agak oily. yg ni tak simpan pun dah bersarang. tp masa aku simpan setengah jam tu, lagi cantik sarang dia. saja je simpan @ perap, lagipun nk tunggu oven tu panas dulu kan. hehe.
okay sila lah try. senang je kan. bahan semua dah ada kt rumah. kalau ada potluck boleh buat ni sebab senang nk gileeeee..
3 comments:
senangnya resepi. bleh try nanti..
JOM FOLLOW SAYA
kaknoor singgah follow sini
jomla ke blog kaknoor ya hehe
Post a Comment