mula mula umar raihan lahir, hospital & KK ni dah jadi rumah kedua. aku cekalkan, tabahkan je lah hati turun naik tangga rumah ni mengulang ke sana. sampai sekarang lah boleh katakan walaupun tak sekerap dulu sbb paed kata tak payah ulang amik darah lagi.
dulu rasa macam jaundice ni dah kira paling berat lah dugaan ada anak kecik. hari hari nangis. lagi lagi bila umar raihan masuk nursery untuk phototheraphy. sedih okay. malam malam tido sorang, takde sapa nk hisap nenen, pandang bantal tilam dia confirm lah nangis. siap suruh suami sorok barang barang umar raihan. memang tak sanggup lah nk tengok semua tu. hampir hampir kena meroyan tau tak. bila bangun pagi pagi untuk pumping buat bekalan umar raihan kt nursery, kebetulan ada pulak tilam dia kt luar. tu jelah jadi semangat. dapatlah banyak sket kalau sambil pump, sambil cium bantal anak. siap pump, tido peluk bantal anak. esok pagi, mak aku ingat aku dah meroyan rindukan anak. mak tak tau aku bangun untuk pumping.
begitulah perasaan dah ada anak ni....
bila anak dah boleh discharged, ya Allah tuhan je tau perasaan tu camne. luka yg sakit tiba tiba sihat. siap volunteer kt suami nk jemput umar raihan. tp yg pertama kali tu, masih baru, so mak tak bagi. mak yg pergi. yg kali kedua tu, dah sihat so aku dengan senang hati turun naik tangga nk jemput anak. anak sampai je kt depan pintu, lepas je peluk dia, terus selak baju menetek kan dia. sayang sangat kan.....[terus peluk umar raihan sekarang!!]
kali kedua umar raihan masuk ward kan aku dah sihat sikit. aku stay kejap kt nursery tu, tunggu waktu feeding. then aku boleh direct feed. alahai, time tu jangan cakaplah perasaan tu camne bila tengok anak pakai diapers je dok bawah lampu panas. nangis nangis dia tau. nurse takde masa nk pujuk okay. cukup time je, tinggggggggggggg aku amik dia dari lampu tu. terkena dia tengah menangis, aku pun ikut menangis sambil gendong anak masuk dalam bilik menyusu. susukan dia sambil kesat air mata. sampai mak guard tu pun dok kesian tengok aku. mak mak lain pun cmtu gak kot.
duduk dalam bilik menyusu yg ramai dengan mak mak yg macam aku, menunggu waktu menyusu, memang jumpa pelbagai ragam manusia lah kan. pelbagai masalah anak kecil. ingatkan jaundice tu dah teruk, rupanya ada lagi teruk...ya Allah...bersyukur nya aku waktu tu...dugaan aku ni kecil je sebenarnya. ramai lagi dalam kesusahan.
macam macam masalah lah dorang ni kan, tp paling kesian aku kt sorang akak ni. kental dan tabah okay. tengah aku pump, dia masuk bilik menyusu anta stok. dia tanya anak kenapa. aku jawab kuning. then aku tanya balik, akak anak sakit apa, kuning gak ke?? hahahah sebab ingatkan nursery tu penuh dengan anak kuning...hehe...
sekali akak tu jawab, ''jantung berlubang''........ALLAHUAKBAR........besarnya dugaanmu kak...tabah kau ye...
sambil letak stock ebm, sambil tu dia tengok susu aku. ''banyak ke susu?''...''kalau direct feeding banyak kak, kalau pump kt rumah pun banyak. tp bila kt sini, tahlah stress agaknya. banyak gini lah'' sambil tunjuk susu yg tak seberapa meriah. time tu, aku cuba gembirakan hati dengan harapan susu melimpah ruah untuk umar raihan. tp GAGAL. hati aku terlalu sedih, pedih kenangkan lagi berapa minit aku akan tinggalkan umar raihan bermalam kt hospital sorang sorang. malam ni, dia takde apa nk dihisap melainkan menangis kelaparan dan nurse akan suapkan susu dengan gunakan sudu ke syringe ke....sedih...lalu pengeluaran susu pun kurang...
akak tu pun tunjukkan sambil lalu stok ebm dia dalam bekas dadih saiz kecil. ''akak pun, macam macam dah makan, banyak ini jelah susu''...bila tengok susu dia, subhanallah..Allah maha besar...aku ingat aku je kekurangan susu, rupanya ada yang lagi kurang dari aku. tapi akak tu tabah dan kuat. sikit pun susu dia, dia tetap pump untuk dihantar ke anak. sebak hati aku...aku kalau dapat sikit pun hampir give up, tapi tidak kakak tu...sambil tu, aku cadangkan kt dia minum horlicks. dia pun cakap okay nanti akak try.
dalam kereta bualkan hal ini dengan suami.
''yang i ingat anak kita je sakit paling teruk, rupanya ada lagi....td i jumpa akak tu anak dia sakit jantung berlubang. macam manalah dia hadapi dugaan tu kan. kita yg jaundice ni pun setengah nyawa nk hadap...''
tu contoh satu.
contoh dua.
umar raihan kena amik darah kt pakar kanak kanak hospital melaka. buat ujian LFT [liver function test]. takut jaundice dia kena mengena dengan ketidakfungsian hati.
nk masuk ke bilik amik darah, aku bertembung dengan seorang ibu. anak dia dalam stroller. comel anak dia. putih melepak. rupa macam ibu dia.
keluar je dari bilik amik darah, nk balik, bertembung sekali lagi dengan anak beranak tu. kalini sempat lah tengok betul betul rupa anak tu sbb aku rasa dia memang comel walaupun seimbas lalu je tengok.
subhanallah...budak tu memang comel walaupun dia sumbing....indah sungguh ciptaan Allah SWT.
perbualan dalam kereta....
''ya Allah yang..kesiannya budak tadi. kesian mak dia kan....''
''tu lah i nampak tadi...''
''i kan, kalau orang nampak anak kita kuning, i stress kalau orang tegur anak kita kuning. tp camne lah mak dia tadi hadapi orang kan...''
''ingatkan kita lagi teruk, rupanya ada lagi susah dari kita...''
diam......................
contoh tiga.
kt paed, bermacam masalah anak. anak sakit itu sakit ini. dan buat aku fikir, ''ramai lagi yg lebih susah dari aku....bersyukur nya aku''
contoh tiga ni sebab aku nampak anak perempuan comel tu dengan rambut ikat tocang. dari belakang macam kanak kanak normal. rupanya dia sindrom down....
subhanllahh...masyaallah...allahuakbar.....
kecil je dugaan aku ni berbanding dengan orang lain. dan aku bersyukur dengan dugaan ini...
umar raihan kena breastmilk jaundice. [google lah sendiri]
sekali lagi, CUKUP BERSYUKUR KAH KITA SELAMA INI???
entry ni bukan mengaibkan sesiapa. sekadar nk berkongsi pengalaman.......dan amik iktibar...
6 comments:
anak... kalau sakit, walau cmne pn,kite ni mmg luruh air mata la....
Bl anak sakit,walau hnye kembung pn,i slalu doa n berharap sgt3, bia i yg tgung sakit tu dr anak y kene......
hurm, =(
sedihnyaaa :(
bersyukur la kan Allah bagi kita sedikit ujian compare dgn org lain yg lagi berat
;((
mkn halba, yg bubuh dlm masak2 tu, breastmilk akan byk.
cekalkan hati ok.
memang sedih. kalau teringat dugaan orang lain, baru lah kita rasa bersyukur kan..
Post a Comment