assalamualaikum
semalam 30.7.2012, jumpa paed lagi follow up umar raihan dan prolonged jaundice nya...
alhamdulillah...reading dah turun 7. senang nya hati. lagi senang hati kalau reading 7 tu masa awal awal hari tu. since prolonged jaundice, bacaan yg diperlukan untuk declare yg free jaundice adalah bawah 5. so lagi 2 minggu kena amik darah lagi dan jumpa paed. next appointment tak tau bila sebab semalam ayah dia yg buat appointment. kena ikut jadual dia lah kan...mama takde kete dah...
semalam timbang, umar raihan dah 4.1kg. 2 minggu lepas iaitu timbang umur sebulan 3.5kg. adehh aku punya risau dia tak gain weight sbb kerap sangat muntah susu. lepas burp pun muntah gak. kalau muak tu kan mcam normal. tp ni muntah. sekali banyakkkkkkkkkkkk susu tu keluar balik.
semalam cerita lah dengan paed, tanya normal ke dia muntah susu balik. bila paed tengok berat naik okay, dia kta normal lah. kadang kadang mcm tamak. nk tido, at the same time mulut nk menyonyot gak. overdose minum. so tu yg muntah. alahai anak..
masa timbang tu, adalah jumpa sorang akak ni. akak ni sebenarnya ktorg kenal masa kt KK amik darah awal awal dlu. jodoh kuat sangat [nasib baik anak laki, kalau girl, mama dah booking untuk umar tau], asyik jumpa jelah kt GH tu. pastu tengok anak dia semangat betul. padahal umar lagi tua bape hari. tanya dia bape kilo, akak tu jawab 5kg +. pastu aku sentap. asal anak aku kecik jeee....??????? mcm tak cukup susu je..hahaha..gila nk emo kenapa.
pastu duduk susukan umar tetiba otak berfikir...''bagus gak umar ni ringan. tak lah aku sakit tangan nk dukung kan.''...hahahaha...
lagipun mungkin Allah dah tetapkan, bila anak slim, mak pun kena slim..ewahhhhh..!!
balik hospital, pergi jusco. eh weols dh habis pantang leww...so bolehlah jalan jalan kan...plan nk cari seluar jeans ayah dia. seluar raya kononnya. mama nya pun nk cari seluar lain. seluar sebelum mengandung tak muat. haha...nk pakai seluar maternity, tak stylo lah kan....sekarang kena jadi hot mama...
sampai je jusco, cari nursing room dulu. walaupun boleh NIP [nursing in public], masuk gak NR sebab penat dukung budak 4 kg ni...sambil tu boleh minum seteguk dua. eh??? haha...
lalu tempat stroller. konon nk tengok tengok je. sekali terbeli lahhh...
mula mula tau dapat bonus nanti, ingat nk beli stroller idaman hati iaitu quinny. tapi fikir balik...mama kena cari kereta baru, banyak duit nk pakai nak. so mama tak jadi nk belikan quinny. nanti pinjam adik punya ye..hahahaha...so kitaorang pun bersetuju dan lega dah dapat stroller untuk umar raihan...
iaitu....
beli terus letak umar raihan dalam tu...wahhh menarik. ringan gila. sama macam quinny...beza ng quinny sebab bulky tu je. takpelah. rezeki umar raihan kan...
cari jeans ayah...tak jumpa pun yg kenan. time aku nk cari seluar, ayah dia tolak tolak anak guna stroller baru. gedik je tengok...
cari cari seluar, tiba tiba dengar suara anak nangis. alahai...terus tak jadi cari seluar. nk cari kerusi nk susukan dia. well hari tu pakai kemeja button biasa je. boleh lah NIP mana mana kan..
tengah ayah dia cari roti, aku pun duduk lah atas kerusi selak mana yg patut. mula mula elok je dia menyusu. sekali tu, peel dia datang daaaa.....
umar raihan ni ada sket peel kalau dia mengantuk sangat. dia akan menangis, tolak tolak badan time menyusu. dia akan keluar masuk kan kesayangan dia pastu mengamuk macam tak dapat susu. sampaikan mak aku cakap susu aku takde. sentap owhhh....tp bila mengamuk camtu, tau lah dia nk tido dah...so bukan masalah takde susu sebab susu memang ada. dia saja berpeel camtu...
bila dah peel camtu datang, apa lagi, gelabah lah aku. sbab aku akan berperang ng dia nk masukkan kesayangan tu kan. ingat senang kt public??? last last aku dukung dia sambil dia nanges nanges tu ajak ayah dia balik terus. ayah dia nk tengok pepsi murah pun tak jadi. dalam kereta, haaa selaklah sepuasnya. rengek rengek macam biasa, dah penat terus tido.
alahai...................
last last, jeans ayah ke mana, seluar baru mama tah ke mana....
pepsi murah ke mana. hahahahhahahah.....
mana budak 4 kilo ni...............???
ni dia.............!!!!
aummmmmmmmmmmmmmm ni makan dia!!!!
6 comments:
haha da ade baby xdpt da nk shopping sakan..kalo bole shopping pown time luch our keje..kiki
yang penting awak tau die sihat waalfiat..ringan ke berat ker jangan risau key..:)
cik fadh - yelah..hati tak tenteram...hahahaha...
aty - itulah. bila dah hari hari muntah risau gak. tp nasib baik ada yg jadi daging. hehe
best lar dh dpt shopping..kita baju raye thn ni xtau lar apecer huhuu..
umar dh ada kereta baru...hehe
comeynyeeee umar ni
tomeynyerrr umar tido. cantik la stroller umar. tertarikk i! hehe. eh, mana pegi kete u?
Post a Comment