:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, September 16, 2010

biskut raya.

hello hello

tahun ni, biskut raya agak meriah. sebab baru beli oven. hahahahaha. so merasalah kami anak beranak bakar biskut sendiri, sedap tak sedap kena habiskan jugak. so far, dah hampir habislah. sebab buat sendiri kan. sedap tu lain macam. kalau beli, cantik je lebih.

kami dapat bakar 4 jenis kuih. tu pun last minute. lepas tu macam, penat gila kot. haih, camne lah gigihnya orang orang yg berniaga biskut raya ni kan. kalau yg pakai oven besar tu syok lah juga. kalau pakai oven kecik tu, adoilah....letih kot. no wonder lah harga makin mahal, penat lelah kita nk kejar due, siapa yg akan bayar??? kalau aku buat pun, aku akan charge mahal. sebab penat, tak tidur, penat menggentel. kalau aku dengar biskut tu murah, mesti aku pelik. tak penat ke???

tu sebab aku jual kek tu mahal sket. sebab nk buat tu agak complicated. ada yg email, kenapa mahal. jawapan aku senang je, sebab rumit nk buat! kalau rasa tak boleh bayar takpe, aku bagi resipi, try buat sendiri kt rumah. tu yg kebanyakan customer aku, orang yg takde masa nk buat, tp nk makan kek tu pada majlis potluck ke, jamuan keluarga ke, hadiah bagi kt mertua ke. kalau setakat nk makan makan sendiri, buat sendiri lah. lagi berbaloi kot.

tp kek tu, aku dah malas nk jual dah. buat untuk sedara sedara je. =)

biskut suji. wanie beli. sedap.


haaa, ni kitaorang buat. mula mula nk buat biskut mama carries. sekali tak jadi. kelaut sudah. last last kitaorang tukar nama pada biskut choc tabur. hahahahahahaha...boleh...??
huduh okay. tp rasa dia sedap. dont judge a book by a cover okay....


peyek. ni memang wajib ada kt rumah. mak buat. selalu ada je kawan kawan aku tempah. tp tahun ni takde. sebab mak sibuk menjahit, aku malaslah nk susahkan mak. tp ni memang signature mak pun. bila dah makan ni bertahun, tak pernah ada peyek yg sedap melainkan dari mak aku...aik, puji mak sendiri nampak...ahahahha.


kuih bijan. ni pun mak yg buat.


almond london beli dengan najib. mak dia yg jual. dia tu broker je. hehe. lupa lah sebalang berapa RM. tp sedap! nanti dah kawin, aku mintak resipi kt mak mertua aku ye. hehehe...gatai...


wanie beli. biskut apa ntah. aku tak pernah rasa pun.


mazolla. kesukaan arwah embahtok aku =(
tau tak, tahun 2004, tahun pertama sejak kitaorang takde embah, kitaorang tak makan biskut ni tau. macam berkabung pulak. sebab embahtok suka sangat biskut mazolla ni. dah banyak tahun je kitaorang memberanikan diri makan mazolla.

biskut ni cair di mulut. rapuh sangat. apa problem kt adunan nya ntah. hahahahah.


ni pun beli kt bakal mak mertua. dari tahun 2004 sampai lah tahun ni. setia tak aku?? kahkahkah...
lepas makan tart ni, aku rasa ni lah tart paling sedap. bila rasa tart lain, tak sedap dah. boleh???
sebalang rm18 tak silap aku. satu malam je, aku boleh habiskan separuh. nenas dia tak manis sangat, pastu gebu je...

tau tak azam aku apa??? kang dah kahwin, nk belajar ni dengan mak najib.... =P
* shame shame lah....


corn flakes madu chip choc. tahun ni meriah dengan chip choc. coklat yg mahal pulak tu. takpe, makan sendiri kan. tak lah kedekut. lain lah kalau jual. hahahahaha.


corn flakes. ni buat kt rumah waksal. biskut ni biskut wajib setiap tahun dari family waksal. aku pun suka sebab best. ni first time kot aku buat ni. leceh okay. nk kena gentel, nk kena satu kan 2 warna lagi. adehhhh...sampai pukul 1 pagi kot baru siap...gentel. bakar lepas sahur.

ada satu lagi jenis. famos amos. haha. sedap weyyyyyyyy. sebijik macam kt famos amos tu. ambil resipi kt internet je. berlambak kot.

semalam bawak ke rumah najib, najib pun puji sedap macam famos amos. siap dia suruh aku jual. hehe. tak koser mak nk jual. letih dek non....

tu je.

yg penting, semua biskut yg hampir habis ni, semua ke dalam perut kami. bukan ada orang datang pun. tak aku, adik aku. tak adik aku, mak aku. nasib baik kucing tak makan, kalau tak dah penuh perut dorang dengan biskut raya ni. hahahahahaha.

2 comments:

meowwmania said...

wahh rajinnya buat kueh raye sendiri ekk..kite beli jer, yg buat tempeyek satu jek hehe

e.t.t.y said...

ala semangat oven baru je. hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails