:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, January 5, 2012

january 2012

hello hello

oh man. lamanya tak merabu raban dalam blog sendiri....banyak je cerita nk diceritakan, tp malas yg teramat sangat. lagipun, lantaklah takde sapa nk baca pun. melainkan aku sendiri yg bukak blog sendiri, sendiri yg baca. haha.

ni td baru balik dari check up. mula mula tak payahlah nk ajak suami kan. bukan apa pun, check up je. lagi lagi dia tengah sibuk kerja, lagilah aku tak ajak. tp rupanya dia nk pergi. dengan harapan yg menggunung tinggi ''i nak tengok anak i esok''.

hahaha aku gelak dulu.

masuk bilik doctor. suppose kalau check up biasa, tak payah jumpa doctor pun. tp td aku mengadu sakit kt bahagian ari ari, so nurse suruh refer doctor. pastu dia tanya ''harini scan tak doctor?''.

doctor jawab ''takdelah sebab last 2 weeks dah scan kan'' *tu scan sebab nk confirm ada fibroid ke tak. result negatif, alhamdulillah.

aku pandang muka dia sedih je. alorr lorr lorrr....sian jugak sebab last scanned hari tu, beria aku cite dah nampak kepala, badan kaki semua. tp bila doctor print, gelap segelap gelapnya. siyes, kesian sangat muka laki aku time tu...tp nk buat camne. check up kt KK kan. doctor kata, situ scan 3 kali je. 1st, 2nd & 3rd trimester. nk scan lain lain, pergi kelenet swasta. hehe.

balik pada sakit ari ari tu. doctor kata normal. actually, aku pun harap doctor scan kot. yelah mana tau ada masalah lain berkaitan dengan rahim, uri. tp dah doctor kata normal waktu pregnant ni sakit macam tu plus baby nk membesar, so aku lega. ingatkan kena kencing kotor *again tp alhamdulillah, urine semua normal.

kadang kadang pelik kan, terasa sakit tp tak tau camne nk explain rasa sakit tu camne, kt belah mana, sebab memang sakit kt perut (kira macam general perut). doctor pun tanya gak, sakit camne. aiyoooo camne nk jawab. tak reti kot. sakit senak, sengal sengal. sakit senak tu pun aku tak tau camne. sengal? cakap orang sengal pandailah. haha...

cuma masa diagnosis gastrik hari tu, retilah nk explain camne sakit tu. sakit yg diselangi dengan rasa pedih kt ulu hati. so doctor bolehlah buat conclusion aku ni gastrik. lagipun ikut sejarah pemakanan, perut aku ni penuh dengan asam je. malam aku diet. wahaha ada hati nk diet.

berat pulak. timbang last sekian. hari ni timbang naik 1 kg. ya Allah bersyukur nya aku hanya 1 kg aku naik. sebab nafsu makan aku sekarang membuak buak. aku dh makan nasi, tp kang aku nk makan lagi benda lain. silap hari bulan, aku call dominos terus. terjadi beberapa malam lepas. memang niat aku nk makan dominos. memang dah merengek lah. siang tu pulak aku masak banyak, so suami aku cakap tak payahlah dominos, lauk banyak ni. okay. aku pun makan nasi. oh aku masak ikan bakar cicah air asam hari tu. last last dalam pukul 9++ tu, aku gatal kan bukak website dominos. lepas tu gatal lagi terus order kan. hahaha. gatal lagi order crust yg baru tu. sedap mmglah sedap. gila kau dominos tak sedap. tp crust tu nipis sangat. aku tak puas. aku beli regular. so portion adalah sorang 2 pcs. sekali tu mak aku pulak tak nak. so sorang 3 pcs. still tak puas. esoknya pulak, aku cakap lagi ng suami aku, aku nk order lagi dominos. haha gila kan nafsu makan aku sekarang.

kt office usah cerita. stok makanan berlambak lambak. biskut, kacang, buah. tu semua sebab nk elakkan aku loya, mabuk. kang kalau aku layan mabuk tak de benda nk kunyah, sampai petanglah aku mabuk.

oh mabuk aku still ada lagi even dah masuk 2nd trimester fasa pertama. bilalah nk berlalu ye mabuk ni....??

bukan apa, perkara paling aku tak sangka ketika mabuk ini adalah, aku tak boleh masuk shopping complex!!!! masuk je confirm aku mabuk pastu. mabuk aku takde muntah muntah. cuma, mabuk definisi aku adalah naik angin, perut kembong, perut angin, loya je, sakit kepala, sakit badan. ishhhh....

aku perasan sekali masa pergi mahkota parade cari baju. time aku cari baju, laki aku takde. dia pergi cari kasut. cehh kedai kasut tu sebelah booth baju aku tu je. tp masa tu, aku mcm berangin pilih sorang sorang. lepas dia datang tu, time nk decide baju, baju yg aku pilih tu, tak muat pulak. elooo M kot. dulu aku saiz S. start angin dah ni. at last terpaksa beli saiz L...arghhhhh.....lepas tu nk cari tudung pulak. takde choice sangat. okay dah start angin kus kus....

dah bayar niat hati nk cari handphone utk adik aku. sekali lagi laki aku g tengok charger samsung. aish...kalini mmg aku tak larat. terus mcm nk pengsan. marah satu hal takde sapa temankan aku cari hp, pastu start pening pening. lalu pulak sorang punk depan muka aku, terus uweeekkkk....aku rasa menyampah plus nk muntah. terus aku ajak laki aku balik. babai henpon. tak beli pun. *nasib baik, adik aku dah g plkn pun. hehe.

okay tu cerita pertama jejak ke mall.

cerita kedua.

cuti ganti krismas. kan baru balik dari kampung. isnin tu bergembiralah aku atas katil golek golek bangun lambat. masak [birthday suami aku], kemas rumah, main ng kucing. lagi pun berdua je ng laki aku. nk bergaduh, bersilat silakan. selalu ada mak aku kena behave sikit. hehe. siang tu mmg aku active, sihat segar bugar. petang aku ajak suami aku g tesco konon konon nk beli spray bunuh kulat. *almari aku diserang kulat. cisss....
masuk je tesco...aku dah rasa semacam dah. dah datang dah dia. jalan pun slow slow. aku tak larat dah time tu. nk pitam, nk muntah semua pakej. suruh suami cepat cepat amik barang, bayar. cepat keluar dari tesco.

dalam kereta, tak bukak aircond sebab aku betul betul rasa semacam!!

pergi pantai puteri, baru sihat balik sebab kena udara panas. lega....

lepas je dah perasan 2 kejadian tu, teruslah aku dah malas nk pergi tesco, jusco, mahkota parade dll. aku tak nak tempah perasaan semacam tu. masuk econsave aku boleh sebab aku masuk, amik barang, terus bayar, keluar. aku tak suka pergi tempat yg aku kena tunggu lama lama.

so jgnlah aku ni berangan ni beli barang baby, nk survey je pun. memang at the end, aku angin sendiri.

kenapa baby tak suka masuk mall baby???? sob sob sob.....

3 comments:

m4rilyn said...

baru2 lagik...sabar...tunggu next trimester...insyallah lepas :)

meowwmania said...

hehe..macam-macam cian mak etty tak pelah sabo yerk

kira ok la tu baby tak suka masuk mall dia tanak mama dia boros kikiki~

e.t.t.y said...

mm - urm......mama tak boroslah aunty...baby jawab ye, bukan mama dia. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails