:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, April 20, 2011

sijil kursus kahwin hilang???

hello hello

part 1

yes....korang senasib dengan aku....ke aku senasib dengan korang?? hahahaha.

tapi harini, aku dengan baik hatinya share dengan korang, camne nk dapatkannya semula. tu pun kalau korang dah give up, malas nk cari mana letaknya sijil tu...macam aku. yes, sangat dah give up!

untuk orang melaka je okay. bukan melaka, aku tak tau. aku bagitau ni, korang ikut sebijik sebijik sebab sebelum aku pergi sana, aku dah call maim lah, maim bentara lah. dorang cakap suruh pergi sini, pergi sana. last last masa aku terbuang camtu je berjalan sana sini...cissss....

untuk menyenangkan korang, sila buat surat sumpah dulu kt pesuruhjaya sumpah @ commissioner for oaths. aku recommend buat kt plaza mara, jalan hang tuah. kan ada bank rakyat tu kan. naik kt bazar tu, tingkat satu ada food court. pandang atas, depan tangga je P. Sumpah tu. bagi salam dan terus cakap nk buat surat sumpah hilang sijil kursus kahwin.

sebab apa aku recommend tempat ni. sebab pegawai tu baik. senyum jeee. dan dia tolong buatkan surat tu. guna type writer okay. format tu dah ada dlm kepala otak dia...
dia pun takde nk tanya ko hilang sebab apa. hahaha. mestilah dari rumah aku dah susun ayat nk buat alasan apa kan. sekali takdo. dia cuma tanya nk apa??? aku cuma jawab, saya nk buat surat sumpah hilang sijil kursus kahwin. so nanti dia tanya bila kursus, kt mana, anjuran siapa.

tarikh kursus mesti tepat ye....

bayaran...murah je....tak lebih rm20 pun. cepat pun cepat.

okay bila dah dapat tu, sila buat copy untuk diri sendiri. supaya tak hilang lagi.

nk hantar kt mana ni??? MAIM ke maim bentara????


dua dua salah!!!! information yg aku dapat dari org org yg aku call tu, semua tak betul!!
*MAIM yg dorang maksudkan kt aku, tempat yg korang ambil dan hantar borang nikah tu ye..kat rumah kedai yg sebelah open university tu...
**^%##$^&*((*^%#$%

jadinya, sila lah pergi ke kompleks MAIM. yg berada betul betul sebelah masjid al azim tu. ground floor. unit keluarga MAIM. kt ground floor tu ada 2 unit je. zakat dengan keluarga. so pergi kt unit keluarga.

mula mula tanya, saya nk buat laporan tentang hilang sijil kursus kahwin. macam mana prosedurnya? nanti baru dorang tanya ada buat surat sumpah???

bila dah ada, dia bagi borang pencarian. isi segala detail kita. dia bg jaminan dokumen akan dicari dalam tempoh 3 hari bekerja.

dah siap isi form tu, hantar ke kaunter balik. nanti pegawai bertugas akan terangkan kt kita camne proses dia. 3hari bekerja tu. bila dah jumpa, dorang akan call kita. bayaran tidak dikenakan. wakil pun boleh tolong ambilkan.

macam aku. petang semalam balik, dalam masa 2 jam je dia call bgtau dah siap...so boleh datang ambil...senang je kan. yg susah, orang orang yg aku call cakap berbelit belit...

terima kasih pada customer service unit kekeluargaan MAIM. ramah menjawab soalan aku, dan recommend kan tempat angkat sumpah tu. memang terbaikkkkkkkkkkk.....

pengajaran: simpan baik baik sijil tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

Adilla said...

Musim pkp ni boleh ke dtg ke nk kne buat appoinment dlu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails