:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, September 10, 2010

malam raya.

hello hello

seperti biasa, syahdu bila dengar takbir. tp tahun ni, kurang sikit syahdu tu. tak tahu kenapa. selalu, duduk tepi tingkap, boleh menangis. tp tahun ni, agaknya tak sempat nk duduk tepi tingkap kot. duduk depan tv je. hehe.

tp sebak tetap ada.

mengenangkan, cepatnya ramadhan meninggalkan kita. bukan apa, lalai sangat aku tahun ni. aku langsung tak pergi terawih. sebab utama, masjid jauh. pehtu, malas nk buat sendiri kt rumah. jadinya, tahun ni langsung takde pahala mengerjakan solat sunat terawih. redaaaa.

lepas tu, kurang jugak membaca al quran. selalu, dapat lah setengah al quran aku habiskan. belum khatam lagi. tak pernah pun khatam masa puasa. tp tahun ni, seingat aku dua tiga kali je aku pegang al quran dan baca. haishhh. apa nk jadi.

tu takpe lagi. ni solat fardu pun selalu aku skip. kt office kadang kadang tak sedar jam dah pukul 430. dah time balik. nk sembahyang kt rumah, memang tak sempat lah. lepas tu sampai rumah, badan letih gila. terus tido, bangun azan maghrib. apa maksudnya???
maksudnya aku skip 2 waktu. jahatnya aku.

sedih kot bila aku kenang balik salah silap aku dlm bab ibadah ni. aku ingat lagi, tahun lepas aku boleh berbangga dengan diri sendiri. terawih tak pernah pun skip, ada masa turun bawah ramai ramai. seronok gila. bila dah terawih, automatik baca quran sekali sebab aku bawak turun al quran sendiri. lepas tu, solat fardu memang cukup 5 waktu sehari semalam. bila dah masuk waktu je, ajak angie naik surau klcc sama sama. kalau balik lambat, semayang maghrib then baru makan besar dengan angie. pastu terawih. best gila tahun lepas. =(

insyaAllah, tahun depan ada yg lebih baik untuk aku, dan kita semua....


tadi last kopek shopping. tak lah shopping apa pun. just beli lapik meja je kt kedai rm2 tu. pastu pergi econsave cari lapik meja besar. ramai gila kot kt sana. ingatkan kitaorg je terhegeh hegeh nk cari lapik meja. eh jap. awal puasa, harga dia dalam range rm11. tp malam ni dah jadi rm5.90. hahaha. best gila. cantik lak tu. english style.

lepas tu, malam ni lah baru nk mop lantai segala. esok confirm kena mop lagi.

petang tadi kn half day. balik umah terus bakar kek. konon konon nk makan esok jamu family aku dan family waksal. sekali dah tinggal separuh. camne??? haha

biskut raya dah siap masuk dalam balang. tu semua adik adik aku punya kerja. aku mandor of the year. haha.

syukur tahun ni kitaorg beraya kt rumah. tahun lepas kitaorg beraya kt hospital tau. sampai raya ke empat. mak warded petang nk raya. tengah tengah nk siapkan rendang, boleh pulak mak masuk hospital. cuak tak cuak jugaklah.

okaylah. tu je. bai.....

esok hati hati pergi beraya okay...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails