:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, April 10, 2011

atenya, tinggey 53 hari lagi je yeop!

hello hello

bakal pengantin masih boleh berfoya foya ye tatkala hari sudah menginjak ke angka paling sedikit. rasa kena lempang hari hari kot baru dia nk siapkan segala kerja yg tergendala tu....

barang belum beli:

1. bedsheet. terfikir fikir nk beli camne. bukan ada tangkap gambar dlm bilik pun. ada pun masa gedik gedik je. hari tu dah kirim kt nurul [cousin paling sayang]. kot kot dia boleh tengok kan kl. atenya, takde masa nk ke kl. tapi chat semalam, dia tak jumpa bedsheet yg aku nak tu. aku nak plain cotton. putih ada sulam sulam. siapa siapa boleh tolong belikan??? bawah rm200.

tapi, kelmarin aku jalan jalan kt parkson, terjumpa satu ni. ya ampun, aku dah jatuh hati dah kot. dia tulis silk. aku pegang lembut gila! bukana macam yg silk kilat kilat tu. ni satin silk kot. sangat sejuk. eh padahal dalam parkson mmg ada ekon kan. kalau kt rumah yg takde ekon, camne??? aaaa best gila lah. cuma takde warna pink! ada biru jeeee.... =[

2. bantal baru. eh kena ada. hari tu aku teman najib beli bantal kt jusco. dia dah menyebut dah. ''i dah berhabis utk sambut u, u tak beli ke bantal baru utk i'' cehhhh...siap request kan. tunggu leeeeee...nanti teman belikanleeeee...

3. almari. beli almari je since katil semua tak tukar. ntah bila nk beli.

4. rak letak sebelah cermin besar. oh yea cermin besar dah beli. kt nilai 3. aku memang tak mau ada dressing table. sebab bilik ni agak terhad. susah nk sembahyang jemaah nanti. so beli rak je.

5. kasut kahwin. tengah fikir fikir lagi nk pakai warna apa utk nikah dan reception. tapi aku pun macam takde usaha je nk survey....camne???

6. hantaran, jam tangan. ni najib kata nk beli kt tampin. jam ni couple watch, tu yg kalau aku tak beli, dia pun tak beli. memang cantik. first time tengok, rasa nk beli terus. bukan designer brand, ni betul betul brand jam.


okay yang dah beli pulak:

1. beg goodie bag nikah. beli kt daiso. rm5 [eh daiso memang harga rm5], ada 30 pcs, ada 28 pcs, ada 25 pcs. sebab pattern semua tak sama. asalnya nk beli sama, tp dah habis. so terpaksalah ambil yg ala ala pink, ala ala simple, ala ala murah. tu sebenarnya motip. aku memang banned paper bag yg biasa biasa tu. aku memang cari yg murah tapi cantik.

2. bunga hantaran. beli kt ssf. i jambak rm9.80. yg ni macam real punya bunga. memang lah mahal kan. sekali je beli tu habis rm50. alhamdulillah, cukup utk 7 dulang aku. kalau tak cukup, beli lagi. nk buat tambah tambah kasi rimbun ke.

3. sejadah hantaran. susah kot nk cari yg kitaorang nk. lagi lagi kitaorang beli 1 pattern yg sama. cecey konon nanti sembahyang jemaah, elok je kan sama sama sejadah. tah apa apa. ada hari tu jumpa kt mydin. cantik gila. tebal, lembut. sekali takde warna yg sama. terus tak beli. ni beli pun, kt tampin. okaylah sebab ada warna corak yg sama. beli je.


hantaran:

dah siap bentuk dah bunga bunga tu. tapi macam nk kena beli sesuatu kasi naik seri lagi. dengar dengar belah najib punya hantaran lagi vogidabas dari aku. ni yg tak boleh jadi ni. makanya, jangan mengalah, sila buat lagi baik!

bulan 5 baru najib bagi barang barang tu kt aku.


guest book:

dah print dah hari tu. tp macam tak cukup je. oh yea, pendrive dah jumpa. so bolehlah print lagi. lepas dah cukup, baru boleh hantar pergi binding. mana nk binding tah. cover depan lagi. haish....

bunga mini dais:

aku pakai tisu. google je bunga tisu tu, berlambak. lebih kurang je macam yg aku buat. nanti lah kalau aku rajin, aku buatlah cara cara dia.
malam tadi dah letak dalam vase, tp macam tak cukup kot. aku nk banyak, rimbun. oleh itu marilah kerahkan tenaga lagi.
vase nk beli kt hynode shop. rm5 je kan. tak pun, guna je botol plastik yg letak kuih kuih raya tu. tp still tak fikir lagi nk balut pakai apa.

dengar dengar cheyah [cousin sayang jugak] nk sponsor dais aku. dengar dengar, dia suh wakbok buatlah platform. berbesar hati jugaklah dia nk sponsor kan. suka lah.....!!

pasal pelamin jugak, ada vendor tu tak balas email aku lagi lah. pasal bantal ottoman. aku dah resend byk kali kot email. haish, doa doa lah dia balas email aku. terus aku nk booking ni.


nk letak apa dlm goodie bag malam nikah:

alhamdulillah, cheyah kata dia nk sponsor. kata nk sponsor mug ke, gelas ke. so sekarang tengah fikir nk letak apa dlm tu. sedang mencari quotation merata alam....kuih kuih tradisional yg menjadi pilihan aku.

ribbon aku dah siap jahit. nanti tinggal nk tampal je.


kek kahwin:

cadangnya kitaorang nk amik yg boleh datang dewan tampin, set up kt sana. alhamdulillah, jumpa sorang akak ni. dia dari seremban. okaylah kot harga tu. dengan kek yg aku nak, design yg najib nak. fair eh. yg penting, ada org incharge bahagian kek tu. kang kalau kitaorang amik kek, siapa nk jaga? aku memang tak boleh nk harapkan sedara mara lain. yelah dorang ada anak anak yg tengah membesar. susah sikit. apa apa pun, better lah aku bayar mahal sikit, asalkan benda kecik tu terjaga. aku amik pengajaran juga dari majlis asmida hari tu. aku tak mau rasa kecewa. okay minggu ni insyaAllah, bayar deposit. pastu confirmkan corak tu dan warna kek.


kad kahwin:

najib kata, org tu post 20hb nanti. tp masa tu najib takde, pergi induksi kt johor. dia balik 28hb. so 29hb tu by hook or crook, dia kena bagi kt aku jugak kad tu sebab aku nk balik kampung, eena kawin. dan nk balik parit 5. bagi kt sedara sana.

borang nikah:

aku dah post kt wak aku. aku dah call semua bgtau pasal tu. alhamdulillah, masing masing faham. aku post dulu, then dorang decide siapa nk jadi wali. memanglah ikut kan ranking wak pin yg jadi. tp hari tu wakpin kata, takut dia tak sampai melaka due his condition. wak pin tak berapa sihat. so mungkin wak husin atau wak noor. tp apa apa pun, aku gembira dorang sudi jadi wali aku. bila dah sain nanti, baru aku balik. mungkin masa eena kawin nanti aku balik ambil sendiri.

cuma sekarang, sijil kursus kahwin aku tak jumpa lagi.....still berdoa dan mencari. harap harap jumpa lah wey. kalau tak memang payah! najib dah tazkirah dah kt telinga aku...!!

hiv test:

done.

tengah mencari:

1. paper lantern. nk hias khemah malam nikah.

2. bantal nikah bulat. yg macam aku nak tu.

3. crown idaman. pearl & diamond!


okay kurang dari 2 bulan lagi....kena kerja keras DIY DIY DIY DIY.........................

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails